You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

1.0 PENDAHULUAN

Bagi seseorang ahli Pengakap Remaja, Anugerah Pengakap Di Raja merupakan anugerah yang
tertinggi yang menjadi idaman semua ahli pengakap. Namun untuk mencapai anugerah tersebut, ia
bukanlah satu tugas yang mudah. Untuk melayakkan setiap ahli Pengakap Remaja mengambil ujian
pentarafan Pengakap Di Raja, seseorang Pengakap Remaja haruslah lulus terlebih dahulu 5 Lencana
tertinggi. Lencana 5 tertinggi ialah 5 lencana kepandaian yg merangkumi aspek kemahiran, ilmu
kenegaraan, kebudayaan, khidmat sosial dan pengembaraan. Salah satu daripada 5 lencana
tersebut ialah Lencana Ekspedisi. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Pemimpin Pengakap SMK
Senai bercadang untuk menganjurkan satu ekspedisi mendaki gunung bagi memenuhi syarat untuk
Pengakap Remaja SMK Senai layak memakai Lencana Ekspedisi.
Di samping itu juga melalui ekspedisi ini ahli-ahli pengakap dapat menikmati keindahan alam
semulajadi ciptaan tuhan. Ini kerana Gunung Arong merupakan sebuah gunung yang penuh dengan
kepelbagaian ekosistem alam semulajadi yang menarik untuk dipelajari dan diterokai. Ahli akan
dapat mempelajari tentang jenis-jenis tumbuhan yang hidup di dalam ekosistem gunung tersebut
dan kegunaannya kepada kehidupan seharian seperti perubatan, makanan tradisional dan banyak
lagi.

2.0 RASIONAL

Ekspedisi ini diharap dapat membentuk jati diri setiap ahli pengakap yang terlibat disamping
memupuk semangat sepasukan dan kerjasama di kalangan ahli. Ia juga diharap dapat merealisasikan
tujuan sebenar penubuhan pergerakan pengakap ke arah melahirkan pembentukan insan yang
seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Menambah pengetahuan dan kemahiran peserta melalui aktiviti ekspedisi


3.2 Mewujudkan suasana disiplin dan kredebiliti yang mantap bagi membentuk peribadi yang
tinggi.
3.3 Memperlengkapkan dan seterusnya mewujudkan perkumpulan pengakap yang bersedia ke
Ujian Pentarafan Pengakap Di Raja.

4.0 PELAKSANAAN

4.1 Tarikh : 22 hingga 24 November 2010


4.2 Hari / Masa : Isnin, 22 Nov – Rabu, 24 Nov 2010
4.3 Tempat : Sari Jentayu Chalet, Tg. Resang, Mersing Johor

5.0 PENYERTAAN

5.1 Peserta : 30 orang


5.2
Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
L P L P L P L P L P
29 - 1 - - - - - 30 -

5.3 Pemimpin : 2 orang

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH
Pengangkutan ( pergi & balik ) RM 35.40 X 30 murid RM 1062.00
Pemandu arah 2 orang RM 4.00 X 30 murid RM 120.00
Sewa tapak perkhemahan RM 10.00 X 30 murid RM 300.00
Insuran RM 3.00 X 30 murid RM 90.00
Makanan & minuman
(2x makan malam, 2x makan tengahari, 2x RM 30.00 X 30 murid RM 900.00
sarapan)
T-shirt RM 10.00 X 30 murid RM 300.00
JUMLAH RM 83.40 / murid RM 2502.00

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 Bayaran peserta


7.2 Peruntukan Kokurikulum

8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI


20.11.10 7.30pg Berkumpul di hadapan Dewan Suluh Bestari SMK Senai
8.00pg Bertolak dari SMK Senai ke Terminal Larkin, Johor Bahru
9.30pg Bertolak dari Terminal Larkin ke Perhentian Bas Mersing
12.00tgh Tiba Perhentian Bas Mersing & makan tengahari
12.30pg Bertolak dari Perhentian Bas Mersing ke Sari Jentayu Chalet,
Tanjung Resang.
1.15ptg Tiba di Sari Jentayu Chalet dan solat Zohor
1.30ptg Mendirikan khemah dan rehat
2.00ptg Simpulan & Ikatan
3.00ptg Mengemaskini buku log
4.30ptg Solat Asar
4.40ptg Kembara Desa
6.45ptg Makan Malam
7.15mlm Solat Maghrib & Solat Isyak
8.30mlm Simpulan & Ikatan
11.00mlm Minum malam & Tidur
21.11.10 5.30pg Solat Subuh
6.45pg Riadah & Sarapan pagi
7.30pg Taklimat Ekspedisi
8.00pg Ekspedisi bermula
12.30tgh Tiba di tapak perkhemahan
1.00ptg Makan tengahari
1.30ptg Solat Zuhur
2.00ptg Mengemaskini log ekspedisi
4.30ptg Solat Asar
5.00ptg Riadah desa
6.30ptg Pengurusan diri
7.15mlm Solat Maghrib & Solat Isyak.
8.30mlm Barbeque & Makan Malam
10.00mlm Malam kebudayaan
12.00mlm Tidur
22.11.10 5.30pg Solat Subuh
6.45pg Riadah & Sarapan pagi
7.30pg Taklimat aktiviti
8.00pg Khidmat masyarakat
10.00pg Berkemas
11.00pg Berangkat pulang

9.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar ekspedisi ini akan memberi pendedahan berguna kepada ahli-ahli
Pengakap SMK Senai dalam membentuk Pergerakan Pengakap SMK Senai yang jitu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh


…………………………………………………… …………………………………………………………
(MUHAMAD HAMRI BIN WASIMAN)
Pemimpin,
Pengakap Kumpulan 22
SMK Senai, Johor.

Disemak oleh;

…………………………………………………….
(PN. HJH MASWATI BT. MESERAN)
GPK Kokurikulum
SMK Senai

PERGERAKAN PENGAKAP
KUMPULAN 22
SMK SENAI, JOHOR.

KERTAS CADANGAN
LENCANA EKSPEDISI:
GUNUNG ARUNG

ANJURAN
MAJLIS PEMIMPIN PENGAKAP
SMK SENAI
TARIKH:
22 HINGGA 24 NOVEMBER 2010
BERTEMPAT DI:
CHALET SARI JENTAYU,
TANJUNG RESANG, MERSING JOHOR

You might also like