You are on page 1of 3

PENGENALAN

Secara umumnya, Kemahiran Asas Untuk Berdikari adalah satu mata pelajaran
bercorak amali yang diajar di sekolah. Mata pelajaran ini digubal bertujuan untuk
memperkembangkan keupayaan dala bidang reka bentuk dan teknologi serta
peniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan
kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan
teknologi dan keusahawanan. Dalam konteks Pendidikan Khas khususnya murid-murid
bermasalah pembelajaran, pengajaran Kemahiran asas Untuk Berdikari perlu diberikan
kepada mereka sebagaimana murid-murid normal yang lain. Konsep yang baik ini perlu
diterapkan dan dilaksanakan dengan sebaiknya demi masa depan murid-murid khas
tersebut.

PENGENALAN KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

 Konsep
Bermatlamat melahirkan insane yang berdikari, kenal faham teknologi,kenal faham
ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif
dan boleh berinteraksi dengan baik.

 Kepentingan
1) Supaya murid Pendidikan Khas dapat berdikari iaitu menjalankan aktiviti
seharian dalam kehidupan tanpa bantuan orang lain
2) Dapat menyediakan murid Pendidikan Khas dalam menghadapi
pelbagai situasi sebenar dalam kehidupan seharian.
3) Supaya murid Pendidikan Khas dapat mengamalkan kebersihan dan kesihatan
yang baik untuk dirinya dan persekitaran.
4) Supaya murid Pendidikan Khas dapat mengaplikasikan pengetahuan yang
dipelajari dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar
 Komponen Kemahiran Asas untuk Berdikari

1) Peraturan dan keselamatan di bengkel


 Mempelajari dan memahami peraturan di bengkel dan bilik kemahiran hidup
serta penggunaan alatan yang betul dan selamat.

2) Keusahawanan
 Mempelajari tentang pengurusan kewangan, penghasilan dan pemasaran produk
mengikut kesesuaian
.
3) Kemahiran urus diri
 Menghasilkan analisis tugasan aktiviti-aktiviti pengurusan diri seperti amalan
kebersihan tubuh badan dan tandas, kemahiran memakai pakaian dan kasut
serta berdandan
.
4) Keselamatan diri dan adab bertatasusila
 Mengenalapsti dan menyenaraikan amalan keselamatan diri di beberapa premis
peribadi dan tempat awam.

5) Pengurusan rumah tangga


 Mengaplikasikan aktiviti pengurusan rumah tangga mengikut analisis tugasan
seperti amalan kebersihan bilik, dapur dan pengurusan perkakas/perabot serta
amalan pemakanan yang sihat.

6) Kemahiran memasak
 Mempelajari teknik memasak seperti menggoreng, merebus, membakar dan
memanggang mengikut langkah analisis tugasan.
7) Kemahiran jahitan
 Mengenalpasti alat jahitan dan fungsinya, mempelajari asas jahitan dan
menghasilkan prosedur keselamatan menjahit serta menghasilkan projek jahitan.

8) Kemahiran pertukangan
 Mengenalpasti perkatan pertukangan dan kegunaannya serta menghasilkan
projek berdasarkan analisis tugasan.

9) Kemahiran berkebun
 Mengenalpasti dan menyenarai perkakas perkebunan, menghasilkan prosedur
keselamatan berkebun dan mengaplikasikan kemahiran berkebun dalam
kehidupan.

10)Kemahiran memelihara haiwan


 Kenalpasti dan senaraikan peralatan memelihara haiwan dan aplikasikan
kemahiran memelihara haiwan.

You might also like