Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
259Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

Kaunseling, bimbingan dan Psikoterapi

Ratings:

4.68

(25)
|Views: 14,073 |Likes:
Published by saporasipon

More info:

Categories:Types, Research
Published by: saporasipon on Aug 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/30/2013

pdf

text

original

 
 Kaunseling, Bimbingan dan Psikoterapi 
Dr Sapora SiponUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)
-PENGENALAN 
Perbezaan definisi kaunseling yang wujud di antara penulistidak membataskan matlamat utamanya iaitu membantu individu atauklien untuk menjalani kehidupan yang lebih baik melalui satu perhubungan yang profesional di antara kaunselor dengan klien.Apabila membicarakan mengenai kaunseling, sub-tajuk sepertikaunseling, kaunseling individu, definisi, ciri-cirinya, perbezaan antara perhubungan membantu lain seperti psikoterapi dan bimbingan akandibincangkan.
-
 DEFINISI KAUNSELING 
Pelbagai definisi kaunseling wujud. Bagaimanapun, kesemua definisiadalah bermatlamatkan ingin membantu individu menjalani kehidupanyang lebih baik dan berkesan untuknya.Jones (2004) menjelaskan istilah kaunseling mempunyai pelbagai makna. Pertama, ia melibatkan individu yang menerimakaunseling. Dimensi seterusnya ialah sebagai satu perhubungan,intervensi, satu proses psikologikal dan mempunyai matlamatnya.Kottler & Brown (2000) mendefinisikan kaunseling sebagai satu profesion yang mempunyai sejarah dan set standad dan berbeza daridisiplin lain seperti kerja sosial, psikologi dan psikatri. Kaunseling juga merupakan satu aktiviti yang dibentuk untuk individu yang berfungsi secara normal dan yang mengalami masalah perkembangandan penyesuaian. Ia adalah satu perhubungan sama ada dalam bentuk kelompok, keluarga atau individu yang bertujuan untuk meningkatkankepercayaan, keselamatan dan perubahan. Mengikut mereka lagi,kaunseling bersifat multidimensional dan mengendalikan perasaandan tingkah laku individu sama ada pada waktu lepas, sekarang danmasa hadapan.Patterson (1995) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor dengan klien yang mengarah kepada perubahan klien dalam aspek 
 
tingkah laku, kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan.Mereka juga menjelaskan perubahan dalam kaunseling jugamelibatkan kebolehan berdaya tindak ke atas situasi semasa untuk memaksimakan peluang dan meminimakan keadaan yang merosakkan.Secara ringkasnya, kaunseling perlu menghasilkan tingkah laku yang bebas dan bertanggungjawab di pihak klien diiringi dengan kebolehanmemahami dan mengurus emosi.Sementara itu, Hansen, Rosenberg & Cramer (1994)mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses membantu individuuntuk mengenali diri dan persekitarannya, dan cara untumenggerakkan peranan dan hubungan mereka. George & Christiani(1990) menjelaskan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klienmelibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akanmenghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.American Counseling Association (ACA, 1995) pulamendefinisikan kaunseling sebagai satu aplikasi kesihatan mental berdasarkan prinsip-prinisp psikologikal atau perkembangan manusiamelalui kognitif, afektif, tingkah laku dalam bentuk intervensi ataustrategi secara sistematik yang berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi atau perkembangan kerjaya dan juga patologi.Good (dlm Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman (2002)mendefinisikan kaunseling sebagai bantuan dalam menyelesaikanmasalah peribadi individu yang dilakukan oleh pembantu yang benar- benar berpengetahuan dan berkebolehan sehinggalah seseorang itu boleh membuat keputusannya sendiri dengan baik.
 
Pepinsky & Pepinsky (1954) telah menyatakan kaunselingadalah satu proses yang membabitkan interaksi antara seorangkaunselor dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam keadaan sulitdengan tujuan membantu klien mengubah tingkah lakunyasehinggalah resolusi yang diambilnya memuaskan kehendaknya.Beliau juga menekankan agar sesi kaunseling dijalankan dalamsuasana tertutup, sulit, tidak dilihat dan tidak didengari oleh orang lain.Dustin dan George (1977) pula mengatakan kaunseling
 
ialahsuatu proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkantingkah laku penyesuaian dan mengurangkan tingkah laku salah penyesuaian.Cottle (1973) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses psikologikal di mana seorang yang profesional membantu seorangklien yang normal untuk meneroka dan memahami tingkah lakusupaya pemilihan tingkah laku di masa akan datang boleh dilakukanterutama sekali dari aspek pendidikan dan vokasional. Pemilihan iniadalah berdasarkan persepsi diri klien termasuk matlamat dan nilai.Matlamat dan nilai ini akan mempengaruhi bagaimana individu bertingkah laku ke atas diri dan persekitaran.
 
Patterson & Welfel (1994) berpendapat kaunseling adalah satu proses interaktif yang bercirikan satu perhubungan yang unik di antarakaunselor dengan klien yang menyumbang kepada perubahan dalamdiri klien seperti tingkah laku, mempercayai, keupayaan untuk berdayatindak. Oleh itu, kaunseling perlu menghasilkan tingkah laku klienyang bebas dan bertanggungjawab diikuti dengan kebolehanmemahami dan mengurus emosi yang negatif.Burks dan Stefflre (1979) pula merujuk kaunseling sebagai satu perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih denganklien. Perhubungan ini biasanya bersifat bersemuka
 person-to-person
,walaupun kadang-kadangkala ia melibatkan lebih daripada dua orang.Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami dan dapatmenyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, danmempelajari bagaimana mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikanmasalah yang bersifat emosional dan interpersonal.Arbuckle (1975) mentafsirkan kaunseling individu sebagai proses menolong individu melihat siapa dirinya yang sebenar, apayang dimiliki dan apa pula yang tidak dimiliki serta apa yang bolehdan yang tidak boleh dicapainya.Patterson (1973) menjelaskan beberapa ciri yang bukandianggap sebagai kaunseling;1.kaunseling bukanlah memberi maklumat walaupun maklumat boleh diperolehi2.kaunseling bukanlah memberi nasihat3.kaunseling bukanlah mempengaruhi sikap, kepercayaan dantingkah laku melalui usaha memujuk dan mengancam4.kaunseling bukanlah menemuduga walaupun proses temuduga berlaku.Penulis tempatan seperti Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim danHalimatun Halaliah Mokhtar (1995) merumuskan, kaunseling itusebagai proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantuindividu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Tan Chee Yee(1987) pula menyatakan kaunseling merupakan satu proses
 
 bersemuka
 face to face contact 
di antara kaunselor dan klien
.
Tujuan pertemuanitu ialah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klienmembuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di sampingmengetahui buruk baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klienatas keputusannya itu.

Activity (259)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Afifah Kamaruzaman added this note
nice
Ainieyna Nmy liked this
samuraibravo liked this
Leeyh liked this
Patricia Ting liked this
Mohd Azreen liked this
Sii Jiing liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->