You are on page 1of 146

Izza Aripin

prolog

L
AIRA mencerlung ke arah
Zaffran.
“Kita tak ada pilihan!
Engkau nak dia mati?”
Zaffran membalas renungan tajam Laira. “Engkau
pasti dia akan selamat?”
“Berdoa kepada Tuhan moga kita semua selamat.”
Zaffran memandang Ayrin yang masih belum sedar.
“Ayrin!” Dia menepuk pipi Ayrin.
“Bangun! Kita semua dalam bahaya. Engkau dengar
tak? Jet ni akan terhempas di lautan!” Zaffran berusaha
menyedarkan Ayrin.
“Aku terpaksa tolak engkau ke laut. Ayrin! Engkau
dengar tak?” sambungnya lagi.
“Zaffran! Jet dah hilang kawalan!” Laira menjerit
panik.
Dhiyapura Two semakin menjunam.

1
Kasih Pun Bersatu

“Engkau terjun dulu!” Zaffran menjerit ke arah


Laira.
Beberapa saat selepas Laira terjun, Zaffran turut
terjun bersama Ayrin yang masih belum sedarkan diri.

2
Izza Aripin

bab 1
Dhiyapura
Beberapa bulan selepas pemberontakan Tengku Khalid
dipatahkan....

R
UBIAH mengintai ke luar
tingkap sewaktu pramugari
pesawat peribadi yang dinaikinya
mengumumkan bahawa mereka sudah memasuki ruang
udara kerajaan Dhiyapura.
“Kita sekarang sudah memasuki ruang udara
kerajaan Dhiyapura. Jika anda melihat ke luar sekarang, anda
dapat melihat Istana Agung dari utara.”
Rubiah tersenyum mendengar kalimah itu. Seakan-
akan dalam filem ‘The Princess Diaries’ pula cara pramugari
itu berkata-kata.
“Look out the window, princess. Welcome to
Genovia.” Agaknya begitulah skrip yang dilafazkan oleh
pengawal peribadi Princess Mia yang masih diingati oleh
Rubiah. Tetapi di dalam kisah ini, bukan dia puterinya. Tetapi

3
Kasih Pun Bersatu

Ayrin Zatasha. Rubiah benar-benar tidak menyangka bahawa


sahabat baiknya itu bukan calang-calang orang. Sejak upacara
pemahkotaan sebulan yang lalu, wajah Ayrin sentiasa
menghiasi dada akhbar serta majalah dalam dan luar negara.
Populariti Ayrin di rantau Asia Tenggara ini setanding dengan
Putera William di benua Eropah. Begitu bangga Rubiah dapat
mengenali Ayrin.
Pada pertemuan singkat mereka sewaktu Ayrin
menyampaikan jemputan itu, Rubiah dapati Ayrin sedikit pun
tidak berubah sikapnya. Dia masih ramah dan periang seperti
dahulu. Pangkat dan darjat yang ada pada dirinya langsung
tidak mengubah keperibadiannya.
Selain Rubiah dan rakan-rakan Ayrin yang lain,
pesawat itu juga turut dinaiki oleh anggota-anggota Pirate
yang dijemput oleh Permaisuri Anne sempena meraikan
kejayaan menuntut haknya di samping meraikan majlis ulang
tahun Ayrin.
Antara yang hadir ialah pasangan Nida, Badrul dan
anak mereka, Yusuf dan isterinya, pasangan Izhan dan Arissa,
pasangan Dania dan Zakuan bersama Sephia Alora Asyikin,
pasangan Zhalia dan Alwi bersama anak-anak mereka, dan
beberapa anggota Pirate yang lain yang rapat dengan
Permaisuri Anne suatu waktu dahulu. Permaisuri Anne turut
menjemput Joehan yang telah banyak menabur budi dan jasa
kepadanya. Permaisuri lebih selesa menganggap Joehan
sebagai abangnya, pengganti tempat arwah Abang Hakim.

Istana Agung,
Kota Dhiyapura

4
Izza Aripin

KEADAAN di Istana Agung begitu meriah dengan persiapan


meraikan kemenangan keluarga al-Muttaqi yang berjaya
mengembalikan takhta dan menuntut keadilan. Seluruh
keluarga al-Muttaqi dari serata dunia telah berjaya
dihimpunkan. Bak sirih pulang ke gagang, mereka kembali
ke tanah air tercinta setelah menjeruk rasa selama beberapa
generasi akibat pengkhianatan keluarga al-Mansur.
Saki-baki keluarga al-Mansur yang tidak sempat
melarikan diri ke luar negara telah diberi pengampunan
bersyarat. Mereka dikehendaki bersumpah taat setia terhadap
Dinasti al-Muttaqi dan pemerintah kerajaan. Sekiranya ada
usaha belot berjaya dikesan, mereka akan dibuang negeri.
Sultan Iskandar mahu memastikan rancangannya
mengubah corak pemerintahan kerajaan beraja Dhiyapura
kepada pemerintahan demokrasi tidak menghadapi
tentangan. Sudah tiba masanya rakyat diberi peluang
mentadbir negara tercinta.
Sebaik sahaja keadaan negara stabil selepas
percubaan pemberontak merampas takhta, proses-proses
penubuhan sebuah negara demokrasi giat dijalankan. Sultan
Iskandar berharap supaya sebaik sahaja penggantinya menaiki
takhta, corak kerajaan sudah berwajah baharu. Perkara ini
tidak mustahil dilakukan sekiranya mendapat sokongan
penuh keluarga diraja dan rakyat jelata.

KETIBAAN Rubiah dan rakan-rakan sekolahnya dahulu


membuatkan Ayrin terharu. Dia benar-benar rindukan mereka
dan juga Millenium Perdana, sekolah lamanya di negara
Malaysia. Bermula tahun hadapan, Ayrin akan menyambung
pelajarannya di sekolah di ibu negara kerajaan Dhiyapura.

5
Kasih Pun Bersatu

Pasti keadaannya berbeza sekali lagi. Tetapi kali ini dia sudah
tahu kenapa perpindahan itu harus dilakukan. Selama dia
menuntut di Millenium Perdana, sudah banyak kenangan
pahit manis tercatat. Segala-segalanya tidak mudah dilupakan
kerana setiap hari, setiap saat, dia menghargai detik dirinya
berada di situ.
Tidak seperti Ayrin yang terpaksa menyambung
pelajarannya di sekolah baharu, Zarul yang telah dilantik
sebagai putera mahkota, akan menyambung legasi
pemerintah sebelumnya menyambung pengajian di
Cambridge. Zarul tidak akan dibebani oleh urusan kerajaan
sehinggalah dia menamatkan pengajiannya terlebih dahulu.
Buat seketika dia bebas melakukan apa sahaja sebelum
dirinya terikat dengan tanggungjawab negara. Dan dia telah
memilih untuk menetap di Malaysia sehinggalah masanya
tiba bagi dia memikul tanggungjawabnya.
Memang keputusan yang dibuat oleh Zarul itu
bertentangan dengan rancangan asalnya dan rancangan asal
pemerintah Dhiyapura yang mahukan dia di situ; mempelajari
selok-belok pemerintahan.
Tetapi entah mengapa, Zarul tiba-tiba mengubah
fikirannya. Dia rasa dia perlu memberikan dirinya masa bagi
memikirkan segala-galanya. Dia mahu bersedia dan betul-
betul memahami akan tanggungjawab yang bakal dipikulnya
tidak lama lagi. Zarul mahu mengenali dirinya dan dia hanya
boleh lakukannya jauh dari Dhiyapura... dan jauh daripada
Ayrin.
Zarul tidak mahu memikirkan hubungannya
dengan Ayrin buat masa ini. Biar masa yang menentukan
sejauh mana dan setakat mana perhubungan mereka.
Sekiranya takdir memisahkan haluan mereka, dia akan
terima. Sekiranya takdir menyatukan haluan mereka, dia juga

6
Izza Aripin

akan terima. Buat masa ini, Ayrin bukan keutamaannya. Dia


ada perkara besar yang harus difikirkan iaitu diri dan masa
depannya yang telah ditentukan. Adakah dia bersedia
menerimanya?

7
Kasih Pun Bersatu

bab 2
Istana Agung,
Kota Dhiyapura

M
AJLIS yang dirancang
berlangsung dengan penuh
gemilang. Tetamu-tetamu
diraikan dengan penuh kehormatan. Perjumpaan dalam
kalangan kerabat al-Muttaqi buat pertama kalinya berjaya
mengumpul kesemua ahli keluarga yang sudah lama terpisah.
Bak sembilang pulang ke lubuk.
Sultan Iskandar benar-benar rasa bahagia kerana
dapat bertemu dengan sanak saudara yang selama ini
meminggirkan diri mereka daripada hal kerajaan. Peluang
yang julung kali berlaku ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh
Sultan Iskandar dengan pembinaan jaringan komunikasi
antara mereka. Dia dengan berbesar hati menjemput kesemua
ahli keluarganya pulang dan menetap di Dhiyapura supaya
mereka bersama-sama dapat membangunkan kerajaan pulau
itu.

8
Izza Aripin

Dahulu ayahandanya, Almarhum Sultan


Firmanshah al-Muttaqi telah bernikah dengan sepupunya,
Tengku Badariah al-Mansur demi mendamaikan kedua-dua
buah keluarga yang saling bertingkah merebut takhta. Ramai
keluarga al-Muttaqi tidak setuju dengan pernikahan itu. Maka
sebagai rasa tidak puas hati, mereka membawa diri ke luar
negara dan merajuk tidak mahu ambil tahu perihal
pentadbiran negara. Malangnya tindakan mereka itu telah
memudahkan Tengku Khalid, kekanda Permaisuri Badariah
berkuasa.
Saat Sultan Iskandar mewarisi tampuk
pemerintahan, keadaan menjadi semakin gawat. Nasibnya
hampir sama seperti ayahandanya. Dia dipaksa bernikah
dengan anak saudara bonda tirinya iaitu Tengku Syazreen,
padahal ketika itu dia sudah pun bernikah dengan Anne di
luar negara. Akibat fitnah, dia telah mengkhianati Anne.
Pembantu peribadinya yang setia, Tengku Farid telah turut
sama difitnah lantas mengambil keputusan membawa diri.
Tinggallah Sultan Iskandar sendirian memperjuangkan
kedamaian. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan
kebijaksanaannya, Tengku Khalid dan pemberontak berjaya
ditumpaskan. Kini dia berazam mahu membetulkan kesilapan
yang telah berlaku di pihak Almarhum ayahandanya.
Paling menggembirakannya ialah kesudian keluarga
Tengku Farid dan keluarga putera mahkota, menetap di
Dhiyapura. Dengan sokongan mereka, Sultan Iskandar akan
lebih berkeyakinan menjalankan tugas utamanya selepas ini
iaitu menjadikan kerajaan Dhiyapura negara demokrasi.
“Terima kasih, Farid... kerana sudi memberikan
sokongan.” Tengku Iskandar menepuk bahu Tengku Farid
sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga.
“Dan terima kasih pada engkau juga kerana sudi

9
Kasih Pun Bersatu

menawarkan peluang kedua kepada aku. Apa kata kita


mulakan langkah yang baharu dengan semangat yang
baharu.”
Tengku Iskandar mengangguk setuju mendengar
kata-kata semangat yang diberikan oleh sepupunya itu.
“Kali ni... aku mahu buat yang terbaik buat semua.
Segala kesilapan yang pernah aku lakukan dulu, aku mahu
perbaiki. Terutama perhubungan aku dengan Anne. Walaupun
dia setuju terima aku kembali dan sudi memberikan peluang
kali kedua, aku tak rasa perkara ni amat mudah baginya. Juga
tak mudah bagi aku walaupun selama ini aku memang
nantikan saat-saat ni.”
Pandangan Tengku Iskandar jatuh ke wajah
isterinya yang asyik melayan rakan-rakan Pirate di satu
sudut.
Tengku Farid tersenyum mengerti. Memang benar.
Ada banyak perkara yang Sultan Iskandar dan Anne perlu
lakukan bagi merapatkan jurang yang terbina sekian lama di
antara mereka.
“Both of you have lots of things to catch up. Tapi
tak mengapa. Sebab engkau ada banyak masa bersama bagi
memperbaiki semula hubungan kamu yang terhenti dulu.”
Tengku Farid memberikan kata-kata perangsang kepada
sepupunya supaya dia yakin menghadapi satu lagi cabaran
baharu dalam hidupnya.
“Aku harap segala-galanya berjalan seperti yang aku
mahukan. Sudah terlalu lama Anne menanggung derita
kerana kepentinganku. Sudah tiba masanya aku membalas
segala budi, jasa dan pengorbanannya dengan kebahagiaan.
Aku mahu bahagiakan dia hingga ke hujung nyawa.”
Terangkat kening Tengku Farid mendengar janji

10
Izza Aripin

yang dilafazkan oleh Tengku Iskandar terutama pada bait


yang terakhir. Kedengaran seperti skrip dalam filem pula.
Tengku Iskandar tersenyum lucu melihat reaksi
sepupunya. Dia juga tidak menyangka yang kata-kata itu
boleh meluncur lancar keluar daripada bibirnya.
“Simpanlah kata-kata romantis tu buat Anne. Tak
perlu engkau luahkannya pada aku. Seram aku dengar.”
Tengku Farid terus ketawa.
Tengku Iskandar hanya tersenyum. Matanya masih
melekat pada wajah ayu isterinya. Dia mahu memberikan
sepenuh kasih dan sayangnya kepada wanita itu. Anne benar-
benar berhak mengecap kebahagiaan itu.

RUBIAH senyum-senyum apabila mendapati sejak dari tadi


perhatian Ayrin hanya tertumpu pada Zarul yang sedang
berbual-bual bersama-sama sepupu-sepupu yang baharu
dikenalinya dalam majlis itu. Lantas Rubiah segera menyiku
Ayrin. “Pandang-pandang pula. Pergilah dekat kalau sayang
sangat!”
Usikan Rubiah membuatkan wajah Ayrin merah
padam.
“Kenapa pulak engkau kata macam tu?” Ayrin
menafikan tuduhan itu. Sebenarnya ada perkara lain yang
sedang bermain di fikirannya ketika itu mengenai Zarul.
“Sejak dari tadi aku tengok engkau asyik-asyik
pandang Zarul. Takut ke kalau orang lain pikat dia?” Rubiah
masih tersenyum-senyum.
“Bee....” Nada suara Ayrin berubah, seolah-olah

11
Kasih Pun Bersatu

memberikan amaran kepada Rubiah supaya jangan silap


faham.
“Aku dengan dia... tak boleh ada apa-apa hubungan.
Kami sepupu, Bee.”
Dahi Rubiah berkerut. Dia tidak faham.
“Apa salahnya. Engkau boleh kahwin dengan dialah.
Kalau dia pak cik ataupun abang tiri dengan engkau, baru tak
boleh kahwin.”
“Engkau tak faham!” Ayrin meletakkan gelas di
tangannya di atas meja sebelum beredar keluar dari pintu sisi
dewan menuju ke taman diraja.
Rubiah yang agak terkejut dengan reaksi Ayrin
pantas mengekori jejak rakan baiknya yang jelas sedang
bersedih.
“Ay... maaflah kalau aku salah cakap.” Rubiah
berlari-lari anak mengejar Ayrin yang sedang berjalan
perlahan menghampiri kolam pancuran air berbentuk segi
empat yang menganjur panjang merentasi taman.
“Apa masalahnya, Ay? Cubalah cerita pada aku.
Kalau aku tak boleh tolong selesaikan... sekurang-kurangnya
aku boleh jadi pendengar yang baik.”
Ayrin melepaskan keluhan berat sebelum menjawab
pertanyaan itu. “Bee... aku memang suka Zarul. Tapi suka-
suka macam tu saja. Taklah sampai jatuh cinta kat dia. Aku
sayang dia macam kawan. Macam aku sayang engkau.”
“Jadi... apa masalahnya sekarang? Aku tak faham.”
“Masalahnya Zarul. Sejak kebelakangan ni... aku
tengok dia lain macam aje. Dia dah tak mesra macam dulu.
Selalu aje dia mengelak daripada berjumpa atau bertembung
dengan aku. Aku tak faham kenapa dia buat macam tu.”

12
Izza Aripin

“Engkau nak aku tanyakan pada dia?”


Ayrin segera berpaling menghadap Rubiah.
Wajahnya serius. “Tak payah! Aku tak mahu dia fikir yang
bukan-bukan pula pasal aku. Nanti aku yang malu.”
“Apa salahnya aku tanya. Dia takkan fikir yang
bukan-bukan kalau aku kata engkau risaukan dia. Dia tentu
faham.” Rubiah memujuk.
“Entahlah, Bee. Aku rasa macam kehilangan pulak
bila dia semakin menjauhi aku.”
Ayrin melemparkan pandangan ke dalam air kolam
yang beriak tenang. Kesepian dan kedinginan Zarul benar-
benar buat dia berasa sedih. Sudahlah dia terpaksa
menyesuaikan diri dengan dunia baharu, kini dia keseorangan
menghadapinya. Dahulu Zarul pernah berjanji hendak
mengharungi keadaan itu bersama. Tetapi kini, dia dibiarkan
keseorangan menghadapi cabaran yang begitu asing.
“Bee... boleh tak aku minta sesuatu daripada
engkau?” tanya Ayrin setelah berfikir seketika
“Apa dia? Kalau boleh aku beri, aku beri,” jawab
Rubiah dengan ikhlas.
“Hmmm... nak tak kalau aku lantik engkau jadi
pengiring utama aku?”
Bulat mata Rubiah mendengar tawaran yang
jarang-jarang diberikan kepada orang luar terutamanya yang
bukan berdarah raja.
“Engkau main-main ke... serius ni?” soal Rubiah.
“Aku serius. Aku rasa aku lebih selesa dengan
engkau berbanding sepupu-sepupu yang baru aku kenal tu.”
“Aku setuju!” jerit Rubiah dengan gembira.
Melonjak-lonjak dia kegembiraan.

13
Kasih Pun Bersatu

Ayrin turut menjerit bersama dengan Rubiah, ibarat


pasukan sorak yang baharu menyelesaikan rutin mereka.
“Tapi...” Tiba-tiba kegembiraan Rubiah terhenti. Dia
baru terjaga daripada mimpi yang indah.
“Bagaimana dengan keluarga aku? Aku tak sanggup
nak tinggalkan mereka.” Wajah Rubiah muram. Antara
tawaran Ayrin dengan keluarganya, kalau boleh dia tidak
mahu kehilangan kedua-duanya. Betapa tamaknya dia!
Ayrin tersenyum. Lantas dia menggenggam jari-
jemari Rubiah yang tembam.
“Aku buat tawaran ni bukan sebab aku pentingkan
diri sendiri semata-mata. Aku dah fikirkan masak-masak
supaya kita sama-sama untung. Kontrak ayah engkau dengan
Petronas tamat tak lama lagi, kan? Apa kata kalau ayah
engkau terima tawaran Petrodhiya? Sebenarnya... ayah aku
dah setuju memandangkan mereka memang menghargai
kepakaran bidang kejuruteraan biokimia.”
Rubiah tersenyum lebar. Kembang kempis
hidungnya menahan perasaan teruja.
“Engkau memang layak jadi Puteri Dhiyapura.
Muda lagi dah pandai berunding. Aku setuju.” Rubiah
menghulurkan tangannya. Dan tangannya itu disambut oleh
Ayrin dengan hati yang lapang.
“Kita akan jadi sahabat sehingga ke akhir hayat!”
Rubiah berjanji dengan semangat yang berkobar-kobar.
Ayrin hanya tersengih mendengar pujian itu.
Sebenarnya idea itu datang daripada buah fikiran Sultan
Iskandar. Dia hanya melontarkan masalahnya supaya
diselesaikan dan Sultan Iskandar telah memberikan jawapan
itu. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Semakin lebar
senyuman Ayrin.

14
Izza Aripin

MAJLIS yang meriah itu tamat menjelang tengah malam.


Setelah kesemua tetamu mengundurkan diri, barulah Anne
naik ke biliknya. Keindahan cahaya bulan yang terang,
memasuki ruang biliknya melalui dinding kaca. Begitu
mempesonakan. Tidak jadi Anne hendak memetik suis lampu.
Cahaya terang rembulan yang keemasan itu sudah cukup
menerangi ruang kamar yang luas itu. Perlahan-lahan dia
mengatur langkah menghampiri dinding kaca.
Anne terpegun memandang taman istana yang
berseri disimbah oleh cahaya rembulan. Buat seketika dia
terpaku di situ seperti yang pernah berlaku terhadapnya
tujuh belas tahun yang lalu. Keindahan ini masih seperti
dahulu tetapi malam itu keindahannya begitu ketara dan
bermakna. Tiada lagi keresahan yang melanda jiwanya
sewaktu menatap nikmat ciptaan Tuhan itu. Segala-galanya
sudah selamat.
Perlahan-lahan Tengku Iskandar merapatkan pintu
di belakangnya apabila menyedari yang Anne sedang asyik
melihat keindahan cahaya bulan. Dia tidak mahu
mengganggu ketenangan yang dinikmati oleh isterinya.
Dengan hati-hati dia menanggalkan jaket biru
diraja dan menyidainya di atas kerusi Queen Anne sebelum
melangkah menghampiri Anne. Tengku Iskandar berdiri
betul-betul di belakang isterinya. Dia turut menumpang
keindahan yang ditatap oleh Anne.
Tiba-tiba Anne berpaling. Dia bertembung dengan
suaminya. Anne hampir terjatuh, namun Tengku Iskandar
segera memaut pinggangnya. “Iskandar... maaf!”
“Masih tak bosan melihat cahaya bulan saban
malam?” tegur Tengku Iskandar sambil mengeratkan
pelukannya ke pinggang isterinya.

15
Kasih Pun Bersatu

“Malam ni cahayanya lain. Lebih cerah berbanding


malam-malam sebelumnya. Seolah-olah menggambarkan
harapan yang gemilang,” sahut Anne. Oleh sebab jarak di
antara mereka terlalu rapat, Anne terpaksa mendongak
memandang suaminya.
Lama Tengku Iskandar membisu menatap wajah
isterinya berpandukan cahaya gemilang ratu malam.
Hingga membuatkan Anne rasa hairan. “Kenapa?”
“Terima kasih sekali lagi kerana beri saya peluang
kedua menikmati kebahagiaan bersama awak dan Ayrin.”
Dahi Anne dikucup mesra.
“Sekali ni saja, tau. Lepas ni tak ada lagi.” Anne
mengusik. Bibirnya tersenyum nakal.
“Peluang ni takkan disia-siakan. Awak harus berikan
sepenuh kepercayaan kepada saya.” Tengku Iskandar berjanji.
“Iskandar... jangan berjanji kalau awak tak pasti
boleh tunaikannya.”
“Kali ni saya yakin akan dapat tunaikannya. Awak
masih sangsi?”
Tengku Iskandar membalas renungan Anne. Dia
sudah nekad mahu mengotakan janjinya dan dia mahu Anne
tahu dan meyakininya.
“Kita takkan tahu apa yang akan berlaku pada masa
depan. Sebab tu kita hanya mampu merancang dan
mengharapkan yang terbaik.”
Tengku Iskandar tersenyum. Kesangsian Anne ada
benarnya. Mungkin hari ini dia boleh menabur janji yang
bermacam-macam. Mana tahu keadaan berubah dan
memaksanya membuang janji-janji tersebut. Tetapi tidak
salah kalau berazam mahu mengotakan janji.

16
Izza Aripin

“Saya mahu berusaha buat yang terbaik,” lafaz


Tengku Iskandar dengan yakin.
“Kita sama-sama usahakan yang terbaik,” ujar
Anne. Dia berharap supaya segala-galanya menjadi seperti
yang diharapkan. Dia sudah puas hidup menderita.
Tengku Iskandar juga begitu.
Anne mahu mencipta kebahagiaan yang selama ini
gagal diperolehnya. Yang paling penting ialah kebahagiaan
Ayrin. Dia tidak mahu Ayrin berasa kekurangan lagi.

ZARUL termenung panjang di balkoni biliknya yang


berhadapan dengan padang rumput yang luas. Hingga ke
hari ini, walaupun dia sudah mencuba sedaya upaya, namun
bayangan Ayrin begitu kuat melekap di fikirannya. Dia tidak
boleh membiarkannya berterusan begitu. Dia harus lakukan
sesuatu.
Oleh itu, dia sudah mengambil keputusan. Esok dia
akan pulang ke Malaysia. Perkara itu tidak boleh
ditangguhkan lagi. Walaupun dia boleh belajar di Dhiyapura
sebelum menduduki peperiksaan di Malaysia, berada begitu
hampir dengan Ayrin bukanlah kemahuannya. Dia perlu
segera beredar dari situ supaya jiwanya tenang. Ketenangan
amat berharga buatnya ketika ini, lebih daripada segala-
galanya.

17
Kasih Pun Bersatu

bab 3
Istana Agung,
Kota Dhiyapura

P
EMERGIAN Zarul secara tiba-tiba
dan senyap-senyap membuatkan
Ayrin kecil hati. Sudah beberapa
hari dia tidak melihat Zarul di sekitar istana. Lantas dia
mengambil keputusan menemui pemuda itu di kamarnya.
Malang sekali apabila dayang istana memberitahu yang Zarul
sudah beberapa hari meninggalkan istana.
Ayrin termenung di biliknya seorang diri
memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku. Puas dia
mencari jawapan yang mungkin tersembunyi di sebalik sikap
Zarul yang aneh terhadapnya. Namun, semakin lama
difikirkan, semakin berserabut jadinya. Akhirnya Ayrin
mengambil keputusan melupakan sahaja perkara itu.
Mungkin Zarul masih perlukan masa menyesuaikan diri.
Minggu hadapan dia akan memulakan
persekolahannya yang tergendala sejak beberapa bulan

18
Izza Aripin

kebelakangan ini. Mujur ada Rubiah yang sudi menemaninya.


Tidaklah dia berasa canggung. Hmmm... satu lagi perubahan
yang terpaksa dilaluinya dan mungkin ini yang terakhir.

ANNE meneliti dokumen-dokumen yang berselerakan di atas


meja Tengku Iskandar. Dokumen perundangan itu begitu
membingungkannya. Maklumlah Anne tiada latar belakang
undang-undang yang berkaitan dengan perlembagaan. Dia
hanya pernah belajar secara umum mengenai undang-undang
buruh, akta kontrak, jual beli dan undang-undang hak
cipta. Jika berkaitan dengan perlembagaan, pengetahuannya
memang sifar. Dia perlu menambahkan ilmu sekiranya dia
mahu membantu Tengku Iskandar dalam misinya menukar
corak pemerintahan kerajaan beraja itu.
Pintu kamar kerja ditolak dari luar. Anne
mengangkat kepala. Dia membalas senyuman yang
dilemparkan oleh suaminya.
Tengku Iskandar baru selesai bermesyuarat dengan
menteri-menteri kerajaan mengenai rancangan meganya itu.
Dia tidak mahu menunda perkara itu kerana bimbang ada
pihak yang menghalang. Maklumlah, saki-baki keluarga al-
Mansur yang berjaya melarikan diri ke luar negara pasti akan
kembali suatu hari nanti dan mungkin mereka mahu
membalas dendam.
“Ada apa-apa yang saya boleh bantu bagi
meringankan beban awak?” soal Anne. Dia membantu
suaminya menanggalkan kot yang dipakainya. Kot hitam itu
kemudiannya disangkutkan pada sebatang penyangkut.
“Apa yang awak cadang nak lakukan?”

19
Kasih Pun Bersatu

Sebaliknya Tengku Iskandar yang menyoal pula. Dia


duduk di kerusinya yang dikosongkan oleh Anne sebentar
tadi.
“Saya sendiri belum pasti. Lepas tengok dokumen-
dokumen atas meja awak... saya semakin bingung. Kalau saya
nak juga bantu awak, kenalah saya belajar semula.” Anne
bersandar pada meja di sisi Tengku Iskandar.
Tengku Iskandar memusingkan sedikit kerusinya
supaya dia dapat berhadapan dengan isterinya.
“Saya rasa tak perlu.” Tengku Iskandar menatap
wajah isterinya. Satu idea timbul di benaknya. “Apa kata
kalau awak gunakan bakat semula jadi awak dan juga
pengalaman awak dalam bidang kewartawanan bagi
merancang aktiviti penerangan kepada rakyat mengenai
rancangan saya?”
“Awak boleh gunakan media untuk kempen,
promosi dan apa-apa aktiviti pendidikan yang berkaitan. Awak
akan membantu Dewan Komunikasi bagi semua aktiviti yang
saya jelaskan tadi. Bagaimana? Setuju?”
“Are you offering me a job, Your Highness?” soal
Anne dengan nada gurauan.
“Yes, my queen. Tapi sebelum tu...”
Anne mengangkat kening memandang Tengku
Iskandar yang sengaja membiarkan ayatnya tergantung.
Tanpa menjawab, Tengku Iskandar menarik sebuah
laci di tengah-tengah mejanya. Sekeping sampul surat
kerajaan berwarna biru dikeluarkan. Sampul surat itu
diserahkan kepada Anne.
“Apa ni? Surat pelantikan? Lawaknya.” Anne sudah
mula tersenyum lucu sambil membuka sampul berkenaan.

