You are on page 1of 6

2010

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU


(Versi 3.5)
ARTIKEL PENGIRING: MALAYO-POLINESIAN & AUSTRONESIAN

Original Author: Srikandi


For: MistisFiles
From: Mistis Organisation
Republish by Alam Mala
MALAYO-POLINESIAN & AUSTRONESIA
RABU, 20HB OKTOBER 2010
[HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/10/PELAJARAN-PERTAMA-MALAYO-POLINESIAN.HTML]

Untuk memahami apa yang dikatakan ‘rumpun Melayu’ atau Nusantara, kita mesti belajar apakah
persamaan antara etnik-etnik di dalam rumpun Nusantara itu. Kita mesti tahu apakah beza antara
rumpun Nusantara dengan kelompok-kelompok bangsa yang lain. Saya jujur mengatakan bahawa
ketika zaman klasik Kesultanan Melaka, telah timbul apa yang dinamakan rumpun Melayu kerana
Kesultanan Melaka telah bertindak sebagai satu empayar yang menakluk seluruh semenanjung dan
sebahagian Sumatera; menyambung warisan yang ditinggalkan empayar Melayu Sriwijaya dahulu.
Empayar ini amat kuat dan disegani Timur dan Barat sehingga hanya kuasa Eropah sahaja bergabung
dengan pengkhianatan dari dalam,yang mampu menumbangkan Kesultanan ini.

Mengapa orang Bugis lebih senang menyerap budaya Melayu Selangor? Mengapa orang Jawa senang
berasimilasi dengan orang Melayu Johor? Mengapa orang Banjar, Mendahiling atau Rawa lebih rapat
dengan orang Melayu berbanding dengan orang Thai contohnya? Mengapa budaya berkeris ada pada
orang Sulu, Jawa, Bugis dan Melayu (sekadar menamakan beberapa contoh)? Kita lebih faham bahasa
orang Boyan atau orang Burma?

Kita mesti faham betul-betul perkara ini sebab jika kita tidak memahami perkara ini sebetulnya, nanti
ada orang yang dari kelompok bangsa lain contohnya Tai-Kadai akan cuba memutarbelitkan fakta
berkaitan kaum dan bangsa ini. Tidak memahami kategori antara bangsa-bangsa ini menyebabkan
kegiatan merompak budaya dan identiti akan berlaku. Juga untuk mengelakkan kekeliruan budaya
sesama sendiri di dalam kelompok yang sama. Contohnya keris adalah budaya etnik-etnik Malayo-
Polinesian. Jika orang Melayu berkeris, ini tidak bermakna mereka merompak budaya dari orang Jawa.
Jika orang Jawa pakai kain batik, ini tidak bermakna mereka mencuri kain batik orang Kelantan. Kena
faham betul-betul. Nanti tidaklah berperang sesama rumpun sendiri disebabkan hal yang remeh-temeh
begini. ‘French Fries’ contohnya adalah makanan orang Perancis dan Amerika. Namun tidak pernah
orang Perancis berperang dengan orang Amerika semata-mata berebutkan ‘French Fries’ (‘pommes
frites’ dalam bahasa Perancis). Tetapi ada orang yang ghairah mahu berperang semata-mata ingin
berebutkan rendang! Lihat beza mentaliti orang Eropah dengan orang Asia yang terjajah pemikirannya.
Apa yang mahu saya katakan lagi, “why are you so stupid?”

Ok, kita belajar sejarah secara santai. Tidak perlu tension-tension. Anda suka belajar sejarah dengan
cara menghafal tarikh-tarikh? Saya pun tidak suka! Sebenarnya sejarah adalah subjek yang menarik.
Sejarah melangkaui politik, budaya, geografi dan banyak bidang lain. Sejarah akan menjawab banyak
persoalan. Apa, mengapa, bila, di mana, siapa dan bagaimana. Ok, biar saya teruskan ‘lecture’ saya
tentang kelompok budaya dan bahasa yang dikelaskan sebagai, Austronesia.

Austronesia adalah kelompok bahasa yang tersebar di zon yang dinamakan Oceania dan Asia Tenggara
sehingga ke Madagaskar. Orang Austronesia pula adalah mereka yang bertutur bahasa-bahasa di dalam
kelompok Austronesia.

Dahulu kelompok bahasa ini digelar sebagai Malayo-Polinesia. Kemudian ditemui di Taiwan di mana
terdapat kelompok-kelompok pribumi di sana bertutur bahasa mirip bahasa-bahasa dalam Malayo-
Polinesia yang kemudiannya dikelaskan sebagai bahasa Formosa.

Gabungan bahasa Formosa dan Malayo-Polinesia inilah kemudiannya digelar Austronesia.


