Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah menjadikan klienlebih selesa. Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan pertemuandengan jelas dan tekankan bahawa dirinya (kaunselor) sentiasa prihatin dan bersedia membantu setakat yang terdaya. Dua komponen penting yang perlu diambilkira di tahap ini ialah;
•
Tempat sesi kaunseling
Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslahmemikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa yangsesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Tempat yang selesadan menarik akan menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebut dapat diadakandengan jayanya.
•
Tahap kemampuan kaunselor dengan klien
Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlumengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya sendiri mahupunklien. Kaunselor yang kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurangyakin di kalangan klien terhadap kaunselor. Selain dari itu, kaunselor harus peka akan tahap kemampuan klien. Klien juga mungkinkelihatan letih, lemah dan malas untuk bekerjasama. Dengan itu akanterdapat juga keadaan di mana tahap kemampuan kedua-dua pihak iniharus dititikberatkan sebelum memulakan sesuatu sesi kaunseling agar proses kaunseling dapat dijalankan dengan lancar.Apabila kaunselor dan klien masing-masing bersedia untuk memulakan proses kaunseling, persetujuan antara kedua-dua pihak bagi memulakan proses kaunseling mestilah dipersetujui. Brammer (1973) menganggap persetujuan ini sebagai satu kontrak antarakaunselor dan kliennya serta sebagai tanda persetujuan tanda permulaan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak iniakan berubah pada bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaanklien itu sendiri.
Fasa dua. Semasa proses kaunseling
Setelah memastikan peringkat pra-persediaan berjalan denganlancar, perkhidmatan kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu fasa“semasa proses kaunseling”. Dalam fasa ini, beberapa peringkatterlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan, penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan.
(i) Peringkat penyediaan dan kemasukan