20
Izza Aripin

Sekeping brosur mengenai beberapa negara Eropah dan


Timur Tengah dikeluarkan.
“Apa ni?” Gagal meneka, Anne menyoal sambil
mengipas brosur-brosur di tangannya di hadapan Tengku
Iskandar.
“Our honeymoon destinations.”
Melopong mulut Anne mendengarnya. Tetapi
kemudian dia ketawa besar.
“Kenapa?” Tengku Iskandar berasa hairan dengan
reaksi Anne. Lucu sangatkah cadangannya itu? Sudah
berhari-hari dia merancang kejutan itu. Dia sangka Anne
akan melonjak gembira. Tetapi sebaliknya dia pula yang
ditertawakan.
“Iskandar... at this age... honeymoon? Awak nak
orang gelakkan kita ke?” Anne masih lagi tidak dapat
menahan kelucuan. Sakit perutnya cuba menahan ketawa.
Wajahnya sudah merah padam.
“My dear... life begins at forty. Lagipun kita tak
nampak macam dah tua. Come.” Tengku Iskandar menarik
tangan Anne menuju ke arah sebuah cermin besar di
belakang mereka. Cermin besar yang menjadi sebahagian
daripada dinding kamar itu membelakangi meja kerja Tengku
Iskandar.
“Look at us.” Tengku Iskandar memandang
pantulan imej yang dibalikkan oleh cermin. “We still look
younger than our age. Anugerah Tuhan yang tak perlu disia-
siakan.”
Anne merenung dirinya. Benar kata Tengku
Iskandar. Walaupun umur mereka sudah mencecah empat
puluhan, wajah mereka tidak menunjukkan begitu. Seolah-
olah mereka berusia dalam lingkungan tiga puluhan!

21
Kasih Pun Bersatu

Mungkin khasiat banyak memakan ulam-ulaman dan


meminum air masak yang diamalkan oleh Anne selama ini
membantunya kelihatan muda dan sihat. Anne memandang
imej Tengku Iskandar. Hmmm... lelaki memang lambat
nampak tua!
“So... what do you say? Shall we go?” Tengku
Iskandar menggenggam jari-jemari isterinya. Wajah Anne
ditatap.
“Dalam keadaan begini? Maksud saya... keadaan
baru saja beransur tenang dan awak ada banyak perkara yang
perlu dilakukan demi kerajaan?” Anne meluahkan
kebimbangannya. Selepas apa yang baharu dialaminya, dia
berasakan tidak adil pula hendak pergi berseronok begitu.
“Anne... we need our time off together after what
we have gone through all these years. We need a break. Saya
pasti inilah masanya yang paling sesuai kerana lepas ni saya
akan lebih sibuk dan mungkin tak ada masa melakukannya.”
Anne menarik nafas dalam-dalam. Memang dia
perlukan rehat setelah melalui pelbagai rintangan dan
dugaan. Cadangan suaminya itu memang tepat pada
masanya.
“Berapa lama awak nak bercuti? Banyak tempat nak
pergi.”
“Saya bercadang mahu bercuti selama sebulan.
Tambah sepuluh hari umrah. Tahun depan insya-Allah saya
nak bawa kita sekeluarga menunaikan haji pula.”
Anne memandang Tengku Iskandar dengan mata
yang tidak berkelip. Kembang hatinya mendengar pelawaan
suaminya bagi mengerjakan umrah dan haji bersama. Dia
hampir menitiskan air mata. Selama ini dia tidak pernah
bermimpi ke tanah suci bersama suaminya.

22
Izza Aripin

“Terima kasih, Iskandar!” Anne terus mendakap


tubuh suaminya. “Terima kasih banyak-banyak.”
Anne betul-betul terharu sehingga akhirnya
menitiskan air mata.
Ketika itu juga Ayrin menerjah masuk tanpa
mengetuk pintu seperti biasa. Langkah anak gadis itu
terhenti separuh jalan apabila terlihat uminya menangis
dalam dakapan ayahnya.
“Ha... ni apa hal pulak ni? Gaduh lagi ke? Ay
penatlah kalau selalu macam ni!” Tanpa menanti penjelasan,
Ayrin membuat telahan sendiri.
Tengku Iskandar menggeleng kepala memandang
Ayrin. “Dah berapa kali ayahanda pesan... ketuk pintu
sebelum masuk.”
Sementara itu Anne sudah pun mengeringkan sisa-
sisa air matanya. Dia juga tidak setuju dengan sikap Ayrin
sebentar tadi.
“Eh, he he... maaf, ayah, umi.” Ayrin tersengih,
menyembunyikan rasa serba salahnya.
“Sekali lagi Ay buat, ayahanda akan denda Ay.
Ingat... jangan ulangi perbuatan tu. Tak sopan.” Sekali lagi
Tengku Iskandar mengingatkan.
“Okey, ayah.”
“Ada apa Ay cari ayahanda sampai main terjah saja
ni?”
Ayrin melangkah perlahan-lahan menghampiri
meja kerja ayahandanya.
“Bee dan keluarganya baru tiba. Boleh tak Ay ke
rumah mereka? Nak tolong kemas-kemas barang ataupun
buat apa yang patut.” Ayrin menyatakan hajatnya.

23
Kasih Pun Bersatu

“Ay boleh pergi. Tapi jangan balik lewat sangat.”


Tengku Iskandar membenarkan.
Ayrin tersenyum lebar. Tanpa berkata apa-apa lagi,
dia berlari keluar sambil menjerit-jerit gembira.
Anne menggeleng kepala melihat telatah Ayrin yang
kadang-kadang terlebih kebudak-budakan.
“Ay kesunyian. Dia perlukan teman. Mujur Rubiah
dan keluarganya terima tawaran saya.” Tengku Iskandar
menoleh ke arah Anne.
“Tak lama lagi dia akan kembali ke sekolah. Pasti
dia tak ada masa berasa sunyi,” balas Anne dengan yakin. Dia
cukup masak dengan sikap anak gadisnya yang gemar
berpersatuan itu. Tambahan pula kali ini memang tiada apa-
apa halangan baginya menyertai mana-mana persatuan
ataupun aktiviti sukan memandangkan dia bebas ke mana
sahaja. “Siapa nak jaga Ayrin sepanjang percutian kita?”
“Keluarga Tengku Zafri ada. Lagipun Ay dah besar.
Dia tak perlukan penjaga sepenuh masa.”
Anne menggigit bibir seketika. Payah pula rasanya
hendak meninggalkan Ayrin. Pasti janggal jika Ayrin tiada
lagi di sisinya.
“Anne...” Tengku Iskandar mendongakkan dagu
Anne dengan jari telunjuknya. Mata mereka bertentangan.
“Awak dah tak perlu bimbangkan apa-apa lagi. Ayrin selamat
di sini. Tiada lagi ancaman. Awak tak perlu bimbang apa-apa.”
Anne tersenyum. “Entahlah. Susah saya nak
yakinkan diri saya yang segala-galanya dah berakhir. Mungkin
benar yang saya perlukan cuti ini bagi menenangkan fikiran.”

24
Izza Aripin

bab 4
Dar Al-Hannan,
Kota Dhiyapura

S
EKOLAH Tinggi Dar al-Hannan
bukan seperti yang dibayangkan
oleh Ayrin. Malah lebih hebat
daripada Millenium Perdana. Lebih canggih, lebih lengkap
seperti mini universiti.
Seragamnya juga menarik; skirt labuh lipat dua di
hadapan dan rompi berwarna merah jambu lembut dengan
garisan kotak berwarna merah manggis disertai kemeja
lengan panjang berwarna merah manggis. Manakala pakaian
pelajar lelaki pula ialah kemeja merah jambu, kot dan tali
leher merah manggis dan celana hitam.
Rubiah dan Ayrin ditempatkan di dalam kelas
tingkatan lima yang sama. Sukatan mata pelajaran tidak
banyak yang berbeza dengan sekolah lama mereka. Cuma di
sekolah ini, yang bermula sejak pukul lapan pagi dan
berakhir jam empat petang, lebih banyak latihan amali

25
Kasih Pun Bersatu

daripada teori. Pelajar-pelajar lebih kerap menjalani latihan


di makmal dan di lapangan berbanding berada di dalam kelas
menghafal teori.
Di sekolah ini, identiti Ayrin memang bukan lagi
rahsia. Atas permintaan Ayrin, dia mahu dilayan seperti
pelajar lain. Dia tidak mahu layanan istimewa daripada
sesiapa. Di sekolah, dia Ayrin Zatasha, bukan Tengku Ayrin
Zatasha al-Muttaqi.
Pada hari pertama melaporkan diri, Ayrin dan
Rubiah sudah mula menjadi perhatian ramai pelajar. Masing-
masing ingin mengenali dengan lebih rapat puteri mahkota
kerajaan Dhiyapura dan ingin mengetahui sejauh mana
kehebatannya dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum.
Sewaktu mengisi borang persatuan, Ayrin
menandakan hampir kesemua aktiviti – memanah, lawan
pedang, karate-do, silat, bola tampar, kadet tentera, kelab
catur, kelab fotografi dan sudah tentu pasukan sorak.
Terbeliak mata Rubiah melihat pilihan yang
ditandakan oleh Ayrin. “Engkau dah gila ke? Cukup ke masa
engkau? Tak penat ke?”
Ayrin cuma tersengih, membariskan giginya yang
putih tersusun cantik. “Bila lagi aku nak jadi gila, Bee. Inilah
masanya aku balas dendam. Aku dah tak ada perintah
berkurung lagi. Aku boleh balik bila-bila masa yang aku
suka.”
“Hi girls!”
Tiba-tiba tubuh Ayrin dipeluk dari belakang.
Terkejut dia dibuatnya. Ayrin segera menoleh. Saudara
rapatnya, Shauna tersengih memandangnya. Tidak lama
selepas itu Jeffrey, abang kembar Shauna juga
menghampirinya.

26
Izza Aripin

Shauna dan Jeffrey ialah anak kepada Tengku Farid


dan Molina. Mereka lebih awal sebulan mendaftarkan diri di
sekolah itu. Jadi, mereka sudah mula menyesuaikan diri
dengan baik.
“Uuu... fencing. Nice. Kita sepasukan nanti,” kata
Shauna dengan gembira sewaktu terlihat pilihan Ayrin.
“Bee... awak pilih apa?” Shauna mengintai kertas di
tangan Rubiah. “Archery, chess, journalist club...
interesting.”
Ayrin memberikan isyarat kepala kepada Jeffrey,
tanda dia ingin tahu apakah pilihan Jeffrey.
“Fencing and basketball,” jawab Jeffrey sambil
bersandar pada meja.
“Fencing juga? Aktiviti wajib korang ke tu?” tanya
Rubiah kehairanan.
“Yup!” Ayrin, Shauna dan Jeffrey menjawab
serentak. Sebagai keturunan al-Muttaqi, mereka memang
diwajibkan belajar seni lawan pedang selain seni memanah
dan menunggang kuda.

Istana Agung,
Kota Dhiyapura

SEGALA persiapan bagi Anne dan Tengku Iskandar pergi


bercuti telah pun diuruskan. Esok mereka akan berangkat
ke destinasi pertama iaitu di Andalusia, Sepanyol. Terlebih
dahulu, sekumpulan pengawal keselamatan dan pengiring
bertolak lebih awal bagi memastikan kawalan keselamatan.

27
Kasih Pun Bersatu

Sepeninggalan Tengku Iskandar, urusan kerajaan


akan diambil alih sementara oleh para menteri.
Tengku Farid dilantik sebagai wakil sultan sekiranya
ada urusan yang berkaitan dengan hubungan diplomatik.
Sementara itu Ayrin diletakkan di bawah jagaan
keluarga Tengku Zafri yang menetap di Istana Perdana
bersama ahli keluarganya.
Kenapa mereka? Itulah soalan pertama yang
diajukan oleh Ayrin ketika mengetahuinya. Lebih baik dia
tinggal bersama keluarga Tengku Farid memandangkan
Jeffrey dan Shauna bersekolah sama dengannya. Lebih mudah
jika mereka ke sekolah bersama-sama. Ayrin cuba
membantah, namun Anne dan Tengku Iskandar langsung
tidak menimbangkan rayuannya.

28
Izza Aripin

bab 5
Istana Perdana,
Kota Lama Dhiyapura

S
ETELAH menghantar sultan dan
permaisuri ke lapangan terbang,
Ayrin dibawa ke Istana Perdana
dan dia akan menetap di sana selama sebulan. Ayrin tidak
faham kenapa dia tidak boleh tinggal di Istana Agung
sendirian. Bukankah ramai orang di istana utama itu yang
boleh menjaganya?
Sejak perhubungannya dengan Zarul menjadi
renggang tanpa sebab, Ayrin berasa tidak selesa berada dekat
dengan sesiapa ataupun perkara yang rapat dengan pemuda
itu. Dia jadi benci dan menyampah tanpa sebab. Ayrin harap
Zarul tidak akan pulang sepanjang dia menetap di Istana
Perdana. Dia tidak mahu berjumpa dengan jejaka itu.

29
Kasih Pun Bersatu

bab 6
Dar Al-Hannan,
Dhiyapura

R
UBIAH tersenyum-senyum
tatkala memandang wajah Ayrin
pagi itu.
Berkerut wajah Ayrin melihat sikap Rubiah yang
tidak seperti selalunya. Entah apa pula alasannya kali ini,
fikir Ayrin lalu meletakkan buku-buku kepunyaannya di atas
meja.
“Engkau sekarang tinggal di Istana Perdana, ya?
Hmmm... tak lama lagi di Malaysia cuti penggal. Ada harapan
engkau jumpa Zarul.” Rubiah ketawa mengusik.
Wajah Ayrin serta-merta bungkam. “Bee... jangan
kaitkan aku dengan Zarul lagi. Sekarang ni, dia... dia, aku...
aku.”
“Marah nampak? Kenapa?” Rubiah hairan.
Selalunya kalau sebut sahaja Zarul, mesti Ayrin akan teruja.
“Entahlah. Dia buat aku macam tu... jadi

30
Izza Aripin

menyampah pulak. Aku tak ingin jumpa dia lagi.” Ayrin


mencapai beg sandang yang mengandungi pakaian sukan. Di
Dar al-Hannan, setiap hari sebelum kelas bermula, mereka
akan menjalani latihan jasmani lebih kurang sejam. Selepas
itu pelajar-pelajar diberikan masa setengah jam
membersihkan diri sebelum masuk ke dalam kelas.

AYRIN berlari-lari anak mengelilingi trek. Di belakangnya,


termengah-mengah Rubiah mengejar. Hari itu Cikgu Lin cuti
sakit. Jadi pelajar-pelajar diarah melakukan aktiviti senaman
sendiri.
Tanpa Ayrin mahupun Rubiah sedari, mereka
menjadi tumpuan beberapa orang pelajar yang sedang
memanaskan badan di tepi padang.
“Zaff... tengok di sana tu. Tengku puteri dengan
pengiring dia yang ‘sihat’ tu sedang menuju ke arah kita.”
Addin menuding ke satu arah.
Zaffran yang sedang berlari setempat segera
menoleh ke arah yang ditunjukkan.
“Inilah peluang engkau nak berkenalan dengan
dia,” giat Tarmizi, tersenyum penuh makna.
Zaffran tersenyum nakal. Sejak Ayrin mendaftar
masuk ke sekolah itu beberapa bulan yang lalu, dia masih
belum berpeluang memperkenalkan dirinya. Ada sahaja
halangan setiap kali dia cuba mendekati gadis itu. Tidak
pernah dia menemui Ayrin sendirian. Jika tidak ditemani oleh
dayang gede itu, Ayrin pasti dikerumuni oleh pelajar-pelajar
perempuan yang ingin menumpang populariti puteri
mahkota.

31
Kasih Pun Bersatu

Peluang Zaffran hendak mengenali Ayrin sudah


tiba. Dia memberi isyarat kepada Addin dan Tarmizi supaya
mencuri tumpuan Rubiah.
Sewaktu Ayrin berlari melintasi dirinya, dengan
segera Zaffran mengekori. Manakala Addin dan Tarmizi terus
menghalang Rubiah yang tercungap-cungap di belakang.
“Penat nampak? Rehatlah dulu.” Tarmizi tersengih
ke arah Rubiah yang sudah terbongkok-bongkok mengambil
nafas.
“Tepilah...” perintah Rubiah, tercungap-cungap.
Jika dia ingin turunkan berat badan, dia harus tegar berlari
bersama Ayrin. Dia harus tabah dan tidak boleh mengalah
begitu sahaja. Di sekolah itu, tidak ramai pelajar yang obes
sepertinya. Bilangan mereka boleh dihitung dengan jari.
“Tak apa. Engkau rehat dulu. Tengku puteri tak ke
mana. Biar kami teman engkau berlari perlahan.” Addin cuba
menahan gelak. Kalau dia buat dayang puteri marah, tidak
mustahil dia boleh dihukum.
Rubiah menatap wajah dua orang pelajar lelaki yang
sedang tersengih dan berdiri di hadapannya itu. Kemudian
dia memandang ke arah Ayrin yang masih berlari; masih
mengekalkan kelajuannya tadi. Di sebelahnya ada seorang
pelajar lelaki yang sedang bercakap-cakap dengannya. Rubiah
terangguk-angguk. Tahulah dia kini dua orang ‘penyamun
tarbus’ di hadapannya ini ialah utusan seseorang; seseorang
yang sengaja mahu dia pergi jauh daripada Ayrin.
“Kamu ni ada-ada saja.” Rubiah mula mengorak
langkah, berlari perlahan-lahan. Addin dan Tarmizi
mengiringinya di kiri dan kanan.
“Berilah peluang kepada kawan kami berkenalan
dengan tengku puteri. Dia bukannya berniat jahat,” pinta

32
Izza Aripin

Tarmizi sambil sekali-sekala memandang kepada Rubiah yang


berwajah garang tiba-tiba.
“Siapa kawan kamu tu?” tanya Rubiah, berlagak
sebagai pengawal peribadi Ayrin.

“TENGKU puteri lari ke berjalan?” Sengaja Zaffran bertanya


dengan sinis.
Ayrin menoleh ke sisinya. Aik? Di mana Rubiah?
Ayrin hairan. Dia menoleh sekilas ke belakang. Dilihatnya
Rubiah jauh di belakang sedang berhenti sambil berbual-bual
dengan dua orang pelajar lelaki. Amboi... hebatnya, gumam
Ayrin sambil menyembunyikan senyuman.
“Boleh kita berlumba?” Zaffran mencuba lagi
mendapatkan respons daripada Ayrin yang nampaknya
bersikap sombong terhadapnya.
“Buat apa? Saya tak minat acara padang,” balas
Ayrin bersahaja. Dia bukannya berlagak sombong, cuma
hatinya masih bengkak mengenangkan Zarul.
“Saja. Saya nak tengok hebat ataupun tidak Puteri
Mahkota Dhiyapura. Jumpa awak di garisan penamat.” Zaffran
terus memecut.
Melopong mulut Ayrin mendengar kata-kata pelajar
yang tidak dikenalinya itu. Disebabkan dia tidak suka dicabar
dan diperbodohkan, Ayrin terus mengejar Zaffran.
Sungguhpun dia bukan seorang pelari pecut, dia akan cuba
menewaskan ataupun sekurang-kurangnya menyaingi pelajar
itu.
Zaffran menoleh sekilas ke belakang. Ayrin sedang

33
Kasih Pun Bersatu

cuba mendekatkan jarak di antara mereka. Dia tersenyum


puas. Larian derasnya diperlahankan sedikit supaya Ayrin
boleh menyainginya.
“Jumpa awak di garisan penamat!” jerit Ayrin puas
hati kerana dapat menyaingi langkah laju pelajar itu. Seluruh
tenaga ditumpukan. Ayrin menambahkan kelajuan lariannya.
Dia berjaya mendahului pelajar lelaki itu.
Zaffran sekadar tersenyum. Dia hanya mengekalkan
tahap kelajuan lariannya. Biar Ayrin rasa dia yang menang.
Biar Ayrin puas hati dahulu. Beberapa meter dari garisan
penamat, Zaffran mula memecut menunjukkan kehebatannya
sebagai pelari pecut sekolah yang telah banyak kali
menyandang gelaran juara. Beberapa saat sebelum Ayrin
melintasi garisan penamat, Zaffran dengan pantas bak angin
memintasnya.
Ayrin terkejut bukan kepalang. Dia memandang
Zaffran yang memecut laju ke hadapan tanpa berhenti. Ayrin
berlari perlahan sebelum berhenti seketika. Dia memandang
ke arah Zaffran yang sudah jauh.
“Lajunya dia lari,” puji Rubiah lalu menghampiri
Ayrin yang sedang tercungap-cungap mengambil nafas.
“Engkau pergi mana tadi? Tak nampak pun?” Wajah
Ayrin sudah merah padam. Tubuhnya berasa hangat. Degup
jantungnya masih pantas. Dia bergerak setempat supaya
tubuh badannya tidak terkejut.
“Aku lepak tepi padang. Tak larat nak kejar engkau
lumba lari dengan budak tu,” beritahu Rubiah. Setelah
mendapat tahu mengenai Zaffran, dia terus tidak mahu kacau
daun.
“Siapa budak tu? Selamba saja dia kenakan aku.”
Ayrin memandang ke arah Zaffran yang sedang berkumpul

34
Izza Aripin

kembali dengan Addin dan Tarmizi di hujung padang sebelah


sana.
“Engkau tak kenal? Dia tak kenalkan diri dia pada
engkau?” soal Rubiah dengan wajah hairan. Menurut kata
Tarmizi tadi, Zaffran mahu berkenalan dengan Ayrin.
“Tak. Dia cuma nak cabar aku lumba lari.” Ayrin
memandang ke arah Rubiah. “Engkau kenal dia? Tadi aku
nampak engkau berborak dengan dua orang kawan dia tu.”
“Hairan...!” Rubiah membuat muka pelik; bibirnya
digigit, dahinya dikerutkan, sebelah keningnya diangkat,
lehernya ditelengkan. “Kawan dia kata, dia nak berkenalan
dengan engkau.”
“Siapa dia, Bee?” Ayrin malas hendak melanjutkan
persoalan itu. Dia perlu tahu siapa pelajar itu.
“Nama dia Tengku Zaffran Shah al-Mansur.”
“Al-Mansur?” Bulat mata Ayrin memandang ke arah
Rubiah. Kemudian pandangannya beralih ke arah Zaffran.
Kelihatan pelajar itu sedang melambai tangan ke arahnya.
Ayrin segera memusingkan tubuhnya membelakangi Zaffran.
“Kenapa Ay? Engkau nampak macam terkejut.
Macam baru nampak hantu?” Rubiah kehairanan melihat
reaksi Ayrin yang nampak ketakutan.
“Dia al-Mansur. Engkau tak ingat ke, Bee? Al-
Mansur!” Bersungguh-sungguh Ayrin menyebut nama
keluarga yang pernah berseteru dengan keluarganya.
“Ya, aku tau. Tapi kenapa? Bukankah ayahanda
engkau dah ampunkan mereka. Lagipun aku rasa tak semua
ahli keluarga al-Mansur tu jahat.” Rubiah menyatakan
pendapatnya.
“Entahlah. Aku fobia bila dengar nama al-Mansur.

35
Kasih Pun Bersatu

Yalah, lepas apa yang berlaku pada umi, aku memang alergi
sikit kalau dengar nama keluarga tu. Walaupun aku tahu
bukan semua mereka berniat tak baik. Kalau tak, bagaimana
ayahanda boleh senang-senang ampunkan mereka dan
benarkan mereka mengekalkan apa yang mereka ada kecuali
jawatan dalam kerajaan.”
Sebelum ini Sultan Iskandar telah menjelaskan
kepadanya yang tidak semua anggota keluarga al-Mansur
bersekongkol dengan Tengku Khalid dan permaisuri tua. Ada
juga antara mereka yang menentang walaupun bilangan
mereka tidak ramai. Sungguhpun pepatah ada menyebut
akibat nila setitik rosak susu sebelanga, bagi Sultan Iskandar,
tidak semua musang berbulu ayam.
“Mungkin keluarga Zaffran tak memihak kepada
Tengku Khalid yang jahat tu.”
Ayrin mengangguk mengiakan kata-kata Rubiah.
“Mungkin betul apa yang engkau cakapkan tu.
Entahlah. Niat dia hanya dia sorang saja yang tahu. Eh...
marilah bersihkan diri. Kejap lagi kelas nak mula.” Tanpa
menoleh ke belakang, Ayrin memaut bahu Rubiah dan
mereka sama-sama berjalan keluar dari stadium.

36
Izza Aripin

bab 7
Dar Al-Hannan,
Dhiyapura

A
YRIN resah. Dia memandang
ke kiri dan ke kanan, mencari
pelajar yang sudi berpasangan
dengannya di makmal itu. Rubiah tidak hadir ke sekolah
kerana dijangkiti oleh cacar air. Seminggu dia tidak akan ke
sekolah. Ayrin benar-benar rasa janggal tanpa Rubiah.
“Boleh saya jadi pasangan makmal awak?”
Dengan pantas Ayrin menoleh ke sisinya.
Zaffran baru sahaja duduk. Dia tersenyum ke arah
Ayrin yang nyata terkejut dengan kehadirannya.
“Sejak bila awak masuk kelas ni?” tanya Ayrin,
hairan. Sejak berada di kelas itu, tidak pernah dia terlihat
Zaffran.
“Saya minta cikgu tukarkan kelas saya.” Selamba
jawapan Zaffran.

37
Kasih Pun Bersatu

Berkerut dahi Ayrin mendengar jawapan itu.


“Boleh main suka-suka minta tukar kelas?” Dia
bertanya lagi kerana tidak puas hati dengan jawapan Zaffran
yang tidak munasabah.
“Saya ada sebab yang munasabah.” Zaffran menatap
wajah Ayrin. Hari itu Ayrin bertocang dua dan wajahnya
tampak comel dan kemas.
“Sebab apa?”
“Sebab saya nak berkenalan dengan awak.”
Belum sempat Ayrin hendak menyoal lagi, Cikgu
Tasnim, guru yang mengajar subjek biologi masuk ke dalam
makmal.
Pembelajaran pada hari itu ialah berkenaan dengan
sistem vaskular di dalam tumbuhan. Gerak kerja makmal
yang mereka harus lakukan ialah membuat keratan rentas ke
atas akar dan batang dikotiledon bagi mengenal pasti sistem
vaskular. Gerak kerja ini dilakukan secara berpasangan. Di
atas meja masing-masing sudah ada akar dan batang yang
akan dibedah siasat oleh para pelajar.
Semalam mereka telah mendengar penjelasan
Cikgu Tasnim mengenai perkara ini. Kali ini mereka akan
melakukan aktiviti tersebut supaya lebih memahami
pelajaran yang telah disampaikan.
Pada mulanya Ayrin memang kekok berpasangan
dengan Zaffran. Dia tidak dapat mengusir tanggapan yang
bukan-bukan terhadap pelajar itu. Disebabkan dia berfikiran
prejudis terhadap setiap anggota keluarga al-Mansur, Ayrin
memang tidak tahu bagaimana harus dia menunjukkan sikap
terhadap Zaffran. Dia rasa serba salah, lebih-lebih lagi melihat
sikap Zaffran yang bersahaja dan nampak ikhlas
membantunya membuat latihan amali berkenaan.