Austronesia adalah salah satu
kelompok bahasa utama di dunia.
Austronesia juga merupakan
kelompok bahasa yang terbesar dari
segi jumlah bahasa iaitu kira-kira
1268 jenis bahasa. Austronesia juga
memiliki kawasan penyebaran
paling luas, iaitu dari Madagaskar
hingga ke Pulau Easter.

Bahasa Melayu dan bahasa Jawa


adalah dua bahasa Austronesia yang mempunyai ramai penutur. Bahasa Melayu mempunyai lebih 40
juta penutur asli dan bahasa Jawa mempunyai kira-kira 80 juta penutur asli. Dari segi etnologi dan
jumlah penutur sebenar, bahasa Melayu adalah bahasa Austronesia yang paling ramai penutur iaitu
kira-kira 300 juta penutur (digabungkan dengan Bahasa Indonesia iaitu salah satu dialek dari bahasa
Melayu) dan menduduki tangga ke-6 dunia, ranking bahasa paling meluas digunakan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa elit Austronesia adalah terkelompok pula ke dalam bahasa Malayo-
Polinesian Barat, bersama-sama bahasa Jawa, Sunda, Bugis dan lain-lain. Bahasa Malayo-Polinesian
Timur pula termasuklah bahasa-bahasa di kepulauan Pasifik seperti Hawaii, Tonga, Maori, Samoa dan
lain-lain.

Ok, sekarang anda faham siapakah itu orang Austronesia? Persamaan antara bahasa-bahasa
Austronesia yang paling ketara ialah menyebutkan bilangan jamak sesuatu dengan mengulangi dua kali
perkataan. Contohnya jika ada banyak kapal, mereka namakan ‘kapal-kapal’ (bukan ‘kapals’). Satu lagi
rahsia yang paling ketara namun jarang orang ketahui ialah penyebutan nombor-nombor. Terdapat
persamaan ketara antara penyebutan nombor 1 hingga 10 misalnya diantara bahasa Hawaii, Tonga,
Samoa dan lain-lain dengan bahasa Jawa, Sunda dan ya, sudah pasti bahasa Melayu. Lihat jadual:

Bahasa Melayu Jawa Sunda Bugis Samoa Hawaii Tonga Siam


0 sifar selo sun
1 satu siji hiji ceddi tasi kahi taha nueng
2 dua loro dua dua lua lua ua song
3 tiga telu tilu telu tolu kolu tolu sam
4 empat papat opat eppa fa hā fā si
5 lima limo lima lima lima lima nima ha
6 enam enem genep eneng ono ono ono hok
7 tujuh pitu tujuh pitu fitu hiku fitu chet
8 lapan wolu dalapan arua valu walu valu paet
9 sembilan songo salapan asera iva iwa hiva kao
10 sepuluh sploh sapuluh sapulo sefulu -hulu -fulu sip

Lihat, nombor-nombor mereka, sama ada dipengaruhi bahasa Melayu atau dipengaruhi bahasa Jawa.
Sebab apa? Jawapan yang paling mudah, kena salahkan dua empayar ini: Sriwijaya dan Majapahit.
Tetapi kalau nak jawapan yang kompleks, kena jawab dengan sejarah linguistik dan pergerakan kaum-
kaum Austronesia. Bahasa Sunda misalnya sebutan nombornya bercampur antara bahasa Melayu dan
Jawa.

Ok, itu adalah persamaan antara bahasa-bahasa dalam kelompok Austronesia atau nama klasiknya
‘rumpun Melayu’. Rumpun ya, bukan orang Melayu. Serumpun maknanya berkongsi budaya dan bahasa.
Orang Batak misalnya berbeza dengan orang Melayu. Jadi orang Batak bukan orang Melayu dari segi
etnik-etnik dalam kelompok budaya Austronesia. Masing-masing ada identiti. Apabila bercakap dalam
konteks ‘dalam rumah sendiri’ Melayu adalah salah satu kaum atau sub-bangsa dalam rumpun
Austronesia. Samalah apabila bercakap dalam konteks Malaysia, orang Kedah, orang Perak dan orang
Kelantan misalnya adalah orang Melayu. Namun bila bercakap soal kenegerian, masing-masing ada
identiti sendiri seperti bahasa, senibina, makanan atau pakaian. Jadi bila orang-orang Melayu sedar
bahawa ada kaum lain yang seakan sama dari segi wajah, bahasa dan budaya dengan orang Melayu
maka mereka menyebut, "kita serumpun" (rumpun Austronesia atau Nusantara). Jadi Thai, Burma, Viet
ataupun Mon-Khmer bukanlah serumpun dengan orang Melayu (ditolak faktor asimilasi atau cedokan
bahasa dan budaya) sebab asas atau induk mereka berlainan dari orang Melayu. Thai boleh mencedok
budaya Melayu Segenting Kra atau Khmer tetapi lihat bahasanya. Jauh berbeza. Ini dinamakan
‘asimilasi’. Bukan serumpun. Tetapi ini asimilasi antara dua kelompok berbeza. Kalau anda faham
masalah ini, saya tanya anda, orang Siam itu sama atau tidak dengan orang Melayu? Serumpun atau
tidak?

