nasionalisme menjelang kurun ke-20.
2. Golongan intelektual pula telah membangkitkan semangat kebangsaan melalui akhbar dan majalah serta penulisan kreatif.
3. Perjuangan pemimpin tempatan menjadi semakin berkesan dengan adanyapertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa.
Maksud Semangat Kebangsaan
1. Semangat kebangsaan atau nasionalisme membawa maksud perasaan cinta dan taatsetia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air.
2. Kewujudan semangat ini akan mendorong lahirnya keazaman untuk berjuangmenebus maruah bangsa serta membentuk masa depan bangsa dan negara.
3. Perjuangan pemimpin tempatan menjadi semakin berkesan dengan adanyapertubuhan- pertubuhan yang memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa.
Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan
1. Perkembangan yang berlaku di negara luar seperti di Turki, Mesir, Jepun, China,Filipina, India dan Indonesia pada awal kurun ke-20 telah memberi inspirasi kepadarakyat Tanah Melayu berjuang menentang British.
2. Satu gerakan
kebangkitan Islam
yang disebabkan oleh kuasa-kuasa Barat telahberlaku di Timur Tengah pada akhir kurun ke-19.
3. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah telah dikuasai dan dipecahbelahkan oleh kuasa-kuasa Barat.
4. Oleh itu, satu gerakan untuk menyatukan seluruh umat Islam yang dinamakanGerakan
Pan-Islam
telah diadakan.
5
. Antara negara yang terpengaruh dengan gerakan ini ialah negara-negara Timur Tengah, India, Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu.
6. Selain itu, semangat kebangsaan di Tanah Melayu juga dipengaruhi olehperkembangan perjuangan di Mesir.
7.
G
erakan Islah
yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan SyeikhMuhammad Abduh telah dicetuskan daripada penjajahan British di Mesir.
8
. Pelajar yang menuntut di Mesir telah menyebarkan pengaruh gerakan tersebut diTanah Melayu sekembalinya mereka ke tanah air.
9. Kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu juga dipengaruhi olehperkembangan yang berlaku di sekitar Asia.
10. Buat pertama kali dalam sejarah, sebuah negara Asia iaitu Jepun telah mengalahkankuasa Eropah yang besar, iaitu Rusia dalam Perang Rusia-Jepun.
11. Di China pula, Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen telah berjayamenjatuhkan kerajaan Manchu dan berjaya menubuhkan sebuah negara republik