You are on page 1of 21

KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 1

UNIT77
UNIT KONKRIT SIAP TUANG DAN
TEKNOLOGI PASANG SIAP

OBJEKTIF AM

Memberikan pengetahuan asas tentang konkrit siap


tuang dan teknologi pasang siap dari segi kaedah

Unit

7
pembuatan, pengangkutan, pemasangan di tapak dan
masalah-masalah yang timbul dalam pemasangan
pasang siap.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 Mentakrifkan konkrit siap tuang.

 Menerangkan kaedah pembuatan,


pengangkutan dan pemasangan konkrit siap
tuang.

 Menerangkan dua unit siap tuang.

 Menerangkan masalah-masalah yang timbul


dalam pemasangan pasang siap.

 Menyatakan kebaikan dan keburukan teknologi


pasang siap.

INPUT
INPUT
Unit 7-1
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 2

7.0 KONKRIT SIAP TUANG

7.1 Takrifan Konkrit Siap Tuang


Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau yang dibuat di
kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa ke tapak bina untuk terus
dipasang.

Biasanya bahagian konkrit siap tuang di bawa ke tapak bina pada peringkat-peringkat
yang tertentu dan ia dibina dengan cepat tanpa pemasangan acuan, keluli tetulang,
pembancuhan dan pengangkutan konkrit ke tapak bina. Kerja-kerja siap tuang
dijalankan biasanya di tempat-tempat yang bekalan bahan dan tenaga mahir mudah
didapati.

7.2 Jenis-jenis Unit Siap Tuang

7.1.1 Unit Kemudahan

Unit siap tuang biasanya digunakan untuk membuat dinding pembahagi dan pelapisan
(cladding). Ianya digunakan kerana ia ringan dan mudah diangkat. Untuk pembinaan
pelapisan, ketinggiannya adalah dari lantai ke lantai dan dipasang secara terperinci dan
berulangan.

Pemasangan unit kemudahan ini disokong pada satu aras untuk memberikan satu gerakan
terutamanya disebabkan oleh suhu dan pengecutan serta gerakan oleh struktur tersebut.
Gerakan struktur dihasilkan oleh beban pada lantai dan pengenapan tapak asas.

7.1.2 Unit Struktur

Unit 7-2
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 3

Ianya terdiri daripada dinding alas beban, tiang rasuk, lantai dan tangga. Pada
keseluruhannya unit-unit struktur dibina untuk memenuhi kehendak spesifikasi
bangunan.

Struktur siap tuang direka dengan mengambilkira sambungan yang kurang tegar antara
struktur yang dibina dengan konkrit tuang di situ. Setiap unit hendaklah direka sebagai
tidak berterusan dan disambung pada hujungnya. Bagi bangunan yang tinggi, ketegaran
dapat dicapai dengan ruang tengah yang mengandungi lift, tangga kecemasan, tandas dan
perkhidmatan bangunan.

Rajah 7.1 : Penyambungan tiang dan lantai bagi unit struktur


konkrit siap tuang

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

7.3 Kaedah Pembuatan

Kaedah papak angkat merupakan salah satu sistem pembinaan yang semakin popular.
Kegunaannya merangkumi pembinaan bangunan-bangunan pejabat, hotel, tempat letak

Unit 7-3
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 4

kenderaan dan struktur-struktur yang bentuk kerangkanya adalah serupa antara satu
tingkat dengan tingkat-tingkat yang lain.

Melalui kaedah sistem papak angkat ini, keseluruhan papak lantai dan bumbung dibina
dari aras tanah secara lapisan demi lapisan. Acuan hanya dipasang pada bahagian tepi
papak dan pada pembukaan lantai yang akan memuatkan struktur tiang.

Sebelum kerja-kerja pengkonkritan dilakukan, tetulang-tetulang keluli direntangkan


pada seluruh bahagian papak mengikut kekuatan reka bentuk yang diperlukan.
Relang khas dipasangkan pada bahagian-bahagian papak yang menempatkan
pembukaan dengan tujuan untuk menyediakan kemudahan kerja, semasa mengangkat
papak-papak dari aras tanah ke aras yang diperlukan.

