3
Dalam membicarakan proses pembentukan negara bangsa, takrifan terhadap bangsa,negara dan nasionalisma perlu diberi penelitian yang sewajarnya. Konsep bangsa atau nationmembawa kepada beberapa pengertian yang berbeza. Di England ia membawa maksud kelasmanakala di Amerika Syarikat ia merujuk kepada negeri.
Namun begitu, pada dasarnya pengertian bangsa di Barat melihat kepada kemajuan satu masyarakat mahupun rakyat yangterikat bersama dalam satu perasaan persatuan, berkongsi kebudayaan, identiti danmempunyai kesedaran bahawa mereka adalah satu bangsa yang tersendiri.
Konsep pembentukan negara bangsa mempunyai dua kriteria utama iaitu integrasisaikologikal di mana terdapat persetujuan tentang nilai-nilai politik dan sosial yang dominanseperti satu bahasa sepunya, satu ekonomi kolektif dan satu sifat kolektif dan sebagainyauntuk pembentukan identiti nasional. Selain itu
,
ia turut melibatkan integrasi fisikal sepertimempunyai kewilayahan yang tertentu dan mempunyai komuniti yang stabil dankesinambungan dari segi sejarahnya.
Ia diperjelaskan oleh Kamaruddin M. Said ( 1991)yang berpendapat negara bangsa hanya terbentuk apabila warganya telah merasakan bahawamereka mempunyai dan mempertahankan segala jiwa raganya kebangsaannya dan identitikolektifnya. Kewujudan sesuatu bangsa itu boleh dianggap sebagai satu proses pembinaanwarga kebangsaannya secara total dan berterusan. Oleh yang demikian, teras pembinaannegara bangsa itu didorong oleh sikap sejarah kebangsaan masyarakat tersebut yang berkongsi emosi serta satu aspirasi yang seragam dan membina demi kepentingan negara bangsanya secara eksklusif.
Proses pembinaan negara dan bangsa di negara kita berasaskan kepada empat ciriutama iaitu negara, kerajaan, bangsa dan perlembagaan. Negara merujuk kepada wilayahyang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah. Manakala kerajaan pula merupakaninstitusi yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
3
Hugh Seton-Watson,
Nation and States: An Inquiry Into the Origins of Nation and the Politics of
Nationalism
, Methuen, London, 1977, hlm. 1-5.
4
Ibid.
5
Kedua-dua kriteria merupakan kombinasi dua tafsiran iaitu Robert E. Scott,Nation-Building in Latin America, dipetik dari Nation-Building, Karl W. Duetsch andWilliam J. Foltz (eds. ), Atherton Press, USA, 1966, hlm. 74-77 dan Hood Salleh , et al.(pnyt.), Wawasan 2020 dan Pembinaan Bangsa Malaysia, Jabatan Antropologi danSosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1991, hlm. 30-32.
6
Hood Salleh, et al. (pnyt.),
Wawasan 2020 dan Pembinaan Bangsa Malaysia
,hlm. 30-32.