38
Izza Aripin

Ayrin sebenarnya kurang faham pelajaran yang


disampaikan oleh Cikgu Tasnim semalam. Fikirannya yang
selama ini diganggu oleh kemungkinan Zarul akan pulang
bercuti di Istana Perdana telah membuatkan dia hilang
tumpuan. Akibat perkara tersebut, dia mengalami kesukaran
membuat latihan amali pada hari itu.
Namun kebimbangannya surut apabila Zaffran
menjelaskan kepadanya satu per satu inti pati pelajaran hari
itu dengan diselangi oleh latihan amali. Perasaan prejudis
yang membayangi Ayrin terhadap Zaffran semakin susut.
Sebaliknya dia berasa kagum dengan kebolehan pelajar itu
yang berupaya memudahkan perkara yang payah.
“Terima kasih sebab sudi ajar saya,” ucap Ayrin
sewaktu kelas berakhir. Dia mengemaskan buku dan alat tulis
miliknya sebelum pergi ke kelas seterusnya.
“Tak ada masalah. Tak baik kedekut ilmu.” Zaffran
tersenyum. Dia mengiringi Ayrin keluar dari makmal biologi.
“Mana dayang gede awak? Selalu ke mana saja awak
pergi, dia pasti ada.”
Ayrin tersenyum mendengar nama jolokan yang
Zaffran berikan kepada Rubiah. Kedengaran lucu pula.
“Dia kena chicken pox. MC seminggu.”
Senyuman Zaffran semakin lebar. Peluangnya
berdampingan dengan Ayrin semakin terbuka luas. Seminit
kemudian senyumannya mati apabila terlihat sekumpulan
pelajar yang tidak disukainya sedang berlenggang menuju ke
arah mereka.
“Jumpa awak lagi.” Zaffran terus menghilangkan
diri di celah-celah pelajar yang sedang berasak-asak mahu ke
kelas masing-masing.

39
Kasih Pun Bersatu

Ayrin tergamam dengan tindakan pelajar itu.


“Ay... kami dengar Bee sakit. Kesian awak terpaksa
sendirian. Biar kami temankan awak.” Haifa segera berjalan
menyaingi Ayrin.
“Eh... tadi kami nampak awak bersama Zaff. Sejak
bila awak berkawan dengan dia?” Humaira, kembar Haifa
pantas menyoal.
Nada suaranya mencurigakan Ayrin. Seolah-olah
ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik nada suara itu.
“Saya satu kelas biologi dengan dia. Kenapa? Awak
macam terkejut saja tengok saya dengan dia.” Ayrin berniat
mahu mencungkil rahsia.
“Sejak bila Zaff ambil subjek biologi?” Sanya
melemparkan soalan yang membuatkan Ayrin semakin ingin
tahu mengenai pelajar lelaki itu.
“Peliklah...!” Haifa memandang Humaira. Mereka
seolah-olah berkomunikasi tanpa lisan.
Ayrin semakin rimas. Dia tidak mahu terus
terperangkap dalam kebingungan. “Kenapa dengan kamu
semua ni? Pelik ke kalau Zaffran buat begitu?”
“Awak tak kenal Zaff?”
Jawapan yang dipinta, dibalas pula dengan soalan.
Ayrin memandang Humaira. “Kenal macam tu saja.
Kenapa? Apa yang kamu semua rahsiakan daripada saya?”
Ketiga-tiga orang pelajar itu tersenyum penuh
makna. Macam mengejek pun ada juga. Semakin berkerutlah
dahi Ayrin memikirkannya. Ketika itu juga dia berdoa moga
Rubiah cepat-cepat sembuh. Berada dalam kalangan mereka
ini membuatkan dia rimas dan lemas. Sejak kejadian yang
menimpanya tahun lalu, Ayrin sudah tidak betah berkawan

40
Izza Aripin

dengan pelajar-pelajar yang seumpama klon kepada Fauzana,


Kameli dan Sharini. Ketiga-tiga gadis yang dimaksudkannya
itu ialah ratu di sekolah lamanya di Millenium Perdana.
Mereka juga ahli pasukan sorak. Sharini yang menjadi
kaptennya. Ketika berkawan dengan tiga orang gadis popular
yang tergolong berada itulah sikap Ayrin mula menyimpang.
Dia belajar menipu uminya semata-mata ingin mengecap
keseronokan di luar rumah. Namun Ayrin masih boleh
mengawal kelakuan daripada terus terjebak. Dia sempat sedar
diri dan mengubah langkahnya yang hampir sumbang.
Kini, dia lebih suka berkawan dengan Rubiah sahaja
ataupun mana-mana pelajar yang sederhana sikapnya.
Humaira, Haifa dan Sanya juga ibarat ratu di
sekolah itu. Mereka sangat popular dan dikenali oleh setiap
pelajar. Ada yang benci kepada mereka, tetapi ada juga yang
menyanjung tinggi. Bagi Ayrin, dia datang ke sekolah itu
mahu menimba ilmu. Jadi dia tidak mahu mencari musuh.
Dia akan berkawan dengan sesiapa sahaja yang sudi berkawan
dengannya. Cuma kadang-kadang dia sendiri berasa rimas
kerana tidak boleh memilih. Sebagai tengku puteri, dia mesti
mempamerkan sikap dan budi pekerti yang baik serta adil
saksama.
“Kalau awak nak tahu, Zaff tu suka mempermainkan
orang. Nampak aje macam baik, sebenarnya ada udang di
sebalik batu. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan buat baik.
Lepas dia dapat apa yang dia mahu, dia takkan pedulikan
orang tu lagi.” Ketakutan Ayrin terhadap keluarga al-Mansur
seolah-olah dibenarkan dengan kenyataan Haifa.
“Awak jangan percaya pada dia. Jangan beritahu dia
apa-apa. Nanti dia akan gunakan maklumat tu bagi
memalukan awak.” Kata-kata Humaira semakin menakutkan
Ayrin.

41
Kasih Pun Bersatu

“Hati-hati, Ay. Kami rasa dia ada niat tak baik


terhadap awak.” Sanya memberikan amaran.
Ayrin semakin gementar. Pada siapa dia ingin
mengadu hal? Kalau dahulu ada Zarul...!
Lagi-lagi Zarul! Ayrin membentak di dalam hati.
Tidak bolehkah dia berhenti daripada memikirkan jejaka
sombong itu?

42
Izza Aripin

bab 8
Dar Al-Hannan,
Kota Dhiyapura

Z
AFFRAN menggenggam buku
lima. Kalaulah Haifa, Humaira
dan Sanya itu pelajar lelaki, pasti
sudah bengkak muka mereka berbekas dengan penumbuknya.
Mereka telah memburuk-burukkan nama baiknya di hadapan
Ayrin. Zaffran tidak tahu apa yang telah diberitahu oleh
ketiga-tiga orang pelajar perempuan itu hingga membuatkan
Ayrin menjauhkan diri daripadanya.
Dia mesti melakukan sesuatu bagi mengembalikan
kepercayaan gadis itu terhadapnya. Tetapi sebelum itu dia
mahu membalas dendam terhadap ketiga-tiga gadis yang
telah mencemarkan reputasinya di mata Ayrin.
“Engkau nak kami buat apa pada mereka bertiga
tu?” Addin mengepal penumbuk kanan dan melaga-
lagakannya dengan tapak tangan kiri. Sakit hatinya
mendengar cerita Zaffran berkenaan Haifa, Humaira dan

43
Kasih Pun Bersatu

Sanya. Dia bukannya bersikap cubit paha kiri, paha kanan


terasa. Humaira pernah mengkhianatinya dahulu. Maka sebab
itu dia mempunyai sebab tersendiri membenci gadis itu dan
kedua-dua sekutunya yang selalu bersubahat.
Zaffran berfikir seketika. Kemudian matanya
bersinar-sinar memandang Tarmizi dan Addin. Itu tandanya
dia sudah mendapat idea bagaimana hendak membalas
dendam.
“Lepas senaman pagi esok, engkau cari jalan supaya
boleh kurung mereka dalam bilik persalinan. Sebelum tu
engkau pergi cari katak, tikus, lipas, cicak dan cacing banyak-
banyak letak dalam almari mereka. Aku tak peduli bagaimana
engkau nak lakukan. Nak upah orang ataupun buat sendiri.
Biar padan dengan muka mereka!” Zaffran meninggalkan
Tarmizi dan Addin bagi melaksanakan misi terbaharu mereka,
sementara dia turut mempunyai misinya yang tersendiri.

AYRIN termenung memandang longgokan buku rujukan


Sejarah Dhiyapura yang berkulit tebal di hadapannya.
Kesemua buku itu perlu dibaca dan difahami kerana dia sudah
jauh ketinggalan dalam subjek yang amat baharu buatnya itu.
Ayrin melepaskan keluhan berat. Dia diberikan masa sebulan
membaca kesemua buku tersebut. Selepas itu, kefahamannya
akan diuji sebelum dia diletakkan di dalam kelasnya bersama
teman-teman yang lain. Tidak seperti Rubiah yang terus sahaja
diserap masuk ke dalam kelas, Ayrin mempunyai jadualnya
sendiri seperti yang telah ditetapkan oleh pihak istana.
Berbeza dengan pelajar-pelajar lain di sekolah itu,
Ayrin dikehendaki mempelajari semua subjek, baik teras

44
Izza Aripin

mahupun elektif. Sultan Iskandar ada membuat tawaran


kepadanya supaya belajar sahaja di istana bersama dengan
tutor peribadi. Idea itu membayangkan sesuatu yang
membosankan, lalu Ayrin mengambil keputusan menghadiri
sekolah seperti biasa. Sekarang baru dia tahu betapa susahnya
hendak menyesuaikan diri dengan jadual yang padat. Dia
memang memerlukan seorang tutor peribadi!
Zaffran tersenyum lucu melihat Ayrin menongkat
dagu di atas meja sambil menatap buku-buku sejarah dengan
wajah bosan. Inilah peluang keemasan yang ditunggu-
tunggunya sejak beberapa hari yang lalu; sejak Ayrin
menjauhkan diri daripadanya. Keadaan perpustakaan yang
agak lengang – tambahan pula Ayrin duduk di sudut yang
tersorok – akan memudahkan usahanya.
“Awak berhajat nak mencipta rekod sekolah dengan
membaca kesemua buku sejarah ni dalam masa sehari?”
Ayrin mendongak. Zaffran tersenyum ke arahnya.
Namun senyuman Zaffran disambut dengan renungan dingin
Ayrin. Di wajah gadis itu langsung tiada garis kemesraan.
Yang terpamer hanyalah sinar mata yang dipenuhi curiga.
Zaffran perlu segera melakukan sesuatu untuk
mengubah reaksi negatif itu.
“Perlukan bantuan? Wajah awak nampak macam
sedang memikirkan sesuatu yang berat.” Zaffran menarik
kerusi di hadapan Ayrin. Dia membelek beberapa judul buku
yang berselerak di hadapan Ayrin.
“Sejarah... hmmm... subjek yang menarik tapi
hanya kepada sesiapa yang menghargai kehidupan dan
tamadun manusia. Tanpa sejarah, siapalah kita. Tak tahu asal
usul, tak tahu hak, tak tahu di mana bumi dipijak, langit
mana nak dijunjung. Semuanya tak tahu. Rugi.”

45
Kasih Pun Bersatu

Ayrin memandang Zaffran. Kata-kata pelajar itu


menarik perhatiannya. Setelah beberapa jam menatap buku,
dia rasa segar tiba-tiba. Namun akibat perasaan prejudis,
Ayrin jadi serba salah. Kata-kata Haifa, Humaira dan Sanya
masih berlegar-lagar di kepalanya. Dia jadi takut tanpa sebab.
Kali ini Ayrin begitu berhati-hati. Mungkin kerana statusnya.
Mungkin kerana dia bukan Ayrin yang dahulu yang suka
main-main dengan bahaya. Mungkin kerana pengalaman lalu
banyak mengajarnya supaya jadi lebih serius dan
bertanggungjawab.
Senyuman masih tidak lekang dari bibir Zaffran.
Wajah gadis yang masih belum berubah air muka itu
menunjukkan yang usahanya masih belum mencukupi.
“Ayrin....” Zaffran merenung wajah pelajar itu.
Ayrin tergamam. Pertama kali dia mendengar
Zaffran menyebut namanya. Nada itu mengingatkan dirinya
pada seseorang; seseorang yang sudah lama pergi daripada
hidupnya. Kenapalah dia tidak henti-henti memikirkan
Zarul? Benci betul!
“Saya minta maaf kalau kehadiran saya mengganggu
awak. Awak nampaknya tak selesa dengan kehadiran saya.
Yalah, mungkin disebabkan sejarah keluarga kita yang tak
begitu indah. Saya faham jika awak prejudis terhadap saya.”
Zaffran terus berdiri, niatnya hendak pergi dari situ.
“Tengku Zaffran....”
Langkah yang baru dibuka, terhenti. Perlahan-
lahan Zaffran berpaling memandang Ayrin yang nampak
teragak-agak. Apakah helahnya telah berjaya?
Ayrin rasa tidak sedap hati. Setakat ini Zaffran tidak
melakukan apa-apa kesalahan terhadapnya. Dia hanya
mendengar cerita daripada mulut orang mengenai reputasi

46
Izza Aripin

pelajar itu. Dia tahu dia tidak boleh mempercayai bulat-bulat


cerita itu tanpa usul periksa. Jika dia mahu tahu
kebenarannya, dia harus tanya sendiri kepada si empunya
diri.
“Usah bertengku dengan saya. Panggil saja Zaff.”
Zaffran masih berdiri, menanti kata-kata yang mungkin
menjanjikan harapan.
“Zaff?” Ayrin menyebut nama itu dengan agak
janggal. Dia masih cuba mengusir perasaan prejudis yang
cuba mengacah tumpuannya. “Awak tak salah apa-apa pada
saya. Hanya saya yang berprasangka pada awak. Maaf, saya
gagal mengusir perasaan negatif daripada mempengaruhi
pertimbangan saya.”
Zaffran tersenyum lagi.
Ayrin mula rasa terganggu sebagaimana dia
terganggu tatkala Zarul sudah pandai senyum kepadanya
dahulu. Lantas Ayrin tunduk kembali, pura-pura menyelak
halaman buku yang sudah bosan ditatapnya. Zarul... pergi
engkau daripada kepala aku...! Ayrin menjerit di dalam hati.
“Saya tak tahu apa yang mereka kata mengenai
saya. Mungkin benar, mungkin tidak.”
Ayrin mengangkat kepala memandang Zaffran. Dia
tertarik dengan kenyataan itu.
“Mungkin benar saya suka mempermainkan orang.
Tapi kena tengoklah orang yang bagaimana. Anggapan yang
mengatakan saya suka ambil kesempatan memang tak tepat.
Kalau Haifa yang kata, lagi tak tepat.”
“Kenapa?” tanya Ayrin kepada jejaka segak dan
tampan itu. Baru Ayrin perasan yang rambut Zaffran panjang
melepasi paras kolar. Kalau di sekolah lamanya dahulu, tentu
pengetua sudah kerat rambut pelajar itu. Macam lanun, tetapi

47
Kasih Pun Bersatu

kacak. Ayrin menyembunyikan senyum. Fikirannya begitu


nakal.
“Dulu... saya pernah berkawan dengan Haifa. Tapi
saya putuskan hubungan sebab tak tahan dengan sikap dia
yang...” Zaffran tersenyum mengejek. “Awak tahu-tahu
sendirilah.”
Ayrin membalas senyuman pelajar itu. Faham benar
dia dengan maksud Zaffran. Haifa jenis gadis yang gedik dan
suka menunjuk-nunjuk serta mencerca pelajar lain yang
tidak setanding dengan kedudukannya.
Zaffran menarik nafas lega melihat senyuman itu.
Tandanya Ayrin sudah boleh menerima kata-katanya.
“Awak ada masalah dengan subjek Sejarah?” Zaffran
mengungkit kembali persoalan pertama yang dibangkitkannya
tadi.
Ayrin melepaskan keluhan berat. “Saya tak boleh
nak hadam kesemua fakta-fakta ni dalam masa yang singkat.”
Dia mula memberikan ruang kepada dirinya
mengenali Zaffran dengan harapan prejudis yang timbul
selama ini tidak benar.
“Saya pun sebenarnya tak cekap sangat subjek ni.
Apa kata kalau kita bincang sama-sama? Mungkin kita akan
lebih ingat dan faham.” Zaffran memberikan cadangan
dengan harapan dapat memancing perhatian Ayrin.
Ayrin berfikir seketika. Mungkin inilah peluang
terbaik yang perlu dimanfaatkan.
“Baiklah. Hmmm... nak mula dari mana?” Ayrin
menghulurkan sebuah buku kepada Zaffran.
“Mula dengan...” Zaffran menyelak helaian muka
surat seperti mencari sesuatu.

48
Izza Aripin

“Bab ni. Asal usul Dinasti al-Muttaqi dan al-Mansur.


Mengenai siapa mereka ni.” Zaffran menuding ke arah
salasilah diraja dengan jari telunjuknya. “Di mana negara asal
mereka dan politik di sebalik kemunculan dua dinasti ni.”
Ayrin mengangguk. Lantas dia membiarkan Zaffran
membuat ulasan mengenai apa yang telah dibacanya sejak
beberapa hari yang lalu. Hmmm... kata tak cekap, tapi gaya
dia bercerita macam dah hafal. Ayrin menyimpan persoalan
itu untuk diajukan pada waktu yang sesuai.

49
Kasih Pun Bersatu

bab 9
Dar Al-Hannan,
Kota Dhiyapura

S
EMINGGU Rubiah tinggalkan
Ayrin tanpa teman akrab di
sekolah itu, dia benar-benar
terkejut dengan perubahan yang berlaku. Sesuatu yang tidak
dijangkakan sama sekali – Zaffran dan Ayrin semakin akrab.
“Wah... sejak bila berpasangan dengan Zaff ni?
Bukan main mesra lagi. Engkau dah lupakan Zarul?” tebak
Rubiah.
Keceriaan di wajah Ayrin padam sebaik sahaja
terdengar nama Zarul disebut.
Rubiah tersenyum nakal.
“Dah dapat Zaff, Zarul engkau lupakan?” Semakin
galak Rubiah mengusik.
Ayrin mengeluh bengang. “Bee... Zarul dah tak ada.
Jangan engkau sebut lagi nama dia depan aku. Aku dengan
Zaff sekadar kawan. Dia banyak tolong aku masa engkau tak

50
Izza Aripin

ada. Aku dah jadi macam kera sumbang tau, masa engkau
cuti sakit. Mujur dia ada.”
“Engkau tak kisah ke dia tu al-Mansur?” Rubiah
cuba menduga.
“Al-Mansur ke, al-Muttaqi ke, semuanya manusia
biasa. Apa ada pada nama dan pangkat?” Ayrin menggalas
begnya. Dia perlu bergegas ke dewan latihan pedang.
Rubiah yang tidak menyertai kelab itu hanya
tersenyum lebar. Nampaknya Ayrin sudah semakin matang
dan bersikap terbuka. Dia bukan lagi Ayrin Zatasha yang
dahulu.
Di kelas latihan pedang, Zaffran menjadi pasangan
Ayrin untuk berlatih. Memandangkan Ayrin masih baharu,
dia masih belum bersedia ke peringkat yang setara dengan
usianya.
Zaffran yang lebih handal dan berpengalaman telah
diarahkan oleh Kapten Affan supaya melatih Ayrin mengenai
teknik-teknik awal lawan pedang.
Shauna dan Jeffrey sudah pun naik ke kelas yang
seterusnya kerana di sekolah lama dahulu mereka telah
didedahkan dengan acara itu.
Selepas latihan tamat hari itu, Zaffran dan Ayrin
duduk bersantai di kantin bersama ahli pasukan pedang yang
lain.
“Ay... saya dengar awak hebat memanah.” Jeffrey
menegur.
“Dulu.... Sekarang saya dah lama tak pegang busar.
Mesti kekok. Lagipun kali ni saya nak tumpukan pada acara
pedang.”
“Patutlah awak tarik diri daripada kelab memanah.

51
Kasih Pun Bersatu

Minat awak dah bertukar, ya?” Shauna pula yang bersuara.


Dia dan Jeffrey sedang menanti pemandu mereka untuk
datang menjemput, sama seperti Ayrin.
Hanya Zaffran yang pulang sendiri.
Ayrin sekadar tersenyum mendengar komen itu.
“Natural born archer macam engkau, takkan kekok
walaupun dah terkinja-kinja macam beruk.”
Terngiang-ngiang kata-kata itu di kepala Ayrin.
Sebab itulah dia menarik diri daripada kelab tersebut. Dia
mahu pisahkan dunia baharunya dengan dunia yang ada
kaitannya dengan Zarul.
“Awak tinggal di mana sekarang ni memandangkan
sultan dan permaisuri di luar negara?” Zaffran bertanya. Di
kepalanya sudah terencana pelbagai rancangan bersama
Ayrin. Dia cuma mahu tahu sejauh mana peluangnya yang
ada.
“Istana Perdana,” balas Ayrin dengan malas.
Zaffran dapat mengesan nada kurang senang yang
terluah. Dia tertarik hati mahu tahu apa yang membuatkan
Ayrin berasa kurang senang menetap di situ. “Awak tak suka
tinggal di sana?”
“Saya bosan sebab tak ada kawan.” Ayrin berdalih.
Dia tidak mahu Zaffran tahu sebab sebenar dia berasa begitu.
Zaffran tidak perlu tahu mengenai Zarul.
“Saya boleh jadi kawan awak.” Zaffran menawarkan
dirinya.
Pelawaan Zaffran membuatkan Ayrin tersenyum.
“Orang luar tak dibenarkan masuk ke Istana Perdana.”
Zaffran mengangguk. Dia terlupa akan hal itu. “Tapi
kita boleh jalan-jalan di luar kawasan istana, kan?”

52
Izza Aripin

Serta-merta wajah Ayrin ceria. Terbit satu idea di


benaknya. “Apa kata kalau kita mulakan sekarang. Saya dah
lama nak balik ke sana berjalan kaki. Pemandangan dari sini
ke istana, cantik sangat. Saya selalu bayangkan yang saya
dapat berjalan sambil menikmati pemandangan indah tu.”
“Boleh.... Jom!” Zaffran teruja. Bak orang
mengantuk disorongkan bantal pula. “Tapi pengawal peribadi
dan pemandu awak tu macam mana?”
Kedua-dua orang remaja itu menoleh ke arah
sebuah kereta dan dua biji motosikal berkuasa besar yang
baru sahaja berderum masuk ke kawasan sekolah.
“Saya akan hantar pemandu saya pulang. Rider tu
boleh ikut kita dari belakang. Ayuh!”
Setelah mendapat kebenaran daripada Tengku Zafri
yang dipinta menerusi telefon bimbit, Ayrin dan Zaffran
berjalan kaki menuju ke Istana Perdana yang hanya terletak
lima kilometer dari Dar al-Hannan.
Pemandangan di sepanjang perjalanan dimulai
dengan beberapa deretan bangunan dan blok pejabat.
Kemudian pemandangan bertukar menjadi hijau. Mereka
melalui hutan kecil yang berakhir dengan padang yang seluas
mata memandang. Padang ragut itu dikhaskan bagi
penternakan lembu daging bergred tinggi.
Sepanjang perjalanan itu, Zaffran dan Ayrin
berbual-bual mengenai pelbagai perkara.
Sebelum tiba di kawasan Istana Perdana, mereka
melintasi jerumun yang menghala ke laut. Di situ mereka
berehat melepaskan penat.
“Awak nak balik nanti macam mana?” Barulah Ayrin
sedar yang Zaffran telah meninggalkan motosikalnya di
sekolah tadi.

53
Kasih Pun Bersatu

“Tak mengapa. Saya akan telefon pemandu suruh


datang jemput di sini. Rasanya di sinilah jejak saya berakhir.
Di depan tu dah masuk sempadan kawasan istana. Kawasan
larangan.”
“Boleh saya tanya awak sesuatu?” Ayrin meminta
izin. Sudah lama dipendamnya persoalan itu.
“Tanyalah apa saja. Saya janji takkan menipu.”
Zaffran tersenyum nakal.
“Awak memang selalu tipu saya. Kata tak pandai
Sejarah, rupa-rupanya awak pelajar terbaik subjek tu.
Penipu!” Ayrin menumbuk bahu Zaffran dengan geram. Dia
baru tahu mengenai perkara itu melalui Rubiah.
Zaffran cuma tergelak.
“Kalau saya tak buat macam tu, saya takkan dapat
peluang mendekati awak. Awak sombong sangat.” Gelak
Zaffran semakin kuat apabila melihat wajah Ayrin yang marah
mendengar ayat yang terakhir itu.
“Itu ke yang awak nak tanya?” Sudah puas gelak,
Zaffran menyoal.
“Bukan. Hmmm... saya nak tau kenapa keluarga
awak membelakangi Tengku Khalid?” Takut-takut Ayrin
hendak bertanya. Namun perasaan ingin tahu melebihi
segala-galanya. Dia mahu tahu kenapa keluarga Zaffran
memilih supaya tidak bersubahat.
Zaffran menarik nafas dalam-dalam. Wajahnya
kembali serius. “Ayah saya tak suka cara Ayahanda Tengku
Khalid. Bagi ayah, tampuk pemerintahan berpindah kepada
keluarga al-Muttaqi memang sudah ditakdirkan. Ketika itu
keluarga al-Mansur memang tiada pewaris takhta yang
layak.”

54
Izza Aripin

Ayrin berasa lega mendengarnya. Benarlah bahawa


tidak semua ahli keluarga al-Mansur berniat jahat terhadap
keluarga al-Muttaqi.
“Sudahlah. Saya tak gemar bercakap mengenai
perkara ni.” Zaffran bingkas bangun. Dia menghulurkan
tangan kepada Ayrin.
“Hari Isnin kita jumpa lagi,” ucapnya sewaktu
menghantar Ayrin hingga ke pintu pagar utama Istana
Perdana.
Ayrin melambai ke arah kereta yang dinaiki oleh
Zaffran. Dengan senyuman yang masih melekat di bibir, dia
berjalan masuk ke pekarangan istana. Sebuah bugi berenjin
menjemput Ayrin. Perjalanan ke pintu masuk istana masih
jauh ke dalam. Dari pagar utama, bangunan istana memang
tidak kelihatan kerana dilindungi oleh pokok.

Istana Perdana,
Kota Lama Dhiyapura

SENYUMAN masih menghiasi wajah Ayrin tatkala dia turun


dari bugi dan berjalan masuk ke dalam istana. Pertemuannya
dengan Zaffran di jerumun yang terletak di kawasan luar
istana memang indah. Segala apa yang digambarkan oleh
Haifa, Humaira dan Sanya mengenai Zaffran meleset sama
sekali. Setelah diselidiki, rupa-rupanya selama ini ketiga-tiga
orang pelajar itu memang sengaja ingin mencemarkan nama
baik Zaffran. Puncanya tidak lain tidak bukan ialah untuk
membalas dendam.
“Lambat balik, tuan puteri? Hari dah rembang.”

55
Kasih Pun Bersatu

Ayrin tersentak. Langkahnya terhenti, lamunannya


mati. Senyuman di bibirnya pudar tatkala bertentangan mata
dengan putera mahkota. Dia kaget seketika melihat Zarul
berdiri di sisi tangga. Setelah hampir setengah tahun tidak
bersua muka, tiba-tiba sahaja jejaka itu muncul. Bila dia
pulang?
Zarul melangkah perlahan menghampiri Ayrin yang
bagaikan patung bernyawa. Sudah lama dia tidak
bertentangan mata dengan gadis itu. Wajahnya kelihatan
semakin dewasa. Ayrin bukan lagi budak comot dan lasak
yang pernah dikenalinya dahulu.
“Aku tunggu engkau di meja makan malam ni.”
Zarul berpesan ketika berjalan di sisi Ayrin. Dia langsung
tidak menoleh ke belakang melihat reaksi gadis itu.
Agak lama barulah Ayrin berpaling. Zarul sudah
lama pergi bersama sebuah kereta.
Ayrin menghela nafas gementar. Dia betul-betul
tergamam dengan kemunculan Zarul yang tiba-tiba itu.
Entah kenapa Ayrin keresahan. Jiwanya kacau seketika.
Seolah-olah mimpi ngeri semalam datang mengganggu
lenanya yang panjang.
Bukankah selama ini dia memang menanti
kepulangan Zarul? Ayrin menggetap gigi. Dia jadi marah pula
tiba-tiba. Tidak faham dengan perasaannya sendiri, Ayrin
segera berlari menaiki tangga. Dia menolak pintu bilik
dengan kasar. Terburu-buru dia menghampiri meja tulisnya.
Laci paling atas diselongkar. Dia tercari-cari kalendar negara
Malaysia. Ruangan cuti persekolahan dibeleknya. Cuti
penggal pertengahan tahun sudah bermula. Adakah Zarul
akan berada di sini selama dua minggu? Ayrin bertambah
resah. Fikirannya kacau-bilau. Saat itu dia tidak tahu

56
Izza Aripin

bagaimana hendak menguruskan masalahnya itu. Apa yang


dia pasti, dia tidak berdaya hendak berhadapan dengan
pemuda itu lagi. Perasaan apakah yang menghantui dirinya
ketika itu? Ayrin jadi keliru.

