Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
25Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
teori malthus

teori malthus

Ratings: (0)|Views: 1,180 |Likes:
Published by dhea ct

More info:

Published by: dhea ct on Jan 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/03/2013

pdf

text

original

 
[GEOGRAFI PENDUDUK]
 
20101 |Page 
1.0
 
PENGENALAN
Buku yang berjudul ³ An Essay of Population´ telah membincangkan secaramendalam tentang teori Malthus yang telah dikemukakan oleh Thomas Robert Malthus.Beliau merupakan salah seorang ahli sarjana yang berpengaruh dalam ekonomi politik dandemografi. Dalam esei ini, beliau telah membincangkan secara meluas tentang teorinyayang berkaitan dengan kependudukan di muka bumi ini.Dalam esei ini, Malthus telah memberi idea tentang makanan dan kependudukanyang mula diterbitkan pada tahun 1798. Kewujudan teori ini adalah berasaskan kepadakejadian bencana dan kemelaratan yang menimpa negara England pada masa tersebut. jikakita mendalami dengan lebih terperinci mengenai teori Malthus, sememangnya bumi kitasemakin mengalami kekurangan sumber sama ada sumber air, makanan, tanah dansebagainya sedangkan pertumbuhan atau pembiakan manusia semakin bertambah dengancepat. Terdapat banyak perkara yang telah dibincangkan oleh Thomas Robert Malthusdalam teorinya iaitu mengenai empat perkara penting yang diusulkan dalam teori Malthus.Antaranya ialah makanan penting dalam kewujudan manusia, kuasa manusia lebih besar daripada kuasa bumi untuk mendapatkan sumber, emosi yang kuat antara jantina dan penduduk akan bertambah secara geometri manakala makanan bertambah mengikut nisbaharitmetik. Selain itu, teori Malthus dalam bukunya ³ An Essay of Population ³ juga telahmemberi usul tentang beberapa cara untuk menghalang pertumbuhan penduduk.
 
[GEOGRAFI PENDUDUK]
 
20102 |Page 
2
.0
 
IDEA-IDEA PENTING DALAM TEORI MALTHUS
2.1 Penduduk bertambah secara geometri manakala makanan bertambah mengikut nisbaharitmetik Dalam esei ini, Malthus telah menyatakan bahawa ³ penduduk, jika tidak dikawal akan bertambah mengikut geometri manakala saradiri akan bertambah mengikut nisbaharitmetik ³.Dalam konteks yang lebih mudah, pertambahan penduduk adalah bertambahdengan dengan cepat iaitu secara geometri ( 1,2,4,8,16,32«), manakala makanan pula bertambah secara perlahan-lahan iaitu secara aritmetik (1,2,3,4,5,6«). Berdasarkankepada penyataan daripada Malthus, penduduk perlu dikawal bagi mengelakkan pertumbuhan yang pesat supaya bekalan makanan yang ada mampu menampungkehidupan manusia yang ada pada masa akan datang. Malthus berpendapat sedemikianekoran daripada tekanan penduduk yang pernah terjadi dimana penduduk Eropah ramaiyang miskin pada masa itu.Menurut Charles L. Harper (2008) yang menyatakan bahawa pertambahan penduduk dunia dan pertumbuhan dalam industri akan meningkatkan permintaanterhadap makanan dengan lebih cepat yang akan menurukan tingkat upah dan peningkatan terhadap makanan import. Pemikiran klasikal ekonomi berpendapat bahawaterdapat batasan-batasan terhadap perluasan pertanian yang akan menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja dan sumber input terbatas. Kenyataan ini jelasmenunjukkan bahawa pertumbuhan penduduk tidak mampu diikuti oleh pertumbuhandalam makanan. Dengan kata lain, pertumbuhan penduduk dan pertumbuhan makanantidak mampu bergerak secara seiringan.
 
[GEOGRAFI PENDUDUK]
 
20103 |Page 
Pada masa tertentu, pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat perludihentikan dengan secepat yang mungkin. Keadaan ini perlu sama ada bagi memastikansekatan terhadap pengembangan pertumbuhan dalam peralihan demografi ataumemastikan keseimbangan antara penduduk dengan sumber daya dapat dibentuk denganlebih dramatik (Arthur, Judith dan Jerome, 1985). Seperti yang kita tahu, pertambahan penduduk akan berlaku secara cepat dan impak kepada pertambahan penduduk ini akan berlaku pada masa akan datang dimana pada suatu ketika nanti semua bekalan makananmenjadi semakin berkurangan akibat pertambahan penduduk yang tidak dikawal. Malthus juga berpendapat bahawa ekonomi tidak dapat meningkatkan bekalan makanan keranaterdapat keterbatasan terhadap bekalan tanah. Oleh itu, Malthus juga berpendapat jumlah penduduk dapat dikawal dengan mengekang pertumbuhan penduduk melalui dua caraiaitu menekankan kelahiran (preventive checks) dan melalui proses kematian (positif checks). Melalui kelahiran, ppengekangan terhadap nafsu seks perlu dilakukan.Manakala, melalui proses kematian pula, terdapat dua cara iaitu dengan cara kekejamanseperti pembunuhan dan kesengsaraan seperti adanya penyakit, kebuluran, bencana alamdan sebagainya. Pertumbuhan penduduk yang berlaku ndi buka bumi ini dapatditunjukkan dalam rajah di bawah yang menerangkan bagaimana penduduk dunia dan benua-benua utama bertambah pada masa dahulu dan pada masa akan datang. Denganitru, rajah 1 merupakan rajah pertumbuhan penduduk dunia yang telah dibentuk melaluimodel-model pertumbuhan penduduk ringkas dalam Model Pertumbuhan Malthusian danmodel logistik.

Activity (25)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Isnu Aji Saputro liked this
Ukasya Shakena liked this
dhea ct added this note
wasalam..okep..perkongsian ilmu..moga bermanfaat kpd semua..
Nur Ain Nazirah added this note
As salam.Mohon kongsi ya
Shima Nazh liked this
atiqahraven liked this
Azlin Azami liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->