Rujukan tambahan;

Decimal Numbers 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

PAN, circa 4000 BC *isa *DuSa *telu *Sepat *lima *enem *pitu *walu *Siwa *puluq

Tetum ida rua tolu haat lima neen hitu ualo sia sanulu

Tagalog isá dalawá tatló ápat limá ánim pitó waló siyám sampu

Ilokano (Ilocano) maysa dua talló uppat limá innem pitó waló siám sangpulo

Kapampangan metung adwa atlu apat lima anam pitu walu siyam apulu

Cebuano usá duhá tuló upat limá unom pitó waló siyám napulu

Malay satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh

Javanese siji loro telu papat limo nem pitu wolu songo sepuluh

Malagasy irai(ka) roa telo efatra dimy enina fito valo sivy folo

Māori tahi rua toru whā rima ono whitu waru iwa tekau

Tongan taha ua tolu fā nima ono fitu valu hiva -fulu

Chamorro maisa/håcha hugua tulu fatfat lima gunum fiti guålu sigua månot/fulu

Hawaiian kahi lua kolu hā lima ono hiku walu iwa -hulu

Siam adalah nama yang diberikan kepada kerajaan Ayutthaya. Rakyatnya ialah Siam. Tidak kira Tai,
Mon, Khmer atau Melayu. Ada satu lagi kerajaan Tai iaitu Sukhotai yang lebih awal dari Ayutthaya.
Tetapi Sukhotai bukan ‘Siam’. Siam adalah budaya bercampur antara Tai-Mon-Khmer-Melayu. Siam
bukan Melayu dalam ertikata sebenarnya. Jadi konotasi adakah orang Melayu mencedok adat Siam
adalah salah sama sekali. Siamlah yang mencedok segala budaya di sekelilingnya!

Inilah gunanya tahu sejarah. Tidaklah nanti kita terkeliru sampai menjatuhkan prestij sendiri secara
sukarela.
Orang Tai (‘Tai’ bermaksud bangsa ini seluruhnya manakala ‘Thai’ ialah konotasi baru lebih merujuk
kepada orang Tai di Thailand) termasuk dalam kelompok Tai-Kadai atau Kradai. Orang Tai ini juga
banyak sub-bangsanya seperti orang Shan, orang Li, orang Kam-Sui, Tai-Dam dan lain-lain. Etnik kedua
terbesar di China selepas orang Han adalah Zhuang, yang berasal dari bangsa Tai-Kadai ini. Bangsa Tai-
Kadai ini asalnya tinggal berselerak di selatan China sehingga ke utara Burma dan Assam di India.
Mereka kaum petani (agraria). Tai-Kadai adalah kelompok bahasa yang dipertuturkan oleh semua etnik
Tai ini. Mereka juga dilihat berkongsi beberapa budaya, yang paling ketara ialah perayaan Songkran.

Budaya etnik Tai berbeza dengan apa yang dinamakan sebagai ‘Siam’. Siam adalah gabungan apa yang
saya sebutkan tadi. Mula-mula orang Tai ini tinggal di bawah pemerintahan Empayar Khmer. Jadi
asimilasi telah ada dengan budaya Khmer. Kemudian selepas berjaya membebaskan diri dari empayar
ini, mereka mula membina kerajaan. Yang paling tersohor ialah Sukhotai. Mereka mula menakluk
kerajaan-kerajaan Mon di tengah Thailand pada hari ini. Jadi mereka sudah berasimilasi dengan orang
Mon yang lebih dahulu punya peradaban di Indochina. Akhir sekali ketika menubuhkan Ayutthaya,
mereka telah berasimilasi dengan teruknya dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dan Kerajaan
Angkor menjadi apa yang dinamakan sebagai ‘Siam’. Ketika menjarah Angkor (serta menakluk sekali
Angkor Wat) raja Ayutthaya telah mengangkut beribu-ribu artisan, tukang ukir, tukang batu, para
penari dan seniman Khmer ke Ayutthaya. Kemudian apabila mereka mara lebih ke selatan, orang Tai ini
melengkapkan identiti mereka sebagai Siam, apabila berasimilasi dengan orang Melayu ketika
menakluk negeri-negeri Segenting Kra. Malah Ayutthaya itu sendiri adalah wilayah Negara Sri
Dharmaraja, sebuah negeri Melayu Segenting Kra. Kemudian terjadi konflik merebut tanah Ayutthaya
dengan U-Thong, raja pertama Ayutthaya yang ‘menceroboh’ masuk ke Ayutthaya sehingga ke beberapa
raja selepasnya. Riwayat Khmer menyebutkan apabila raja Negara Sri Dharmaraja akhirnya tewas,
beliau menyerahkan wilayah Ayutthaya sepenuhnya kepada seorang raja Tai dengan syarat mengambil
anak-anaknya sebagai anak angkat raja Ayutthaya.