7.4 Kaedah Pengangkutan Unit Siap Tuang

8.3.1 Pengangkutan Jalan Raya


8.3.2 Pengangkutan Keretapi
8.3.3 Sistem Pengangkutan Air

7.3.1 Pengangkutan Jalan Raya

Biasanya unit siap tuang diangkut dengan kenderaan khas seperti ‘low loader’, ‘treler’,
traktor dan lain-lain lagi. Anggota ini dikenakan penyokong khas dan rangka khas
bentuk A untuk memastikan unit ini tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu diambil
sewaktu kerja-kerja pengangkutan balak dijalankan kerana kedudukan adalah sendeng.
Tarikan graviti oleh berat struktur akan menyebabkan tegasan tegangan berkembang dan
balak akan mengalami kegagalan. Segala kelengkapan pengangkutan hendaklah
diperiksa semasa dalam perjalanan.

7.3.2. Pengangkutan Keretapi

Penggunaan keretapi akan menjadi lebih ekonomi terutama bagi jarak penghantaran yang
jauh sekiranya kerja pengangkutan anggota siap tuang berhampiran dengan kemudahan

Unit 7-4
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 5

keretapi. Ianya akan menjadi lebih ekonomi lagi jika pengelolaan dapat dijalankan
dengan perancangan yang teliti.

Apabila jangka masa penghantaran unit struktur tersebut ditetapkan, maka jentera
pengangkutan disediakan lengkap dengan tenaga pekerja yang mahir. Sistem
pengangkutan ini sesuai apabila unit-unit kecil digunakan dan adalah lebih ekonomi lagi.

7.3.3 Sistem Pengangkutan Air

Ia selalunya digunakan untuk struktur yang berhampiran terus dengan air. Contohnya
pembinaan jeti, empangan dan lain-lain lagi. Untuk mengelakkan kecacatan, maka unit
tersebut disusun dengan baik supaya tidak bergerak atau bergetar semasa proses
pengangkutan dijalankan.

7.4 Kaedah-kaedah Pemasangan di Tapak

Pemasangan struktur siap tuang memerlukan tenaga mahir yang mampu untuk memasang
pada rekabentuk yang ada. Pemasangan yang terdapat pada struktur dikehendaki dalam
masa yang singkat dan keadaan yang selamat.

Semasa pemasangan, semua ahli binaan perlu berada di tapak binaan sama ada pereka
bentuk, pembuat dan pembina untuk menentukan kerja-kerja pemasangan dapat berjalan
dengan lancar.

Lakaran tapak, lukisan awalan dan lukisan terperinci pada pemasangan perlu ada pada
tapak. Pemilihan jentera dan peralatan diambilkira ketika pemasangan dilakukan.

Penggunaan jentera hidraulik dan pembinaan kren perlu dilakukan secara teliti supaya ia
mesti mengikut rekabentuk yang ditetapkan. Cara pembinaan yang dilakukan ialah

Unit 7-5
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 6

dengan menentukan segala ahli struktur dan unit kemudahan tidak terdedah kepada beban
angin, beban tekanan dan juga beban gerak yang ada.

Sistem cegahan / tahan air hendaklah direka dan dipasang dengan trolak keselamatan.
Gasket digunakan untuk mengadakan penahanan bahan terhadp sambungan tersebut.

Gambar 7.1 : Kerja-kerja Pembuatan Konkrit Siap Tuang dan Teknologi Pasang Siap

Sebelum Peletakan Konkrit

Selepas Peletakan Konkrit

Kaedah Penyimpanan Panel


1. Column Erection 2 . Grouting in sleeve joint 3. Erection of beam

Unit 7-6
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 7

4. Setting Pca slab 5. Placing joint structure 6. Completion of structure

7.5 Kaedah Teknologi Pasang Siap

Teknologi pasang siap ialah satu sistem pembinaan yang melibatkan pembentukan
komponen-komponen struktur tertentu di kilang-kilang pembuat dan di bawa ke tapak
untuk dipasangkan bagi membentuk sebuah struktur lengkap. Komponen-komponen
struktur biasanya siap dibina di kilang-kilang kebiasaannya terdiri daripada dinding,
lantai, pintu, tingkap, tangga, tiang, rasuk dan lain-lain lagi.

