contoh teks pengacaraan majlis
Teks JuruacaraMajlis Perasmian Penutupan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah KebangsaanLati, Pasir Mas Sesi 2008.MASA : 9.00 pagiCUE : Apabila Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Lati tiba di hadapanpintu masuk Dewan Harmoni, paluan kompang akan dimainkan oleh pelajar Persatuan Kelab Kompang. Juruacara pun mengumumkan :ANN : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengetua Sekolah RendahKebangsaan Lati Pasir Mas, Tn.Hj Abdullah bin Abdul Rahman.MASA : 9.05 pagiCUE : Setelah tetamu khas duduk di tempat yang disediakan, juruacaramemulakan majlis dengan ucapan pembukaan :ANN : Bunga melur mekar di taman,Menjadi penyeri si gadis Lati,Selamat datang kami ucapkan,Ke majlis penutupan Minggu Aktiviti…Assalamualaikum Wr. Wb. dan salam sejahtera, selamat datang ke MajlisPerasmian Penutupan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati,Pasir Mas bagi Sesi 2008. Yang Berbahagia, Pengetua Sekolah RendahKebangsaan Lati, Tn. Hj. Abdullah bin Abdul Rahman, Yang BerusahaPenolong Pengetua, En. Ilham bin Ramli, Yang Dihormati Guru PenolongKanan HEP, En. Mohd Hairie bin Mohd Nashoha, Pengerusi Minggu AktivitiSesi 2008, Pn. Fatimah Binti Alif, Ketua-ketua Panitia, barisan para guru,pelajar-pelajar dan hadirin sekalian.MASA : 9.07 pagiCUE : Bacaan doa oleh Ustaz Hj. Yusuf bin Ahmad.ANN : Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segalahormatnya menjemput Ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustaz Yusuf binAhmad untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnyamempersilakan.CUE : Setelah selesai bacaan doa, juruacara mengucapkan terima kasih.ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz di atas bacaandoa tadi.MASA : 9.15 pagiCUE : Ucapan Pengerusi Minggu Aktiviti Sesi 2008.ANN : Majlis mempersilakan Yang berusaha, Puan Fatimah Binti Alif,PengerusiMinggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati bagi sesi 2008, untukmenyampaikan sepatah dua kata.CUE : Setelah selesai menyampaikan ucapan, juruacara mengucapkan terimakasih kepada Pengerusi Minggu Aktiviti.ANN : Majlis merakamkan ucapan terima kasih.