You are on page 1of 2

KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi dan penderaan

kanak-kanak tertinggi di negara ini, sejak lima tahun lepas bermula 2005, Persidangan
Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil berkata, mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105
kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula
merekodkan 3,234 kes penderaan kanak-kanak.

"Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi dan 10,758 kes
penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-
Maran) yang ingin tahu jumlah kes pembuangan bagi dan penderaan bayi bagi tempoh
2005-2010 mengikut negeri dan sebab kejadian tersebut berlaku serta tindakan kerajaan
dalam menangani gejala tersebut.

Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34),
Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan
(10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1).

Bagi kes penderaan kanak-kanak dan bayi, selepas Selangor, Kuala Lumpur mencatatkan
jumlah kes kedua tertinggi iaitu 2,221 kes, Pulau Pinang (891), Perak (861), Negeri
Sembilan (799), Johor (599), Pahang dan Sarawak (440),Kedah (420), Melaka (301), Perlis
(245), Terengganu (168), Kelantan (105) dan Sabah (34).

Shahrizat berkata, antara punca berlakunya masalah pembuangan bayi apabila mangsa,
wanita hamil luar nikah berasa takut dan malu kerana tidak mendapat sokongan
keluarga, khuatir dihukum sekiranya masyarakat umum mengetahuinya dan bayi yang
dilahirkan cacat.

Kurang pendidikan agama, tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sokongan


seperti khidmat kaunseling dan perkhidmatan perlindungan untuk diri dan anak, bapa
kepada bayi yang dilahirkan ghaib dan tidak mahu bertanggungjawab selain wanita
pendatang asing tanpa izin takut diusir apabila meminta pertolongan, katanya.

"Bagi kes penderaan kanak-kanak, antara sebab berlaku kejadian tersebut termasuklah
kerana kanak-kanak dan bayi terlalu aktif selain masalah yang dihadapi ibu bapa
berkaitan tekanan tempat kerja, kewangan, krisis rumah tangga dan kurang pendidikan
agama," katanya.

Shahrizat berkata, tindakan kerajaan bagi menangani masalah ibu muda yang bermasalah
serta usaha membendung pembuangan bayi termasuklah menyediakan pusat
perlindungan bagi kanak-kanak dan wanita.

"Kementerian mempunyai 55 institusi kebajikan, 104 pejabat Kebajikan Masyarakat


Daerah, 53 Klinik Nur Sejahtera yang sedia menerima bayi-bayi yang memerlukan
perlindungan dan empat Taman Seri Puteri serta Pusat Jagaan Sinar Kasih," katanya. -
BERNAMA

You might also like