Ciri-ciri Utama Teknologi Pasang Siap

a) Sistem ini dapat menjimatkan masa pembinaan di tapak kerana sebahagian besar
komponen-komponen tersebut telah siap dibina di kilang-kilang pembuat. Oleh
itu kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.

b) Sistem pasang siap dapat memberikan berbagai-bagai pilihan terhadap kaedah


pembinaan. Tujuan rekabentuk ialah untuk mengurangkan penggunaan acuan
dan peranca dalam pembinaan rasuk jambatan di mana rasuk tersebut diapungkan
untuk merentangi sungai sebelum dipasangkan ke tambatan.

c) Untuk pembinaan dinding sel, sistem ini dapat memberikan berbagai-bagai jenis
papak / lantai yang mempunyai kualiti yang tinggi lagi homogen. Dua sistem
dinding panel yang lazim digunakan ialah sistem panel satu arah yang
mempunyai rentang yang panjang dan sistem panel dua arah yang berbentuk segi
empat sama dan ini dapat mewujudkan kestabilan ortogon.

Unit 7-7
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 8

d) Bagi sistem kerangka mudah, tiang dan rasuk pratuang digunakan bersama-sama
dengan komponen-komponen konkrit pratuang yang lain seperti papak lantai,
tangga dan panel pelapisan.
e) Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan diturap dengan
menggunakan campuran konkrit yang diperbuat daripada agregat halus.
Rajah 7.2 : Pemasangan dinding panel di bangunan bertingkat

Rajah 7.3 : Dinding panel dua arah yang sedang disangga.

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 7-8
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 9

f) Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan diturap dengan


menggunakan campuran konkrit yang diperbuat daripada agregat halus. Rajah di
bawah menunjukkan contoh sistem pasang siap yang menggunakan tiang dan
rasuk pratuang manakala di bahagian lantainya pula dipasang dengan lantai
konkrit pratuang.

Rajah 7.4 : Sistem kerangka menggunakan tiang, rasuk dan lantai pratuang dan
sambungan antara tiang dan rasuk bumi

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

g) Sistem kekotak lebih berbentuk sebuah unit yang lengkap. Ia dibentuk daripada
panel rasuk yang dibuat di kilang ataupun daripada unit-unit kompleks yang
sudah dilengkapi dengan berbabgai-bagai pemasangan seperti saluran paip,
pendawaian elektrik dan sebagainya.

Unit 7-9
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 10

Rajah 7.5 : Sistem kekotak yang lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

h) Di dalam sistem pasang siap ini, masalah penyambungan merupakan kelemahan


utama.

Di antaranya ialah:
i) Sebarang jenis sambungan mestilah mengambilkira keperluan
rekabentuk seperti daya ricih, momen lentur, pengembangan dan
kekecutan bahan, daya angkat naik dan kestabilan sisi struktur binaan.

Unit 7-10
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 11

ii) Sistem ini memerlukan berbagai-bagai kemudahan jentera pengangkut


seperti kren bergerak, kren gantri atau kren menara dan sistem
perancangan serta pengawalan kerja yang baik untuk memastikan kerja
-kerja berjalan dengan lancar.

iii) Untuk memudahkan pembinaan setiap komponen dalam satu unit,


disertakan nombor-nombor supaya pemasangan komponen-komponen
ini dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

Rajah 7.6: Contoh susunan kekotak dalam pembinaan

Unit 7-11
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 12

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

7.6 Kebaikan Teknologi Pasang Siap

a) Segala kerja bancuhan, penempatan dan pengawetan konkrit dapat dijalankan di


bawah darjah kawalan kilang yang terdapat di kilang-kilang. Ini dapat
menghasilkan unit-unit yang tepat dan seragam.

b) Segala rekabentuk yang diulangi akan mengurangkan kos perbelanjaan. Oleh itu
acuan yang digunakan hendaklah dibuat dengan teliti dan memenuhi kualiti yang
diperlukan.

c) Rangka yang dipasang di tapak adalah sesuai untuk semua keadaan iklim iaitu
sama musim sejuk, hujan dan panas.

Unit 7-12
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 13

d) Rangka yang dipasang menggunakan tenaga pekerja yang mahir atau separuh
mahir. Oleh itu kadar modal pusingan tenaga buruh mudah didapati dengan
memberikan latihan dalam masa yang singkat.

