You are on page 1of 1

Garis Panduan Tugas Majlis Kokurikulum

1. Menambahkan minat pelajar kepada pelajaran melebihi keinginan kokurikulum


yang berkaitan dengan subjek tertentu.
2. Melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas dari segi fizikal dan mental.
3. Memupuk semangat kerjasama di antara kaum.
4. Melatih pelajar-pelajar untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.
5. Menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar sebagai pemimpin di masa
hadapan.

Garis Panduan Tugas Setiausaha Kokurikulum

1. Merancang dan menyusun semua gerak kerja kokurikulum di sekolah.


2. Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaa semua program gerak kerja
kokurikulum di sekolah.
3. Menentukan bahawa semua gerak kerja kokurikulum berjalan dengan berkesan
dan berterusan sepanjang tahun.
4. Menyelesaikan masalah berbangkit mengenai semua gerak kerja kokurikulum.
5. Berhubung dengan pihak-pihak luar dalam urusan gerak kerja kokurikulum.
6. Mendapat laporan mengenai kegiatan-kegiatan setiap bidang kokurikulum untuk
diserahkan kepada jawatankuasa sekolah untuk tindakan selanjutnya.
7. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan gerak kerja kokurikulum sekolah
dan disampaikan kepada pihak berkuasa sekolah untuk tindakan selanjutnya.
8. Menyediakan minit mesyuarat jawatankuasa kokurikulum sekolah.
9. Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod-rekod gerak kerja kokurikulum.
10. Mengkaji semula dan meneliti kemampuan penasihat-penasihat.
11. Menguruskan penilaian gerak kerja kokurikulum.
12. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakil-
wakilnya.

You might also like