LAMBAT-LAMBAT kakinya melangkah menuju ke ruang


santapan. Jika diikut rasa hati, dia tidak mahu turun. Tetapi
dia khuatir tindakannya itu mendatangkan persoalan kepada
Tengku Teh dan Tengku Zafri. Sebelum ini dia tidak pernah
tidak makan malam bersama mereka. Ketika dia tiba, Tengku
Teh, Tengku Zafri dan Zarul sudah pun duduk di tempat
masing-masing sambil berbual-bual mesra.
“Maaf sebab lambat.” Ayrin memohon maaf lalu
duduk di tempat biasanya. Di hadapannya, Zarul sedang
memerhati. Ayrin cuba mengawal perasaan gugup dengan
sebaik-baiknya. Tatkala itu dia berasakan wajahnya sudah
panas terbakar akibat renungan tajam Zarul.
Kenapa dia perlu buat begini? Kenapa pula aku rasa
gementar macam ni? Ayrin menggigit bibirnya. Masa
dirasakannya terlalu lambat berlalu. Tidak sabar dia mahu
pergi dari situ.
“Minggu depan sultan dan permaisuri akan pulang.
Sempatlah anakanda berjumpa baginda.” Tengku Zafri
memberitahu. “Berapa lama anakanda akan bercuti di sini?”
“Cuti dua minggu. Tapi mungkin anakanda akan
lama berada di sini.” Zarul mencuri pandang ke arah Ayrin
yang sejak tadi langsung tidak mengangkat muka
memandang ke arahnya. “Ada perkara yang sultan mahu
bincangkan dengan anakanda.”

57
Kasih Pun Bersatu

Ketika itu Ayrin mengangkat kepala memandang


Zarul. Mata bertentangan mata. Ayrin pantas menundukkan
wajahnya kembali. Wajahnya panas lagi seperti dipanggang di
atas bara api. Degup jantungnya juga tidak normal. Kenapa?
Kenapa dia boleh berperasaan begini? Ayrin semakin keliru.
“Ay... bagaimana dengan sekolah? Bonda dengar Ay
sudah mula berlatih lawan pedang.”
Semua perhatian tertuju kepada Ayrin. Kali ini
Ayrin terus memandang wajah Tengku Teh tanpa sedikit pun
menoleh ke arah Zarul.
“Sekolah okey. Fencing pun okey juga. Ay dah naik
ke peringkat seterusnya.” Ayrin harap perhatian yang
diberikan kepadanya terhenti hingga setakat itu sahaja.
“Fencing?” Zarul nampak terkejut.
Spontan Ayrin menoleh ke arahnya. Dan dia
menyesal kerana berbuat demikian. Renungan mata Zarul
hampir mencairkan perasaannya. Gila betul perasaan ni...!
Ayrin semakin tidak selesa duduk.
“Archery macam mana?”
Nyata sekali soalan itu ditujukan kepadanya.
“A... archery?” Ayrin agak gugup ketika hendak
menjawab. “Dah tak join kelab tu lagi.”
Dia segera tunduk menghadap makanan.
“Lepas ni boleh kita lawan pedang.” Zarul
melontarkan cabaran.
Ayrin tidak berani hendak angkat muka. Dia bukan
takut dengan cabaran itu. Dia cuma tidak mahu mengkhianati
hatinya sendiri. Kalau sudah benci, kenapa harus berperasaan
seperti ini? Ayrin semakin tidak mengerti dengan perasaannya
sendiri.

58
Izza Aripin

Makan malam itu satu penyeksaan bagi Ayrin. Tidak


pernah dia rasa terseksa seperti itu. Seolah-olah dia
diperangkap oleh jerat halimunan yang semakin menyesakkan
nafasnya. Dadanya bagai hendak pecah menahan perasaan
yang hendak melonjak keluar. Ayrin pasti kesemua perasaan
aneh yang menghantui dirinya ketika itu berpunca daripada
Zarul.
Usai makan malam, tergesa-gesa Ayrin meminta
diri. Dia sudah tidak sanggup berlama-lamaan dengan
kehadiran Zarul di istana agam itu. Langkah yang diatur
menuju ke bilik, dibatalkan. Ayrin berpatah balik ke belakang
dan keluar dari istana. Dia mahu mengambil angin di pantai
bagi menenangkan perasaannya yang kepanasan.

“MASIH seperti dulu. Bila keresahan engkau pasti ke sini.


Apalah yang istimewanya pantai ni?”
Tubuh Ayrin jadi kaku. Dia enggan menoleh ke
belakang. Kenapa Zarul perlu ke situ juga di kala dia ingin
bersendirian menelaah perasaannya yang bercampur baur?
“I missed you!” Zarul berbisik lembut di sisinya.
Tekak Ayrin tiba-tiba berasa kering. Dia menggetap
bibir seketika. Kenapa Zarul suka sangat mengusiknya
begitu? Apakah Zarul tidak sedar yang tindakannya itu benar-
benar membuatkan perasaan Ayrin tambah bercelaru?
“Kenapa kita jadi begini? Sudah jadi macam orang
asing...!” Zarul terus berkata-kata tanpa menoleh ke sisinya
melihat reaksi gadis itu.
“Engkau yang menjauhkan diri. Engkau yang

59
Kasih Pun Bersatu

jadikan kita begini.” Akhirnya dapat jua Ayrin membalas. Dia


akan luahkan apa yang terpendam di lubuk hatinya selama
ini. Perasaan yang sudah lama terjeruk itu perlu diberikan
ketenangannya semula.
“Aku cuba lupakan engkau,” bisik Zarul ke
telinganya. “Semakin aku cuba, semakin kuat ingatan ini
melekat terhadap engkau!”
“Kenapa mesti lupa?” Ayrin menguatkan semangat.
Dia mahu tahu apa sebabnya Zarul menjauhi dirinya secara
tiba-tiba.
“Sebab...” Kata-kata Zarul terhenti. Dengan
perlahan dia berdiri di hadapan Ayrin, merenung wajah gadis
itu bersungguh-sungguh. Wajah itu sangat dirindunya. Wajah
itu selalu membuatkan dia tidak tenang. Wajah itu selalu
menjadi peneman tidurnya.
“Sebab apa?” Ayrin memberanikan diri melawan
renungan mata Zarul yang kelihatan asyik. Hampir lemah
seluruh anggota badannya menentang renungan yang
seakan-akan sengaja mahu menggodanya itu.
“Kita tak mungkin boleh bersama. Buat apa cuba.
Hasilnya tetap sama.” Lain di fikirannya, lain yang terluah di
bibirnya.
“Maksud engkau?” Degup jantung Ayrin seakan-
akan terhenti.
“Pertalian darah antara kita dekat. Aku tak mahu
pisang berbuah dua kali. Masa depan Dhiyapura sudah
terletak di atas bahuku. Aku tak boleh pentingkan diri sendiri
dan musnahkan segala-galanya.”
“Aku masih tak faham.” Entah kenapa begitu payah
Ayrin hendak memahami baris kata-kata yang mengandungi
pelbagai maksud itu.

60
Izza Aripin

“Mudah saja nak faham. Kita tak patut ada apa-apa


hubungan selain daripada pertalian sebagai saudara. Itu saja.
Jadi lupakan saja angan-angan engkau mahu bersama aku.”
Dengan selamba Zarul meninggalkan Ayrin terkesima di situ.
Langkahnya diatur panjang-panjang dan sedikit pun dia tidak
menoleh ke belakang bagi melihat reaksi gadis itu.
Ayrin terpaku dengan tindakan Zarul. Kekeliruan
yang dirasakannya serta-merta bertukar marah. Air matanya
menitis laju. Tergamak Zarul berkata begitu? Pemuda itu
memang tiada hati dan perasaan. Daripada kata-katanya tadi
seolah-olah Ayrin yang terhegeh-hegeh mahu mendapatkan
perhatian daripada Zarul. Padahal Ayrin tidak pernah berkata
apa-apa. Ayrin tidak pernah meluahkan perasaannya kepada
Zarul. Pemuda itu yang sudah salah faham. Sebaliknya Ayrin
pula yang dituduh bukan-bukan. Lagipun sikap Zarul
sebentar tadi berbeza-beza macam sesumpah. Pada mulanya
dia seolah-olah menyesali kerenggangan perhubungan
mereka. Tetapi selepas itu dia seperti membenci akan
perhubungan yang wujud antara mereka.
Dalam kemarahan, Ayrin menghimpun dendam.
Dia akan membenci Zarul buat selama-lamanya. Dahulu
sewaktu mereka masih belajar di Millenium Perdana, dia
pernah membenci pemuda itu. Mereka pantang bertentangan
mata, pasti akan berselisih pendapat. Serta-merta ingatannya
terhadap sikap Zarul yang menjengkelkan itu segar kembali.
Jadi tidak susah baginya menyeru semula perasaan
itu yang masih terpendam dalam dirinya. Jika Zarul mahu
mereka jadi seperti dahulu – bermusuhan – dia akan sahut
cabaran itu. Ayrin Zatasha akan berubah lagi. Kali ini dalam
kamus hidupnya, nama Tengku Zarul al-Muttaqi tidak wujud
sama sekali!

61
Kasih Pun Bersatu

bab 10
Universiti Princeton,
New Jersey, USA
Beberapa tahun kemudian....

A
YRIN melangkah laju
meninggalkan pekarangan
Robertson Hall yang
menempatkan Woodrow Wilson School of Public and
International Affairs. Dia berlari-lari anak di tepi kolam
pancuran air di situ. Dia sudah lewat dua puluh minit.
McCosh Courtyard menjadi destinasinya. Dataran hijau yang
menempatkan Jabatan Bahasa Inggeris dan berhampiran
dengan Dickinson Hall memang menjadi tempat pelajar-
pelajar bersantai sambil mengulang kaji dan berbual-bual.
Cuaca yang agak dingin dan redup itu membuatkan dataran
itu tempat yang sesuai bagi mengatur temu janji.
Namun sebaik tiba di McCosh Courtyard, wajah
orang yang menunggu tidak kelihatan. Ayrin jadi resah. Dia
berpusing-pusing mencari.

62
Izza Aripin

“Princess!” Laungan itu berkumandang.


Ayrin masih tercari-cari. Siapa pula yang
melaungkan perkataan itu sehingga menarik perhatian
beberapa orang pelajar berambut kuning yang sedang
bersantai di situ?
Akhirnya Ayrin berjaya menemui teman temu
janjinya itu. Rupa-rupanya dia sedang bersandar pada dinding
McCosh Arch sambil berpeluk tubuh memandang ke arah
Ayrin.
“Maaf. Lambat. Ada perbincangan dengan profesor
tadi.” Termengah-mengah Ayrin menghampiri pemuda itu.
“Dah lama tunggu?”
“Setengah jam. Aku cepat sepuluh minit, tapi
engkau lambat dua puluh minit.” Zaffran tersenyum
memandang Ayrin.
Jarang mereka dapat bertemu. Selepas tamat
A-Level, Zaffran terus ke Universiti Cambridge. Sementara
setahun selepas itu, Ayrin turut menyambung pengajian di
Universiti Princeton. Ayrin lambat menyambung
pengajiannya kerana dia memberikan pelbagai alasan untuk
tidak mahu ke Cambridge mencontohi jejak Zarul dan
Zaffran. Apabila Sultan Iskandar bersetuju dengan
tuntutannya belajar di Princeton, barulah dia berangkat
pergi.
Kini Zaffran berehat seketika sebelum pulang ke
Dhiyapura selepas tamat pengajian Master of Studies in
International Relations. Ayrin pula sedang berada pada tahun
akhir pengajian Master in Public Policy. Selama ini mereka
selesa berhubungan melalui e-mel dan webcam sahaja.
“Boleh kita keluar sekarang?” tanya Zaffran. Terlalu
banyak perkara yang ingin mereka bualkan.

63
Kasih Pun Bersatu

“Ke bilik aku dulu. Aku nak simpan buku dan salin
pakaian,” pinta Ayrin lalu mengatur langkah menuju ke kolej
kediamannya.
“Okey saja.” Zaffran menggenggam jari-jemari
Ayrin.
Berpimpin tangan, mereka menuju ke Dod Hall.
Sambil melepasi McCormick Hall dan muzium seni untuk ke
Dod Hall, mereka berbual-bual.

“DAYANG gede mana? Sejak tadi aku tak nampak pun muka
dia?” soal Zaffran lalu duduk di atas katil di bilik Ayrin. Sejak
dia tiba di situ sebentar tadi, bayangan Rubiah langsung
tidak kelihatan. Dayang Gede... itulah nama jolokan yang
lekat pada Rubiah sehingga kini. Walaupun Rubiah bukan
lagi seorang gadis gemuk dan montel, nama itu terus lekat.
Rubiah kini sudah langsing dan penampilannya amat berbeza
jika dibandingkan semasa zaman remajanya. Dia sepatutnya
digelar Dayang Cilik pula.
“Dia dah keluar dengan Will. Teman lelaki dia tu,”
balas Ayrin di sebalik pintu bilik air yang terbuka sedikit.
“Dia serius ke dengan budak dari Wyoming tu?”
Zaffran bukannya suka sangat hendak tahu. Cuma dia
inginkan kepastian. Menurut cerita Ayrin dahulu, sekiranya
Rubiah memang serius hendak meneruskan hubungan
dengan Will Chester, dia mungkin tidak akan kembali ke
Dhiyapura.
“Aku rasa serius.”
Ayrin melangkah keluar dari bilik mandi sesudah

64
Izza Aripin

siap menukar pakaiannya. Dia kelihatan santai dan ringkas


dengan sepasang Dockers Khakis dan baju-T lengan panjang.
Rambutnya yang panjang melepasi paras bahu segera diikat
tocang kuda. Walaupun ringkas, wajah Ayrin tetap menarik
dan memukau. Wajahnya yang polos tanpa sepalit alat solek
itulah yang selalu menjadi igauan Zaffran saban malam.
“Kalau hubungan Bee dan Will dah serius
maknanya....”
“Biarlah. Aku lepaskan Bee pergi. Dia tak perlu
bayar semua kos pengajian dan elaun sara hidup di sini. Aku
dah beritahu ayahanda. Walaupun pada mulanya ayahanda
tak setuju sebab Bee dah buat perjanjian, tapi jodoh
pertemuan di tangan Tuhan. Takkan pasal perjanjian tu kita
nak pisahkan Bee dan Will. Merepek aje.”
Sesiapa yang telah dilantik menjadi pengiring
puteri mahkota perlu menandatangani perjanjian yang terikat
selama-lamanya. Sebagai pengiring, Rubiah tidak boleh ada
pilihan lain selain pilihan yang dibuat oleh puteri mahkota.
Kalau lihat sekali imbas, memang berat sebelah. Namun ada
untungnya. Selain mendapat elaun yang banyak, Rubiah
dengan mudah dapat menikmati segala kemudahan yang ada
pada puteri mahkota. Tugasnya pun bukan sesusah mana.
Cuma jadi pengiring tengku puteri dan menguruskan segala
keperluannya.
Memandangkan Rubiah mungkin terpaksa
melanggar perjanjian, lantaran haluannya sudah mula
menyimpang sejak mereka mendaftarkan diri di Princeton,
Ayrin mengambil keputusan untuk melepaskan gadis itu
daripada perjanjian yang telah ditandatangani. Dari sudut
perundangan negara Dhiyapura, sultan dan tengku puteri
sendiri memang ada kuasa melepaskan sesiapa yang berada di
bawah naungan mereka daripada sebarang perjanjian.

65
Kasih Pun Bersatu

Lagipun selama ini, Ayrin tidak pernah menganggap


Rubiah sebagai pekerjanya. Rubiah sahabat baiknya. Sebagai
seorang sahabat baik, Rubiah memang seorang yang setia dan
sentiasa ada di sisinya sepanjang masa baik di kala duka
mahupun suka. Kini Rubiah memerlukan sokongan Ayrin.
Ayrin tidak kisah. Dia rela melepaskan Rubiah pergi
memburu cita-cita dan cintanya. Rubiah berhak menerimanya
atas balasan kesetiaannya selama ini. Cumanya, sebaik sahaja
Rubiah menandatangani perjanjian penamatan kontrak, dia
tidak akan punya akses kepada kerabat diraja semudah
dahulu. Mungkin payah bagi mereka untuk bertemu seperti
dahulu. Itulah satu-satunya perkara yang tidak disukai oleh
Ayrin. Tetapi apa boleh buat. Sudah itu peraturannya.
“Lagipun aku tak perlukan pengiring.” Ayrin
mencapai jaketnya.
“Biar aku saja jadi pengiring engkau... selama-
lamanya.” Zaffran menghampiri gadis itu. Sudah banyak kali
dia meluahkan perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap
Ayrin. Namun Ayrin hanya membalas dengan senyuman.
Ayrin tidak pernah melafazkan penerimaannya. Sebaliknya
dari segi perbuatan dan tingkah laku, Ayrin seolah-olah
menerima perasaan istimewa itu.
Jika dilihat dari luaran, memang Ayrin dan Zaffran
sudah seperti pasangan kekasih. Ramai yang tertipu dengan
kemesraan mereka. Malah pihak istana juga sudah sedia
maklum akan keakraban mereka. Sultan dan permaisuri
masih belum berkata apa-apa. Mereka hanya tunggu dan
lihat. Namun sudah ada mulut-mulut yang menyuarakan
ketidakpuasan hati mereka lantaran Zaffran daripada
keturunan al-Mansur. Mereka khuatir tragedi lama berulang
kembali. Bagi Zaffran perkara itu memang cabaran buatnya.
Dan dia sudah bersedia menghadapinya. Tetapi tanpa kata

66
Izza Aripin

putus daripada Ayrin, Zaffran hanya boleh menunggu. Entah


sampai bila....
“Marilah... nanti hari gelap pula.” Tanpa membalas
cadangan Zaffran tadi, Ayrin mengajak lelaki itu keluar.
Mereka beriringan keluar dari bilik.
Sebuah limousin bercermin gelap sudah sedia
menanti di pekarangan Dod Hall. Warga universiti itu sudah
biasa dengan kehadiran limousin yang terdapat bendera
kerajaan Dhiyapura. Malah dahulu sering kali mereka
dikejutkan dengan kehadiran motosikal pengiring berkuasa
besar. Ayrin sudah berkeras tidak mahu diiringi oleh
motosikal itu. Kalau mereka hendak menjaga keselamatannya,
buatlah cara lain yang tidak terlalu menonjol seperti itu.
Di dalam limousin, selain pemandunya, seorang
pegawai keselamatan turut mengiringi Ayrin. Selalunya
Rubiah akan ada bersama. Hari itu, Ayrin telah mengizinkan
Rubiah ‘bercuti’ sementara menanti kontraknya ditamatkan
oleh pihak istana.
“Tengku puteri.”
Cermin gelap di hadapan tempat duduk Ayrin dan
Zaffran diturunkan. Fandi yang berkaca mata gelap itu
berpusing ke arah mereka. Dengan ketiadaan Rubiah, dia
yang menggalas sementara urusan berkaitan keselesaan
tengku puteri. “Tadi pihak istana telefon. Mereka sudah e-mel
senarai latar belakang pengiring baharu. Kalau boleh mereka
mahukan keputusan minggu hadapan.”
Ayrin mengeluh berat. Dia sudah memberitahu
ayahandanya bahawa dia tidak perlukan pengiring lagi.
Nampaknya ayahanda tetap dengan keputusannya.
“Beritahu istana, pilih saja sesiapa yang dirasakan
layak. Saya akan terima.” Malas hendak meneliti satu per satu

67
Kasih Pun Bersatu

latar belakang pengiring tersebut, Ayrin menyerahkan


perkara itu bulat-bulat kepada istana supaya menguruskannya.
“Baik, tengku puteri.”
Cermin gelap dinaikkan semula.
Ayrin menyandarkan kepalanya pada tempat duduk.
“Aku dah bosan!”
“Bosan? Kenapa?” Zaffran menoleh ke arah Ayrin
yang duduk di sebelahnya.
“Semua ni! Soal pengganti pengiring... soal
kebebasan aku sebagai seorang manusia... segala-galanya
sudah mula membosankan aku!” Ayrin melepaskan keluhan
berat. Sejak melihat kebebasan Rubiah membuat keputusan
di luar jangkaan, Ayrin mula merasakan ada sesuatu yang
hilang dalam hidupnya. Kini baru dia sedar yang dia telah
kehilangan kebebasan untuk membuat keputusan dengan
sesuka hati tanpa campur tangan istana.
“Bagi aku, hanya Rubiah sorang saja yang layak jadi
pengiring. Kalau dia dah berhenti, aku rela tak ada pengiring.
Bukannya susah nak uruskan hidup sendiri. Selama ni pun,
aku yang buat segala-galanya. Rubiah hanya sekadar
peneman.”
Selain Rubiah, Ayrin memang selesa melepaskan
perasaannya kepada Zaffran. Pemuda itu amat memahami
jiwanya. Hanya Rubiah dan Zaffran tempat Ayrin mengadu.
Kini Rubiah sudah membawa haluannya sendiri. Hanya
Zaffran tempat bergantungnya kini.
“Ini peraturan, Ay. Engkau mesti akur. Mereka buat
semua tu demi kepentingan engkau. Status engkau sebagai
puteri mahkota meskipun tanpa kuasa eksekutif, telah
meletakkan engkau di tempat yang teratas. Imej dan masa
depan Dhiyapura juga terletak di atas bahu engkau.” Zaffran

68
Izza Aripin

menasihati dengan lembut. Dia faham apa yang Ayrin lalui.


Namun hendak membantu lebih dari itu, dia tidak mampu.
Kudratnya punyai had tertentu. Menentangnya bererti dia
mengkhianati kerajaan, sama seperti ayahanda saudaranya
dahulu.
Ayrin menggetap bibir. Di kepalanya sudah
terencana sesuatu. Sesuatu yang sudah lama dirancang
dengan teliti. Tetapi dia perlukan rakan subahat yang boleh
membantu. Jika dahulu Rubiah telah bersumpah taat setia
mahu membantunya, memandangkan sahabatnya itu sudah
punya agenda sendiri, dia sudah tidak punya rakan subahat.
Ayrin terpaksa mencari jalan lain. Akhirnya satu idea timbul
di benaknya. Zaffran boleh dijadikan rakan subahat yang
baharu. Zaffran tidak akan belot kepadanya.
Mereka tiba di Tasik Carnegie sebentar kemudian.
“Kita jalan-jalan dulu.” Ayrin menarik tangan
Zaffran menjauhi jeti. Sebuah bot yang telah ditempah awal,
sudah pun menanti.
“Kenapa? Engkau kata nak belayar?”
“Sekejap lagi. Aku ada hal penting nak cakap.” Ayrin
berbisik sambil matanya memerhati dengan liar ke
sekelilingnya. Dia mahu tahu di mana pengawal peribadi
istana ditempatkan. Setelah Ayrin menolak untuk diiringi,
pihak istana telah menghantar pengawal berpakaian biasa
yang ditugaskan mengekorinya ke mana sahaja.
Tanpa mengerti tindakan gadis itu, Zaffran hanya
akur. Dia membiarkan sahaja Ayrin menarik tangannya
menuju ke arah rimbunan pokok-pokok besar. Tiba di satu
tempat yang agak tersembunyi dan selamat daripada
pengintipan pengawal keselamatannya, Ayrin terus
melakukan pemeriksaan terhadap tubuh badan Zaffran.

69
Kasih Pun Bersatu

Terkejut bukan kepalang pemuda itu dengan perbuatan Ayrin.


Jari-jemari gadis itu merayap ke seluruh pelosok tubuhnya.
“Ay... kenapa ni?” Zaffran cuba menahan perasaan.
Dia rasa semacam tiba-tiba apabila Ayrin bertindak begitu
kepadanya. Hanya ekspresi wajah Ayrin yang serius
menghalangnya daripada melakukan perkara serupa terhadap
gadis itu.
Ayrin yang sedang berlutut di hadapan Zaffran,
segera mendongak.
“Maaf. Aku terpaksa buat begini sebab nak pastikan
yang engkau bersih.” Ayrin terus bangun setelah
pemeriksaannya selesai.
“Bersih?” Zaffran kehairanan. Dia masih tidak
faham.
“Aku takut mereka letak bug di dalam pakaian
engkau. Nampaknya tak ada.”
“Bug? Engkau syak aku bersubahat dengan istana?”
soal Zaffran tidak puas hati. Apakah selama ini Ayrin
mengesyakinya yang bukan-bukan?
“Aku tak tuduh engkau bersubahat. Aku cuma takut
mereka letak alat pendengar tanpa engkau sedar.” Ayrin perlu
memastikan perbualan yang akan berlangsung sebentar lagi
tidak diintai oleh sesiapa. Dia tidak mahu pihak istana tahu
rancangannya.
“Alat pendengar? Engkau merepeklah. Takkan
sampai begitu sekali mereka mengawasi gerak-geri engkau.”
Zaffran menolak tanggapan Ayrin yang tidak berasas itu.
“Kenapa engkau takut sangat? Ada sesuatu yang buruk dah
engkau lakukan?”
“Aku perlu lakukan sesuatu. Dan aku perlukan

70
Izza Aripin

bantuan engkau.” Tanpa membuang masa, Ayrin menjalankan


rancangannya. Dia mahu segala-galanya lancar.
“Lakukan apa?” Zaffran semakin tidak faham. Sikap
Ayrin begitu aneh. Dia seperti takutkan sesuatu.
Ayrin duduk di atas rumput sambil bersandar pada
batang pokok magnolia. Zaffran ikut duduk di sisinya.
“Apa sebenarnya yang berlaku, Ay? Engkau nampak
cemas tanpa sebab.” Sebelah tangan Zaffran menggenggam
jari-jemari Ayrin.
“Zaff... aku perlu melarikan diri seketika.” Akhirnya
Ayrin meluahkan hasratnya. Hasrat yang selama ini
terpendam. Hanya menunggu masa yang sesuai supaya
dilaksanakan.
“Lari? Kenapa?” Zaffran terkejut lagi. Banyak
sungguh kejutan yang Ayrin berikan setelah sekian lama
mereka tidak bersua muka.
“Bukan lari buat selama-lamanya. Aku cuma minta
sikit ruang kebebasan. Hanya sekejap.”
“Tapi buat apa?” Zaffran masih gagal memahami
maksud kata-kata Ayrin.
“Lepas aku lihat Rubiah bahagia bersama Will, aku
jadi cemburu. Aku cemburu kepada Rubiah kerana dia
akhirnya bebas. Dia kini bebas memilih jalan hidupnya
sendiri. Bukan macam aku. Jalan hidup aku awal-awal lagi
dah ditentukan oleh pihak istana. Aku tak boleh bertindak
sesuka hati sampai bila-bila. Jadi, sebelum hidup aku selama-
lamanya terikat, aku nak buat sesuatu untuk diriku. Aku nak
mengembara sendirian merentasi benua. Beri aku setahun.
Lepas tu aku akan kembali memenuhi tanggungjawab sebagai
puteri mahkota.” Hasrat terpendam selama ini terluah
akhirnya. Ayrin mengeluh lega.

71
Kasih Pun Bersatu

“Mereka takkan benarkan engkau buat begitu, Ay.”


Zaffran menyedarkan Ayrin daripada angan-angannya.
Sungguhpun bersimpati terhadap nasib gadis itu, dia tidak
dapat berbuat apa-apa.
“Memang mereka takkan benarkan. Sebab itulah
aku perlukan bantuan engkau.” Ayrin menegakkan tubuhnya
dan berpaling menghadap Zaffran.
“Bantuan yang bagaimana?” Zaffran mula rasa
berdebar-debar. Sesuatu yang gila akan berlaku, detik
hatinya.
“Engkau bantu aku lepaskan diri!”
Zaffran tersenyum merenung wajah Ayrin yang
begitu mengharap. “Sebenarnya engkau tak perlu minta. Aku
rela lakukan apa saja untuk engkau. Asalkan engkau bahagia.
Engkau tak perlu lakukan perkara ni sendirian. Aku boleh
ikut sekali.”
Ayrin membalas senyuman Zaffran. Ya, dia memang
tahu Zaffran akan lakukan apa sahaja demi
membahagiakannya. Tetapi Ayrin tidak mahu mengambil
kesempatan di atas keikhlasan pemuda itu. Sementelah,
perhubungan mesranya tidak disenangi oleh sebilangan besar
warga istana. Ayrin tidak mahu mengeruhkan keadaan. Jika
Zaffran ikut serta, sudah tentu lelaki itu pula akan dituduh
menghasutnya bertindak demikian.
“Ay... engkau tahu yang perasaan sebenar aku pada
engkau lebih daripada seorang kawan. Aku mahu
membahagiakan engkau. Aku bersedia mengikut engkau ke
mana saja.”
Ayrin tersenyum lagi. “Aku tahu. Dan aku amat
menghargainya. Tapi aku tak mahu menyusahkan engkau.
Masalah ini biar aku yang tangani sendiri. Lagipun aku perlu

72
Izza Aripin

sendirian. Cuma aku perlukan engkau sebagai orang


hubungan.”
Zaffran menarik nafas panjang. Ayrin masih lagi
tidak mahu memberikan kata putus. Entah apa yang jadi
penghalangnya. Zaffran tidak suka mendesak. Berada sebegini
dekat dengan Ayrin pun dia sudah bersyukur.
“Bila engkau akan lakukannya?”
“Selepas upacara konvokesyen. Segala persiapan
dah dibuat. Bee dan Will juga akan membantu.” Lantas Ayrin
menjelaskan rancangannya satu per satu.
Zaffran mendengar dengan teliti sambil
memberikan pandangannya.