7.7 Keburukan Teknologi Pasang Siap

a) Sistem bangunan tidak mudah diubah dari segi konsep rekabentuk di mana
terlalu luas pemilihan sistem yang ada dan rekabentuk dibuat tanpa banyak
perubahan dari segi konsep utama.

b) Segala perancangan hendaklah dilakukan di bawah kawalan yang rapi dan kerja
memunggah dapat dijalankan dengan mudah.

c) Jentera pengangkat perlu didirikan di tapak bina untuk menentukan kedudukan


struktur binaan dapat dielakkan pada tempat yang sebenarnya.

d) Dalam proses penyambungan struktur akan terdapat masalah yang


mengambilkira aspek-aspek dari segi tidak telus air, cuaca, pengaratan dan cara
pembinaannya.

Unit 7-13
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 14

Untuk menguji
menguji kefahaman
kefahaman anda,
anda, sila
sila
Untuk
buataktiviti
aktivitiberikut....
berikut....
buat
Jika anda
anda tidak
tidak berpuashati
berpuashati dengan
dengan
Jika
jawapananda,
anda,sila
silabuat
buatulangkaji
ulangkajipada
pada
jawapan
inputyang
yanganda
andarasa
rasamasih
masihkabur......
kabur......
input

SELAMATMENCUBA
MENCUBA!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!!!
SELAMAT

AKTIVITI 7A

7.1 Nyatakan takrifan konkrit siap tuang.

7.2 Terdapat tiga kaedah pengangkutan di dalam unit siap tuang. Terangkan TIGA kaedah
tersebut.

7.3 Berikan LIMA ciri-ciri utama pasang siap.

7.4 Senaraikan kebaikan dan keburukan teknologi pasang siap.

Unit 7-14
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 15

MAKLUMBALAS 7A

7.1 Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau yang dibuat di
kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa ke tapak bina untuk terus
dipasang.

7.2 TIGA kaedah pengangkutan tersebut ialah:

a) Pengangkutan Jalan Raya


b) Pengangkutan Keretapi
c) Sistem Pengangkutan Air

a) Pengangkutan Jalan Raya

Biasanya unit siap tuang diangkut dengan kenderaan khas seperti ‘low loader’, ‘treler’,
traktor dan lain-lain lagi. Anggota ini dikenakan penyokong khas dan rangka khas
bentuk A untuk memastikan unit ini tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu diambil

Unit 7-15
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 16

sewaktu kerja-kerja pengangkutan balak dijalankan kerana kedudukan adalah sendeng.


Tarikan graviti oleh berat struktur akan menyebabkan tegasan tegangan berkembang dan
balak akan mengalami kegagalan. Segala kelengkapan pengangkutan hendaklah
diperiksa semasa dalam perjalanan.

b. Pengangkutan Keretapi

Penggunaan keretapi akan menjadi lebih ekonomi terutama bagi jarak penghantaran yang
jauh sekiranya kerja pengangkutan anggota siap tuang berhampiran dengan kemudahan
keretapi. Ianya akan menjadi lebih ekonomi lagi jika pengelolaan dapat dijalankan
dengan perancangan yang teliti. Apabila jangka masa penghantaran unit struktur tersebut
ditetapkan, maka jentera pengangkutan disediakan lengkap dengan tenaga pekerja yang
mahir. Sistem pengangkutan ini sesuai apabila unit-unit kecil digunakan dan adalah lebih
ekonomi lagi.

c. Sistem Pengangkutan Air

Ia selalunya digunakan untuk struktur yang berhampiran terus dengan air. Contohnya
pembinaan jeti, empangan dan lain-lain lagi. Untuk mengelakkan kecacatan, maka unit
tersebut disusun dengan baik supaya tidak bergerak atau bergetar semasa proses
pengangkutan dijalankan.

7.3 Ciri-ciri utama pasang siap ialah:

a) Sistem ini dapat menjimatkan masa pembinaan di tapak kerana sebahagian besar
komponen-komponen tersebut telah siap dibina di kilang-kilang pembuat.

