KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Dr Sapora SiponUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)
PENGENALAN
Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunselingyang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapakemahiran-kemahiran asas kaunseling/membantu. Kecekapanmenguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosidan psikologi.Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalahkemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiranmenyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiranmemimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiranmelakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan,kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi,kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar,kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiranmengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberimaklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahirankonfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnyamenyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yangdianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugasklien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasidan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yangkaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh kliendan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasaterancam dan menjadi defensif.