73
Kasih Pun Bersatu

bab 11
Dod Hall,
Princeton

R
UBIAH tersenyum memerhati
ke arah Ayrin dan Zaffran melalui
tingkap biliknya. Mujur tiada
paparazi di situ. Jika tidak, tentu adegan Zaffran mencium
tangan Ayrin akan menghiasi muka hadapan majalah tabloid
Paparan Paparazi yang cukup terkenal di Asia Tenggara.
Rubiah simpati kepada Zaffran. Cintanya kepada
Ayrin masih belum berbalas. Walaupun tahu akan perasaan
pemuda itu terhadapnya, Ayrin tidak pernah memberikan
sebarang jawapan. Anehnya, lagak Ayrin di samping Zaffran
seperti dua insan bercinta.
Senyuman Rubiah masih melekat di bibir tatkala
Ayrin melangkah masuk ke bilik mereka.
“Aku simpati pada Zaff. Sampai bila engkau nak
mensia-siakan perasaan dia? Dia benar-benar sayangkan
engkau, Ay.”

74
Izza Aripin

Ayrin tersenyum hambar. Tubuhnya dicampakkan


ke atas katil. Sambil meniarap dan memeluk bantal, Ayrin
merenung kembali perbualannya dengan Zaffran tadi. Ya,
Zaffran memang seorang lelaki yang baik. Terlalu baik
baginya. Zaffran tidak berhak diberi layanan begitu. Namun
apakan dayanya, dia terpaksa.
“Aku pun sayangkan dia, Bee. Sangat-sangat sayang.
Kalau dia tak ada, aku boleh jadi gila.” Akhirnya Ayrin
membuat pengakuan.
“Kalau macam tu... tunggu apa lagi? Luahkan
perasaan engkau tu pada Zaff.” Rubiah gembira. Dia segera
duduk di atas bangku di sebelah katil Ayrin. Akhirnya dapat
juga dia mendengar Ayrin mengucap kata sayang terhadap
Zaffran.
“Tak boleh, Bee. Dia tak boleh tahu.”
“Kenapa?” Suara Rubiah meninggi. Kegembiraannya
luput dan diganti dengan kemarahan. Dia rasa Ayrin
pentingkan diri sendiri. Adakah Ayrin masih memandang
kepada keturunan?
“Jangan jadi kejam, Ay. Jangan seksa perasaan Zaff
begitu. Engkau tak berhak membalas dendam terhadap
keluarga al-Mansur dengan cara ini.”
“Bukan begitu, Bee.” Ayrin menyembunyikan
wajahnya di sebalik bantal. Payah benar bibirnya hendak
memberitahu Rubiah akan kebenarannya. Tetapi jika tidak
diberitahu, sampai bila-bila pun Rubiah akan salah faham
terhadap dirinya. Tambahan pula tidak lama lagi Rubiah akan
meninggalkannya.
“Zarul!” Mahu sahaja air mata Ayrin jatuh
berlinangan saat lidahnya menyebut nama itu.
“Zarul?” Rubiah terperanjat. Setelah lima tahun

75
Kasih Pun Bersatu

Ayrin mengharamkannya menyebut nama itu, kali ini Ayrin


sendiri yang melanggar sumpah. “Apa kena-mengena Zarul
dengan hal ni?”
Namun Ayrin tidak menjawab. Dia teresak-esak di
sebalik bantal.
Lantas Rubiah segera merapati dan mengusap
belakang tubuh Ayrin. Adakah Ayrin masih gagal melupakan
Zarul? Nampaknya jarak waktu tidak mampu menyembuhkan
luka lama. Semakin berat hati Rubiah hendak meninggalkan
Ayrin. Dia tidak sanggup membiarkan sahabat baiknya itu
sendirian menghadapi penyeksaan perasaan yang begitu
mendalam.
Ingatan Ayrin diputar mengingati peristiwa yang
menyebabkan dia tidak boleh menyayangi Zaffran seperti
yang sepatutnya. Peristiwa itu berlaku setahun yang lalu
sewaktu dia pulang bercuti di Dhiyapura. Dia tidak pernah
menyangka yang Zarul juga turut pulang pada waktu yang
sama. Lantaran pertemuan yang cuba dielakkan berlaku jua.

Istana Agung,
Setahun yang lalu....

“ENGKAU takkan dapat tewaskan aku!”


Ejekan Zarul membakar semangat Ayrin. Dia cuba
mencuri tikam. Tetapi Zarul dapat menangkis serangannya.
Bunyi pedang bertingkah semakin hebat. Ayrin akan cuba
sedaya upaya menewaskan pemuda itu. Sudah banyak kali dia
tewas. Kali ini dia tidak mahu mengaku kalah.

76
Izza Aripin

Dengan semangat yang kuat, keinginan yang


membara dan diiringi oleh kesungguhan, akhirnya Ayrin
berjaya menguis pedang Zarul hingga tercampak jauh. Mata
pedangnya begitu pantas diacukan ke dada pemuda itu.
“Siapa kata aku tak boleh tewaskan engkau?”
Zarul mengangkat tangan tanda mengalah. “Okey...
kali ni engkau menang. Tapi ingat. Inilah kali pertama
engkau menang setelah berkali-kali kita berlawan pedang.”
Ayrin menanggalkan topeng.
Begitu juga dengan Zarul.
“Kemenangan ini hanyalah permulaan kepada
kemenangan yang besar.” Ayrin masih tidak mahu mengalah.
“Ya ke?” Zarul mengusik. Dia suka melihat Ayrin
tercabar. Seronok mengenakan gadis itu dengan usikannya.
Sudah lama dia tidak berbuat begitu.
“Berjumpa sekali-sekala pun dah macam anjing dan
kucing.” Permaisuri Anne yang sedang duduk di meja bulat
menegur. Dia menuangkan teh chamomile ke dalam cawan
porselin dan menghulurkannya kepada suaminya.
“Di Cambridge tak jumpa orang degil macam
engkau, Ay. Tak seronok,” balas Zarul sambil tersenyum
nakal.
“Nasib baik di Princeton tak jumpa orang nakal
macam engkau.” Ayrin tidak mahu mengaku kalah.
Permaisuri Anne hanya menggeleng kepala melihat
telatah mereka berdua. Lantas dibiarkan sahaja mereka
bertingkah lidah.
Di hadapan sultan dan permaisuri, Ayrin terpaksa
melupakan rasa sakit hatinya terhadap lelaki itu. Dia terpaksa
berpura-pura.

77
Kasih Pun Bersatu

Tetapi lain pula keadaannya dengan Zarul. Dia


seolah-olah telah lupa dengan apa yang pernah diucapkannya
dahulu. Zarul bersikap selamba dan bersahaja. Seperti tidak
ada apa-apa yang berlaku antara mereka. Semenjak pulang
bercuti dua minggu lalu, tidak sudah-sudah dia mengajak
Ayrin berlawan pedang dengannya.
Bukannya Ayrin tidak mahu menolak, sudah banyak
kali dia cuba mengelak. Semuanya tidak berjaya gara-gara
kelicikan Zarul berhelah.
Apabila di belakang sultan dan permaisuri, Ayrin
menunjukkan perasaannya secara terang-terangan kepada
Zarul. Lelaki itu harus tahu yang sudah ada jurang perasaan
yang amat besar wujud antara mereka. Jurang itu tidak akan
rapat dengan mudah tanpa kalimah maaf.
Tamat sahaja latihan lawan pedang petang itu, Ayrin
terus ke biliknya membersihkan diri dan menukar pakaian.
Pancuran dingin yang keluar dari alat penyembur
menyegarkan tubuh badannya yang kehangatan sebentar tadi.
Lama Ayrin bermain-main air dan buih sabun di dalam bilik
mandi. Hampir setengah jam barulah dia keluar. Dengan
hanya berpijama pendek paras lutut, Ayrin menghampiri
balkoni dan mula mengeringkan rambutnya dengan sehelai
tuala kecil. Dia tidak suka menggunakan pengering rambut
elektrik kerana perbuatan itu boleh merosakkan rambutnya.
Malam itu Ayrin turun ke bawah agak awal untuk
makan malam. Sengaja dia buat begitu. Sudah lama dia tidak
menghabiskan waktu berjalan-jalan di sekitar Istana Agung.
Kesibukannya menyebabkan dia sudah tidak menghargai
keindahan istana lama itu. Walaupun Istana Agung terletak di
Asia Tenggara, seni binanya lebih menyerupai istana lama
yang terdapat di Eropah. Menurut sejarah istana ini, ia telah
dibina oleh seorang jurubina yang didatangkan khas dari

78
Izza Aripin

Denmark. Maka sebab itu semua binaan istana di Dhiyapura


lebih menyerupai istana Eropah. Yang uniknya, seni ukiran
tempatan turut dipahat di atas dinding sebagai motif hiasan.
Malah tiang-tiang utama, tangga, siling, kolam pancuran dan
pasu istana turut dihiasi dengan ukiran bercirikan tempatan.
Oleh sebab dia punyai banyak masa, Ayrin berhasrat
melewati kutubkhanah diraja. Langkahnya mati di hadapan
pintu berangkai dua yang terbuka sedikit. Ayrin terdengar
suara orang bercakap-cakap di dalamnya. Segera dia
memasang telinga.
“Kamu serius?”
Ayrin terdengar suara ayahandanya tegas menyoal
seseorang.
“Ya, tuanku. Demi kesejahteraan negara, saya fikir
tindakan ini perlu.”
Itu suara Zarul, tingkah Ayrin di dalam hati.
“Tapi perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih
teliti kerana melibatkan Ayrin.”
Degup jantung Ayrin bergerak pantas apabila
terdengar suara bonda menyebut namanya.
“Saya tak suka memaksa Ayrin. Awak tentu faham
sebab awak pernah mengalami nasib yang sama dulu.”
Nampaknya bonda seperti sedang membantah
sesuatu. Apa agaknya yang sedang mereka bincangkan?
“Memang benar saya pernah alaminya. Saya
terpaksa akur demi negara. Dan saya tak fikir kenapa Ayrin
tak perlu melakukannya. Anne, setiap daripada kita ada
tanggungjawab dan peranan masing-masing. Suka ataupun
tidak, Ayrin memang sudah dilahirkan supaya memikul
tanggungjawab itu.”

79
Kasih Pun Bersatu

Peluh dingin mula memercik ke seluruh tubuhnya.


Ayrin tidak sabar mahu tahu apa sebenarnya yang mereka
bualkan mengenai dirinya. Dan perkara itu nampaknya
berkaitan dengan Zarul.
“Ayahanda akan bawa perkara ini supaya
dibincangkan dalam mesyuarat negara. Pasti kesemua
menteri dan keluarga kita akan menyokong penuh ikatan
murni ini. Kita tidak boleh membiarkan al-Mansur berkuasa
kembali. Sampai waktunya Ayrin dan Zarul akan nikah!”
Ayrin berasa tubuhnya ringan. Lemah sendi dan
tubuhnya mendengar perkhabaran itu. Dia segera berpaut
pada pemegang pintu. Manakala sebelah tangannya menekup
mulut untuk menghalangnya menyuarakan keluhan
bantahan. Entah berapa lama Ayrin berpaut di situ, dia
sendiri tidak sedar sehinggalah pintu ditarik dari dalam.
Tubuh Ayrin melayang dan bertembung dengan
Zarul yang rupa-rupanya menarik pemegang pintu di
bahagian dalam. Zarul terkejut. Begitu juga dengan Ayrin.
“Engkau tak apa-apa?” Zarul memegang kedua-dua
belah bahu Ayrin dan cuba membantu gadis itu berdiri
dengan betul.
Ayrin merenung wajah Zarul dengan pandangan
yang berkaca dek air mata. Wajah Zarul tampak bimbang.
Sekilas, Ayrin dapat lihat ada kelembutan pada mata pemuda
itu. Kelembutan yang pernah ditunjukkan kepadanya suatu
ketika dahulu. Namun ia hanya sekejap cuma. Dalam sekelip
mata ekspresi wajah Zarul bertukar dingin dan bersahaja.
“Engkau tentu sudah dengar segala-galanya.” Malah
nada suaranya yang lembut tadi bertukar angkuh. “Suka
ataupun tidak, tak lama lagi kita akan bersatu. Aku akan
tunggu saat engkau menjadi milik aku.”

80
Izza Aripin

Zarul melepaskan Ayrin dan terus pergi.


Ayrin terpaku. Tubuhnya yang masih lemah, segera
disandarkan pada pintu yang terbuka.
Sultan dan permaisuri yang sejak tadi melihat dari
jauh, segera datang menghampirinya. Dari raut wajah yang
terpamer, mereka nampaknya tidak mendengar apa yang baru
diucapkan oleh Zarul.
“Ay? Kenapa?” Permaisuri bertanya dengan wajah
bimbang. Wajah Ayrin yang pucat tidak berdarah
ditenungnya.
“Kenapa Ay mesti kahwin dengan dia? Kami
bersaudara. Tak sepatutnya berkahwin. Pertalian kami amat
rapat.” Daripada sisa-sisa tenaga yang ada, Ayrin cuba
membantah. Bukankah persoalan itu juga yang pernah
disebutkan oleh Zarul sedikit masa lalu?
“Itu bukan soalnya, Ay. Masa depan kerajaan lebih
penting.” Sultan Iskandar menenangkan perasaan Ayrin yang
nampaknya bercelaru.
“Tak! Ay takkan setuju!” Entah dari mana datangnya
kekuatan itu, Ayrin menjerit melepaskan perasaannya. Tanpa
menunggu bicara balas, Ayrin berpaling dan berlari menuju
ke biliknya. Pada malam itu juga dia terbang ke kota London
mencari Zaffran yang tidak pulang bercuti. Berminggu
lamanya dia mengheret Zaffran menemaninya mengelilingi
empayar British moden. Panggilan dari istana langsung tidak
dipedulikan. Zaffran tidak pernah tahu apa sebabnya dia
bertindak begitu. Zaffran hanya tahu yang dia tertekan dek
pelajaran. Itu sahaja. Ayrin tidak sanggup hendak bercerita
kepada Zaffran mengenai keputusan ayahandanya itu. Terlalu
pahit hendak diluahkan. Lebih baik disimpan di dalam hati
dan biar ia membusuk di situ sendirian.

81
Kasih Pun Bersatu

RUBIAH termenung panjang memikirkan cerita Ayrin yang


panjang lebar itu. Dia benar-benar tidak menyangka yang
Zarul boleh bertindak begitu. Amat mementingkan diri
sendiri!
“Aku tak tahu apa yang silap. Tapi aku yakin Zarul
bukan begitu. Tak mungkin dia sekejam itu, Ay. Aku kenal dia
lama. Aku tahu hati budinya. Kau pun tahu dia tu macam
mana. Dulu dia yang susah payah bantu engkau semasa
pemberontakan.”
“Bee, itu Zarul yang dulu. Sekarang dia dah
berubah. Aku pun tak faham. Selepas dia kata yang kami tak
mungkin bersama, sikap dia seratus peratus berubah. Dia jadi
orang asing. Aku dah tak kenal dia lagi.” Ayrin cuba
menegakkan pendiriannya.
Memang sikap Zarul telah banyak berubah. Zarul
yang pernah dikenalinya dahulu sudah hilang ditelan masa.
Zarul yang ada kini ialah orang lain yang mempunyai jiwa
berbeza walaupun jasadnya masih sama.
“Jadi Zaff masih tak tau yang engkau dan Zarul
bakal disatukan?”
Ayrin menggeleng kepala.
“Aku tak sampai hati nak beritahu dia. Aku... aku
tak tahu bagaimana nak katakannya. Aku rasa bersalah, Bee.
Aku baru saja nak ubah perasaan sayang jadi cinta. Tapi niat
aku terhalang bila aku tahu tentang perkara ni. Lebih baik
aku pendamkan saja perasaan tu,” luah Ayrin, lirih.
Rubiah merungut kesal. Dia pula yang rasa tersepit
antara Zarul dengan Zaffran. Kedua-dua orang pemuda itu
kenalannya yang paling rapat.
Rubiah tidak mahu menangkan sesiapa. Walau siapa
pun pilihan Ayrin, dia akan terima dengan hati yang terbuka

82
Izza Aripin

walaupun dia tahu salah seorang daripada pemuda itu pasti


akan kecewa.
“Ay... tabahkan hati. Tentu ada hikmah tersembunyi
yang Tuhan simpan buat engkau. Terimalah takdir ini
seadanya. Aku percaya Zarul masih seperti dulu. Tentu ada
sebab mengapa dia bersikap begitu. Mungkin dia sengaja
mahu mengusik engkau.... Dia memang suka buat macam
tu.” Rubiah cuba berfikiran positif. Moga dengan usahanya
itu, dia dapat menenangkan perasaan Ayrin yang kacau-bilau.
“Aku tak tau apa yang perlu aku harapkan lagi.
Mungkin aku akan fikirkannya semasa ‘pelarian’ aku nanti.”
“Engkau mahu teruskan juga rancangan tu?”
“Sekali aku dah buat keputusan, aku takkan
berpaling lagi melainkan takdir sudah menentukan ia jadi
sebaliknya.” Ayrin menguatkan azam. Dengan bantuan
Zaffran, dia akan mengembara seorang diri mencari
ketenangan.

83
Kasih Pun Bersatu

bab 12
Universiti Cambridge,
London
Beberapa tahun sebelumnya....

D
IA berasa lega, amat lega
kerana berjaya sampai ke situ.
Jelas bahawa penat lelahnya
bertungkus lumus belajar siang dan malam memang
berbaloi. Zarul dapat mendaftarkan diri di tempat itu bukan
atas tiket negara Dhiyapura mahupun statusnya sebagai
putera mahkota. Sebaliknya dia berjaya diterima kerana
kecemerlangan akademiknya.
Kelegaannya juga berpunca daripada ketiadaan
Ayrin di sisinya. Entah kenapa kehadiran Ayrin benar-benar
menyusahkan perasaannya. Jika Ayrin berada berhampiran
dengannya, dia tidak akan boleh berfikir dengan tenang.
Walau di mana sahaja dia melemparkan pandangan, pasti
wajah gadis comel itu menghantui dirinya.
Zarul perlu pergi jauh daripada Ayrin. Jika tidak,

84
Izza Aripin

dia tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran


mahupun urusan berkaitan kerajaan. Begitu kuat pengaruh
Ayrin terhadap dirinya.
Perlahan-lahan dia cuba memujuk dirinya. Dia dan
Ayrin tidak boleh bersama. Mereka bersaudara. Pertalian
darah antara mereka dekat. Zarul tidak mahu jadi seperti
keluarga al-Mansur yang mengamalkan perkahwinan sesama
saudara. Akibatnya penyakit keturunan yang mereka warisi
menjadi pembunuh senyap hingga mengorbankan waris
terakhir iaitu Tengku Ramdan. Maka sebab itu tampuk
pemerintahan telah beralih kepada keluarga al-Muttaqi.
Zarul tidak mahu nasib yang serupa menimpa
keluarganya. Perkahwinan antara saudara perlu dielakkan
sama sekali. Walaupun dia punyai perasaan yang amat
istimewa terhadap Ayrin, dia harus melupakannya.
Maka sebab itu Zarul mula meluaskan
pergaulannya. Dia berkawan dengan sesiapa sahaja. Kalau
dahulu dia begitu memilih. Kali ini setiap gadis yang
menyapa, akan dilayannya. Zarul perlu melupakan Ayrin.

85
Kasih Pun Bersatu

bab 13
Kota Dhiyapura
Hari ini....

E
LLIE berjalan di atas pentas
sambil menggayakan pakaian
ciptaan Datin Melati. Kakinya
yang panjang menarik perhatian ramai jurugambar yang
ingin merakamkan saat gadis itu melangkah. Sebelum
pertunjukan ini, Ellie tidak pernah beraksi di atas pentas.
Atas nama kebajikan, dia bersetuju menjadi model. Malah
bukan dia seorang sahaja, ramai lagi orang ternama yang
turut meluangkan masa menjadi model malam itu.
Nyata sekali kejelitaannya tiada bandingan. Tengku
Ellise al-Mansur ratu pada malam itu. Hasilnya, majlis itu
berjaya mengutip satu juta dolar Dhiyapura bagi penubuhan
Yayasan Harapan.
“Tengku Ellise... adakah selepas ini tengku akan
menceburi dunia peragaan?” tanya seorang wartawan dari
akhbar tabloid Paparan Paparazi kepadanya sewaktu dia

86
Izza Aripin

keluar dari Hotel Marriot Dhiyapura selepas berakhirnya


majlis malam itu. Turut serta beberapa orang wartawan
daripada syarikat media lain.
“Ellie!” Ellie membetulkan sebutan nama
panggilannya. Dia lebih gemar menggunakan nama itu.
Nama Tengku Ellise hanya layak disebut di istana dan hanya
buat orang istana.
“Tak. Saya tak berminat dengan modelling. Saya
lebih suka menjadi diplomat.” Tanpa melayan soalan-soalan
seterusnya, Ellie terus masuk ke dalam limousin yang
menanti.
Tidak sampai beberapa minit dia duduk, telefon
bimbitnya berbunyi. Nama yang terpapar pada skrin penerima
membuatkan Ellie tersenyum lebar.
“Hai darling!” sapanya manja. Serta-merta nada
suara yang tegas tadi berubah.
“Tahniah. Aku tengok pertunjukan engkau di
televisyen,” ucap pemanggil itu.
“Kenapa engkau tak datang? Janji nak datang?”
Ellie seakan-akan merajuk.
“Aku dah kata tak boleh, dan bila pula aku berjanji?
Kalau aku datang, lain pula jadinya. I will steal the limelight
from you.”
“Terima kasih sebab tak datang. Sekurang-
kurangnya esok halaman depan Paparan Paparazi ada wajah
Tengku Ellise.”
Zarul tergelak. Pandai sungguh Ellie
menyembunyikan kekecewaannya.
“Esok kita ke kelab golf?” ajak Ellie, mengharap.
Sudah beberapa bulan mereka pulang ke Dhiyapura. Sejak

87
Kasih Pun Bersatu

itulah payah benar Ellie hendak berjumpa dengan Zarul.


Sibuk benar nampaknya putera mahkota itu.
“Esok?” Zarul menyemak diari mentalnya. “Maaf.
Aku ada mesyuarat sepanjang hari.”
“Mesyuarat lagi.... Hmmm... bilalah agaknya engkau
akan ada masa untuk aku. Dulu masa di London tak pula
sibuk macam ni.” Ellie menggulung rambutnya yang keriting
besar itu dengan jari telunjuknya.
Zarul hanya tersenyum. Dia tahu Ellie sengaja
berkata begitu. Sebagai graduan jurusan Sains Politik, Ellie
lebih maklum akan tanggungjawab seorang pewaris kerajaan.
“Bagaimana dengan permohonan aku untuk jadi
setiausaha peribadi engkau?” Nada suara Ellie bertukar
serius. Maknanya dia lebih berminat kepada urusan rasmi
kali ini.
“Aku dah kemukakan permohonan engkau kepada
Setiausaha Penjawat Awam. Mereka sedang meneliti
kelayakan engkau. Kalau tak ada masalah, aku jamin engkau
akan dapat jawatan tu.”
“Yes!” Ellie meluahkan kegembiraannya. “I love you
so much. Kalau engkau ada depan aku, aku akan cium
engkau puas-puas.”
Zarul tersenyum lagi. Ellie... Ellie suka sangat
bergurau, rungutnya di dalam hati. Ramai yang telah salah
sangka apabila mendengar Ellie berbicara dengannya. Ellie
memang begitu. Dia suka menggunakan ungkapan perasaan
yang serius. Padahal dia hanya bergurau.
“Nite, Ellie.” Zarul menamatkan perbualan itu.
Khuatir juga dia sekiranya sultan dan permaisuri terdengar
perbualan itu. Mereka tentu akan salah sangka terhadapnya
dan Ellie.

88
Izza Aripin

“Nite, sayang. Tidur lena dan mimpikan aku, ya.”


Ellie membuat bunyi ciuman sebelum mematikan talian.
Menggeleng lagi kepala Zarul dengan telatah Ellie.
Gadis itu punyai dua personaliti yang berlawanan. Jika dia
tidak keanak-anakan dan manja, dia akan jadi serius dan
sungguh-sungguh. Jika melakukan sesuatu pekerjaan
ataupun tugas, Ellie tidak pernah main-main. Dia akan
melakukannya bersungguh-sungguh dan sepenuh perasaan.
“Tengku!”
Lamunan Zarul terhenti. Dia mengangkat kepala
memandang pegawai peribadinya.
“Max hantar e-mel. Tengku perlu lihat gambar ni.”
Pegawai itu memusingkan komputer bimbit jenama Fujitsu
yang berwarna putih ke arah Zarul.
Tengku mahkota itu tidak terus bersandar pada
kerusi. Tubuhnya bergerak ke hadapan mendekati skrin
komputer. Satu per satu gambar Ayrin dan Zaffran yang
diambil dari pelbagai sudut terpapar.
“Gambar ini diambil hari ni,” beritahu pegawai itu
lagi.
Zarul menggetap gigi. Perasaan marahnya
memuncak apabila melihat gambar terakhir yang
merakamkan saat Zaffran mencium tangan Ayrin.
“Rafi... jalankan langkah seterusnya. Hantar surat
lantikan itu segera. Kalau boleh biar tiba esok.” Zarul
mengeluarkan arahan. Selepas memberi isyarat kepada
pegawainya supaya meninggalkan dia sendirian, Zarul terus
menatap gambar-gambar yang dikirimkan itu satu per satu.
Perasaannya bercampur baur. Kalau dahulu dia memaksa
dirinya melupakan Ayrin, kali ini dia dengan hati terbuka
mempelawa semula perasaan itu menghantui dirinya.

89
Kasih Pun Bersatu

bab 14
Marriot Princeton
Sehari kemudian....

Z
AFFRAN membaca surat yang
tercetak cap mohor kerajaan
Dhiyapura itu berkali-kali. Dia
bagaikan tidak percaya. Adakah matanya bermain silap mata?
Sekali lagi baris-baris yang tertera dibaca satu per satu.

PELANTIKAN SEBAGAI PENGIRING UTAMA


TENGKU MAHKOTA
Dengan surat kuasa ini beta melantik kamu,
Tengku Zaffran Shah al-Mansur ibni Tengku
Haikal al-Mansur menjadi Pengiring Utama
Tengku Mahkota Dhiyapura, Tengku Zarul al-
Muttaqi ibni Tengku Zafri al-Muttaqi yang
berkuat kuasa dengan serta-merta....

Surat kuasa itu telah ditandatangani sendiri oleh

90
Izza Aripin

Sultan Iskandar al-Muttaqi. Serta-merta Zaffran diselubungi


oleh perasaan bangga. Tidak pernah dia membayangkan akan
dilantik menjadi pengiring tengku mahkota pada usia selewat
itu. Selalunya pengiring dilantik tika usia mereka masih
muda sebagaimana Rubiah dilantik menjadi pengiring Ayrin.
Walau apa pun, dengan pelantikan itu sudah
terbukti bahawa Sultan Iskandar sudah tidak lagi murka
kepada keluarga al-Mansur. Pelantikan tersebut ialah
penghormatan kepada ahli keluarganya. Dia akan segera
memaklumkan perkhabaran gembira itu kepada mereka.
Setelah menghubungi keluarganya di Kota
Lembayung, Zaffran segera mengemas barang-barangnya. Dia
dikehendaki melaporkan diri pada hari esok. Sebuah jet
peribadi kerajaan sudah pun menantinya di lapangan terbang.
Zaffran mengarahkan pemandunya menuju ke kampus
Princeton terlebih dahulu. Dia perlu memaklumkan berita
gembira itu kepada Ayrin. Dalam perjalanan, dia
menghubungi gadis itu.

Perpustakaan Firestone,
Princeton
Sejam kemudian....

SEBUAH limousin berhenti berhampiran pekarangan


Perpustakaan Firestone. Ayrin yang sedang menanti, terus
menerpa. Zaffran yang kebetulannya sedang membuka pintu,
tersenyum kepadanya.
“Aku ada berita gembira!” Zaffran melangkah keluar
dari perut kereta. Tangannya terus memegang tangan Ayrin.

