You are on page 1of 2

Kemahiran sosial

Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk

berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik

merujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu

mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain. Selain itu, kemahiran sosial

juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang

membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek

dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif,

kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi.

Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenalpasti murid

yang mempunyai kelemahan dalam bersosial. Prosedur pentaksiran kemahiran

sosial yang biasa digunakan di luar negara ialah (a)pengukuran sosiometrik,

(b)penilaian oleh guru, (c)ujian ’role-play’ dan (d)pemerhatian langsung.

Penguasaan dalam kemahiran sosial adalah amat penting kerana ia

membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka.

Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan

antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran

ini juga membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti

sosial yang melibatkan orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang

sesuai untuk berkomunikasi dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerak
geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai

kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri,

mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan kemurungan.

Kemahiran Tingkah Laku

Kemahiran tingkah laku ialah melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang

itu membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup

kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri.

Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran.

Sekiranya seseorang itu dibesarkan dalam persekitaran yang aman dan

harmoni, maka dia akan berkelakuan baik serta bertamadun. Sebaliknya,

sekiranya seseorang itu dibesarkan dalam suasana berpecah belah seperti

peperangan, kemungkinan besar dia akan menjadi seorang yang kasar dan

panas baran. Walaubagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi

pembelajaran. Tingkah laku manusia akan berubah apabila mereka menjadi

semakin terpelajar.

You might also like