You are on page 1of 12

1.

1 ETIKA KEGURUAN

Menurut Gluck (1986), etika didefinisikan sebagai kajian filosofikal terhadap moraliti.
Shea (1988), pula telah mendefinisikan etika sebagai “prinsip-prinsip bertingkahlaku
yang mengawal individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkah laku’.
Manakala mengikut pengertian Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu system
dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dari sudut Islam pula, etika
ditakrifkan sebagai akhlak.

Hubungan etika kerja professional dengan kehidupan manusia digunakan untuk


mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan
meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan sama ada di sisi undang-undang
Negara mahupun statusnya sebagai professional.

Etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang


membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan
masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tanduk mereka dari semasa ke
semasa. Ia juga merupakan alat kawalan social yang digunakan sebagai salah satu
panduan dalam mendidiplinkan diri ke arah yang lebih beretika.

Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), terdapat usaha untuk


memartabatkan profesion keguruan. Usaha ini dilakukan supaya profesion perguruan
menjadi satu profesion yang professional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai
Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya
diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru.

Dalam memenuhi Falsafah Pendidikan Negara (FPN), iaitu melahirkan insan yang
seimbang dari segi Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial, guru sudah tentunya
perlu berusaha gigih meningkatkan mutu pengajaran dengan personaliti guru yang jitu.
Usaha ini dapat dilakukan jika etika yang diperkenalkan dalam Laporan Aziz (1971)
diikuti dan diamalkan secara menyeluruh oleh semua guru.

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod
etika dianggap penting kerana ianya menyediakan garis panduan bagaimana
seseorang itu harus bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan
juga menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang
amanah dalam bidang pendidikan.

Selain itu, Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Oleh yang
demikian, guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain.

Menerusi kod etika juga, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi. Ianya akan membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi termasuklah
dalam profesion keguruan. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab
bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi.

Kesimpulannya, etika keguruan seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan


seharian seorang guru. Keberkesanan prinsip etika keguruan terletak pada guru itu
sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang guru itu tidak
dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki.
1.2 AKAUNTABILITI KEGURUAN

Akauntabiliti membawa maksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti
dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Seseorang yang berakauntabiliti harus
mempunyai rasa tanggungjawab kepada dirinya sendiri dan juga kepada Tuhan. Oleh
itu, setiap warga guru hendaklah memastikan mereka melaksanakan tugas sebagai
pemegang amanah Negara dan rakyat dengan cemerlang dan menghasilkan kerja
secra optimum.

Tun Ahmad Sarji menyatakan konsep tugas dan akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada
mereka yang berhak untuk mendpat jawapan dan penjelasan tersebut. Kamus
Dwibahasa pula menghuraikan akauntabiliti sebagai bertanggungjawab kepada
seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.

Akauntabiliti keguruan pula bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan


dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud
berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi
akautabiliti guru terhadap pelajar , sekolah, masyarakat dan negara, dan profesion
keguruan amnya.

Akauntabiliti terhadap professional keguruan membawa maksud seseorang guru itu


sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam kaedah dan strategi
pengajarannya. Mereka juga perlu mengelak dalam membuat sebarang kenyataan
negatif tentang profesionnya.

Akauntabiliti terhadap pelajar pula memerlukan guru mengutamakan kebajikan dan


keselamatan murid-murid sama ada di sekolah atau pun semasa menghadiri aktiviti di
luar sekolah. Guru perlu bersedia menyelesaikan masalah yang dihadapi murid dengan
adil dan saksama. Penyampaian ilmu kepada murid juga perlu dilakukan dengan ikhlas
supaya objektif pembelajaran tercapai.
Akauntabiliti guru terhadap negara dan masyarakat memerlukan guru untuk
menghormati masyarakat setempat di mana mereka berkhidmat. Mereka juga harus
sentiasa sanggup untuk mengambil bahagian dalam kegiatan masyarakat dalam
memastikan kepentingan pelajar sentiasa diutamakan dalam memenuhi tuntutan dalam
Falsafah Pendidikan Negara.

Kesimpulannya, setiap guru mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab dalam diri


mereka. Kejayaan memikul tanggungjawab dengan penuh akauntabiliti akan membawa
kepada kejayaan dalam bidang pendidikan seiring dengan kehendak kerajaan untuk
melahirkan modal insan
1.3 CIRI-CIRI GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan
pendidkan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Ia juga
memntingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatsusila perkhidmatan atau kod etika
dan mempunyai organisasi tersendiri Antara contoh profesion adalah perundangan,
perubatan dan juga perguruan.

