Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
31Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Asas kemahiran temuduga

Asas kemahiran temuduga

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 2,600 |Likes:
Published by saporasipon

More info:

Published by: saporasipon on Aug 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

 
 
ASAS KEMAHIRAN TEMUDUGA
Dr Sapora SiponUniversiti Sains Islam Malaysia
 PENGENALAN 
Seorang kaunselor mesti mempunyai kemahiran asas temuduga untumenjalankan kaunseling secara sistematik.
 ASAS KEMAHIRAN TEMUDUGA
Stewart et.al (1978) menjelaskan kemahiran temudugamengandungi enam komponen utama iaitu; (1). Memulakan sesi temuduga dengan persekitaran fizikal yangselesa, memberikan salam mesra kepada klien, menjemput klien untuk menyertai sesi temuduga, mengekalkan kontak mata yang baik sepanjang sesi dan mendemonstrasi postur badan yang baik.(2)Pemfokusan masalah yang dibincangkan dalam kaunseling(3)Mengenal pasti tema utama dalam kaunseling(4)Tema persoalan menjadi fokus perbincangan dalam kaunseling(5)Mengarah tema ke arah pembentukan matlamat(6)Interaksi kaunselor-klien yang melibatkan aplikasi teknik-teknik  proses kaunseling seperti parafrasa, interpretasi, pengurusankesenyapan dan lain-lain.
(1) PERSEKITARAN DAN PERMULAAN TEMUDUGA
Kaunselor akan meningkatkan kemungkinan membantukliennya dengan mengambil kira lima faktor fizikal yang penting.
(1.1.1.1.Susunan Persekitaran Fizikal 
Sifat-sifat persekitaran fizikal pejabat kaunselor adalah pemboleh ubah penting yang menentukan sama ada kaunselor itu berjaya atau tidak dalam usaha membantu klien. Kaunselor dapatmemberikan bantuan dalam keadaan persekitaran fizikal yang
 
kondusif dan sekurang-kurangnya dilengkapi perabot seperti kerusidan meja. Susunan dua buah kerusi yang selesa adalah asas keperluandalam menggalakkan perhubungan yang fasilitatif di antara kaunselor dengan klien.Susunan persekitaran fizikal tersebut dilakukan sedemikianatas alasan untuk menyediakan satu atmosfera yang mesra supayaklien dapat berkembang dan berkeyakinan terhadap kaunselor.Kemesraan kaunselor akan menunjukkan minatnya, perhatiannya,kerelaannya dan kesediaannya terhadap persoalan klien untuk memberikan bantuan . Sekiranya hanya kerusi sahaja yang digunakan,kedua-dua kerusi itu haruslah dalam posisi yang sesuai untuk memudahkan badan kaunselor condong ke hadapan.
(1.2). Memberikan salam dan mempersilakan klien duduk 
Kebanyakan klien akan menilai kemesraan yang ditunjukkan olehkaunselor dari segi tingkah laku lisan dan bukan lisannya. Kenyataanringkas seperti
 selamat datang”
,
“dipersilakan masuk 
atau
“dijemput duduk 
” adalah bersesuaian dalam kontak pertama kaunselor dengan klien. Memberikan salam kepada klien dengan senyuman atauekspresi muka yang relaks membolehkan klien merasai keselesaansepanjang sesi kaunseling dijalankan.
(1.3).Menjemput klien untuk menyertai temuduga
Bagi memulakan sesi temuduga, kaunselor biasanya akanmemperuntukkan 5 hingga 10 minit membincangkan topik-topik lainyang tidak berkaitan untuk menyediakan klien dalam keadaan yangselesa. Perbincangan kecil yang sedemikian akan mendorong klienuntuk mempercayai bahwa kaunselor seolah-olah mengelak daripadasebarang perbincangan mengenai persoalan yang dibawa oleh klien.Tingkah laku yang sedemikian akan melencongkan kliendaripada membincangkan sebab-sebab yang mendorongnya untuk  berjumpa dengan kaunselor. Klien berkemungkinan cubamenggembirakan hati kaunselor dengan meneruskan topik  perbincangan yang diungkitkan oleh kaunselor atau menggunakannyauntuk mengelak daripada membincangkan isu-isu yangmembangkitkan kerunsingannya.Pendek kata, klien selalunya akan memberikan respons kepadaapa-apa sahaja pembuka kata yang diberikan oleh kaunselor. Namunkenyataan ringkas seperti ”
apakah yang boleh saya bantu
?” atau
apakah isu
yang ingin dikongsikan hari ini”? adalah bersesuaianuntuk memulakan sesi temuduga.
(1.4).Mengekalkan kontak mata
 
Kaunselor biasanya akan mengekalkan kontak mata dengan kliensemasa sesi kaunseling. Kontak mata dalam konteks kaunselingmembantu dalam membina perhubungan peribadi antara kaunselor danklien, menunjukkan bahawa kaunselor bersedia dan tidak takut untuk mendekati persoalan yang dihadapi oleh klien serta membolehkankaunselor memerhatikan tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkanoleh klien. Namun, kontak mata yang lama akan menyebabkan klien berasa tidak selesa. Klien merasakan dirinya seolah-olah diperhatikanoleh kaunselor.Oleh yang demikian, kaunselor haruslah mengekalkan kontak mata hanya untuk beberapa saat sahaja pada masa yang tertentu supayaklien berasa selesa sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Walau bagaimanapun kaunselor haruslah sentiasa menjaga kontak matanyadengan klien dan bukannya melihat benda-benda lain di sekelilingnya.
(1.5).Mendemostrasikan postur badan yang baik 
Kaunselor seharusnya berada dalam keadaan yang relaks tetapi pada masa yang sama memberikan perhatian kepada klien. Postur  badan yang baik untuk kaunselor adalah dengan mencondongkan badan ke hadapan terhadap klien.Postur badan yang sedemikian membantu dalammemperkembangkan satu atmosfera kaunseling yang mesra disamping menunjukkan bahawa kaunselor adalah berminat dengan isu-isu yang dikongsikan oleh klien. Selain daripada itu, pergerakan badankaunselor juga haruslah bergerak dalam keadaan yang bebas serta berkemampuan berkomunikasi melalui tingkahlaku bukan lisan.
(2) PEMFOKUSAN PERSOALAN KLIEN 
Aspek-aspek lain yang perlu dipertimbangkan dalammemulakan sesi temuduga dengan klien adalah mengenal pasti jenis persoalan yang menjadi fokus semasa interaksi kaunselor-klien.Sekiranya arah tuju percakapan klien tidak ditentukan semasa sesitemuduga, klien berkecenderungan untuk bercakap kosong dan berkemungkinan terdapat data penting yang berkaitan dengan persoalan yang dibawa oleh klien diabaikan.Kebanyakan kaunseling individu adalah secara relatifnyadalam jangka masa pendek iaitu antara 3- 6 sesi temuduga. Oleh ituterdapat satu keperluan penting bagi kaunselor untuk membantu klienmemfokus ke atas tema atau topik persoalan yang penting dan berkaitan. Wolberg (dlm Stewart, 1978), menamakannya sebagai pemfokusan terpilih
 selective focusing 
.Pemfokusan terpilih adalah proses mengenal pasti satu tema penting melalui lisan klien, memfokus kepada kata-kata klien yang

Activity (31)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ct Noraini liked this
ShaZila Niza liked this
Noor Shereen liked this
mahathir2411 liked this
Puteri Scarlet liked this
kamarlahmad liked this
Fiena Hidzir liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->