You are on page 1of 2

Menajamkan konsentrasi

OTAK perlu dilatih dengan permainan yang merangsangnya untuk bekerja keras.

SETIAP daripada kita pasti pernah melalui pengalaman hilang tumpuan semasa melakukan
sesuatu sama ada ketika melakukan tugasan di pejabat, menghadiri kuliah atau di dalam bilik
darjah, bersukan memandu dan sebagainya.

Masalah keluarga, tekanan kerja, gangguan bunyi telefon atau televisyen juga boleh menjejaskan
tumpuan seseorang terhadap kerja yang sedang dilakukan. Mengapakah konsentrasi itu sangat
penting?

Konsentrasi membantu kita menumpu, memusat dan memfokuskan fikiran pada sesuatu perkara
pada satu-satu masa sahaja. Kekuatan konsentrasi juga berkait rapat dengan daya mengingat dan
berfikir. Kelemahannya membuatkan pemikiran kita mudah menerawang dan terganggu.
Kesannya, segala maklumat yang diperoleh tidak didaftarkan ke dalam memori.

Kemampuan konsentrasi tidak dikaitkan dengan bakat yang diperoleh sejak lahir namun lebih
kepada cara kita melatihnya. Konsentrasi boleh diibaratkan seperti otot tubuh kita. Semakin kita
rajin membentuk semakin terserlah kepaduan dan kekuatan yang timbul pada otot tersebut.
Bayangkan kerjaya seorang pemahat, pelukis dan penulis.

Karya mereka tidak akan menarik tanpa latihan yang berterusan dan fokus terhadap kerja yang
dilakukannya. Meskipun ia mengambil masa, ia mampu meningkatkan nilai produktiviti individu
pada masa akan datang.

Mungkin apa yang disenaraikan oleh GenK dapat dijadikan panduan dalam memperoleh kunci
kejayaan dalam hidup anda.

Tetapkan sasaran

Sekiranya kita mempunyai sasaran bermakna individu terbabit telah menetapkan perkara yang
ingin dicapainya dalam satu tempoh yang tertentu. Ini akan memudahkan kita merancang tugas
dan jadual harian.
Ia akan membangkitkan komitmen dan membuat keputusan untuk menjayakan apa yang telah
dirancang. Namun, sekiranya kita lalai untuk mengikut setiap perancangan yang dijadualkan
bermakna anda menggadaikan masa depan anda sendiri.

Turut serta

Sasaran yang dilakukan tidak akan lengkap jika kita tidak melakukannya. Bagi memastikannya
benar-benar bermanfaat disiplin amat ditekankan.

Cuba lakukan sesuatu yang dapat mendekatkan diri anda dengan sasaran yang dirancang. Selain
itu, cuba libatkan diri anda dengan masyarakat yang dapat membantu anda merealisasikan
matlamat tersebut.

Contohnya jika anda ingin menjadi seorang pakar teknologi maklumat seharusnya mendekati
komuniti terbabit. Ini membantu anda menimba ilmu dan pengalaman dalam mencapai tujuan
yang telah disematkan di dalam hati.

Berdialog dengan diri sendiri

Cuba berikan ruang dan kesempatan untuk anda berkomunikasi dengan diri sendiri. Bayangkan
kerjaya seorang penembak tepat atau sniper sanggup duduk berjam-jam sehinggakan matanya
tidak terpejam bagi memastikan musuhnya dapat dihapuskan.

Kita juga mampu menjadi seperti itu kerana musuh utama dalam diri kita adalah sifat malas,
bosan atau pesimis. Tanyakan pada diri adakah masa yang digunakan dihargai sebaiknya? Ini
semua mempunyai pengaruh yang kuat terhadap minda separa sedar seterusnya mampu
membentuk imej kendiri kita.

Tanamkan minat

Dengan minat yang tinggi, ia memberikan anda semangat dan perangsang dalam menggali
pelbagai sumber untuk mendapatkan informasi berkaitan bahan yang ada mahukan.

Ia membuatkan anda lebih konsisten dalam melakukan kerja yang direncanakan. Kemudian
pupuk rasa tanggungjawab terhadap sesuatu yang anda putuskan. Secara tidak langsung, ia
memberikan anda kuasa dalam menjayakan misi anda.

Melatih fikiran

Untuk menjadikan fikiran kita lebih tajam, latih otak dengan melakukan permainan yang
berunsurkan teka-teki seperti soduku atau jenis permainan yang mampu membantu merangsang
otak kita. Aktiviti sebegini mampu mengembangkan kecerdasan dan daya fokus kita dalam
membuat keputusan seterusnya meningkatkan daya ketahanan mental.

You might also like