Mok Soon Sang (1996) pula merumuskan konsep professional sebagai suatu pekerjaan
khusus yang dijalankan oleh ornag ynag mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas
yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi,
mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya.

Bidang keguruan dianggap sebagai satu profesion kerana sebelum menjadi seorang
guru, dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru bertauliah. Sebagai
contoh, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang
diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana sekolah
kerajaan seperti yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru dan juga universiti.

Di samping itu, menurut Mok Soon Sang (2007), menjelaskan bahawa guru yang
professional perlulah mengamalkan pengajaran yang efektif. Oleh itu, seseorang guru
mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang
hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam
pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang cuba disampaikannya.
Perkara ini boleh diperolehi melalui latihan dan kursus-kursus yang disediakan.

Profesion perguruan juga memerlukan seseorang itu mempunyai sahsiah yang baik dan
dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Guru diharapkan dapat menjadi pembimbing
dalam pembentukan sahsiah murid melalui contoh teladan yang ditunjukkan. Sahsiah
dan ciri-ciri kualiti peribadi yang terpuji ini tercatat di dalam Kod Etika dan Tatasusila
Profesion Keguruan. Menurut Ragbir Kaur (2007), guru harus membentuk para murid
untuk memiliki akhlak yng mulia dan mempunyai nilai murni yang tinggi.
“Hasrat kita adalah untuk mempastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang
berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti
ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh
perkhidmatan mereka.” Petikan ucapan yang dibuat oleh YB Dato’ Sri Hishamuddin
bin Tun Hussein ini tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan Menteri Pelajaran, dapatlah


difahamkan bahawa Kementerian Pelajaran bukan sahaja berhasrat untuk melahirkan
guru yang berkualiti, tetapi juga memastikan bahawa mereka yang berkualiti akan kekal
dalam sistem pendidikan negara dan akan kekal berkualiti sepanjang tempoh
perkhidmatan.

Guru-guru yang berkualiti inilah yang akan menjamin tercetusnya kejayaan agenda
pembangunan modal insan dan pemupukan minda kelas pertama sebagaimana yang
ditetapkan dalam Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke-Sembilan. Di sini, kita
dapat melihat betapa pentingya profesion keguruan ini dalam meningkatkan kemajuan
sesebuah Negara.

Justeru, guru professional juga harus berusaha untuk mempertingkatkan


profesionalisme perkhidmatan mereka. Guru harus sentiasa sedar bahawa tugas
mereka adalah untuk melahirkan modal insan yang akan menerajui Negara kelak. Oleh
itu, pengetahuan dan strategi dalam pendidikan haruslah sentiasa diperkemas dari
semasa ke semasa untuk berdepan tuntutan perubahan yang berlaku dalam bidang
pendidikan. Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi seorang pendidik yang
professional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.

Selain itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan. Antaranya,
kemahiran merancang, berorganisasi, pemantaun, pengurusan kualiti dan sebagainya.
Kemahiran dalam pengurusan murid dan tingkah laku juga perlu dititikberatkan oleh
guru. Tugas seperti mengurus murid, disiplin dan bilik darjah perlu dikuasai dengan
cekap oleh guru untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
secara berkesan.

Kesimpulannya, bidang pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang
boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. ‘ Hanya mereka yang mempunyai kualiti,
ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat , iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi
guru.’( Petikan dari PIPP-Teras Kelima). Sesiapa yang mnceburi bidang pendidikan
harus sedar bahawa peranan yang dibawakan oleh mereka sangat besar dan akan
menjadi cerminan kepada tahap kualiti profesion keguruan.

Akhir sekali, guru-guru mestilah sentiasa menghayati Falsafah Pendidikan Negara


dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani,
jasmani dan sosial. Melalui penghayatan ini, guru akan sentiasa untuk mengamalkan
cirri-ciri guru yang berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan dan memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan
yang ingin dicapai.
1.4 PERKEMBANGAN DIRI SEBAGAI PROFESIONAL GURU

Kualiti pendidikan negara akan mencapai pendidikan bertaraf dunia seiring dengan
Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad. Untuk mencapai aspirasi ini, guru-guru yang terlibat secara langsung dalam
bidang pendidikan perlulah berusaha meningkatkan tahap professional bermula
daripada guru permulaan sehinggalah ke peringkat guru pakar.

