You are on page 1of 8

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

• Barrow (1971, 1983)

 ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur


hidup setiap individu

• Baley & Field (1976),

 satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik,


neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil
melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak

• Freeman (1977, 1992)

 menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal


dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu
psikomotor, kognitif dan afektif

• Lumpkin (1990)

 berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang


membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal,
mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

• Dauer (1995)

 berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program


pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya
melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan
dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

• Pendidikan Kesihatan

 Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau


menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam
kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu,
keluarga dan komuniti.
ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL

• Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu


aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif
yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan
komuniti mereka

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA

• Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada beberapa tahap:

1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776


S.M).
• Tujuan:membentuk manusia yang boleh bertindak (petindak).
• Kerana peperangan yang sering berlaku.
• Maka setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal
yang sihat dan kuat adalah penting.
• Senaman bertujuan untuk menghasilkan kualiti-kualiti seperti
kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang
sangat diperlukan dalam kegiatan peperangan.
• Contoh: perlumbaan jalan kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinju
dan merejam lembing.
• Dibahagi kepada dua kategori iaitu permainan aristokrat dan
golongan askar.

2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).


• Pendidikan Jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta
merupakan latihan untuk peperangan.
• Ianya bertujuan untuk membentuk rakyat sebagai manusia petindak
yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang
tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yang
diperlukan.
• Contoh aktiviti:
• Gimnastik, lari dan lompatan
• Lawan pedang, acara lompat, renang, memburu, gusti, tinju,
berjalan kaki serta permainan bola untuk kekuatan lengan.
• Perempuan Sparta juga mesti melengkapkan diri untuk peperangan
dan tidak dikecualikan dalam aktiviti kasar.
3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi
pada 480 S.M).
• Kepentingan latihan tentera kepada mereka:
• Menyediakan warganegara di medan perang.
• Nilai estetika dan harmoni.
• Bagi mereka, tubuh badan sama penting dengan otak.
• Kepentingan ditekankan kepada pertunjukan kemahiran serta
gerak-geri yang lemah gemalai daripada kepantasan dan daya
ketahanan.
• Di antara Pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak dalam lingkungan
umur 7-12 tahun:
• Berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, rejam lembing dan
lempar cakera.
• Pelajar yang lebih dewasa:
• Aktiviti lebih tenaga seperti perlumbaan, rejam lembing, lempar
cakera bersaiz besar, tinju, penkratium dan perlumbaan kereta
kuda.
• Tarian untuk keagamaan.

4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan


Mekadonia 338 S.M).
• Membentuk manusia bijak.
• Antara aktiviti: gimnastik, olahraga, lumba berperisai, rejam lembing,
memanah, equestrian, tinju dan bergomol.
• Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton
daripada menjadi peserta.

5. Sukan Olimpik
 Diadakan setiap 4 tahun mulai tahun 776 S.M. selama 5 hari pada
bulan Ogos tahun itu bersama-sama upacara mghormati Zeus
(Tuhan orang Greek).

 Hanya ada satu acara iaitu lumba lari kemudiannya ditambah


dengan acara lain.

 Dalam Tahun 393 (Masihi), Maharaja Theodosius telah


menamatkan sukan olimpik.

• Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk


manusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara
merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat
penting.

• Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya


ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam
peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas
aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi
golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan
mengangkat berat
PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN RENAISSANCE

• Bermula pada 1400-1700

• Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih kurang sama


seperti pendidikan jasmani pada masa kini.

• PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain.

3 kumpulan utama zaman renaissance.

• humanis

 berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lari


berpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola tangan.

• moralis

 pula dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal hanya


sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan.

• realisme

 menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihat


dalam tubuh yang sihat.
 Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan
Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa
penjagaan tubuh perlu dilakukan.

Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar 1600 di mana


PJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan kerana mereka percaya
bahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu yang
membazir masa.
PERMULAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI SECARA FORMAL

• Johann bernhard basedow (1723-1790)

• Orang pertama yang memperkenalkan kepentingan senaman

• Memperkenalkan uniform yang sesuai bagi melakukan senaman kepada


pelajarnya

www.bookrags.com/johann_bernhard_basedow

Guru pendidikan jasmani (antara yg terawal)

• Charles beck 1798-1866

• Kawan serta pengikut johann bernhard basedow.

• Guru bahasa latin dan pendidikan jasmani (gymnastik)

• Guru pendidikan jasmani yang pertama dilantik secara rasmi di amerika .

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

Era pra kolonial (sebelum penjajahan Inggeris)

• Masyarakat libatkan diri secara sukarela dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk


rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak,
layang-layang dan sepak raga.

• Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu
aktiviti-aktiviti:-
-Permainan masa lapang
-Keperwiraan
-Senaman tradisional
Era klonial (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)

• PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-


sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.

• Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton


telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga

• Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan
Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat
kekal menjadi pesawah.

• Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan


bersenam

• 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki


diberi latih tubi di sekolah-sekolah

• 1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan


penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan.

• 1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk


membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka
digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.

• 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan


dalam kurikulum diutamakan

• 1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan


permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris

• Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik.


Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima
latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut

• Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan.


Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ
mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakat
mula sedar kepentingan PJ.
Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.

• - 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.


- 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.
- Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran
PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
- Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan
MPIK di Cheras.

• PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.

You might also like