You are on page 1of 5

ISLAM DI ALAM MELAYU

Teori Kedatangan Islam

1) ISLAM DIBAWA DARI TANAH ARAB (KURUN KE-7)

• Dikemukakan oleh John Crawford, Niemann dan de Hollander dan


mendapat sokongan dari Prof. S.M Naquib al-Attas.
• Berdasarkan kegiatan hubungan perdagangan orang arab dengan alam
melayu.
• Diperkukuhkan apabila terdapat perkampungan islam keturunan arab di
kawasan pantai timur.
• Menurut hamka, orang Arab belayar sebelum kelahiran Nabi Muhammad
untuk membeli rempah dan kapur barus.
• Semasa 7M, muawiyah menghantar surat kepada Raja srivijaya.
• Pedagang Arab telah berdagang di Alam melayu sebelum islam.
• Wujud perkampungan islam di utara sumatera.
• Penggunaan tulisan jawi yang meluas.

2) ISLAM DARI CHINA (melalui Canton dan Hainan)

• Dipelopori oleh Emanuel Godinho de Eredia.


• Bukti: batu bersurat Campa bertarikh 1082, dan batu bersurat Campa
bertarikh 1039.
• Mencatatkan adanya masyarakat islam dan perdagangan.

3) ISLAM DARI INDIA (Melalui Gujerat)

• Dikemukakan oleh sarjana Belanda Pijenappel dan diperkukuh oleh


Snouck Hurgronje dan J.P. Moquette.
• Berdasarkan wujudnya persamaan batu nisan yang ditemui di pasai.
• Diperkukuhkan dengan wujudnya hubungan perdagangan di antara India
dengan rantau ini sejak zaman pra-islam.

KEMUNCULAN PUSAT TAMADUN ISLAM

1) PERLAK
• Kerajaan Melayu Islam pertama ditubuhkan
• Islam disebarkan pada abad ke 9M.
• Dikatakan hasil usaha Nahkoda Khalifah (ulama beraliran Syiah)
• Akibat kekalahan aliran Syiah, beliau pergi ke Perlak.
• Perlak ketika itu merupakan kerajaan Islam tertua di Asia Tenggara

ANTARA PEMERINTAH TERKENAL


• SULTAN SYED MAULANA ABDUL AZIZ SYAH (SULTAN PERTAMA)
• SAYYID MAULANA ABBAS SHAH.
• SULTAN SAYYID MAULANA ALI MUGHAYAT SHAH
• SULTAN MAKHDUM ALAIDIN MALIK ABDUL AZIZ

2) SUMATERA – PASAI

• Menerima Islam sekitar abad 13M.


• Antara pemerintahnya ialah Meurah Giri
• Melahirkan tulisan jawi yang dicipta oleh sekumpulan masyarakat islam
keturunan Pasai yang menetap di utara sumatera.
• Tulisan jawi digunakan secara meluas.
• Menjadi pusat perkembangan bahasa Melayu menerusi tulisan jawi
menggantikan tulisan jawa kuno

3) ACHEH

• Sebelum islam – penganut Hindu Budha.

• Kepercayaan aninisme.

• Menerima islam pada 1204M

• Zaman kegemilangan - Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam

Peranan Acheh

 Pusat kegiatan dan penyebaran islam

 Tempat pedagang berdakwah

 Pusat pendidikan

 Tempat kelahiran para ulama

 Pusat kesusasteraan melayu


 Pedagang menyebarkan ilmu

4) MELAKA

• Melaka menjadi salah satu pusat penting pada 1400-1511M.

• Menerima islam pada 1414M dan zaman kegemilangan pada


pertengahan abad ke-15.

• Kedudukannya strategik, menjadi tumpuan perdagangan.

• Dijadikan pusat penyebaran Islam setelah parameswara memeluk islam.

• Islam tersebar ke seluruh Tanah Melayu, sumatera, jawa, dan tanah


jajahannya.

5) PATANI

• Merupakan kerajaan Melayu yang terletak di selatan Thailand.

• Terdapat beberapa pendapat mengenai kedatangan Islam di Patani.


Antaranya ialah : penemuan batu bersurat terengganu

• Patani menjadi pusat pengajian islam terkenal.

• Sistem pendidikan pondok diperkenalkan.

• Melahirkan ramai tokoh ulama yang terkenal.

Kesan Dan Pengaruh Islam Dalam Tamadun Melayu Dalam Pembinaan


Tamadun Malaysia

1. Islam merubah corak hidup dan pandangan alam semesta masyarakat


• Pandangan semesta dibentuk berasaskan Habluminallah (berbuat baik
kepada Allah) dan Habluminannas (berbuat baik kepada manusia)

2. Aspek kebudayaan dan agama


• Kepercayaan tahyul dan khurafat, penyembahan nenek moyang seta
Hindu-Buddha diganti dengan akidah tauhid.

• Islam hapuskan kepercayaan sinkritisme Hindu-Buddha-Hyang

• Golongan yang memainkan peranan ialah ahli sufi dan mubaligh


• Islam menjadi agama rasmi masyarakat melayu

3. Aspek sosial dan budaya


• Tiada perbezaan antara manusia di sisi Allah s.w.t kecuali taqwa

• Pengaruh akidah, syariah dan akhlak beri kesan dalam kehidupan dan
berlaku asimilasi

4. Aspek ekonomi
• Berasaskan hukum syarak, konsep halal haram diketengahkan

• Kegiatan perdagangan dikawal oleh undang-undang berasaskan islam

5. Aspek politik dan perhubungan


• Pengislaman raja-raja membawa perubahan dalam sosio-politik

• Tertubuhnya kerajaan Melayu-Islam

• Institusi pemerintahan berasaskan Islam

6. Islam jadi teras identiti masyarakat Melayu


• Orang Melayu didefinisikan sebagai yang berbahasa melayu, amal istiadat
Melayu dan beragama Islam

• Pemerintah kerajaan Melayu atau sultan mestilah beragama Islam yang


mana turut berperanan sebagai ketua agama Islam

7. Penerapan nilai-nilai Islam dalam perundangan


• Semua dasar dan polisi yang dijalankan kerajaan mesti berteraskan dan
mempunyai ciri-ciri ke-Islaman.

• Nilai-nilai Islam berasaskan tauhid dan mencakupi semua aspek hidup


manusia

You might also like