Guru permulaan adalah guru yang baru menghabiskan latihan perguruan sama ada di
Institut Pendidikan Guru atau pun institut pengajian tinggi yang lain mereka akan mula
ditempatkan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Apabila mereka mula sahaja
menjejaki kaki ke sekolah, maka tugas sebagai seorang guru akan bermula.

Sering kali kita terdengar, guru permulaan ini tidak cekap dalam mengendalikan sesi
pengajaran dan pembelajaran sedangkan mereka sudah pun diberikan latihan yang
secukupnya. Perkara ini ada benarnya kerana sebagai guru permulaan, mereka perlu
berhadapan dengan masalah penyesuaian diri atau pun kejutan budaya.

Guru permulaan ini perlu diberi masa dan peluang untuk meningkatkan keyakinan diri
mereka dalam mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi di sekolah. Selain itu, pihak
sekolah juga harus memainkan peranan untuk membantu guru permulaan
memperlengkapkan kemahiran professional. Ini kerana, terdapat beberapa aspek yang
lebih sesuai disampaikan pada peringkat sekolah berbanding di institut perguruan.

Guru permulaan perlu sedar bahawa kerjaya keguruan ini adalah satu bidang profesion
yang istimewa dan unik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya
berlaku di bilik darjah malah ia menjangkau masa, tempat dan bidang tugas. Guru
bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu terlibat dalam bidang pengurusan ynag
terdapat di sekolah.

Sebagai guru permulaan, kita haruslah menghayati tugas yang diberikan dan berusaha
untuk melaksanakan tugas itu dengan cekap. Penghayatan perlu dibuat pada prosedur
serta tata cara pengendalian atau pelaksanaan sesuatu tugasan mengikut jadual yang
telah ditetapkan. Jika tidak diberikan tugasan pun, mereka boleh menawarkan diri untuk
membantu guru-guru lain.

Setiap sekolah mempunyai budayanya sendiri. Oleh yang demikian, setiap guru
permulaan perlulah bijak untuk menyesuaikan diri dengan budaya sekolah itu seperti
keadaan, tempat, cara berinteraksi degan guru-guru lama serta warga sekolah yang
lain. Budaya yang mesra perlu diwujudkan supaya kehadiran guru permulaan disenangi
oleh pihak sekolah.

Apabila seseorang guru itu mempunyai komitmen terhadap pekerjaaan serta dedikasi
dalam menyampaikan pengetahuan dan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran, guru
itu bolehlah digelar sebagai guru yang kompeten atau pun guru cekap. Kecekapan guru
akan sentiasa diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat dan organisasi.

Guru cekap akan mendidik dan membimbing untuk mengembangkan potensi murid
secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial supaya mereka
menjadi seorang yang berpegetahuan luas dan berakhlak mulia. Pembentukan murid-
murid ini penting dalam melahirkan modal insan yang mampu menjamin masa depan
yang cerah kelak.

Mereka yang bergelar guru cekap mempunyai kecekapan dari pelbagai aspek seperti
kecekapan professional dan kecekapan menggunakan teknologi maklumat. Ellaine
(2000) telah mengenal pasti beberapa ciri seseorang guru yang amat cekap dan
dinyatakan dengan mempunyai tiga cirri yang berikut iaitu ciri peribadi, ciri mengajar
dan ciri intelektual.

Ciri peribadi menggambarkan keyakinan seseorang guru dalam menghadapi apa juga
cabaran yang mendatang dengan sabar sama ada dari segi tugasan mahu pun
profesion. Mereka juga ikhlas dalam melaksanakan pekerjaan dan mencapai matlamat
yang dicita. Guru yang cekap juga sanggup membimbing sesiapa sahaja yang
memerlukan bimbingannya.

Ciri mengajar pula menekankan kepada kemahiran guru dalam menyampaikan


pengajarannya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan kaedah dan
strategi yang betul membolehkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu
berjalan dengan baik dan berkesan.

Manakala ciri intelektual pula menunjukkan seseorang guru cekap itu mempunyai daya
fikir yang kreatif dan kritis. Mereka melihat sesuatu itu dalam ruang lingkup yang luas
dan menyeluruh di samping melihat, menganalis, mensintisis dan menilai satu di dalam
yang banyak.

