You are on page 1of 8

MIGRASI

Migrasi
Konsep dan Definisi

•Migrasi merujuk kepada penghijrahan atau perpindahan


penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain yang
melibatkan perubahan ruang dan masa. Terdapat tiga
istilah penting yang berkaitan dengan migrasi iaitu:

Imigrasi- penghijrahan masuk penduduk ke sesebuah


kawasan

Emigrasi- penghijrahan keluar penduduk dari sesebuah


kawasan

Migrasi bersih – perbezaan nilai yang wujud antara


imigrasi dan emigrasi.
•Terdapat satu hukum migrasi yang dikemukakan oleh
Ravenstein adalah sama dengan hukum graviti iaitu semakin
jauh antara tempat maka aliran migrasi semakin
berkurangan dan apabila jarak menjadi lebih dekat maka
tarikan dan tolakan aliran migrasi akan semakin bertambah.

•Selain itu, Everett S. Lee (1966) pula mengemukakan


modal tolakan dan tarikan. Mengikut pandangan beliau,
untuk membolehkan proses migrasi berlaku mesti adanya
daya tolakan di tempat asal dan daya tarikan di tempat
destinasi. Semakin besar perbezaan antara daya tolakan
dan tarikan maka isi padu dan aliran migrasi akan
bertambah pesat.

•Migrasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu migrasi


dalaman dan migrasi antarabangsa.
Migrasi Dalaman

Merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu
tempat ke satu tempat yang lain yang hanya melintasi
sempadan di dalam negara itu sahaja seperti sempadan
antara daerah, sempadan antara luar bandar dengan
bandar, sempadan antara negeri, sempadan antara
bandar dan sebagainya.

• Migrasi dalaman terbahagi kepada lima pola aliran iaitu:


Migrasi Luar bandar ke bandar
Migrasi bandar ke luar bandar
Migrasi luar bandar ke luar bandar
Migrasi bandar ke bandar
Transmigrasi
Migrasi Luar bandar ke bandar
•Negara sedang membangun seperti Malaysia, migrasi luar
bandar ke bandar merupakan jenis aliran migrasi yang paling
utama. Migrasi ini melibatkan perpindahan penduduk dari
kawasan luar bandar ke bandar-bandar besar untuk mencari
peluang pekerjaan.

•Misalnya, migran dari kawasan luar bandar di negeri Kelantan,


Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis dan lain-lain menuju ke
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling
Jaya, Johor Bahru dan George Town.

•Tujuan utama penghijrahan ini ialah untuk mencari peluang


pekerjaan khususnya dalam sektor perindustrian dan
perkhidmatan yang berkembang pesat di bandar-candar besar
tersebut.
Migrasi bandar ke luar bandar
•Migrasi ini dipengaruhi oleh faktor ingin menikmati kehidupan yang lebih nyaman
dan tenteram serta jauh dari kesibukan kota. Migrasi ini dilakukan oleh golongan
pesara yang ingin menghabiskan usia tua mereka di kampung halaman masing-
masing yang terletak di luar bandar.

•Selain itu, kos hidup rendah di luar bandar juga menjadi pendorong golongan ini
untuk menetap di luar bandar setelah pendapatan mereka berkurangan dan hanya
bergantung kepada pencen sahaja.

Migrasi luar bandar ke luar bandar


•Migrasi ini berlaku ke atas penduduk di kawasan kampung tradisional atau desa
yang berhijrah masuk ke kawasan luar bandar yang lebih terancang dan tersusun
di bawah program pembangunan tanah dan program pembangunan wilayah.

•Di Malaysia, aliran ini berlaku pada awal tahun 1970-an. Sebahagian besar
penduduk luar bandar di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak,
Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang berhijrah ke kawasan
pembangunan wilayah atau kawasan tanah rancangan penempatan peneroka seperti
JENGKA, DARA, KETENGAH, KEJORA, KESEDAR.

•Dasar dan polisi kerajaan ini dilaksanakan oleh agensi seperti FELDA dan
FELCRA.
Migrasi Bandar ke Bandar
•Migrasi ini melibatkan beberapa trend misalnya dari bandar kecil ke bandar
sederhana, dari bandar kecil ke bandar besar, dari bandar sederhana ke
bandarbesar atau sebaliknya bergantung kepada motif migran tersebut.
•Adakalanya migrasi jenis ini berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu dari
bandar kecil ke banadar sederhana ke bandar besar dan ke bandar raya atau
metropolis.
•Mengembangkan perniagaan, pertukaran tempat kerja, pembukaan cawangan
baru oleh sesebuah syarikat ataupun diberi peluang untuk melanjuntkan pelajaran
ke IPTA dan IPTS yang hanya terdapat di bandar yang lebih besar

Transmigrasi
•Transimigrasi merupakan satu bentuk program migrasi terancang yang
dilaksanakan oleh kerajaan untuk memindahkan penduduk dari kawasan yang
padat dan sesak ke kawasan yang jarang penduduk
•Langkah ini telah dilakukan oleh kerajaan Indonesia semenjak tahun1930-an
iaitu memindahkan penduduk dari Pulau Jawa yg amat padat ke pulau-pulau lain
yang masih jarang pendudk seperti kalimantan, sematera dan sulawesi
•Objektif utama adalah untuk mengurangkanm
masalah kependudukan di Pulau Jawa di samping
membangunkan sumber alam khususnya tanah yang
masih luas di kepulauan lain di Indonesia. Polisi ini juga
bertujuan untuk mengimbangi taburan penduduk.

•Selain Indonesia, kerajaan Filipina juga turut


melaksanakan trans,migrasi iaitu meyelerakkan
penduduk dati Pulau Luzon yang padat ke Pulau
Mindanao yang jarang penduduk. Begitu juga di
Thailand yang menempatkan semula petani miskin dari
Dataran Tengah Thailand sejak 1940 ke kawasan baru.

You might also like