Kita boleh lihat persamaan senibina istana Raja Thai iaitu Grand Palace dengan istana Raja Khmer
Kemboja di Phnom Penh:

Istana diraja Khmer Kemboja Istana Raja Thai di Thailand

Jadi siapa cedok siapa? Khmer adalah berbeza laras bahasa dan bangsa dengan orang Tai. Bahasa
Khmer adalah dari kelompok Mon-Khmer. Jika senibina orang Aceh dan Melayu punya persamaan boleh
dipertimbangkan kerana satu rumpun, tetapi orang Khmer dan orang Tai dari rumpun berbeza! Sebab
apa tuan-tuan? Sebab asimilasi, tidak kira sebab peperangan mahupun perkahwinan. Perkaitan orang
Melayu dengan orang Khmer pula banyak terkait akibat perkahwinan raja-raja Melayu Segenting Kra
dengan gadis-gadis Khmer. Maka lahirlah raja-raja seperti Suryavarman I mahupun Jayaviravarman.
Sujita, seorang raja Melayu Negara Sri Dharmaraja dari keturunan Sriwijaya telah berkahwin dengan
puteri Khmer dari keturunan Kambuja. Menarik bukan?
Ingat, jangan jadi katak di bawah tempurung. Melayu di Malaysia mula jadi katak di bawah tempurung
selepas dijajah British. Samalah seperti nasionalis Jawa yang terlompat-lompat hulurkan buluh runcing.
Itu semua akibat ditipu Belanda. Ingat dua kata-kunci ini:

1. Dahulu tiada apa yang dinamakan Malaysia atau Indonesia


2. Budaya adalah milik bangsa bukan negara

Bezanya, nasionalis Jawa ditipu Belanda sehingga jadi terlampau fanatik dengan bangsa khayalan
bernama ‘Indonesia’. Tetapi Melayu Malaysia ditipu British sampai jadi lembik, tidak bersemangat dan
buta sejarah. Datang orang Siam cuit sikit, kelam kabut tak ingat dunia, kemudian menyembah kaki raja
Siam tanpa usul periksa.

Jadi saudara saudari sekalian, nampak tak bahawa bahasa kita, budaya kita adalah amat luas
menjangkau Malaysia sendiri. Bila bercakap tentang sejarah Melayu jangan sesekali berdasarkan
kawasan sesempit Malaysia. Jangan saudara, jangan. Sebab nenek moyang kita adalah pedagang dan
pelaut yang amat disegani Timur dan Barat. Dan kita bukan mula buat kerajaan ketika Kesutanan
Melaka. Bukan saudara. Banyak kerajaan-kerajaan sebelum Melaka, yang paling terkenal ialah Empayar
Sriwijaya. Belum lagi nak bercakap pasal ‘city-states’ Melayu yang bertaburan dari utara semenanjung
hingga ke Segenting Kra. Itu mungkin makan ratusan tahun Sebelum Masehi, sebab ketika Sriwijaya
meluaskan jajahan takluknya, telah ada kerajaan Grahi, Kedah Tua atau Gangga Negara. Sejak bila
kerajaan ‘city-states’ Melayu ini wujud?

Menariknya, prasasti ‘Old Malay’ ditemui seawal abad ke-7 Masehi. Tulisan ‘Old English’ pula dijumpai
seawal abad 8 Masehi. Salah satunya ialah puisi Beowulf. Itupun bahasanya belum sepenuhnya ‘English’
sebab ada yang mendakwa ia masih bahasa Anglo-Saxon, suku Jerman Kuno yang membentuk bangsa
Inggeris hari ini. Prasasti Melayu Cham pula seawal abad 2 Masehi. Bila bercakap sejarah bangsa,
ingatlah, kita adalah antara yang terbaik.

Baiklah para pelajar semua, kelas bersurai. Jumpa lagi di lain artikel.

The History of Thy Beloved,

~ Srikandi

You might also like