91
Kasih Pun Bersatu

“Berita apa?” soal Ayrin, separuh teruja melihat


wajah Zaffran yang begitu ceria.
Sempat juga Ayrin meneliti penampilan pemuda
itu. Dia memakai pakaian pejabat; berkot, bertali leher dan
bersepatu hitam berkilat. Zaffran hendak ke mana berpakaian
begitu? Bukankah dia sedang bercuti sekarang?
Zaffran menyeluk saku dalam kotnya. Surat
pelantikan dibawa keluar dan dihulurkan kepada Ayrin.
Berdebar-debar perasaan gadis itu tatkala terpandang
cap mohor ayahandanya. Segera isi kandungan sampul biru
diraja itu dikeluarkan. Nafas Ayrin seolah-olah terhenti. Tidak
mungkin! Dia memandang wajah Zaffran yang berseri-seri.
“Jadi engkau terima pelantikan ni?” Hampir
tersekat-sekat bicaranya. Ayrin cuba menahan perasaan. Dia
tidak mahu merosakkan perasaan ceria pemuda di
hadapannya itu.
“Tentulah aku terima!” Zaffran separuh melaung.
“Engkau tahukan apa makna ini semua?” Kedua-
dua belah bahu Ayrin dicengkamnya. “Aku orang pertama
daripada keluarga al-Mansur diterima masuk semula ke
dalam Istana Agung selepas pemberontakan! Semua ahli
keluarga aku gembira dan bangga. Sultan dah tak murka lagi
kepada kami. Ini satu penghormatan, Ay. Setelah Almarhum
Ayahanda Khalid membuat onar, maruah dan air muka
keluarga kami tercemar. Inilah satu-satunya jalan yang boleh
membersihkan nama baik keturunan kami. Aku bersyukur,
Ay kerana sultan dan juga tengku mahkota berkenan
melantik aku menjawat jawatan sepenting ini!”
Nama tengku mahkota yang disebut menyentak
jiwa Ayrin. Hatinya mula berfikir yang bukan-bukan. Adakah
Zarul ada kena-mengena dengan urusan ini?

92
Izza Aripin

“Kenapa Ay? Engkau nampak tak ceria?”


Zaffran kehairanan melihat wajah Ayrin yang
muram. Sepatutnya Ayrin harus rasa gembira dengan
kejayaannya.
“Tak... aku cuma terkejut.” Ayrin cuba berdalih
demi menjaga hati Zaffran.
“Tahniah. Hasrat engkau nak membersihkan nama
keluarga dah tercapai. Aku doakan moga engkau dapat
jalankan tanggungjawab tu dengan baik,” sambungnya lagi.
Zaffran tersenyum. Tanggungjawab yang bakal
digalasnya kelak pasti akan menjarakkan perhubungan
mereka.
Walaupun keberatan, Zaffran harus mengorbankan
kepentingan dirinya sendiri demi maruah keluarga. Jika
jodohnya sudah ditentukan oleh Ilahi bersama Ayrin, dia
tidak perlu bimbang apa-apa.
“Aku akan sentiasa merindukan engkau. Percayalah,
walau ke mana pun aku dicampakkan selepas ni, engkau
sentiasa di hatiku... selama-lamanya. I will never stop loving
you, Ay,” ucap Zaffran perlahan.
Ayrin hanya mampu menahan perasaan. Dia tidak
boleh memberikan apa-apa respons. Kelak Zaffran yang
kecewa. Biarlah begini, biarlah dia mendiamkan diri. Biar
Zaffran tidak tahu apa isi hatinya. Seperti biasa, Ayrin tidak
menunjukkan sebarang balasan.
Zaffran tersenyum kecewa. Selepas mengucapkan
selamat tinggal sekali lagi, dia terus masuk ke dalam kereta.
Takdir baharu sudah menantinya di tanah air. Dia perlu
menyegarkan minda dan perasaan supaya boleh bersedia
menerima tanggungjawab baharu itu.

93
Kasih Pun Bersatu

Kereta yang membawa Zaffran sudah lama lenyap


dari pandangan. Tetapi Ayrin masih berdiri di situ merenung
tanpa arah. Perlahan-lahan saku seluarnya diseluk. Telefon
bimbit jenama Samsung model terbaharu yang berbentuk
nipis dikeluarkan. Dia perlu mendapatkan kepastian.
Pelantikan secara tiba-tiba ini tentu ada muslihat di
sebaliknya. Zarul sudah ada pengiring peribadi. Kenapa dia
perlukan seorang lagi?
“Assalamualaikum, ayahanda.”
Panggilannya dijawab sendiri oleh sultan.
“Waalaikumussalam. Ay sihat?”
“Alhamdulillah. Ay nak tanya sesuatu.” Tanpa
tunggu lebih lama, Ayrin terus mengajukan soalannya.
“Pelantikan Tengku Zaffran al-Mansur sebagai pengiring
utama tengku mahkota... adakah perlu?”
“Anakanda... pelantikan tu perlu. Tak semua
keluarga al-Mansur bersekongkol dengan pemberontak. Kita
mesti beri mereka peluang menebus maruah. Ayahanda fikir
apa yang Zarul cadangkan ni amat bertepatan. Sudah tiba
masanya kita lupakan kisah lalu.”
Zarul! Sekali lagi nama itu bangkit atas persoalan
yang sama. Sudah sah dan jelas, ini semua angkara Zarul.
Apakah muslihatnya?
Ayrin tidak dapat mengelak daripada berfikir yang
bukan-bukan. Kata-kata Zarul kepadanya setahun yang lalu,
masih terpahat kukuh di benaknya. Sudah tentu selepas dia
mengemukakan hasratnya mahu berkahwin, segala gerak-
geri Ayrin akan diperhatikan. Tentu Zarul tahu betapa
akrabnya perhubungan Ayrin dan Zaffran selama ini.
Ayrin menarik nafas dalam-dalam. Perbualan
dengan ayahanda sudah lama berakhir. Tetapi dia masih lagi

94
Izza Aripin

berdiri di situ. Rancangannya hendak mengembara terhalang


lagi. Dengan ketiadaan Zaffran sebagai rakan subahat, tidak
mungkin Ayrin boleh melepaskan diri daripada kawalan
pengawal diraja. Dia tidak mahu menunda rancangan itu.
Walau apa pun halangannya, Ayrin mesti membolosi kawalan
tersebut. Dia nekad, tidak kira apa cabarannya, rancangan itu
akan tetap berjalan seperti yang dirancang.

95
Kasih Pun Bersatu

bab 15
Cannon Green,
Upacara Konvokesyen
Setahun kemudian....

U
PACARA Konvokesyen
Universiti bertaraf Liga Ivy
berlangsung selama empat
hari. Upacara bermula dengan perhimpunan alumni graduan
Princeton. Pada hari kedua Majlis Baccalaureate diadakan
di Nassau Hall dan Cannon Green. Kemudian hari ketiga
kesemua graduan yang bakal menerima ijazah masing-
masing diraikan dalam pesta Senior Prom di Jadwin Gym.
Pada hari terakhir, barulah upacara penganugerahan ijazah
berlangsung.
Ayrin dan Rubiah serta rakan-rakan mereka akan
menamatkan satu lagi tingkat perjuangan membolot ilmu
sebaik sahaja ijazah dianugerahkan.
Sultan dan permaisuri Dhiyapura hadir sama
memeriahkan upacara konvokesyen puteri tunggal mereka.

96
Izza Aripin

Hadir sama ialah tengku mahkota.


Ayrin tidak mengerti kenapa Zarul perlu ada di situ.
Kehadirannya memang tidak diperlukan.
Mujur kehadiran Zaffran yang mengiringi Zarul
dapat menyejukkan hatinya yang panas. Dia sempat bertukar
senyuman dengan pemuda itu sebentar tadi. Sudah terlalu
lama mereka tidak berbual seperti dahulu. Kesibukan Zaffran
menjadi penghalang. Jarang sekali mereka dapat mengutus
e-mel apatah lagi berbual di telefon. SMS pun jarang yang
mendapat balasan.
Acara gilang-gemilang hari itu tamat pada pukul
tiga petang.
Ayrin menghampiri ayahanda dan bondanya.
Kedua-dua tangan mereka dicium hormat.
“Tahniah, Ay!” Permaisuri Anne memeluk erat
tubuh Ayrin.
Ayrin hanya tersenyum menyembunyikan debar di
dada. Dia ada misi penting selepas ini untuk dilaksanakan.
Segala persiapan telah pun berjalan dengan lancar. Ayrin
memberikan isyarat mata kepada Rubiah.
Rubiah yang mengerti segera beredar untuk
menjalankan tanggungjawab terakhirnya sebagai pengiring
puteri mahkota. Esok, jawatannya akan gugur secara
automatik.
Mujur pihak universiti mengadakan jamuan ringkas
demi mengalu-alukan kedatangan pemerintah kerajaan
Dhiyapura itu.
Peluang itu segera dimanfaatkan oleh Ayrin.
Sementara ayahanda dan bondanya diiringi oleh presiden
universiti dan staf akademik yang lain menikmati juadah

97
Kasih Pun Bersatu

yang ada, Ayrin menyelinap keluar dari barisan. Dia sempat


menarik lengan kot Zaffran.
Menyedari akan muslihat gadis itu, Zaffran segera
menarik tubuh Ayrin dan mereka berlindung di sebalik tiang-
tiang yang besar. Setelah ahli rombongan beredar jauh,
barulah mereka mengubah haluan ke Dod Hall.
“Aku sempat siapkan beberapa keperluan.” Zaffran
memberitahu.
Ayrin agak terkejut mendengarnya. Dia tidak sangka
Zaffran sudi menghulurkan bantuan pada saat-saat akhir.
“Malam tadi aku sempat berhubung dengan Bee
dan Will. Kami dah uruskan segala-galanya. Engkau ada masa
kurang lima belas minit beredar sebelum ketiadaan engkau
disedari. Ayuh, cepat!” Zaffran mendorong tubuh Ayrin
masuk ke dalam kolej kediamannya. “Aku tunggu di sini. Will
akan bawa kereta ke mari.”
Ayrin mengangguk, terharu seketika dengan
bantuan Zaffran. Namun dia tidak punyai banyak masa. Dia
perlu bergegas. Ayrin menerpa ke biliknya mahu menukar
pakaian. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Zarul
sudah menanti di bilik. Serta-merta langkah Ayrin mati di
ambang pintu. Wajahnya pucat tidak berdarah melihat lelaki
itu sedang berdiri di tepi tingkap. Entah bila pula Zarul boleh
sampai di situ.
“Licik rancangan engkau.” Zarul tersenyum sinis.
Dia mengatur langkah perlahan-lahan menghampiri Ayrin
yang kaku berdiri di tempatnya. “Mujur aku dah biasa dengan
sikap engkau yang tak diduga ni. Pengalaman lalu benar-
benar mengajar aku supaya lebih berhati-hati terhadap
tindakan engkau.”
Dahulu Ayrin pernah bertindak begini. Sewaktu

98
Izza Aripin

istana dikuasai oleh pemberontak, gadis itu merencanakan


rancangan gila yang hampir meragut nyawanya. Mujur dia
lekas menghidu jejak langkah gadis itu. Walaupun tidak dapat
menghalang, sekurang-kurangnya dia dapat menyertai jejak
Ayrin. Dapat juga dia melindungi Ayrin daripada bertindak
bodoh dan melulu.
Ayrin menggigit bibirnya. Dia terlupa dengan
kebijaksanaan Zarul. Sepatutnya rancangan itu perlu ditunda
sehari lagi. Kehadiran Zarul memang menjadi halangan.
Ayrin tidak dapat menduga perkara ini kerana dia yakin Zarul
tidak akan hadir hari itu. Malangnya tanggapan itu nyata
meleset.
“Bagaimana agaknya engkau nak melepaskan diri
kali ni?” tanya Zarul dengan nada mencabar. “Hand to hand
combat?”
Ayrin menarik nafas dalam-dalam. Hendak beradu
tenaga dengan berpakaian feminin macam ini? Koyak pula
skirtnya nanti. Ayrin terpaksa melupakan hasratnya. Dia telah
gagal! Perlahan-lahan dia menanggalkan jubah hitam dari
tubuhnya. Jika dia memakai seluar panjang hari itu, mudah
dia hendak melepaskan diri daripada Zarul. Ayrin jarang
mengenakan skirt dan blaus. Hanya pada majlis-majlis
tertentu dia akan memakai pakaian yang lebih feminin.
Selalunya dia lebih selesa berseluar panjang.
“Tak mahu melawan?” Sengaja Zarul menyoal
dengan nada menyindir. Dia mahu Ayrin membalas cakapnya
supaya mereka boleh kembali bertikam lidah seperti dahulu.
Dia benar-benar rindu akan waktu itu. Zaman remaja yang
sudah lama mereka tinggalkan.
“Bagus! Lagi mudah kerja aku.” Walaupun sedikit
kecewa kerana Ayrin hanya membatu, Zarul berasa lega

99
Kasih Pun Bersatu

kerana dia cepat bertindak. Lewat seminit, pasti jejak Ayrin


akan lenyap.
“Ikut aku!” Zarul memerintah. Lengan Ayrin
ditariknya.
Ayrin tidak melawan, dia hanya menurut. Hatinya
sebal. Tiada gunanya dia melawan lelaki itu. Pengawal
peribadinya sudah tentu bersepah di luar sana. Tiba di
pekarangan Dod Hall, dia terkejut apabila mendapati Rubiah
dan Will sedang diawasi oleh beberapa orang pengawal
peribadi Zarul. Malah Zaffran turut berada di situ, juga dalam
kawalan. Ayrin memandang wajah Zarul dengan bimbang.
Dia ingin menghampiri mereka, tetapi dihalang. Jadi dia
hanya dapat memerhati dari jauh.
“Lepaskan mereka. Mereka tak bersalah. Aku yang
rancang semuanya. Mereka hanya menurut perintah.” Ayrin
bimbang sekiranya Rubiah, Will dan Zaffran menerima
hukuman akibat kegilaannya.
“Zarul... tolong lepaskan mereka. Aku janji takkan
buat lagi,” rayu Ayrin dalam terpaksa. Dia benci kerana
terpaksa merendahkan egonya di hadapan lelaki itu.
Zarul menatap wajah Ayrin yang nampak panik. Dia
tersenyum nakal.
Sakit hati Ayrin melihatnya. Kemarahan yang mula
membukit, harus ditahan dahulu.
“Janji?” Ayrin mengulangi perkataan itu.
“Janji engkau sukar aku percaya. Dah banyak kali
engkau mungkir.”
“Kali ni kau boleh pegang janji aku.” Ayrin
membalas lemah. Giginya diketap seketika. Terpaksa
mengalah dahulu. Susun strategi baharu kemudian.

100
Izza Aripin

“Baiklah.” Akhirnya Zarul bersetuju. Itu pun dia


masih lagi kurang percaya. Dengan hanya menggunakan
isyarat mata, kesemua pengawal peribadi yang berkumpul
tadi beredar dan menghilangkan diri dalam sekelip mata.
“Sekarang lunaskan janji engkau. Ikut aku.” Zarul
menyulam jari-jemari Ayrin. Genggamannya erat. Sewaktu
berjalan melintasi Zaffran, dia memberikan isyarat supaya
pemuda itu mengekori mereka.
“Who’s that?” tanya Will, jejaka berambut kuning
dan bermata hijau sambil memerhati jejak langkah seorang
lelaki yang berwajah serius, sedang berjalan bersama Ayrin.
“Our Crown Prince, Tengku Zarul.” Rubiah
menghela nafas panjang. Benar kata Ayrin. Zarul sudah
banyak berubah. Dia nampak angkuh dan berkuasa.
“So... what happen next?” Menyedari yang
rancangan mereka telah gagal, Will tidak tahu apa yang harus
mereka lakukan seterusnya.
“Call off the plan. Ayrin will not going to make it
today. She’s in a deep trouble.” Rubiah dapat membayangkan
nasib yang diterima oleh Ayrin selepas ini. Hidupnya sudah
tentu akan dikawal rapi setelah Zarul berjaya menghidu
rancangannya itu. Cekap dan licik sungguh lelaki itu. Entah
bagaimana dia boleh tahu dan muncul pada waktu yang
tepat.
Rubiah rasa serba salah hendak meninggalkan
Ayrin. Inilah waktunya Ayrin perlukan seorang teman yang
mengerti. Dia mula berfikir-fikir kembali akan tindakannya.
Masih ada masa baginya menarik balik keputusan yang telah
dibuat. Rubiah memandang Will, kekasih hatinya.
Sanggupkah lelaki ini menantinya? Sudikah Will faham?

101
Kasih Pun Bersatu

bab 16
Jet peribadi Dhiyapura Two,
Ruang udara antarabangsa
Beberapa jam kemudian....

A
YRIN melemparkan pandangan
jauh ke luar tingkap. Hanya awan
putih menghiasi pemandangan.
Fikiran Ayrin kosong, seperti pemandangan di hadapannya.
Dia terpaksa pulang ke Kota Dhiyapura bersama Zarul
sementelah sultan dan permaisuri sudah memulakan agenda
lawatan rasmi mereka ke Jerman.
Segala rancangan yang sudah diatur hancur lebur
begitu sahaja. Ayrin sepatutnya lebih berhati-hati. Dia
seharusnya dapat menduga yang Zarul pasti menghantar
pengintip bagi memerhatikan gerak-gerinya. Selama ini
Ayrin hanya khuatir mengenai pengawal istana hingga
terlupa ada ancaman lain yang menanti dalam diam.
Selesai meneliti beberapa dokumen rasmi, Zarul
bangun meninggalkan meja kerjanya. Dia menghampiri

102
Izza Aripin

Ayrin dan duduk di sisi gadis yang sedang mengelamun itu.


Jari-jemari Ayrin diraih dan disulam dengan jari-jemarinya.
Tingkahnya begitu selamba hingga mengejutkan Ayrin.
“Engkau nak pilih tarikh ataupun serahkan pada
istana?” Zarul bersuara. Sambil itu dia bermain-main dengan
jari-jari runcing milik gadis itu.
“Tarikh? Buat apa?” Ayrin menyoal sambil lewa. Dia
cuba menarik tangannya. Tetapi Zarul tidak mahu
melepaskan.
“Tarikh bertunang, nikah dan majlis persandingan.”
Ayrin rasa seperti ingin pitam sebaik mendengar
penjelasan itu. Sesak nafas dibuatnya. Belum lagi mendengar
persetujuan daripadanya, Zarul sudah memandai-mandai
mengatur rancangan.
“Aku tak pernah beri persetujuan kahwin dengan
engkau. Dan kalau engkau tanya pun, aku takkan setuju. Kita
tak boleh kahwin, Zarul. Kita bersaudara. Engkau sendiri
yang kata pada aku dulu. Dah lupa?” Ayrin cuba
mengembalikan ingatan Zarul. Dia pasti yang pemuda itu
tidak lupa.
Wajah Zarul tegang. Dia masih ingat lagi kata-
katanya itu. Ya. Memang dahulu dia berfikiran begitu. Dia
tidak mahu berkahwin dengan Ayrin kerana bimbang nasib
mereka akan sama seperti keluarga al-Mansur. Namun setelah
meneliti keadaan semasa dan keakraban antara Ayrin dengan
Zaffran, fikirannya berubah. Lagipun semasa kata-kata itu
dilafazkan, fikirannya masih belum matang. Kini dia lebih
memahami apa sebenarnya yang perlu dilakukan. Malangnya
dia masih belum bersedia memohon maaf kepada Ayrin
kerana sudah tersilap cakap. Egonya yang tinggi melarang dia
daripada berbuat apa yang sepatutnya dia lakukan.

103
Kasih Pun Bersatu

“Sebenarnya aku bukannya nak sangat kahwin


dengan engkau. Tapi bila memikirkan masa depan kerajaan,
aku tak fikir panjang. Jadi aku harap engkau juga berfikiran
begitu.” Zarul melepaskan tangan Ayrin. Dia terus bangun
dan berlalu pergi begitu sahaja.
Hancur lebur hati Ayrin mendengarnya. Sampai
hati Zarul berkata begitu kepadanya. Dia rasa seperti mahu
sahaja terjun keluar dari jet itu. Astaghfirullah.... Ayrin
beristighfar banyak-banyak.

ZAFFRAN yang jadi pemerhati sejak tadi mula tertanya-


tanya. Keakraban putera mahkota dan Ayrin tampak
mencurigakan. Hatinya sudah berdebar-debar tatkala melihat
Zarul menggenggam jari-jemari Ayrin di hadapan Dod Hall
tadi. Kini di atas jet itu, sekali lagi dia dapat melihat keintiman
mereka. Cara Zarul merenung Ayrin juga nampak semacam.
Dia sebagai seorang lelaki mengerti akan maksud renungan
itu. Zaffran jadi bimbang. Otaknya sibuk merangka pelbagai
tanggapan, baik dan buruk.
Zaffran memerhati lagi dari belakang. Dia lihat
Zarul baru duduk di sisi Ayrin. Mereka nampaknya
berpegangan tangan. Intim sekali. Semarak api cemburu
mula membakar diri Zaffran. Hanya kesabaran yang menjadi
benteng penghalang. Lagipun dia sedar siapa dirinya jika
hendak dibandingkan dengan putera mahkota yang sekali gus
ialah ketuanya. Kelihatan mereka berbicara perlahan. Wajah
Ayrin tampak tegang. Secara tiba-tiba tengku mahkota
bangun dan menuju ke biliknya.
Zaffran memandang Ayrin. Dia lihat wajah gadis itu

104
Izza Aripin

bungkam dan sedih. Ingin sahaja Zaffran pergi mendapatkan


Ayrin dan memujuk gadis itu. Entah apakah perkara yang
dibualkan hingga sirna sinar ceria daripada wajah puteri
mahkota.
Malangnya dia sedang bertugas. Zaffran hanya
mampu memandang dari jauh. Tidak sabar rasanya mahu tiba
di Dhiyapura supaya mudah dia berjumpa dengan Ayrin dan
bertanyakan khabarnya.

105
Kasih Pun Bersatu

bab 17
Inderaloka Resort,
Pulau Inderaloka, Malaysia
Seminggu kemudian....

“Z
AFF!”
Zaffran segera
mendongak. Akhbar di
tangannya diletakkan ke tepi. Sepantas kilat dia bangun
menyambut ketibaan Ayrin. Jari-jemari gadis itu
digenggamnya erat.
“Mari... Auntie Nida suruh kita ke pejabatnya.”
Ayrin menarik tangan Zaffran.
Mereka perlu segera menghilangkan diri. Khuatir
jika ada mata-mata yang memerhati. Pintu bilik pejabat Nida
diketuk. Selepas mendapat kebenaran, barulah Ayrin dan
Zaffran melangkah masuk.
“Auntie...” Ayrin terus menerpa rakan baik
bondanya dan mencium tangan wanita itu. “Terima kasih
sebab bantu kami.”

106
Izza Aripin

Nida menghadiahkan senyuman mesra. “Tak


mengapa. Auntie tinggalkan kamu berdua di sini, ya.” Nida
melangkah keluar dari pejabatnya. Dia menghela nafas
dalam-dalam sebaik sahaja pintu pejabat dirapatkan.
Nida termenung panjang memikirkan hal anak
Anne. Dia terkejut bukan kepalang apabila menerima
panggilan daripada Ayrin beberapa hari yang lalu. Nada suara
Ayrin seperti dilanda kesusahan. Rupa-rupanya anak gadis itu
memintanya mengatur satu pertemuan rahsia.
Nida suka membantu kerana jika dia tidak
memberikan ruang, pasti Ayrin akan ke tempat lain. Tanpa
kawalan, mungkin kejadian buruk akan berlaku. Sekurang-
kurangnya jika Ayrin di situ mengatur pertemuan rahsia itu,
dia dapat mengawalnya. Sengaja Nida memberikan ruang
pejabatnya sebagai tempat pertemuan itu.
Anne tentu terkejut apabila hal ini dimaklumkan
kepadanya. Walaupun telah berjanji dengan Ayrin yang dia
akan menyimpan rahsia, sebagai seorang ibu, Nida tidak
boleh bersikap tidak peduli. Anne mesti diberitahu kerana
perkara ini melibatkan maruah keluarga diraja.
Permaisuri kerajaan Dhiyapura itu telah
memberitahunya yang Ayrin akan bernikah dengan Zarul
tidak lama lagi. Itu keputusan yang dibuat oleh Tengku
Iskandar dan mendapat restu daripada pembesar negara serta
ahli keluarga al-Muttaqi. Jadi pertemuan antara Ayrin dengan
Tengku Zaffran al-Mansur di sini, jika dapat dihidu oleh pihak
istana, pasti boleh menimbulkan kekecohan. Oleh itu, Nida
perlu memberitahu Anne!

107
Kasih Pun Bersatu

AYRIN tidak sempat hendak menghalang. Tubuhnya sudah


berada di dalam dakapan kemas Zaffran.
“Zaff.” Tubuh pemuda itu ditolak dengan lembut.
Ayrin tidak boleh membenarkan Zaffran bertindak begitu
terhadapnya. Perkara itu tidak boleh dimulakan. Jodoh antara
mereka tidak mungkin terikat. Dia sudah dijanjikan buat
orang lain.
“Aku rindukan engkau, Ay!” Zaffran melepaskan
perasaan yang tersimpan sekian lama.
“Engkau sentiasa dekat tapi aku tak mampu
menghampiri. Terlalu banyak peraturan.” Sebelah tangannya
masih memaut erat pinggang Ayrin.
“Zaff... ada perkara penting yang perlu kita
bincangkan.” Ayrin melepaskan dirinya daripada rangkulan
pemuda itu. Dia segera duduk di atas sebuah sofa berbentuk
separa bulat.
Ayrin perlu berterus terang dengan Zaffran
mengenai Zarul. Dia tidak mahu Zaffran mengetahuinya
daripada mulut orang lain. Lagipun Ayrin tidak mahu Zaffran
salah faham dan akhirnya kecewa.
“Perkara apa?” Zaffran duduk di sisi Ayrin. “Aku
lihat sejak kebelakangan ni wajah engkau sering muram dan
sedih. Engkau ada masalah?”
Hari itu Ayrin memakai sut pejabat berwarna merah
jambu. Kot dan skirt labuhnya warna senada. Manakala
kemeja di bahagian dalam berwarna merah gelap. Dia
kelihatan begitu anggun sekali. Sebaik sahaja menjejakkan
kaki ke Dhiyapura, puteri mahkota itu perlu menjaga
penampilan dirinya supaya kelihatan kemas, bersih dan
anggun. Atas sebab itu juga pertemuan mereka terpaksa
diatur di seberang laut.

108
Izza Aripin

“Zaff... maafkan aku kalau keakraban kita selama ni


membuatkan engkau menaruh harapan yang tinggi. Aku
berterima kasih atas keprihatinan engkau kepada aku.” Ayrin
memulakan bicara dengan kata-kata yang teratur. Sedikit pun
dia tidak mahu menyinggung perasaan Zaffran.
“Aku hargai perasaan tulus ikhlas yang engkau
curahkan. Tapi aku tak mungkin dapat menerimanya. Bukan
pangkat dan darjat mahupun keturunan yang menjadi
penghalang. Kita memang tak ditakdirkan bersama. Janji aku
dah termeterai buat orang lain,” luah Ayrin.
Sedetik Zaffran terasa degup jantungnya terhenti.
Dunia dirasakan begitu sunyi. Adakah masa sudah terhenti?
“Engkau dan Tengku Zarul?” Begitu payah lidahnya
hendak menyebut perkara itu.
Ayrin hanya mengangguk lemah. Wajah Zaffran
tidak mampu ditatapnya.
“Jika engkau terima tanggungjawab sebagai
Pengiring Utama Putera Mahkota demi menaikkan maruah
keluarga, aku terima takdir ini sebagai tanda taat setia kepada
kerajaan. Memang sejak dulu lagi aku tahu perkara ni pasti
berlaku. Cuma aku degil tak mahu mengakuinya.”
Akhirnya Ayrin mengangkat kepala membalas
renungan hampa milik Zaffran. Dia simpati terhadap pemuda
itu. Tetapi apakan daya, dia sudah malas mahu melawan. Dia
bukannya pejuang seperti bonda. Semangat Tun Fatimah
sudah tidak kuat di jiwanya. Kalau dahulu dia agresif kerana
usianya masih remaja dan sikapnya yang keanak-anakan, kini
dia sudah dewasa. Dia harus berfikiran matang.
“Tolong jangan membenci aku. Aku masih perlukan
engkau sebagai sahabat. Sahabat yang paling baik dalam
dunia. Sahabat baik setanding Bee. Aku telah kehilangan Bee.

