You are on page 1of 3

Sertai komuniti myMetro

login|daftar

Ahad, 09 Januari 2011 Cari

Versi Mobile RSS 1klassifieds iMetro Akhbar Digital Team Metro

UTAMA BERITA EKSTRA METROPLUS GIGS HATI RAP VARIASI TANYA PAKAR BIMBINGAN KOLUMNIS ARKIB SEMINGGU VIDEO

myMetro Bisnes IKLAN

20,000 peluang kerja sebulan


Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

PENJELASAN...Dr Wong (kanan) menerangkan sesuatu kepada wartawan sambil


disaksikan Dr Md Gapar.

EKONOMI negara semakin menampakkan perkembangan ketara apabila sekurang-kurangnya 20,000 peluang
pekerjaan dalam pelbagai sektor diiklankan secara dalam talian (online) menerusi laman JobStreet.com setiap bulan.

Ketua Pegawai Teknologi JobStreet.com Sdn Bhd, Dr Albert Wong berkata, sebahagian besar kekosongan membabitkan
bidang teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) serta sektor perkhidmatan.

“Antara 2,500 hingga 3,000 peluang kerjaya ditawarkan dalam sektor IT dalam tempoh sebulan menerusi JobStreet.com
dan daripada jumlah itu, 25 peratus membabitkan bidang sumber terbuka (open source) yang kini semakin berkembang
dari sehari ke sehari.

“Bagaimanapun, kami tidak mempunyai sebarang data sama ada kekosongan kerja itu diisi atau tidak kerana
kebanyakan majikan tidak memaklumkan kepada kami mengenainya,” katanya kepada Bisnes Metro selepas sesi
taklimat mengenai cara merapatkan jurang antara pendidikan dan peluang kerja dalam bidang sumber terbuka di Kuala
Lumpur, baru-baru ini.

Sesi taklimat itu turut disertai Timbalan Presiden Akademik Universiti Pengurusan Dan Sains (MSU), Prof Dr Md Gapar
Md Johar dan Pengurus Kanan Perkhidmatan Pemasaran Red Hat (Asean), Alan Ho.

Mengulas lanjut, Dr Wong berkata, sehingga kini, 1.6 juta mendaftar untuk mencari pekerjaan menerusi JobStreet.com di
negara ini.

“Secara keseluruhan, lapan juta orang sudah mendaftar di JobStreet.com di rantau Asia untuk mengisi 80,000
kekosongan kerjaya seperti diiklankan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Akademik Universiti Pengurusan Dan Sains (MSU), Prof Dr Md Gapar Md Johar
berkata, tidak ramai berminat meneruskan pengajian dalam bidang IT kerana sifat ‘takut’ dengan subjek matematik.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Kongsi Artikel | Facebook MySpace Google Twitter


Artikel Lain

MBSB sasar pembiayaan RM15 bilion

LHDN harap lepasi kutipan RM90 bilion

Risda buka kolej kedua di Perak

KFC tambah 25 cawangan

CES 2011 medan saingan peranti tablet

Mutakhir Pilihan tertinggi

Bekas pengurus hoki kebangsaan


maut nahas 02:06:01 AM

PONTIAN: Bekas pengurus skuad hoki


kebangsaan 1996, A Rahman Karim,
67, (gambar) terbunuh akibat ...

2 bekas pengarah bersalah dagang


saham syarikat 01:44:20 AM

Suruhanjaya Diraja ditubuh 01:20:38


AM

lagi berita
UTAMA BERITA EKSTRA METROPLUS GIGS HATI RAP VARIASI TANYA PAKAR BIMBINGAN KOLUMNIS ARKIB SEMINGGU VIDEO

MAKLUM BALAS PENGIKLANAN 2010 © Harian Metro Sdn. Bhd.


Hantarkan sebarang Hubungi kami untuk tujuan
Dapatkan tajuk-tajuk berita
pendapat, aduan atau komen pengiklanan dan tajaan di
utama & ikuti perkembangan
anda mengenai laman web dalam akhbar dan laman web
terkini Harian Metro melalui
Harian Metro Harian Metro.
Twitter

You might also like