You are on page 1of 6

TIP SOLAT

Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga
SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut
mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat
nak solat. Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak
berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha
untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal.
Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan
nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia
rasa agak tidak tenang dan serba salah.

Solat itu tiang agama!

Berikut saya kongsikan beberapa


perkara yang mungkin kita boleh
amalkan supaya diri kita menjadi lebih
berdisiplin dalam melaksanakan solat
yang diperintahkan.
1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri

Perkara paling asas supaya dapat menjaga


solat adalah datangnya dari kesedaran
yang tinggi terhadap kepentingan solat.
Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah
pertama sekali dikira pada hari
pembalasan. Jika diterima maka amalan
lain akan dihitung, jika tidak maka sia-
sialah amalan kita yang lain. Bagi
meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan menjaga solat, saya sarankan
untuk beli Kitab Fadhilat Amal (Harga
RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1
bab khusus yang menerangkan tentang
fadhilat-fadhilat solat. Antara yang
diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah
mengenai ;

o Kepentingan solat
o Kelebihan solat
o Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan
solat
o Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
o Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
o Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
o Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
o Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para
sahabat

Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa
yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1
hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap
hari. Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda
baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan
berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.
2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat

Kita kena cari kawan-kawan yang


menjaga solat mereka. Kawan-kawan
sebegini boleh saling ingat mengingati
dalam melakukan perkara ibadah.
Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya
boleh memberikan kita motivasi untuk
melaksanakan perintah Allah. Jadi,
carilah dan dampingilah rakan-rakan
yang baik dan menjaga solat mereka.

3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin

Kadang-kadang nafsu malas solat


memang datang juga kepada kita.
Jangan sesekali tewas dan mengikut
rasa hati untuk tidak mendirikan solat.
Lawan perasaan tersebut, jangan
biarkan kita tewas. Setiap kali kita
menang, ia akan berikan kekuatan
tambahan bagi mendirikan solat pada
waktu seterusnya.
4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat

Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang


yang bersusah payah menjaga solat. Pahala
yang melimpah ruah yang boleh berganda
sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika
dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi
mereka yang melakukan solat secara konsisten.
Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain
dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di
antara kedua solat tersebut.

5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi

Ini terutamanya memberikan


kesan pada solat subuh. Kalau
kita tidur lewat dan tidur tak
cukup, bagaimana untuk solat
subuh? Memang liat laa
jawabnya. Jadi, pastikan kita
dapat tidur yang mencukupi. Ini
akan dapat membantu kita lebih
mudah untuk bangkit bagi
mendirikan solat.
6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati

Peranan minda bawah sedar sebenarnya


sangat penting. Sebenarnya minda bawah
sedar ni adalah sangat berkait rapat
dengan niat di dalam hati. Saya sarankan
sebelum kita masuk tidur, cuba cakap
pada diri kita, samaada cakap dalam hati
atau cakap bisik pada diri sendiri,
contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul
6 pagi untuk solat subuh’. Ia mungkin
nampak kecil saja perkara ini, tetapi
sebenarnya ia memberikan pengaruh
yang besar pada minda dan tubuh badan
kita. Pernahkah kita ada pengalaman
seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker)
atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun
awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur?
Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok
pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena
hadiri meeting penting’. Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam
hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!

7. Ingat mati

Bayangkan jika kita mati sebentar lagi


atau esok. Di mana kita akan
ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti?
Bagaimana pula pada hari akhirat
kelak?
8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan

Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah.


Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada
Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah
pertolongan bagi diriku untuk berzikir
mengingati-Mu, memanjat syukur pada
nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku
kepada-Mu”

Sekian, begitulah 8 tips yang sempat


saya coretkan untuk kita sama-sama
amal dalam usaha kita menjaga
solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga
agar kita dapat khusyu’ semasa solat.

You might also like