109
Kasih Pun Bersatu

Aku tak mahu kehilangan engkau pula.” Ayrin rasa seperti


mahu menangis. Perasaan itu segera ditahan. Dia tidak mahu
Zaffran turut bersedih.
“Engkau takkan kehilangan aku, Ay. Aku sentiasa
ada di sisimu. Walaupun kita tak dapat bersama, engkau tetap
di hatiku.” Memang senang melafazkan kata-kata itu. Hati
yang sakit tiada siapa yang tahu. Zaffran terpaksa
menyembunyikan perasaan kecewa dan sedih. Sudah sekian
lama dia menghimpun kasih, akhirnya roboh jua harapan itu.
Zaffran tidak menyalahkan Ayrin. Selama ini pun Ayrin
memang tidak pernah memberikan sebarang respons. Hanya
dia sendiri yang berlebih-lebih.
“Zarul melayan engkau dengan baik?” Ayrin ingin
tahu. Dia dapat menduga bahawa Zarul sengaja melantik
Zaffran menjadi pengiringnya. Entah apa motif yang
terencana di benak putera mahkota yang licik itu.
“Dia okey. Tak banyak cakap sangat dan tak banyak
kerenah. Sebelum aku tahu mengenai perkara ni, aku
menyanjung tinggi keterampilan dan karisma yang ada pada
dirinya sebagai seorang ketua. Tapi selepas aku tahu yang
engkau bakal berkahwin dengan dia... aku rasa cemburu
dan... marah.” Zaffran berterus terang. Dia tidak suka
menyembunyikan perasaan sebenarnya.
“Zaff... jangan dendami dia. Aku tak mahu tengok
hubungan kamu berdua jadi tak mesra gara-gara perkara ni.
Kami sama-sama akur sebab tanggungjawab kepada negara.
Aku harap engkau faham.” Ayrin bukannya rela hati mahu
membela Zarul. Dia cuma tidak mahu Zaffran diapa-apakan
oleh Zarul. Sebagai seorang lelaki yang mempunyai kuasa,
Ayrin yakin Zarul tidak akan teragak-agak bertindak
menghukum Zaffran yang cuba menghalang hubungan
mereka.

110
Izza Aripin

Zaffran hanya tersenyum hambar. Dia sendiri tidak


pasti apakah reaksinya selepas ini sesudah dia tahu hubungan
ketuanya dengan gadis pujaan hatinya. Harap-harap dia boleh
menangani perasaan cemburu dengan rasional.

Istana Agung,
Kota Dhiyapura

AYRIN tiba semula di istana agak lewat. Tergesa-gesa dia


menaiki tangga menuju ke bilik. Sudah tentu bonda dan
ayahanda tertanya-tanya kepada dia tidak pulang untuk
santap bersama-sama pada malam itu. Telefon bimbit Ayrin
kehabisan bateri. Sebab itu dia tidak dapat memberitahu
mereka akan kelewatannya.
Baru sahaja Ayrin hendak memulas tombol pintu
biliknya, dia terdengar suara bonda memanggil.
“Ay, masuk ke bilik bacaan sebentar. Bonda mahu
berbicara.” Nada suara Permaisuri Anne kedengaran tegas.
Ayrin mula rasa tidak sedap hati. Dia lebih rela
bonda membebel kerana dia pulang lewat tanpa memberitahu
apa-apa daripada bonda berleter mengenai pertemuan
rahsianya. Adakah bonda tahu?
Ayrin merapatkan pintu bilik bacaan peribadi di
belakangnya. Kemudian dia mengatur langkah menghampiri
sofa kayu jati yang menghadap bonda.
Permaisuri Anne sedang menghirup teh chamomile
yang masih berasap.
“Ay ke mana tadi?” Permaisuri Anne merenung

111
Kasih Pun Bersatu

wajah anak gadisnya yang nampak muram sejak pulang dari


luar negara. Naluri keibuannya dapat merasakan yang Ayrin
sedang menyembunyikan sesuatu. Dia mengesyaki perkara
itu pasti ada kaitan dengan majlis pernikahannya dengan
Zarul yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Ay ke KL sebentar. Jumpa kawan lama. Maaf sebab
Ay tak telefon.” Ayrin cuba berdalih. Jika bonda tahu ke mana
dia tadi, pasti ribut jadinya.
“Ay ke KL ataupun ke Inderaloka?”
Wajah Ayrin pucat sebaik sahaja mendengar
tuduhan itu. Bulat matanya merenung wajah bonda yang
selamba. Lidahnya kelu mahu membalas. Bagaimana bonda
dapat tahu? Adakah Auntie Nida memberitahu bonda
mengenai pertemuan rahsianya tadi?
“Ay... jangan nak berselindung daripada bonda.
Berterus teranglah. Bonda mahu tahu apa yang sebenarnya
terjadi.” Permaisuri Anne melembutkan nada suaranya. Dia
tahu kekerasan tidak akan membantu. Apa yang Ayrin
perlukan sekarang ialah seseorang yang dapat memahami
dirinya.
Ayrin masih lagi teragak-agak. Perlukah dia
berterus terang? Dapatkah bonda faham?
“Siapa yang Ay temui di sana? Kekasih Ay?”
Permaisuri Anne masih tidak mahu berputus asa. Dia tetap
mahukan penjelasan. Jika Sultan Iskandar tahu, entah apa
pula nasib yang menimpa puteri tunggalnya itu. Sultan
Iskandar pasti tidak akan bertolak ansur apabila mendapat
tahu yang Ayrin bertemu seorang lelaki secara sembunyi-
sembunyi.
“Dia bukan kekasih, Ay. Kami cuma berkawan rapat.
Ay ke sana sebab nak beritahu dia yang tak lama lagi Ay akan

112
Izza Aripin

kahwin.” Nampaknya Ayrin tidak dapat mengelak daripada


berterus terang. Bonda akan terus mendesak hingga hatinya
puas.
“Adakah pemuda itu Tengku Zaffran al-Mansur?”
Ayrin hanya mengangguk perlahan.
Permaisuri Anne menghela nafas panjang. Benar
apa yang didengari olehnya selama ini. Benar juga tindakan
Zarul. Sekiranya perhubungan Ayrin dan Zaffran tidak
dihalang, sejarah pasti berulang. Waris daripada perhubungan
mereka pasti menuntut hak sebagai pemerintah. Sudah tentu
tindakan itu bertingkah dengan waris Zarul pada masa
hadapan. Sekali lagi pergolakan bersaudara akan berlaku,
mengulangi pergolakan yang terdahulu. Pisang sudah tentu
berbuah dua kali jika langkah-langkah menghalangnya tidak
diambil segera.
“Eloklah Ay putuskan hubungan dengan dia. Bonda
tak mahu wujud apa-apa pergolakan. Keluarga kita pasti
menentang. Pengkhianatan Tengku Khalid al-Mansur telah
banyak mendatangkan keperitan. Usahlah Ay nak keruhkan
keadaan. Bonda mahu Ay berfikiran matang. Ay ada
tanggungjawab kepada kerajaan.”
Ayrin mengangguk lemah. Permaisuri Anne juga
berfikiran seperti semua orang di situ. Perasaannya sudah
tidak penting buat sesiapa. Ayrin terasa keseorangan. Dia
pulang ke biliknya tanpa semangat. Selepas membersihkan
diri dan memakai gaun tidur, Ayrin berdiri di balkoni biliknya
sambil merenung cahaya bulan terang dan kerlipan ribuan
bintang di dada langit. Angin laut bertiup mendinginkan
tubuhnya. Dia menarik jubah tidur sewarna dengan gaun
tidurnya rapat ke tubuh bagi mengalas kedinginan malam.
Bahagiakah dia hidup di samping Zarul nanti?

113
Kasih Pun Bersatu

Perhubungannya dengan Zarul sejak awal lagi sudah seperti


roller coaster; naik turun tidak menentu. Sekejap baik,
sekejap tidak. Mereka pernah bersahabat baik dan saling
memahami.
Namun persahabatan itu jadi renggang tiba-tiba.
Zarul berubah sikap dan melayannya dengan buruk. Sebab
itu Ayrin menyimpul dendam tidak mahu menyebut nama
Zarul buat selama-lamanya.
Alasan Zarul memutuskan perhubungan mereka
amat tidak logik. Hanya disebabkan mereka bersaudara,
mereka tidak boleh menjalin sebarang hubungan rapat.
Tetapi tidak lama selepas itu, Zarul menarik balik
kata-katanya dengan alasan hubungan mereka perlu
dieratkan demi kesejahteraan kerajaan.
Bingung Ayrin memikirkan perkara itu.
Sejak mencuri dengar perbualan Zarul dengan
sultan dan permaisuri, dia sudah tahu yang nasib tidak
menyebelahi dirinya. Dia terpaksa akur tanpa bantahan.
Nasibnya sama seperti sultan. Perkahwinan yang sudah
ditentukan nampaknya menjadi budaya yang diterima baik
dalam kalangan anggota keluarga diraja itu.
Kenangan sewaktu zaman remaja mengimbau
benaknya. Dia rindu akan zaman remaja sewaktu
perhubungannya dengan Zarul masih baik. Ke mana perginya
pemuda yang pernah dikenalinya dahulu? Zarul yang ada
sekarang ini sudah jauh berubah.
Tanpa Ayrin sedari air matanya gugur berlinangan
membasahi pipi. Seandainya waktu dapat diputarkan, dia
mahu bertemu dengan Zarul yang dahulu. Tentu Zarul itu
lebih mengerti dan memahami.
Ayrin juga rindu akan renungan lembutnya yang

114
Izza Aripin

sarat dengan perasaan kasih sayang yang tidak terhingga


banyaknya.
Malam itu Ayrin menangis bersungguh-sungguh
mengenangkan nasib dirinya. Segala kekecewaan yang
ditanggungnya selama ini dihamburkan bersama deruan air
mata yang membanjiri wajahnya. Menjelang pagi barulah dia
terlena.

115
Kasih Pun Bersatu

bab 18
Istana Perdana,
Kota Lama Dhiyapura

E
NTAH kenapa dia paling suka
datang ke tempat itu di kala
jiwanya keresahan. Pantai
di belakang Istana Perdana mampu memberikannya
ketenangan sementara. Banyak kenangan pahit manis yang
pernah berlaku di situ.
Di pantai itulah dia pernah terdampar sewaktu
hanyut dipukul ribut ketika bermain jet ski. Serta-merta
selepas itu nasibnya bertukar. Ada rahsia besar mengenai
dirinya terbongkar. Sejak hari itu nasibnya terus berubah.
Dan terus akan berubah sebaik sahaja dia dinikahkan dengan
Zarul kelak.
Malam tadi puas dia menangis mengenangkan
nasib dirinya. Kalau dahulu Ayrin rasa terkongkong kerana
kawalan ketat bondanya, kali ini dia rasa terkongkong dek
adat dan tanggungjawab. Ayrin tidak berupaya melarikan diri

116
Izza Aripin

seperti dahulu. Usahanya awal-awal lagi sudah berjaya


digagalkan oleh Zarul.
Ayrin menanggalkan kasutnya. Dengan berkaki
ayam, dia memijak pasir pantai yang putih dan halus. Sudah
lama Ayrin tidak bersantai di tepi pantai. Langkahnya diatur
perlahan menghampiri ombak. Semakin lama semakin jauh
Ayrin melangkah. Paras air laut sudah sampai ke pangkal
pahanya. Langkah Ayrin terhenti. Dia melemparkan renungan
ke tengah laut biru yang luas. Ada ketenangan yang
melambai-lambainya di situ. Tanpa mempedulikan pakaiannya
yang semakin basah, Ayrin berdiri di situ.
“Ayrin!”
Sayup-sayup kedengaran namanya dilaungkan.
Suara ombak yang lebih kuat menyebabkan dia kurang
memberikan perhatian kepada laungan itu.
“Ayrin!”
Sekali lagi namanya dipanggil. Kali ini lebih jelas.
Perlahan-lahan Ayrin menoleh ke belakang. Dia terkejut
melihat Zaffran sedang mengharungi ombak menghampirinya.
“Zaff!” Ayrin terjerit. “Kenapa datang sini? Baju
engkau dah basah.”
Ayrin mengatur langkah payah menuju ke arah
Zaffran. Pakaiannya yang basah sudah menjadi berat. Dengan
ombak yang agak besar, sukar baginya mengimbangi tubuh.
Lantas tubuhnya rebah ke dalam air. Terkapai-kapai
tangannya seketika sebelum Zaffran menariknya.
Ayrin terbatuk-batuk kecil. Kemudian dia ketawa
geli hati. Zaffran sudah pun basah kuyup sepertinya. “Laaa...
kan dah basah semua.”
Berkerut dahi Zaffran memandang ke arah gadis

117
Kasih Pun Bersatu

itu. Ayrin tidak apa-apa? “Engkau buat apa di sini? Berdiri di


tengah-tengah laut sendirian?”
Sebenarnya Zaffran baru sahaja tiba di Istana
Perdana. Sementara menanti tengku mahkota menghadap
ayahanda dan bondanya, dia mengambil keputusan berjalan-
jalan di pantai. Kemudian dia ternampak Ayrin sedang
melangkah masuk ke dalam laut. Dia mulai syak yang bukan-
bukan. Tambahan pula Ayrin berpakaian lengkap.
“Saja nak tenangkan fikiran. Aku pun tak perasan
yang aku dah melangkah begini jauh. Sekarang dah basah
kuyup. Yang engkau ikut sama, kenapa?”
Zaffran tersenyum menyembunyikan rasa
bersalahnya. Tidak sepatutnya dia salah sangka tadi. Ayrin
bukan seorang yang pendek akal. Tidak mungkin dia hendak
membunuh diri gara-gara dipaksa kahwin.
“Aku takut engkau hanyut.” Zaffran segera mereka
alasan. “Sudahlah tu. Nanti engkau kesejukan. Mari.”
Zaffran memimpin tangan Ayrin dan membawa
gadis itu berjalan merentasi ombak menuju ke tepi pantai.
“Aku dah biasa dengan pantai ni. Malah pernah
hanyut di sini,” ujar Ayrin, mahu menenangkan hati Zaffran
yang mungkin risau dengan tindakannya tadi.
Sebaik sahaja kaki mereka memijak pasir pantai,
Ayrin meneliti pakaiannya yang sudah lencun. Gaun kain
kapas berwarna putih itu melekat ke tubuhnya bagaikan
lapisan kulit kedua. Malu dengan keadaannya yang nampak
kurang sopan, Ayrin segera menarik kain itu daripada terus
melekat ke tubuhnya.
Zaffran menanggalkan kotnya supaya dapat
dipinjamkan kepada Ayrin. Namun belum sempat dia
menghulurkan kot itu, dia terdengar suara ketuanya.

118
Izza Aripin

“Kalau nak pergi berenang pun, tukarlah pakaian tu


dulu.”
Ayrin mengangkat kepala. Dia terkejut apabila Zarul
terus menyarungkan jaket miliknya ke tubuhnya yang basah.
Merah pipi Ayrin apabila menyedari yang Zarul sedang
merenungnya dari atas hingga ke bawah. Pakaiannya yang
sudah melekap itu memang jarang. Lantas dia segera menarik
jaket itu menutupi bahagian hadapan tubuhnya.
Zarul tersenyum nakal. Tanpa melepaskan
pandangannya daripada Ayrin, Zarul memberikan arahan
kepada Zaffran yang berdiri di belakangnya. “Zaffran, pergi
salin pakaian dulu.”
“Baik, tengku.” Walaupun berat hatinya hendak
meninggalkan Ayrin di situ bersama Zarul, Zaffran akur. Di
sini bukan tempat baginya menunjukkan belang. Sambil
menggalas kotnya di atas lengan, Zaffran meninggalkan
mereka.
Ayrin memandang pemergian Zaffran dengan rasa
tidak puas hati. Kalaulah Zarul tidak mengganggu tadi, tentu
mereka akan dapat berbual-bual seperti dahulu.
Zarul menyedari yang Ayrin begitu ralit memandang
pemergian Zaffran. Hatinya terasa panas. Dia cemburu!
“Mari!” Dengan tiba-tiba dia menarik tangan Ayrin.
Terpinga-pinga gadis itu dibuatnya.
“Engkau nak bawa aku pergi mana ni?” Ayrin
hampir panik. Zarul menarik tangannya seperti dia menarik
seorang kanak-kanak kecil yang tidak tahu berjalan.
Zarul tidak menjawab. Dia terus mengheret Ayrin
menuju ke arah jeti.
Belum sempat Ayrin hendak membantah, tubuhnya

119
Kasih Pun Bersatu

diangkat. Zarul membawanya menaiki Samudera 5, sebuah


bot laju yang selalu digunakan bagi tujuan bersiar-siar.
Zarul memutarkan kunci. Dia memberikan isyarat
kepada pengawal jeti supaya tidak mengekori mereka. Bot
kecil itu terus dipandu laju membelah ombak.
Ayrin cuba bangun, tetapi dia terduduk kembali
akibat dilambung ombak. Tambahan pula keadaan pakaiannya
yang masih melekat memang menyukarkan pergerakan.
Setelah hampir sepuluh minit, mereka tiba di
tengah-tengah lautan. Langsung tidak nampak daratan.
Hanya puncak gunung sahaja yang kelihatan. Zarul
mematikan enjin bot. Keadaan menjadi sunyi sambil diselangi
bunyi ombak memukul bot.
Ayrin memerhati ke sekeliling mereka. Kemudian
dia memandang Zarul yang sedang berdiri menghadapnya.
“Kenapa engkau bawa aku ke sini?”
Ayrin cemas seketika. Dia semakin cemas apabila
melihat Zarul mula menanggalkan kemeja dan seluar yang
dipakainya. Ayrin segera memandang ke arah lain apabila
mendapati Zarul hanya memakai seluar pendek.
“Mari... teman aku berenang. Tadi engkau suka
sangat berenang dengan lelaki lain.”
Jaket di tubuh Ayrin ditarik. Ayrin dipaksa berdiri.
“Kalau engkau nak tanggalkan pakaian... apa
salahnya.” Zarul tersenyum nakal.
Merah padam wajah Ayrin menahan marah. Belum
sempat dia hendak bertindak apa-apa, tubuhnya telah ditarik
terjun ke dalam laut. Ayrin tenggelam beberapa meter dari
permukaan. Setelah beberapa detik, dia timbul semula di
permukaan sambil tercungap-cungap mengambil nafas.

120
Izza Aripin

Tak guna punya lelaki, sumpah Ayrin di dalam hati.


Hilang semangatnya seketika tadi. Dia sangka dia sudah mati
lemas. Ayrin memandang ke sekelilingnya. Kelibat Zarul
langsung tidak kelihatan.
Dah kena makan jerung ke mamat ni? Hati Ayrin
terus berbisik nakal.
Beberapa minit sudah berlalu. Zarul tidak juga
muncul-muncul. Ayrin sudah mula tidak sedap hati.
“Zarul!” laungnya. “Jangan nak main-mainlah. Ni
tengah laut tahu tak!”
“Zarul!!!” Laungannya semakin kuat.
Tiba-tiba kaki Ayrin ditarik ke bawah. Dia sempat
menjerit sebelum tenggelam. Tetapi hanya sebentar sebelum
dia timbul semula.
Zarul tersenyum puas di hadapan Ayrin. Puas
hatinya kerana dapat mempermainkan Ayrin.
“Tak guna!” Ayrin tidak dapat menahan marah.
Tubuh Zarul ditumbuk-tumbuk berkali-kali. Manakala
kakinya juga menendang.
Mereka bergelut seketika sebelum Zarul dapat
mematahkan serangan Ayrin.
“Jangan buat macam ni. Nanti engkau tenggelam,
aku yang susah.” Zarul memaut tubuh Ayrin dari belakang.
Dia membantu Ayrin naik semula ke dalam bot.
Ketika itulah baru Ayrin menyedari yang gaunnya
sudah koyak; terbelah kainnya hingga ke pangkal paha.
“Wow! Seksi!” Zarul mengusik sambil tersenyum.
Lekas-lekas Ayrin bangun. Jaket Zarul tadi diambil
dan disarungkan ke tubuhnya.

121
Kasih Pun Bersatu

Zarul juga turut menyarungkan pakaiannya. Hanya


butang kemeja sahaja yang tidak dikenakan. Enjin bot
dihidupkan.
Ayrin termenung memikirkan insiden yang baru
berlaku itu. Zarul sudah mula menunjukkan sikap nakalnya
kembali. Dia sudah mula suka mempermainkannya.
Bagaimanalah dia hendak hidup di samping lelaki itu? Adakah
tiap-tiap hari dalam kehidupan rumah tangga mereka akan
bergurau kasar begitu? Macam budak-budak sahaja!
Ayrin fikir dia perlu berbicara hati ke hati dengan
Zarul. Mereka masih belum lagi berbincang secara serius
mengenai hubungan yang akan terjalin kelak. Ayrin mahu
tahu perasaan sebenar Zarul mengenai hubungan itu.
Walaupun dahulu Zarul pernah berkata yang dia terpaksa
melakukannya, Ayrin tetap mahukan kepastian.
“Zarul...” Tiba-tiba Ayrin rasa ragu-ragu. Sudah
lupakah dia akan kata-kata pemuda itu yang pernah
menggores hatinya dahulu? Sudah lupakah dia kepada
dendam yang terpahat sejak sekian lama?
Ketika itu mereka sudah tiba di jeti. Zarul sudah
pun mematikan enjin bot. Dia sempat memberikan arahan
kepada pengawal supaya membawa tuala bagi kegunaan
Ayrin.
“Kenapa? Masih tak puas berenang lagi?” Zarul
membalutkan tuala besar ke tubuh Ayrin. Dengan keadaan
gadis itu yang basah kuyup dan pakaian yang sudah tidak
sempurna, Zarul tidak mahu sesiapa melihatnya. Pengawal
jeti yang tercegat menunggu arahan itu juga telah dihalaunya
selepas tuala dihantar tadi.
“Kita perlu berbincang.” Ayrin membalas renungan
Zarul. Dia berdiri menghadap pemuda itu.

122
Izza Aripin

“Nak bincang apa?” soal Zarul sambil lewa. Dia


berpaling ke belakang, pura-pura sibuk membuat sesuatu.
Hati Ayrin mula sakit melihat sikap acuh tak acuh
yang ditunjukkan. Langsung tak serius, gerutu Ayrin. “Semua
yang bakal berlaku. Aku perlukan kepastian.”
Zarul naik ke atas jeti. Dia berpaling memandang
Ayrin. Tangannya dihulurkan bagi membantu gadis itu keluar
dari bot. “Kepastian apa lagi? Tak payah. Perkara yang dah
pasti, tak perlu dipastikan lagi. Memang dah pasti engkau dan
aku akan kahwin. Pasti, kan?”
Ayrin menggenggam buku lima. Mahu sahaja dia
menumbuk wajah Zarul yang selamba itu. Mudah sungguh
lelaki itu mengeluarkan kata-kata. Seolah-olah perkara itu
remeh dan enteng.
“Bagaimana kalau aku memang tak mahu kahwin
dengan engkau?” Lantas kerana marah, Ayrin menyemburkan
kata-kata itu. Biar Zarul tahu akan perasaan sebenarnya.
Perkara ini bukan perkara mudah kerana melibatkan hati dan
perasaan.
Langkah Zarul terhenti. Segera dia berpaling dan
berhadapan dengan Ayrin. “Mahu ataupun tidak, kita akan
kahwin. Memang itu keputusannya. Engkau dan aku tak
boleh kata apa-apa lagi. Semuanya sudah ditentukan. Ikut
saja!”
“Aku tak mahu ikut!” Ayrin mula mencabar. Sudah
lama perasaan marah itu dipendamnya.
“Aku hanya akan kahwin dengan orang yang aku
sayangi, bukan dengan orang yang aku benci!” Tanpa
menunggu jawapan balas, Ayrin beredar. Langkahnya
dipercepatkan. Dia tidak mahu menunggu reaksi Zarul.
Zarul menggenggam kedua-dua belah jari-

123
Kasih Pun Bersatu

jemarinya kuat-kuat sehingga putih kulit yang menyaluti


tulang buku jarinya. Giginya diketap sehingga wajahnya
menjadi tegang. Zarul berpaling.
“Ayrin Zatasha! Engkau tak akan ingkar arahan
istana!” Laungan itu bergema.
Ayrin yang mendengar laungan itu menjadi panik.
Tuala di tubuhnya dibiarkan jatuh ke atas pasir. Dia terus
berlari tanpa mempedulikan keadaan pakaiannya yang koyak.
Ayrin tidak mahu berhadapan dengan kemarahan Zarul.
Nampaknya dia sudah kejutkan naga daripada tidur!
Zaffran yang sedang menanti di atas tangga terkejut
melihat Ayrin berlari ke arahnya. Melihat akan pakaian Ayrin
yang koyak, Zaffran jadi marah. Cemburu dan marah
menguasai diri. Dia sudah terfikir yang bukan-bukan.
“Dia mengasari engkau?” Zaffran terus menerpa.
Ayrin yang tidak menyedari Zaffran ada di situ,
terperanjat seketika. Dia memandang Zaffran, kebingungan
dengan soalan itu.
“Zarul buat apa pada engkau?” Sekali lagi Zaffran
menyoal. Wajahnya serius.
Ayrin mulai faham. Sudah tentu Zaffran menyangka
yang bukan-bukan tatkala melihat pakaiannya yang koyak,
terbelah ditiup angin. Ayrin segera memegang pada bahagian
yang koyak.
“Dia tak buat apa-apa. Baju aku terkoyak masa di
laut tadi. Engkau tak payah bimbang. Aku kena pergi
sekarang.” Ayrin terus meluru ke arah keretanya. Belum
sempat Zaffran hendak menghalang, Lamborghini Gallardo
Spyder sudah meluncur laju meninggalkan pekarangan
Istana Perdana.

124
Izza Aripin

bab 19
Dewan Utama,
Istana Agung
Seminggu kemudian....

W
AJAH Ayrin bungkam. Dia
hanya memandang ke bawah
tatkala sultan memberitahu
akan tarikh majlis pertunangan dan perkahwinannya. Majlis
pertunangannya akan diadakan pada bulan hadapan. Manakala
majlis perkahwinan pula akan dilangsungkan tiga bulan
selepas itu. Entah apa yang akan terjadi kelak?
Fikiran Ayrin yang terganggu terus melayang-
layang. Kejadian dua malam lalu mengganggu perasaannya.
Zarul kini bukan Zarul yang dikenalinya dahulu. Lelaki itu
sudah berubah, sangat jauh berubah. Dahulu Zarul memang
nakal, suka sangat menyakatnya, menyakiti hatinya. Mereka
berjaya berdamai sebelum perhubungan itu renggang
kembali dek sikapnya yang kembali nakal mengusik. Tetapi
Zarul yang pernah dikenalinya bukan seorang yang suka
berfoya-foya.

