You are on page 1of 5

KERPASAN

Konsep dan mekanisme kejadian kerpasan

1. Kerpasan didefinasikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke


permukaan bumi sebagai cecair ataupun pepejal. Oleh sebab itu antara contoh
cecair atau pepejal yang jatuh ke permukaan bumi yang dianggap sebagai kerpasan
ialah seperti hujan, hujan batu, hujan gerimis dan salji ( light snow).

2. Perlu diingat bahawa sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih dahulu mesti
berlakunya proses pemeluwapan dan pejalwapan atau kedua-dueanya sekali.
Kedua-dua proses ini akan menghasilkan awan dan apabila awan tersebut sudah
tepu barulah kerpasan akan turun. Justeru itu kerpasan merupakan proses terakhir
dalam fasa hidrologi di atmosfera.

3. Bermula dengan proses pemeluwapan, setiap bintik air yang terbentuk akan
membesar dan bercantum antara satu sama lain. Dalam atmosfera bintik-bintik air ini
akan terapung-apung sebagai awan. Percantuman bintik-bintik air ini akan
berterusan sehingga ia menjadi berat dan tidak dapat lagi mengekalkan daya
keapungannya. Pada masa ini keadaan awan tidak lagi stabil dan akhirnya turun
kerpasan sama ada dalam bentuk hujan atau salji.

4. Teoti Bergeron – Findiesen menerangkan bahawa pembentukan kerpasan berlaku


apabila suhu atmosfera jatuh dengan cepat di bawah takat beku akibat pertukaran
adibatik. Tekanan wap atmosfera akan jatuh dengan lebih pesat di bahagian atas
permukaan air berbanding di permukaan air itu sendiri.

5. Teori Pelanggaran mengemukakan bahawa berlaku pelanggaran hablur-hablur ais


atau bintik-bintik air semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan percantuman
antara bintik-bintik air tersebut.
Jenis-jenis kerpasan

Semua bentuk atau jenis kerpasan dikenali sebagai hidrometeor. Menurut Biro Cuaca
Amerika Syarikat hidrometeor ini boleh dibahagikan kepada 50 jenis. Namun begitu hanya
lima sahaja lazim dicincangkan. Kelima-lima jenis atau bentuk kerpasan tersebut ialah:

(a) Hujan. Iaitu titisan-titisan air (cecair) yang turun dari kawasan awan. Ia terjadi melalui
proses pemeluwapan sehingga terbentuknya bintik-bintik air yang kemudiannya
bercantum antara astu sama lain menjadi berat dan tepu. Apabila bintik-bintik air
melebihi daya apungannya dalam atmosfera maka ia akan turun sebagai hujan.
Hujan ini pula terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz, ada yang lebat, renyai,
titisan kecil, titisan besar dan sebagainya.

(b) Salji. Iaitu hablur –hablur ais yang terdiri daripada pelbagai bentuk yang terjadi akibat
pemeluwapan dalam jisim udara yang sedang naik dan disejukkan kepada suhu
bawah daripada takat beku. Dengan perkataan lain salji terjadi apabila paras beku
terlalu hamper dengan permukaan bumi (bawah daripada 300 meter) yang
menyebabkan hablur-hablur ais tidak sempat untuk cair sebelum tiba ke bumi.

(c) Hujan beku (sleet). Iaitu hujan yang turun bercampur dengan salji. Ianya kelihatan
seperti partikel-partikel ais yang jenih. Sekiranya titisan-titisan air jatuh dari awan dan
melintasi satu lapisan udara yang bersuhu takat beku maka titisan-titisan air ini juga
akan membeku menjadi bintik-bintik ais yang kecil dan jernih sifatnya.

(d) Hujan batu (hail). Sejenis kerpasan dalam bentuk pepejal yang paling berat dan
besar. Ia terjadi dalam keadaan rebut atau angin kencang. Dengan adanya rebut
yang kuat, ia akan bertindak memutar dan mengolakkan titisan-titisan hujan ke atas
sehingga ke satu paras di bawah takat beku. Akibatnya titisan-titisan hujan ini akan
membeku dan menjadi bertambah besar dan berat dan turun sebagai bebola ais.

(e) Embun beku (rime). Embun beku ini sebenarnya ,erupakan kabut beku, ia terbentuk
akibat mendapan kabut tebal apabila objek-objek bersuhu sub-beku bersentuhan
dengan kabut. Kesannya bintik-bintik kabut yang halus akan membeku dan melekat
di permukaan yang sejuk tersebut.
Hujan sebagai bentuk kerpasan utama

1. Antara bentuk kerpasan yang paling popular ialah hujan. Hujan terjadi melalui tiga
cara iaitu hujan perolakan, hujan bukit (orografi), dan juga hujan perenggan. Bagi
hujan perolakan ia bermula dengan sejatan yang berlaku di permukaan bumi atau
lautan. Bahangan yang dikeluarkan oleh bumi akan memanaskan udara yang
terdapat hamper dengan permukaan bumi. Jisim udara yang dipanaskan tadi akan
mengambang dan naik ke atas bersam-sama dengan wap-wap air di dalamnya.
Udara yang naik ini akan mengalami penyejukan adiabatik sehinggalah suhu di
dalam jisim udara tersebut mencapai takat embun (0° celcius). Pada tahap ini jisim
udara tersebut/ awan dikatakan mencapai peringkat tepu dan akhirnya turun hujann
yang mungkin desertai dengan kilat petir.

