You are on page 1of 2

PROGRAM OPERASI

1. Nama Sekolah : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG


2. Nama Panitia : Panitia Kimia
3. Tajuk : WAJA CHEMISTRY 2011
4. Pendahuluan / Latar belakang :
Program WAJA yang berobjektif untuk membantu guru melaksanakan program
pemastian penguasaan kemahiran dan pengetahuan bagi topik tertentu dan terpilih
kepada murid sederhana mula diperkenalkan untuk dilaksanakan pada Mac 2008.
Melalui pemerhatian guru membuat andaian abahawa pelajar kita gagal kerana tidak
disediakan dengan pengetahuan yang mencukupi sebelum mereka melangkah ke
dewan peperiksaan.
5. Matlamat :
Penyediaan modul ini bertujuan untuk membantu guru dalam memantapkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata
pelajaran Kimia.
6. Objektif :

 Melaksanakan proses P&P yang efektif bagi semua hasil pembelajaran yang
terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran
 Memberikan peluang kepada murid untuk mengukur sejauh mana konsep-
konsep sains yang dipelajari
 Membantu murid sederhana dan lemah mencapai sekurang-kurangnya gred 6C
dalam SPM
7. Rasional :
Melalui analisis keputusan peperiksaan dan post-mortem JPN dan PPD membuat
andaian bahawa murid kita gagal kerana tidak disediakan pengetahuan yang
mencukupi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.
8. Jawatankuasa :
Penasihat : En Mohamad Dan Bin Mahat Penolong Kanan Pentadbiran
Pengerusi : Pn Norhayati Bt Mohd Yusup Guru Kanan Sains & Matematik
Pengurus Projek : En Tan Wooi Chung Guru Cemerlang Kimia
Setiausaha : En Tan Wooi Chung Guru Cemerlang Kimia
Ahli jawatankuasa : Pn Noor Haslina Bt Daman Huri Guru Kimia
9. Kumpulan sasaran :
5 ST 1 dan 5 ST 2
10. Strategi :
 Guru perlu merancang dalam pemilihan aktiviti dan melaksanakannya
berdasarkan kreativiti guru dan keupayaan murid
 Guru menggunakan WAJA semasa P&P, kelas bimbingan atau tambahan dan
kerja rumah
 Murid menggunakan WAJA sebagai latihan pembelajaran akses kendiri
 Jangka masa pelaksanaan ialah dari Januari hingga September 2011 untuk
murid Tingkatan 4 dan Januari hingga Ogos untuk murid Tingkatan 5.
 Pelaksanaan WAJA perlu direkodkan dalam borang yang disediakan. Ia
dilakukan oleh murid bagi melihat tahap pengusaan topik dan guru pula
bertujuan untuk pemantauan oleh Pentadbir Sekolah/Guru Kanan/Ketua
Panitia/PPD/JPN
 Pemantauan dilaksanakan secara berkala iaitu April, Jun dan Ogos.
11. Keterangan projek :
 WAJA CHEMISTRY adalah satu instrument pemastian P&P dilaksanakan
oleh guru berdasarkan ‘learning outcomes’ yang terdapat dalam huraian
sukatan pelajaran.
 Program WAJA menekankan kefahaman murid untuk topic-topik tertentu
melaui latihan yang diberi semasa atau selepas P&P sebahai aktiviti
pengukuhan kefahaman murid. Soalan latihan dibuat dalam pelbagai bentuk
termasuk peta minda, gambarajah, soalan berstruktur dan lain-lain bagi
memastikan murid menguasai topik.
 Pelaksanaa WAJA menekankan konsep kaedah Pembelajaran Masteri. Murid
yang gagal menjawab dianggap belum menguasai topik dan program
pemulihan yang sesuai perlu dilaksanakan segera.
12. Bahan / sumber :
 Huraian sukatan pelajaran Kimia
 Buku Teks Kimia Tingkatan 5
 WAJA 2011
13. Kewangan :
 Segala wang cetakan modul dibiayai oleh wang PCG matapelajaran Kimia.
 Bilangan murid tingkatan lima : 55 orang
 Bilangan guru tingkatan lima : 2 orang
 Bilangan modul dicetak setiap topik : 57 buah
14. Instrument penilaian :
 Setiap aktiviti telah diperuntukkan cadangan jumlah markah. Cadangan
jumlah markah ini berdasarkan ruang jawapan kosong yang perlu dijawab.
 Pencapaian murid melebihi atau sama dengan 80% , maka murid telah
menguasai isi kandungan. Sekiranya kurang daripada 80% , murid tidak
menguasai isi kandungan.
 Guru perlu mengambil tindakan susulan yang sewajarnya kerana murid tidak
menguasai isi kandungan.
 Murid perlu melengkapkan semua butiran dalam Borang Untuk Kegunaan
Murid bagi setiap topik dengan bimbingan guru.
15. Penutup :
Diharapkan modul latihan WAJA dapat membantu guru dan pelajar memantapkan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh,

(Noor Haslina Bt Daman Huri)

You might also like