125
Kasih Pun Bersatu

Apa yang dilihatnya dua malam lalu benar-benar


menghancurkan hatinya. Disebabkan sejak kebelakangan ini
dia sukar tidur, Ayrin sering berjalan sendirian di taman
istana. Ketika dia hendak pulang ke biliknya, dia terlihat
sebuah kereta berhenti di hadapan pintu utama. Ayrin bukan
berniat hendak menghendap, cuma dia tertanya-tanya siapa
pula yang balik hingga lewat pagi itu. Alangkah terkejutnya
dia apabila mendapati Zarul berjalan berpelukan dengan
seorang wanita. Wanita itu tidak lain tidak bukan ialah
Tengku Ellise ataupun nama pendeknya Ellie, setiausaha
peribadi Zarul.
Mereka gelak ketawa sambil berjalan berpimpin
tangan menuju ke bilik Zarul. Ayrin tidak tahu apa yang
berlaku di sebalik pintu bilik tidur lelaki itu. Dan
sememangnya dia tidak mahu memikirkannya langsung.
Hati dan perasaan Ayrin seperti dipijak-pijak,
dilapah-lapah. Apakah maknanya ini semua? Kenapa Zarul
jadi begitu? Kenapa jauh sangat dia berubah?
“Anakanda.”
Ayrin tersentak. Terburu-buru dia mengangkat
wajah memandang ayahandanya. Sedikit pun dia tidak
menoleh ke arah Zarul yang duduk berhampiran.
“Mulai hari ini, ayahanda mahu anakanda terlibat
dengan urusan pentadbiran kerajaan. Sebagai puteri
mahkota, anakanda juga mempunyai tanggungjawab kepada
kerajaan. Pengiring utama telah pun dipilih....”
Seterusnya sultan bertitah panjang mengenai
tugas-tugas yang perlu dipikulnya. Ayrin benar-benar tiada
hati mahu mendengar titah ucapan ayahandanya yang
panjang lebar itu.
Sejak kejadian di laut tempoh hari, Ayrin masih

126
Izza Aripin

belum bercakap dengan Zarul. Dia selalu mengelak jika


bertembung dengan lelaki itu. Semenjak Zarul tinggal di
Istana Agung sebulan yang lalu, hidup Ayrin sudah jadi huru-
hara. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada Zarul. Tambahan
pula ayahanda sudah menitahkannya supaya menyertai
urusan kerajaan yang akan mengehendaki dia bekerjasama
dengan lelaki itu. Sesak nafas Ayrin memikirkannya. Apatah
lagi mengenangkan aktiviti malam lelaki itu yang nampaknya
sudah terpesong.
Selepas selesai bertitah, sultan memanggil
pengiring baharu yang telah dilantik.
Dayang Laira Awang Saidin tunduk menyembah
hormat kepada sultan. Gadis tinggi lampai itu menghampiri
Ayrin dan tunduk hormat.
Ayrin membalas sapaan hormatnya sambil lewa.
Bukan dia membenci gadis itu, cuma tidak suka orang lain
menggantikan tempat Rubiah.
Selesai sahaja perjumpaan itu, Ayrin terus bangun.
Hasrat di hati hendak pergi menenangkan perasaan yang
sejak kebelakangan ini suka sangat memberontak.
Langkahnya mati apabila Sultan Iskandar menitahkan dia
berbincang dengan Zarul mengenai tugas baharunya.
Sultan meninggalkan mereka di situ. Kini hanya
tinggal mereka berempat di ruang yang luas itu; Zarul,
Zaffran, Ayrin dan Laira. Masing-masing diam tidak bersuara.
“External affairs?” Akhirnya Zarul bersuara.
Nadanya tidak senang. “Urusan luar kerajaan tidak sesuai
buat seorang gadis.”
Berdesing telinga Ayrin mendengar cemuhan itu.
Ketika sultan bertanya mengenai tugas yang ingin
ditanganinya tadi, Ayrin telah menyatakan yang dia mahu

127
Kasih Pun Bersatu

tahu mengenai hubungan luar negara Dhiyapura. Dia


memilih tugas itu pun sebab dia tidak mahu berada di dalam
negara menghadap Zarul sepanjang masa. Sekurang-
kurangnya dengan melibatkan diri dalam menjaga hal ehwal
luar negara, dia akan sentiasa berada di luar Dhiyapura.
“Kalau sultan dah setuju, apa hak engkau nak
menghalang?” Ayrin mula rasa panas hati. Dia sudah tidak
peduli lagi dengan kehadiran Laira dan Zaffran di situ.
Selalunya kalau berselisih pendapat, hanya mereka berdua
sahaja yang terlibat. Tetapi hari itu Zarul seperti mahu orang
lain tahu mengenai perbalahan mereka.
“Tak lama lagi engkau akan jadi isteri aku. Apa kata
aku, engkau kena ikut!” Zarul mula melawan cakap. Dia tidak
akan kalah dalam perdebatan itu. Apatah lagi di hadapan
pegawai-pegawai pengiring itu.
“Suka hati engkau nak cakap apa.” Ayrin bingkas
bangun. Namun hasratnya untuk beredar mati apabila
mendengar kata-kata Zarul.
“Engkau cuma layak jaga hal kebajikan. Duduk
diam-diam dalam negara. Pergi masuk persatuan isteri-isteri
pembesar dan buat kerja-kerja kebajikan. Itu saja. Lagipun
engkau terlalu emosional. Kerja-kerja diplomat tak sesuai
buat engkau. Engkau takkan boleh buat keputusan yang
rasional. Engkau suka ikut kata hati. Kamikaze, suka
bertindak melulu.”
Bagi Ayrin, kata-kata Zarul itu satu penghinaan.
Nampaknya Zarul mengungkit kisah lalu. Dahulu dia
memang pendek akal. Suka sangat memberontak dan
mendengar kata hati. Tetapi kini keadaan sudah jauh berbeza.
Dia sudah semakin matang. Dia tidak mungkin bertindak
bodoh macam dahulu. Zarul juga memandang rendah akan

128
Izza Aripin

kebolehannya. Dia tidak boleh diamkan perkara itu.


Tambahan pula kejadian dua malam lalu seolah-olah menjadi
minyak kepada api kemarahannya yang mulai marak.
“Jangan pandang rendah pada aku!”
Zarul tersenyum sinis. Dia bangun dan
menghampiri Ayrin. “Engkau tak mampu nak melawan
kehendak aku. Cuba kalau berani!”
Cabaran telah dilontarkan. Dan sememangnya Ayrin
pantang dicabar.
“Baiklah. Aku akan buktikan yang kau boleh kalah
kepada aku. Setengah jam dari sekarang jumpa aku di
Gelanggang Taming Sari. Aku dah bersedia nak kalahkan
engkau!” Ayrin terus beredar.
Terburu-buru Laira mengekori puan baharunya.
Zarul tersenyum mengejek. Ayrin sudah berani
mahu mencabar dirinya dalam sukan yang paling diminatinya
itu. Dia akan kalahkan Ayrin seperti yang selalu dilakukannya
sebelum ini.

ZAFFRAN yang selama ini masih samar-samar mengenai


hubungan antara Zarul dengan Ayrin berasa sangat terkejut
melihat pertelingkahan mulut itu. Dia tidak menyangka
Ayrin boleh menjadi garang dan kasar seperti itu. Dan buat
pertama kali dia melihat Zarul bertindak kurang matang dan
melontarkan cemuhan yang tidak wajar. Inilah dua wajah
putera dan puteri mahkota yang tidak pernah dipamerkan
kepada orang lain.

129
Kasih Pun Bersatu

PERASAAN Laira bercelaru. Sudahlah dia dikejutkan dengan


perbalahan mulut antara Zarul dengan Ayrin, debaran di
jantungnya tatkala terpandang Zaffran pun masih belum
reda.
Zaffran.... Dia tidak sangka akan dapat bertemu
dengan lelaki itu lagi. Hampir sepuluh tahun dia tidak
mendengar sebarang khabar berita mengenai Zaffran. Tiba-
tiba sahaja mereka bertemu di situ dan dalam lingkungan
tugas yang sama. Tentu Zaffran tidak mengenali dirinya lagi
sebab lelaki itu tidak sedikit pun terkejut melihatnya tadi.
Maklumlah dia sendiri pun sudah banyak berubah. Senyum
di bibir Laira semakin manis. Peluangnya bersama lelaki yang
pernah diminatinya dari jauh semakin cerah. Peluang kedua
masih miliknya.

Gelanggang Pedang Taming Sari


Setengah jam kemudian....

ZARUL tersenyum mengejek memandang ke arah Ayrin


yang sudah siap menyarung jaket dan seluar putih, khas buat
sukan lawan pedang. Gadis itu menantinya di tengah-tengah
gelanggang sambil menusuk pedang ke lantai.
“Engkau akan kalah tanpa perlu mencuba.” Dia
terus mencabar. Zarul menyarungkan topeng mukanya.
“Nanti dulu!”
Suara Ayrin yang tegas mematikan niatnya.
“Kali ni tak ada topeng, guna pedang betul, epee
fencing. Ayuh, pilih pedang engkau!”

130
Izza Aripin

Zarul terperanjat. Berubah air mukanya mendengar


syarat yang Ayrin berikan.
“Kalau engkau menolak, bererti engkau pengecut
kerana tak berani bermain bilah tajam.”
Malah bukan sahaja Zarul yang terkejut, Zaffran
yang berada di luar gelanggang sudah setapak ke hadapan
mahu menghalang Ayrin daripada terus tega menetapkan
peraturan berani mati itu.
“Mahu ataupun tidak?” Ayrin melemparkan
renungan tajam. Wajahnya serius dan nekad. Zarul tidak fikir
yang Ayrin main-main dengan cabarannya.
Zarul menggetap bibirnya. Dia sudah terperangkap.
Ayrin mahu bermain dengan api nampaknya. Lantas dia
menghulurkan topengnya kepada Zaffran. Zarul bergerak ke
arah dinding yang mempamerkan koleksi pedang bilah tajam
yang terlekat pada dinding. Sengaja senjata tajam itu
dipamerkan bagi dijadikan bahan tontonan. Tidak sangka
pula yang suatu hari nanti pedang itu akan digunakan.
“Tengku!” Zaffran sudah tidak peduli. Dia lupa diri.
Dengan menggunakan bilah tajam dan bukannya pedang
tumpul, sesiapa sahaja antara Zarul dengan Ayrin pasti boleh
tercedera. Ataupun yang paling dahsyat, mereka akan saling
berbunuhan!
Zarul mengangkat tangan menyuruh Zaffran diam.
Niat asalnya yang hanya suka-suka mengusik Ayrin sudah
tersasar. Usikannya sudah menjadi dendam. Hatinya kacau-
bilau. Namun demi keselamatan mereka, dia akan cuba
bertenang. Fikiran yang celaru pasti memburukkan keadaan.
Ayrin tersenyum kemenangan. Dari raut wajah
Zarul, dia dapat lihat ada secarik kekesalan. Padan muka
engkau, cemuhnya puas. Ayrin sudah tidak peduli. Dia tidak

131
Kasih Pun Bersatu

takutkan apa-apa lagi. Kalau benar Zarul membencinya, lebih


baik dia mati sahaja di tangan lelaki itu!
“On guard!” Ayrin mencium bilah pedang yang
tajam berkilat.
Seriau Laira memerhatikannya. Dia tidak tahu apa
yang patut difikirkan lagi. Jika Ayrin mahu membunuh diri,
silakan. Dia tidak rugi apa-apa!
Zaffran pula sudah tidak senang berdiri. Jika
diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menampar wajah Ayrin
bagi menyedarkan gadis itu daripada permainan mautnya itu.
“On guard!” balas Zarul, cuba tidak mahu
memancing kemarahan Ayrin lagi. Nafasnya ditarik dalam-
dalam. Misinya bukan lagi mahu menang, tetapi hendak
mengelakkan Ayrin tercedera gara-gara kebodohan dirinya
sendiri.
Sepantas kilat Ayrin melancarkan tusukan.
Zarul mempertahankan kedudukannya.
Ayrin terus menyerang, tusukan demi tusukan
mahu melukakan lawannya. Wajah Ayrin pula serius, matanya
tajam.
Zarul tidak fikir Ayrin sengaja mahu main-main.
Gadis itu sememangnya serius mahu mencederakannya!
Zarul akan terus bertahan, dia tidak akan menyerang kerana
khuatir serangannya akan mencederakan Ayrin.
Ayrin jadi marah apabila menyedari yang Zarul
hanya menahan serangannya. “Kenapa? Takut? Kalau takut
jangan mencabar!”
Ayrin terus melibas pedangnya mahu mencederakan
tangan Zarul.
Zarul berjaya mengelak.

132
Izza Aripin

“Engkau memang pengecut! Berani cakap tapi tak


berani buat.” Ayrin terus mencabar ego lelaki itu.
Serangan demi serangan dilancarkan.
Zarul semakin berundur ke belakang.
Petugas dewan itu bertempiaran lari kerana takut
ditikam.
“Ayrin... engkau tak perlu bahayakan diri hingga
begini untuk buktikan kebenaran kata-kata engkau.” Zarul
cuba menenangkan gadis itu. Entah apa yang membuatkan
Ayrin terlalu marah.
“Aku tak peduli. Yang penting aku dapat kalahkan
engkau!” Serentak dengan itu, Ayrin melibas mata pedang ke
arah lengan Zarul. Dia berjaya mencederakan lelaki itu.
Zarul terasa seperti kulitnya terkoyak. Dia
memandang lengan kirinya. Darah merah mula terbit dari
celah jaket putih yang sudah terbelah.
Ayrin tersenyum puas. Dia terus melancarkan
serangan lagi.
Zarul berasa terpaksa mempertahankan dirinya.
Serangan Ayrin ditahan.
Kata orang malang tidak berbau. Padah tak usah
dicari. Dalam keghairahan Ayrin melepaskan dendam, dia
alpa. Zarul pula, kerana hendak mengelakkan Ayrin cedera,
dia tersilap kira. Mata pedangnya menggores abdomen gadis
itu.
Ayrin terbongkok menekup perutnya. Darah merah
mengalir.
Zarul terkejut bukan kepalang.
“Engkau sepatutnya pakai pelindung badan!” Dia
menjerkah marah. Pedang di tangan dicampak ke tepi.

133
Kasih Pun Bersatu

“Engkau memang dah gila, Ayrin!” Bimbang dan


marah bercampur baur. Sekali gus dia mahu menampar
wajah gadis itu dan dia juga mahu memeluk gadis itu. Dua
perasaan yang berbeza saling menggempur perasaannya.
Ayrin menggetap gigi. Dia memaksa dirinya supaya
berdiri tegak. Dalam kesakitan, hatinya puas kerana dapat
melukai Zarul. Pedang di tangannya dicampak ke tepi.
“Sakit hati aku pada engkau lebih berbisa daripada
kecederaan ni.” Ayrin terus melangkah pergi.
Laira yang kaget hanya menuruti Ayrin dari
belakang. Dia tidak tahu bagaimana hendak menenteramkan
puannya. Secara tiba-tiba dia amat tersentuh dengan
peristiwa itu. Entah kenapa Laira terkenangkan dirinya
sendiri. Setitik air matanya gugur ke pipi.
Zaffran berbelah bahagi. Jika ikut kata hati, mahu
sahaja dia menyusuli langkah Ayrin. Dia mahu memastikan
kesejahteraan gadis itu. Namun tugasnya di sini belum
berakhir. Belum sempat dia hendak menghulurkan bantuan,
Zarul telah pun beredar. Zaffran mengekori dari belakang.
Dia tidak berani hendak berkata apa-apa.
Zarul menendang kerusi dan meja kecil yang
menghalang laluannya. Habis pasu perhiasan ditepis dan
ditendang. Buku-buku di atas meja semuanya melayang ke
atas lantai dan menghentam dinding. Zarul berasa amat
marah. Marah kepada dirinya dan marah kepada Ayrin. Dia
tidak dapat berfikir dengan tenang. Di matanya hanya
terbayang bagaimana mata pedangnya membelah kulit gadis
itu.
“Kenapa engkau buat aku macam ni?” Zarul
bertempik marah. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah
hilang kawalan diri hingga begini.

134
Izza Aripin

“Tengku Zarul!” Zaffran terus menerpa. “Bukan


salah tengku. Ayrin yang mencabar.”
Walaupun Zaffran masih menyayangi Ayrin, dia
tidak buta dengan kasih sayangnya itu. Dia tahu dalam hal ini
Ayrin yang bersalah.
Zarul menolak tangan Zaffran yang cuba
membantunya bangun. Akibat terlalu kecewa dan penat, dia
terduduk di atas ambal selepas habis semua barang-barang di
bilik itu dimusnahkannya.
“Jangan hiraukan aku. Engkau pergi tengok Ayrin.
Pastikan dia tak apa-apa!” Zarul mengarah dengan hati yang
pedih. Tentu Ayrin akan berasa gembira melihat kedatangan
Zaffran. Biarlah, biar hatinya berdarah pula.
Zaffran serba salah. Dia tidak bergerak.
“Aku kata pergi! Ini satu arahan!” Zarul membentak.
Dia tidak mahu Zaffran melihatnya jadi begitu lemah dek
seorang perempuan. Sekali lagi Ayrin berjaya membuat
hidupnya kacau-bilau.

AYRIN mengesat air mata yang jatuh ke pipi. Sakit di perutnya


tidak setanding sakit di hatinya. Dalam kebodohannya dia
telah mencederakan Zarul. Jika tadi dia marah pada Zarul,
kini kemarahannya itu balik kepada dirinya sendiri. Ayrin
mengutuk dirinya di dalam hati. Kenapa begitu dangkal
pertimbangannya? Kalau Zarul terbunuh tadi bagaimana?
Laira menggetap bibir tatkala membantu Ayrin
membersihkan luka di perutnya yang sepanjang lapan inci
itu. Darah sudah berhenti mengalir kerana lukanya tidak

135
Kasih Pun Bersatu

begitu dalam. Setelah luka dicuci dengan cecair antikuman,


dia menyapukan ubat sebelum luka dibalut dengan plaster
dan kain.
Ayrin merebahkan tubuhnya di atas katil.
Laira menyelimutkan tubuh Ayrin.
“Tengku perlukan apa-apa lagi?” Laira sebenarnya
sedang menahan perasaan. Melihat Ayrin menangis hiba
seperti itu benar-benar menggores perasaannya.
Ayrin menggeleng kepala. Matanya dipejamkan
rapat.
Laira tahu Ayrin perlu bersendirian. Lantas setelah
menarik langsir supaya menghalang cahaya matahari petang
menerobos masuk, Laira keluar dari bilik itu. Dia terkejut
apabila mendapati Zaffran sedang berjalan ke hulu ke hilir di
hadapan pintu bilik Ayrin.
Sisa-sisa air mata di wajahnya segera dikesat dengan
sapu tangan.
“Ayrin okey?” Zaffran terus bertanya dengan wajah
bimbang.
“Tengku puteri sedang berehat. Lukanya dah
dibersihkan,” lapor Laira.
Zaffran menarik nafas panjang. Dia tidak akan puas
hati selagi tidak menemui Ayrin sendiri. Malangnya di istana
itu, dia tidak boleh membuat sesuka hatinya.
“Kenapa mesti jadi begini?” rungut Zaffran
perlahan. Dia tidak mengerti kenapa Ayrin bertindak begitu.
Dia juga tidak mengerti kenapa Zarul mengamuk di biliknya
tadi. Apa yang sebenarnya berlaku? Perhubungan antara
Zarul dengan Ayrin sungguh pelik.
“Love-hate relationship. ‘Ada cinta antara dia. Cinta

136
Izza Aripin

yang dipendam. Tak pernah terlerai. Dia benci, dia sayang.


Tak terluah dek perasaan. Dia dan dia saling diam. Menafikan
cinta yang datang’. Masing-masing sedang memendam
perasaan. Masing-masing tak tahu bagaimana nak meluahkan
perasaan. Mereka saling mencintai, tapi masing-masing
dalam penafian.” Laira tersenyum, sedih. Pendiriannya mulai
goyah. Dia lupa seketika akan tujuannya menghambakan diri
di istana itu.
Zaffran memandang Laira. Kata-kata gadis itu
menarik perhatiannya. Dia bagaikan pernah mendengar kata-
kata itu. Namun persoalan itu segera dilupakannya. Ada
persoalan lain yang lebih utama.
Jika benar Ayrin dan Zarul saling mencintai, kenapa
mereka tidak mengakuinya? Kenapa mesti tunjukkan
perasaan benci? Zaffran fikir dia harus berbicara dengan
Ayrin. Dia mesti tahu kebenarannya. Baginya kebahagiaan
Ayrin, kebahagiaannya juga. Mereka tidak dapat bersama,
tidak bermakna mereka tidak boleh hidup bahagia.

137
Kasih Pun Bersatu

bab 20
Bilik peraduan puteri mahkota,
Istana Agung

W
AJAH Anne muram. Dia
duduk di sisi katil Ayrin
sambil memerhatikan anak
gadisnya yang sedang terbaring sambil termenung panjang.
Dia tidak tahu apakah yang berlaku antara Ayrin dengan
Zarul. Perlawanan pedang yang berlaku siang tadi hampir
meragut nyawa mereka sendiri jika salah seorang tersilap
langkah. Mujur mereka hanya cedera ringan.
Selama ini Anne menyangka yang hubungan Ayrin
dan Zarul memang baik. Walaupun selalu berselisih
pendapat, mereka tidak pernah bergaduh besar begini. Anne
bimbang. Dia amat khuatir sekiranya nasib Ayrin akan
menyamai nasibnya dahulu.
“Ay... kenapa ni? Kenapa Ay dan Zarul jadi begini?
Ay boleh kongsi perasaan tu dengan umi.”
Sudah lama Ayrin tidak mendengar Permaisuri

138
Izza Aripin

Anne membahasakan dirinya sebagai umi. Sejak secara


rasminya bonda menjadi permaisuri kerajaan, dia juga terikat
dengan protokol istana baik dari segi percakapan mahupun
pergaulan.
“Ay rindukan panggilan umi.” Ayrin tersenyum
kecil.
Anne turut tersenyum. Dia menghulurkan tangan
mengusap rambut anak gadisnya. Sekejap benar masa berlalu.
Anak kecil yang sering dikendongnya ke sana ke mari sudah
pun meningkat dewasa. Dan kelak bakal menjadi seorang
isteri.
“Umi juga rindukan anak umi yang nakal dan
comel. Kita dah jarang berbual seperti dulu.” Akibat
kesibukannya mengiringi Tengku Iskandar ke sana ke mari
atas urusan kerajaan, Anne tidak punya banyak masa bersama
Ayrin. Tambahan pula Ayrin sudah dewasa dan sudah tidak
perlukan penjagaan rapi lagi.
“Sekarang... boleh Ay beritahu umi apa sebenarnya
berlaku?” Anne terus memujuk. Dia harus berlembut dengan
Ayrin. Sejak kecil Ayrin memang tidak suka didesak.
Ayrin menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak tahu
hendak mula bercerita dari mana. Dia sendiri tidak faham apa
sebenarnya yang telah berlaku. Hubungannya dengan Zarul
terlalu rumit untuk dijelaskan.
Melihat akan kepayahan Ayrin hendak berterus
terang, Permaisuri Anne mencuba pendekatan lain. Biarlah
dia menyoal, Ayrin hanya menjawab ya ataupun tidak.
“Ay benci Zarul?”
Ayrin menggeleng.
“Ay sayang Zarul?”

139
Kasih Pun Bersatu

Ayrin menjongket bahu.


Permaisuri Anne jadi hairan. Bagaimana pula?
Benci tidak, sayang pun tidak tahu.
“Ay nak kahwin dengan Zarul?”
Pada mulanya Ayrin menggeleng kepala. Kemudian
dia mengangguk pula. Selepas itu dia kembali menggeleng
kepala. Akhir sekali dia menjerit kecewa. “Ay tak tahu!”
Wajahnya ditekupkan dengan bantal. Dia menangis
lagi.
Anne mengusap bahu Ayrin. Sesak nafasnya
seketika. Kenapa susah sangat budak-budak zaman sekarang
hendak buat keputusan?“Ay... kalau Ay senyap begini, macam
mana umi nak bantu. Umi tak tahu apa yang bermain di
fikiran Ay sekarang ni.”
Ayrin mengangkat kepalanya. Pipinya dibaringkan
pada bantal. “Umi... Zarul dah banyak berubah. Dia bukan
Zarul yang dulu lagi.”
“Berubah?” Dahi Anne berkerut. “Umi tengok biasa
saja perangai dia. Sama aje sejak dulu. Dia masih lagi suka
menyakat Ay... masih lagi suka mengusik.”
Ayrin menggeleng. Nyata sekali hanya dia seorang
sahaja yang faham bagaimana sikap Zarul berubah. Mungkin
sikap Zarul masih sama. Yang berubah hanya perasaannya.
“Umi... Zarul pernah cakap dulu yang dia takkan
kahwin dengan Ay. Dia takkan kahwin dengan saudaranya
sendiri. Tapi kemudian dia ubah fikiran. Dia kata dia kahwin
sebab terpaksa... demi tanggungjawab.” Ayrin bangun dan
duduk menghadap uminya.
“Umi... Ay tak mahu Zarul jadi macam ayah. Ayah
terpaksa kahwin dengan Almarhum Bonda Tengku Syazreen

140
Izza Aripin

semata-mata mahu keluarga kita berdamai. Ay tak mahu


dijadikan alat demi kepentingan orang lain. Ay mahu jadi diri
sendiri yang kahwin atas dasar cinta. Ay tak mahu kahwin
dengan Zarul kalau dia anggap perkahwinan ni perlu atas
arahan istana!” Ayrin memeluk tubuh bondanya sambil
menangis.
Anne benar-benar terpukul dengan luahan hati
anak gadisnya. Baru dia sedar yang rupa-rupanya dia dan
Tengku Iskandar telah meletakkan Ayrin dan Zarul dalam
situasi sama yang pernah mereka alami dahulu. Tengku
Iskandar pernah berdiri di tempat Zarul sekarang ini. Tetapi
mengapa dia tidak boleh mengerti perasaan anak muda itu?

Bilik peraduan utama,


Istana Agung

TERMENUNG jauh Sultan Iskandar sebaik sahaja mendengar


cerita Permaisuri Anne mengenai luahan hati Ayrin. Tersentuh
hatinya. Nampaknya dia sudah bertindak kejam. Dia pernah
membenci dan menentang tindakan itu. Tetapi kini dia
bertindak melakukan perbuatan itu ke atas orang lain pula.
“Tak bolehkah kita ubah keputusan tu?” Permaisuri
Anne cuba merayu. “Saya bimbang sekiranya perkara ni
diteruskan jua, Ayrin dan Zarul juga yang akan terseksa.”
Sultan Iskandar memejamkan matanya seketika.
Ruang bilik peraduan yang luas itu tiba-tiba dirasakan sempit.
Bau haruman teh hijau yang memenuhi ruang udara kamar
itu seperti menyesakkan rongga nafasnya.
“Perkara ni bukannya semudah yang disangka.

141
Kasih Pun Bersatu

Bukan saya yang beria-ia mahu melihat mereka nikah.


Keputusan ni keluarga kita yang tentukan. Mereka bimbang
sekiranya Ayrin ataupun Zarul berkahwin dengan ahli
keluarga al-Mansur. Hubungan Ayrin dan Zaffran bukan lagi
rahsia. Ramai yang tahu hubungan mereka rapat. Sebelum
apa-apa kejadian buruk berlaku, mereka mahu supaya Zarul
dan Ayrin disatukan. Keadaan negara masih belum stabil.
Selagi kerajaan demokrasi belum ditubuhkan, selagi itulah
kita sentiasa diancam bahaya.”
Sultan Iskandar memandang isterinya. “Saya juga
tak suka memaksa. Dalam keadaan ni, sekali lagi, kita mesti
ketepikan kepentingan masing-masing. Saya percaya Zarul
takkan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Ayrin.”
“Itu saya tahu. Tapi Ayrin tak mungkin faham. Saya
takut dia bertindak yang bukan-bukan. Dulu dia pernah buat
perkara yang tak diduga. Macam hari ni... mereka nyaris
berbunuhan sesama sendiri. Semua tu angkara Ayrin.”
Sultan Iskandar mengeluh berat. “Awak lebih
memahami Ayrin daripada saya. Awak nasihatkanlah dia.
Ayrin memang degil tapi dia bukan keras hati.”
Permaisuri Anne mengangguk. “Bagaimana
cadangan awak nak lantik Ayrin jadi penaung Yayasan
Harapan?” Permaisuri Anne menukar topik perbualan.
“Sekurang-kurangnya kalau dia terlibat dengan aktiviti
kebajikan, taklah dia selalu bosan dan tak ada masa
memikirkan perkara yang bukan-bukan lagi. Dan tak payah
libatkan dia dalam urusan luar kerajaan. Jika dia banyak ke
luar negara, saya khuatir lagi besar jurang hubungan antara
Ayrin dengan Zarul.”
Tersenyum Tengku Iskandar mendengar baris
terakhir kata-kata yang diucapkan oleh isterinya. “Saya akan

142
Izza Aripin

beritahu dia nanti. Bagus juga kalau dia terlibat dengan


aktiviti-aktiviti sebegitu awal-awal begini. Tak payah tunggu
lepas majlis perkahwinan.”
Dia mengharapkan supaya masa lapang Ayrin yang
banyak terluang dapat dimanfaatkan dengan kerja-kerja
kebajikan. Jika tidak begitu, tentu anak gadisnya itu tidak
akan betah tinggal di istana itu tanpa menimbulkan sebarang
kenakalan.

143
No. ISBN:- 978-967-5067-34-1
Jumlah muka surat: 800
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM24, Sabah/Sarawak: RM27
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM20, Sabah/Sarawak: RM23

Sinopsis:-
Kasih Pun Bersatu… menyingkap kisah Ayrin dan
Zarul yang menyulam cinta dalam penafian.
Kasih yang disulam semenjak zaman remaja
disangkakan sebagai cinta monyet sahaja. Ayrin yang terkesan
dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton,
menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.
Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul semula
untuk menuntut janji, sekali gus merampas segala
kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir
mengundang pertumpahan darah dua pewaris.
Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul
Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin.
Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan
keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang
mencurigakan Zaffran.
Antara dendam dan cemburu yang semakin
membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun
perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-
lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah
menjadi legasi al-Muttaqi.
Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya,
tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa
dirinya… Zarul hanyut dalam delusi….
Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu
menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu?

“Aku hanya mahukan mata yang tak menangis,


bibir yang tak menipu dan api cinta yang tak padam....”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan


KASIH PUN BERSATU di rangkaian kedai buku MPH, Popular
dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise


No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196

You might also like