You are on page 1of 2

Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus

sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta
pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga
nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini
dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. Loji komersial menggunakan reaksi
pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk
menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Kerajaan akan membuat keputusan muktamad mengenai pembangunan teknologi nuklear sebagai pilihan
penjanaan elektrik negara selepas mengambil kira hasil kajian yang dibuat dalam menyediakan Pelan
Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear (NPIDP) yang dijangka siap pada 2013. eliau berkata
demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar yang meminta kerajaan menyatakan
pencapaian negara dalam bidang teknologi dan tenaga nuklear terkini serta rancangan masa hadapan,
dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, di sini hari ini.

pada tahun 2005, tenaga nuklear membekalkan 6,3% tenaga dunia dan 15% kuasa elektrik dunia.
Amerika Syarikat, Perancis, dan Jepun menggunakan 56,5% elektrik yang dihasilkan oleh loji
nuklear. Pada tahun 2007, IAEA melaporkan terdapat 439 reaktor nuklear di dunia yang
beroperasi di 31 negara.

Amerika Syarikat menghasilkan paling banyak tenaga nuklear, dengan tenaga nuklear
membekalkan 19% tenaga elektrik yang ia gunakan, sementara Perancis menghasilkan peratusan
tertinggi tenaga elektrik dari reaktor nuklear iaitu sebanyak 80% pada 2006. Di Kesatuan
Eropah, tenaga nuklear membekalkan 30% tenaga elektrik. Dasar tenaga nuklear berbeza antara
negara-negara Kesatuan Eropah, dan sesetengah negara seperti Austria, Estonia, dan Ireland,
tidak mempunyai stesyen tenaga nuklear aktif. Sebagai perbandingan, Perancis memiliki banyak
loji nuklear, dengan 16 stesen pelbagai unit yang digunakan ketika ini.

Di AS, walaupun industri tenaga eletrik daripada arang batu dan gas diramalkan bernilai $85
bilion menjelang 2013, janakuasa tenaga nuklear dianggarkan bernilai $18 bilion.

Kebanyakan kapal laut tentera dan beberapa kapal awam (seperti kapal pemecah ais)
menggunakan pendorong marin nuklear, suatu bentuk pendorong nuklear. Beberapa kenderaan
angkasa telah dilancarkan dengan menggunakan reaktor nuklear seperti RORSAT kepunyaan
Soviet dan SNAP-10A kepunyaan Amerika.

Penyelidikan antarabangsa terus dibuat untuk penambahbaikan dalam teknologi tenaga nuklear
seperti dalam aspek keselamatan loji, penggunaan pelakuran nuklear, dan kegunaan tambahan
dalam proses pemanasan seperti pengeluaran hidrogen, penyulingan air laut, dan untuk
digunakan dalam sistem pemanas di sesuatu daerah.
http://www.malaysiakini.com/news/137753

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_nuklear

jikalau di Jepun, terdapat 55 buah loji tenaga nuklear di Jepun yang bertanggungjawab menyalurkan
tenaga 49,467 megawatts (MW) kepada keperluan domestiknya. Kejayaan Jepun dan China telah
mempengaruhi negara-negara di rantau berkenaan memiliki sumber nuklear seperti Korea Utara (enam
loji), Korea Selatan (18 loji), Taiwan (lapan loji) dan China (40 loji).

terbaru, Kerajaan Malaysia telah meluluskan usul untuk membina loji tenaga nuklear yang bakal
beroperasi mulai 2021. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mengumumkan
pembinaan loji tenaga nuklear. Sehingga ke hari ini, Malaysia bergantung pada bahan bakar fosil serta
tenaga hidro untuk menjana elektrik. Namun, dengan harga minyak yang semakin meningkat serta
bekalan minyak dan gas asli yang terhad, kerajaan Malaysia terpaksa mencari alternatif lain bagi
memenuhi permintaan tenaganya.

You might also like