You are on page 1of 1

Perubahan Sikap

Menerusi pembelajaran sukatan pengetahuan Moral tingkatan 4, saya telah menyedari beberapa nilai
dan pengajaran yang patut dipraktikkan dalam kehidupan. Nilai-nilai ini membawa impak dan
peubahan yang besar kepada kehidupan dan sikap saya yang tidak baik selama ini. Inspirasi dan
keputusan ini telah dijana oleh satu kejadian apabila guru Moral saya, cikgu Karthiges telah menegur
saya tentang sikap saya yang tidak menghortmati guru dan tidak mematuhi beberapa peraturan saya.
Saya berasa teramat malu dan menyesal dan seterusnya membuat keputusan untuk mengubah peribadi
saya.
Oleh itu, saya telah berkunjung ke kedai buku untuk buku-buku motivasi dan filosofi yang boleh
membantu saya dalam usaha membentuk satu peribadi yang baik dan mulia.  Antara buku-buku yang
telah menarik perhatian saya ialah “Law of Attraction”. Pengarangnya, Michael J. Losier telah
mencadangkan bahawa setiap perlakuan dan sikap manusia adalah ditentukan oleh fikirannya sendiri.
Jika fikirannya tidak senonoh, perbuatannya tidak akan baik dan bermoral. Ini telah menyedari
kekurangan saya dalam mengamal nilai hemah tinggi. Hal ini berlaku kerana saya tidak beradab sopan
dan mempunyai budi pekerti yang mulia semasa saya bergaul dengan guru-guru dan rakan-rakan di
sekolah. Oleh itu, saya bertekad mengubah sikap saya yang buruk dan menggantikannya dengan satu
personaliti yang hormat kepada sesiapa sahaja untuk menunjukkan peribadi diri yang mulia. Saya
akan memberi salam kepada guru apabila bertemu malah berucap dengan bahasa yang lebih sopan.
Seterusnya, saya telah berjumpa dengan buku jemahan yang bertajuk ‘366 Esei untuk Motivasi Diri
Untuk Pelajar dan Dewasa’ (366 self-motivating essay for students and adults). Menerusi buku ini,
pengarang buku ini, Sidney Newton Bremer telah memberitahu saya betapa pentingnya seseorang
pelajar untuk mengamalkan nilai kerajinan. Seseorang pelajar perlu menjayakan usaha tersemut
dengan semangat ketekunan, kegigihan, kecekalan dan berdaya maju secara berterusan semasa
melakukan sesuatu perkara. Ini membolehkan kita memperolehi kecemerlangan sama ada dalam
bidang akademik atau kokurikulum yang kian menjadi kunci untuk mendapat biasiswa pelajaran.
Dengan ini, saya telah menetap sekurang-kurangnya dua jam dalam satu hari untuk mengulang kaji
pelajaran terutama subjek yang lemah. Usaha ini telah berjaya meningkatkan prestasi saya dalam
peperiksaan. Selain itu, komitmen saya yang aktif dalam dunia pengakap telah membolehkan saya
memperolehi lencana kemajuan Lima Tertinggi dalam ujian berlencana pengakap.
Tambahan pula, ‘Konseptual Etika Murni’ dalam Ultimate Library Series telah mendedahkan saya
dengan nilai toleransi sebagai teras ketenteraman dalam kehidupan. Menurut buku tersebut, kita
mestilah mempunyai kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri agar dapat mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan berlaku dalam kehidupan. Ini secara langsungnya berserasi dengan
cabaran-cabaran dalam Wawasan 2020. Cabaran kelima telah menekankan membentuk masyarakat
matang yang bersifat liberal lagi toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira
keturunan mahupun kepercayaannya bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam kebudayaan
serta kepercayaan agamanya masing-masing tanpa berasa tersisih daripada bangsa tersebut. Sebagai
seorang rakyat dan waraganegara Malaysia, saya seharusnya sabar dan bertolak ansur antara satu sama
lain malah membawa ideologi ini kepada rakan sebaya saya supaya Wawasan 2020 akan tercapai.
Sepanjang tugasan ini, saya telah memperolehi banyak faedah yang saya tidak terfikirkan. Saya telah
menyedari kekurangan saya dari aspek pengamalan nilai-nilai tertentu dan cuba sedaya upaya untuk
mengubah perangai buruk saya. Usaha saya telah berjaya memperbaikikan hubungan saya dengan
guru-guru dan rakan sebaya saya. Oleh itu, saya akan terus berusaha lagi untuk menjadi seseorang
yang berjaya dalam kehidupan saya.

You might also like