2. Kejadian hujan perenggan pula berkait dengan pertembungan dua jisim udara yang
berlainan suhu. Apabila jisim udara panas dan jisim udara lembap bertembung ia
akan mewujudkan satu sempadan yang dikenali sebagai garis perenggan atau zon
perenggan. Permulaan hujan adalah di sepanjang garis perenggan tersebut. Jisim
udara yang panas akan naik pelahan-lahan di atas garis perenggan yang condong
dan seterusnya mengalami penyejukan adiabatik. Proses penyejukan ini akhirnya
mencapai ke takat emban dan akan turun hujan perenggan.

3. Hujan bukit pula sering berlaku di kawasan banjaran gunung yang mengadap arah
tiupan angin laut. Angin arah laut akan membawa awan lembap (banyak wap-wap
air) dan dipaksa naik mengikut cerun bukit yang menghadapnya. Awan ini akan
mengalamiu penyejukan adiabatik dan akan menurunkan hujan apabila takat suhu
embun tercapai.
PINTASAN ATAU CEGATAN SILARA

1. Kerpasan khususnya hujan yang turun akan mengalami pula proses pintasan apabila
terkena hutan, bangunan dan lain-lain lindungan permukaan bumi. Dalam konteks
semula jadi, misalnya di kawasan hutan proses pintasan dilakukan oleh tumbuh-
tumbuhan. Mengikut Horton (1919) “ Pintasan atau cegatan silara merujuk kepada
halangan dari kanopi (silara) tumbuhan terhadap air hujan yang turun. Halangan ini
datangnya dari daun, ranting, dahan, batang dan lain-lain yang menyebabkan tidak
100% titisan hujan akan menimpa bumi”.

2. Apabila titisan hujan yang pertama jatuh ke atas sehelai daun, ia akan disimpan oleh
daun tersebut buat sementara waktu sebelum disejat kembali. Simpanan ini dikenali
sebagai storan sementara. Apabila kapasiti storan sementara sehelai daun
mencapai ke tahap tepu maka lebihan air hujan akan jatuh ke atas daun berikutnya
sehingga seluruh daun tidak dapat memintas, menampung dan menyimpan air hujan
seterusnya air hujan akn jatuh ke bumi.

3. Terdapat tiga komponen pintasan bagi sesebatang pokok iaitu jatuhan langsung
titisan kanopi dan aliran batang. Jika air hujan terus jatuh kelantai hutan melalui
rongga-rongga kanopi ia dinamakan sebagai jatuhan langsung. Air hujan yang
dipintas oleh daun kemudian menitis ke bumi melalui daun, pucuk dan ranting
dikenali sebagai titisan kanopi. Sebaliknya air hujan yang turun meleleh mengikut
dahan dan batang pokok dikenali sebagai aliran batang.

4. Komponen pintasan sangat penting dalam konteks kitar hidrologi untuk


meningkatkan simpanan air tanah di kawasan tadahan. Ini kerana pintasan
mempengaruhi jumlah taburan kerpasan yang sampai ke permukaan tanah. Semakin
tebal tumbuhan kada pintasan juga tinggi, kadar susupan air juga tinggi dan
seterusnya simpanan air tanah kawasan tadahan akan meningkat. Dalam konteks ini
hutan berupaya mengawal aliran sungai dengan menyimpan sebahagian daripada
kerpasan dari atmosfera sebelum sampai ke permukaan bumi. Secara tidak
langsung pintasan juga membantu mencegah kerosakan tanah, keterhakisan tanah,
tanah runtuh dan lain-lain gerakan jisim di permukaan cerun.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pintasan

Terdapat pelbagai factor yang mempengaruhi perubahan pintasan oleh sebatang pokok.
Antaranya ialah:

(a) Perubahan aliran batang amat bergantung kepada jenis batang pokok berkenaan.
Batang pokok yang licin berupaya mengalirkan air dengan lebih cepat dan banyak
dalam jangka masa yang singkat. Sudut percambahan ranting pokok yang curam
juga memperngaruhi jumlah air yang dapat mengalir turun ke batang dengan cepat
berbanding dengan sudut percambahan ranting yang rendah. Herwitz (1987)
mendapati bahawa sudut percambahan ranting pokok antara 60° hingga 80° akan
mempercepat proses aliran batang.

(b) Bagi jatuhan langsung pula, amat bergantung kepada saiz kanopi. Saiz kanopi yang
besar dan lebar serta padat pada umumnya berupaya memerangkap lebih banyak
air hujan yang turut berbanding dengan kanopi yang jarang-jarang. Walau
bagaimanapun pola jatuhan langsung adalah berubah-ubah dengan jaraj daripada
pangkal pokok dan juga kelebatan hujan dalam sehari. Herwitz mendapati bagi hujan
yang berkeamatan lebih daripada 25 mm sehari, maka jumlah jatuhan langsung yang
tinggi adalah berhampiran dengan pangkal pokok.

(c) Selain daripada sifat tumbuhan, kadar pintasan juga depengaruhi oleh keamatan
hujan. Lazimnya air melalui pintasan semakin berkurangan apabila jumlah hujan
semakin tinggi dan lebat. Keadaan ini kerana storan sementara seperti daun, dahan
dan ranting lebih cepat dan awal mengalami ketepuan. Justeru itu titisan hujan akan
jatuh ke lantai hutan dengan lebih cepat.

You might also like