You are on page 1of 4

1.

Huraikan maksud

Definisi Anatomi

satu cabang sains hayat yang merupakan kajian mengenai bentuk dan
struktur sesuatu hidupan atau organisma.

Definisi Fisiologi

satu cabang sains hayat yang merupakan kajian mengenai fungsi


struktur sesuatu hidupan atau organisma.

2.Bahagian anatomi yang terdapat dalam sistem pencernaan.

Terdiri daripada saluran pencernaan bermula dari mulut hingga ke


dubur (anus) serta kelenjar yang terlibat dalam pencernaan seperti
penkreas dan hepar.

3. Proses fisiologi hormon estrogen dan progesteron mengawal kitaran


haid

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami
oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk
mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan
kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan
dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan
untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual
wanita atau kitaran haid.

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang


daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi
embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami
degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar
daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel


yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap
daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali
semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada
umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan
selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung
kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan
status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur
47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh
kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid
dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran
bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga
45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh
aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada
umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah
mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang
sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi
wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah
dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang
berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak
berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.Jumlah keseluruhan
cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200
ml.

Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak


selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita
akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair,
ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang
belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta
tekanan perasaan.

4.Senarai bahagian anatomi tubuh badan

Bahagian tubuh badan.


Anggota atas.
Bahagian bahu, lengan atas, siku, lengan bawah dan tangan.
Anggota bawah.
Kawasan glutieal, paha, lutut, betis, pergelangan kaki dan kaki.
Toraks.
Abdomen.
Pelvis dan perineum.
Kepala dan leher.

5. Huraikan satah anatomi tubuh badan

Satah Median: satah sagital yang membahagikan tubuh badan kepada


bahagian kiri dan kanan.

Satah Koronal: satah sagital pada sudut kanan membahagikan tubuh


badan kepada bahagian depan dan belakang.

Satah Axial: satah sagital yang membahagikan tubuh badan kepada


bahagian atas dan bahagian bawah yang bersudut tepat dengan dua
satah yang lain.

7.Sistem-sistem yang terdapat dalam tubuh badan manusia.

Sistem respiratori
Sistem peredaran darah
Sistem rangka
Sistem integumentari
Sistem endokrina
Sistem urinari
Sistem limfatik
Sistem saraf
Sistem otot
Sistem pencernaan
9.Fungsi bagi setiap sistem yang terdapat dalam tubuh badan manusia.

Sistem respiratori

You might also like