Unit 7-16
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 17

b) Tujuan rekabentuk sistem ini ialah untuk mengurangkan penggunaan acuan dan
peranca dalam pembinaan rasuk jambatan di mana rasuk tersebut diapungkan
untuk merentangi sungai sebelum dipasangkan ke tambatan.

c) Dua sistem dinding panel yang lazim digunakan ialah sistem panel satu arah yang
mempunyai rentang yang panjang dan sistem panel dua arah yang berbentuk segi
empat sama dan ini dapat mewujudkan kestabilan ortogon.

d) Bagi sistem kerangka mudah, tiang dan rasuk pratuang digunakan bersama-sama
dengan komponen-komponen konkrit pratuang yang lain seperti papak lantai,
tangga dan panel pelapisan.

e) Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan diturap dengan


menggunakan campuran konkrit yang diperbuat daripada agregat halus.

7.4 Kebaikan teknologi pasang siap ialah:

a) Segala kerja bancuhan, penempatan dan pengawetan konkrit dapat dijalankan di


bawah darjah kawalan kilang yang terdapat di kilang-kilang. Ini dapat
menghasilkan unit-unit yang tepat dan seragam.

b) Segala rekabentuk yang diulangi akan mengurangkan kos perbelanjaan. Oleh itu
acuan yang digunakan hendaklah dibuat dengan teliti dan memenuhi kualiti yang
diperlukan.

c) Rangka yang dipasang di tapak adalah sesuai untuk semua keadaan iklim iaitu
sama musim sejuk, hujan dan panas.

d) Rangka yang dipasang menggunakan tenaga pekerja yang mahir atau separuh
mahir. Oleh itu kadar modal pusingan tenaga buruh mudah didapati dengan
memberikan latihan dalam masa yang singkat.

Unit 7-17
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 18

7.5 Keburukan Teknologi Pasang Siap.

a) Sistem bangunan tidak mudah diubah dari segi konsep rekabentuk di mana
terlalu luas pemilihan sistem yang ada dan rekabentuk dibuat tanpa banyak
perubahan dari segi konsep utama.

b) Segala perancangan hendaklah dilakukan di bawah kawalan yang rapi dan kerja
memunggah dapat dijalankan dengan mudah.

c) Jentera pengangkat perlu didirikan di tapak bina untuk menentukan kedudukan


struktur binaan dapat dielakkan pada tempat yang sebenarnya.

d) Dalam proses penyambungan struktur akan terdapat masalah yang


mengambilkira aspek-aspek dari segi tidak telus air, cuaca, pengaratan dan cara
pembinaannya.

PENILAIAN KENDIRI

Unit 7-18
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 19

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1) Takrifan konkrit siap tuang.

2) Nyatakan DUA jenis unit siap tuang.

3) Terangkan dengan jelas kaedah pengangkutan jalan raya yang digunakan di dalam unit
siap tuang.

4) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pasang siap.

TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan
dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada maklumbalas


untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

Unit 7-19
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 20

1) Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau yang dibuat di
kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa ke tapak bina untuk terus
dipasang.

2) DUA jenis unit siap tuang iaitu:

i) Unit kemudahan
ii) Unit struktur

3) Biasanya unit siap tuang di dalam kaedah pengangkutan jalan raya diangkut dengan
menggunakan kenderaan khas kenderaan khas seperti ‘low loader’, ‘treler’, traktor dan
lain-lain lagi. Anggota ini dikenakan penyokong khas dan rangka khas bentuk A untuk
memastikan unit ini tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu diambil sewaktu kerja-
kerja pengangkutan balak dijalankan kerana kedudukan adalah sendeng. Tarikan graviti
oleh berat struktur akan menyebabkan tegasan tegangan berkembang dan balak akan
mengalami kegagalan. Segala kelengkapan pengangkutan hendaklah diperiksa semasa
dalam perjalanan.

4) Yang dimaksudkan dengan sistem pasang siap ialah merupakan satu sistem pembinaan
yang melibatkan pembentukan komponen-komponen struktur tertentu di kilang-kilang
pembuat dan di bawa ke tapak untuk dipasangkan bagi membentuk sebuah struktur
lengkap. Komponen-komponen struktur biasanya siap dibina di kilang-kilang yang
terdiri daripada dinding, lantai, pintu, tingkap, tangga, tiang, rasuk dan lain-lain lagi.

Unit 7-20
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 21

Anda sudah berpuashati


dengan unit ini!!!!!!!

Kalau sudah mari kita ke


Unit 8.

Unit 7-21

You might also like