Peringkat perkembangan guru yang seterusnya adalah guru berkesan. Terdapat


bebapa ciri yang digariskan sebagai guru berkesan. Bekas Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Dato’ Dr Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan bahawa antara ciri-ciri guru
berkesan adalah bersikap professional dan kaya dengan ilmu pengetahuan dan juga
ilmu pedagogi.

Guru berkesan juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Mereka tidak pernah jemu untuk mencari kaedah dan strategi pengajaran yang baru
bagi mewujudkan pengajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan
kesan kepada murid dan secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk terus
belajar.

Untuk menjadi guru yang berkesan juga, seseorang guru itu haruslah mmepunyai budi
pekerti termasuk berkelakuan sopan semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau
semasa menyertai aktiviti kemasyarakatan. Murid juga akan dapat member kerjasama
dengan baik kerana menyenangi sikap dan keterampilan yang ditonjolkan oleh guru
berkenaan.

Perkembangan murid juga dipengaruhi oleh tahap pendedahannya kepada sumber


teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (Mok Soon Sang, 2002). Justeru, guru
berkesan seharusnya berupaya menggunakan setiap sumber dan mengaplikasikan
segala maklumat yang diperoleh dari sumber-sumber tersebut untuk dijadikan bahan
pembelajaran dan pengajaran kepada muridnya.

Peringkat yang seterusnya adalah guru mahir. Guru mahir dan professional adalah
kunci kemajuan anak bangsa dalam meniti arus kemodenan masa depan. Guru mahir
haruslah mempunyai kemahiran untuk berhadapan dengan murid yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang.

Guru mahir boleh mengintegrasikan penggunaan bahan dan sumber dalam membina
bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Perubahan dalam
bidang pendidikan menuntut guru melakukan perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran dan menerima pelbagai latihan supaya mahir menggunakan powerpoint,
animasi serta video careka padat (VCD) yang bersesuaian.

Suasana pembelajaran yang baik dapat membantu dalam memastikan objektif


pengajaran tercapai. Suasana ini dapat tercapai jika seseorang guru itu mahir dalam
berkomunikasi sama ada dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan
juga penggunaan alat-alat tertentu seperti komputer.

Guru yang mahir juga harus bijak dalam menguruskan situasi yang berlaku dalam
kelas. Mereka perlu menggunakan kemahiran mengawal kelas sebaik sahaja
melangkah masuk ke dalam kelas. Jika tiada pengawalan yang baik, jumlah murid yang
akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan
penumpuan gutu terhadap penyampaian pengajaran.

Selain itu, guru mahir juga perlu mewujudkan pelbagai rangsangan supaya murid
tertarik dengan aktiviti yang dijalankan. Guru harus sentiasa peka dengan keadaan
semasa murid dan mampu untuk melaksanakan pengajaran berdasarkan kepada mood
murid. Justeru, guru yang mahir tidak boleh terikat hanya kepada satu rancangan tanpa
memikirkan rancangan A, B dan seterusnya.

Peringkat yang terakhir adalah guru pakar. Guru pakar ini juga dikenali sebagai guru
cemerlang. Guru pakar diwujudkan untuk mengiktiraf guru yang mempunyai kemahiran,
kepakaran dan cemerlang dalam pengkhususan masing-masing dan diharapakan akan
menjadi role model kepada guru lain.

Guru pakar akan sentiasa menyerlahkan Keterampilan Profesional mereka. Mereka


akan meningkatkan kualiti pencapaian murid melalui keupayaan mengurus, mengguna,
dan memanfaat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengkhususan atau mata
pelajaran. Mereka juga bijak memilih pendekatan atau strategi pengajaran yang akan
digunakan.

Selain itu, guru pakar juga akan menjadi pakar rujuk oleh guru-guru lain. Guru pakar
seharusnya menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang
pengkhususan dan kepakarannya. Mereka mampu mengenalpasti keperluan dan
masalah pembelajaran murid dan meyediakan program tindakan susulan.

Dengan kepakaran yang ada, guru pakar akan berupaya menjana idea baru dalam
mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi
meningkatkan mutu di bidang pendidikan. Mereka juga diharapkan untuk memberi
sumbangan yang besar kepada kemajuan pendidikan negara.

You might also like