Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
zakat

zakat

Ratings: (0)|Views: 289 |Likes:
Published by Eqeen_sisluv91

More info:

Published by: Eqeen_sisluv91 on Jan 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/17/2013

pdf

text

original

 
1
PERANAN AGIHAN ZAKAT DALAM MENINGKATKAN TAHAP EKONOMI UMMAH
1
OlehPatmawati bte Hj Ibrahim
2
PhD (Dev. Econs.) (UPM), M.Ec (IIU, Malaysia), B.Ec (Hons.) (IIU, Malaysia)Jabatan syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam,Universiti MalayaNo. tel. 603-79676006, e-mail : y0patma@um.edu.myAbstrakKertas ini bertujuan untuk membuktikan kemampuan agihan zakat berperanan dalam meningkatkanekonomi ummah. Kertas ini dimulakan dengan menjelaskan kedudukan zakat dalam kehidupanMuslim. Seterusnya kertas ini membincangkan pandangan Islam secara teori berkaitan perananagihan zakat, di mana zakat berperanan mengatasi masalah sosio ekonomi umat Islam melaluiagihan semula pendapatan, yang mampu mengurangkan jurang agihan pendapatan danpembasmian kemiskinan. Ini disokong dengan pembuktian data empirikal yang telah dijalankan yangmenunjukkan bahawa agihan zakat berjaya merapatkan jurang agihan pendapatan sertamenurunkan kadar dan beban kemiskinan. Selanjutnya kertas ini mencadangkan pelan tindakanbersepadu untuk mempastikan keberkesanan agihan zakat dalam meningkatkan tahap ekonomiummah. Pelan tindakan ini melibatkan kerjasama dan tindakan bersepadu dari tiga pihak yangutama, iaitu pihak agensi zakat, para penerima agihan zakat, dan pihak kerajaan.
1. PENDAHULUAN - ZAKAT DALAM KEHIDUPAN MUSLIM`
Zakat berbeza dengan sumber-sumber pendapatan kerajaan yang lain di mana tanggungjawabmembayar zakat adalah merupakan sebahagian dari ibadah dalam kehidupan Muslim. Allah telahmenyatakan dalam al-Quran bahawa menunaikan zakat itu adalah merupakan sebahagian dari ciri-ciriseorang muslim, yang bermaksud;”Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadipenolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebajikandan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyangdan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akandiberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”surah at-Taubah:71
3
Sebagai salah satu dari rukun Islam, arahan untuk melaksanakan tanggungjawab zakat iniadalah sangat besar di mana bagi mereka yang gagal melaksanakannya akan mendapat balasan azabyang pedih di dunia dan akhirat . Hal ini dinyatakan dalam surah
al 
-
Fushshilat,
yang mengkhabarkan
1
Kertas kerja dibentangkan dalam Konvensyen Zakat dan Cukai Peringkat Kebangsaan 2007 di PWTC, KualaLumpur, 22/5/07 – 24/5/07.
2
Penulis adalah Pensyarah Kanan, di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, UniversitiMalaya.
3
Sheikh Abdullah Basmeih ( 1992). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur:Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Hh. 446-447.2
ancaman Allah terhadap orang-orang
musyrik.
Ayat ini turut menerangkan ciri-ciri orang Musyrik,diantaranya ialah tidak menunaikan zakat dan tidak mempercayai akan adanya hari akhirat.“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusiaseperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yangSatu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yangmembawa kepada mencapai keredhaanNya), serta pohonlah kepadaNyamengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan ingatlah, kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), iaituorang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartanya)dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat.”Surah
al-Fushsilat 
: 6-7
4
Dalam ayat yang lain, Allah menjanjikan rahmatNya ke atas mereka yang menunaikan zakat yangbermaksud:“Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat,sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: `AzabKu
 
akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputitiap-tiap sesuatu: maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yangbertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepadaayat-ayat Kami. ”Surah al-A’raaf: 156
5
Kerajaan bagi Negara yang mempunyai majoriti Muslim, tugas memungut zakat untuk kebajikan parapenerima agihan zakat adalah satu tanggungjawab yang diwahyukan secara langsung oleh Allah.Kepentingan zakat terhadap orang Islam adalah jelas daripada hadith-hadith yang menyatakanbahawa dibenarkan memerangi orang-orang Islam yang mendirikan solat tetapi tidak menunaikanzakat.
6
2.0 TUJUAN ZAKAT
Islam menekankan penubuhan sebuah masyarakat yang adil, berperikemanusiaan danbersatu padu. Melindungi manusia dari kelaparan, menjamin keselamatan sosial dan menjagamaruah dan kehormatan insan adalah elemen-elemen yang perlu dalam peraturan masyarakat yangkuat dan berperikemanusiaan. Rasulullah SAW menyatakan bahawa kelaparan adalah satu bentuktekanan masyarakat yang paling teruk. Oleh itu, Islam mencadangkan institusi zakat sebagai satu
4
Ibid, h. 1265
5
Ibid,h. 383.
6
There are innumerable instances of injunctions and orders, rewards and grievous punishments, successes andfailures in this world and the next in connection with the payment of zakat. The Prophet declared that whoever offers prayers but does not pay zakat, his prayers are in vain. The great caliph, Abu Bakar even used coercionagainst those who refused to pay zakat to the state. Some of the relevant verses from the Quran relating to zakatare 2:110, 23:1-6, 51:19, 70:24-25.3
mekanisma yang menyelamatkan manusia dari kelaparan, menjamin keadilan sosio-ekonomi dalammasyarakat dan menyediakan satu suasana yang membolehkan manusia memelihara kehormatandan melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah. Dengan meningkatkan produktiviti masyarakat,zakat menghilangkan rasa irihati sesama ahli masyarakat, dan seterusnya menghasilkan masyarakatMuslim yang aman dan bersatupadu. Oleh itu, zakat telah dirangka untuk memenuhi matlamat yang jelas dalam masyarakat. Secara ringkasnya, zakat telah ditetapkan oleh Allah dengan matlamatutama sebagai satu bentuk jaminan keselamatan sosial bagi mereka yang miskin dan memerlukandalam masyarakat, membangunkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semulakekayaan dalam masyarakat, dan juga sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan spiritual(Al-Harran, Saad Abd. Sattar. 1993).
3.0 AGIHAN ZAKAT
Zakat diagihkan untuk membantu golongan yang miskin dan memerlukan bagi memenuhikeperluan asas mereka. Ia diagihkan untuk memenuhi pelbagai keperluan jangka pendek dan jangkapanjang. Zakat hanya boleh diagihkan kepada golongan-golongan yang tertentu sahaja, seprtidinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:”Sesunguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir,dan orang-orang miskin, dan `amil-`amil yang mengurusnya, dan orang-orangmu’allaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendakmemerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan)dalam perjalanan. (Ketetapan yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan(yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi MahaBijaksana.Surah at-Taubah: 60
7
Ayat di atas diakhiri dengan perkataan “
sebagai satu ketetapan dari Allah
” menunjukkan bahawasedekah-sedekah yang dimaksudkan dalam ayat di atas, iaitu zakat, bukannya satu bentuk dermapilihan
(optional charity)
, sebaliknya satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan
(obligation)
.Lapan golongan (
asnaf 
) yang layak menerima agihan zakat telah dinyatakan oleh Allah melalui ayatdi atas dan mestilah dipatuhi dalam mengagihkan hasil-hasil zakat.Secara ringkas, lapan golongan yang layak menerima agihan zakat seperti dinyatakan dalamayat di atas, adalah seperti berikut;1.
Faqir 
. Golongan ini mempunyai harta di bawah nilai nisab dan berada di bawah
 
pendapatan garis kemiskinan sebanyak RM 661 sebulan bagi Semenanjung Malaysia,dan RM 691 sebulan bagi Malaysia.
8
Mereka ialah golongan yang benar-benar miskin
7
Sheikh Abdullah Basmeih ( 1992). Op.cit. h.443
8
Unit Perancang Ekonomi, JPM (2006) .Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9: 2006-2010). KualaLumpur: Percetakan nasional Malaysia Berhad. H. 3484
dan memerlukan bantuan orang lain untuk meneruskan kehidupan samada disebabkanoleh ketidakupayaan fizikal, lanjut usia, dan sebagainya. Mengikut definisi RMK9,pendapatan isi rumah golongan ini berada di bawah keperluan makanan sebanyak RM400 sebulan.2.
Masakin.
Mereka adalah golongan miskin yang tidak menzahirkan kemiskinan mereka.
9
Mengikut definisi RMK9, mereka ini berada dalam golongan berpendapatan kurang dariRM 661 sebulan.3. ‘
 Amilin
’, mereka adalah golongan yang bekerja untuk mentadbir dan mengurus hal-halberkaitan zakat. Ini termasuk kesemua pegawai dan petugas yang dilantik oleh negeriuntuk menjalankan tugas-tugas berkaitan zakat, seperti pengiraan, kutipan dan agihan.Mereka yang terlibat dengan pekerjaan berkaitan zakat, maka layak mendapat gaji daridana zakat.4. ‘
Muallafat al-qulub
’ – mereka yang hatinya dipujuk untuk mendekati Islam. Secaraprinsipnya, golongan ini meliputi mereka yang pershabatan dan kerjasama dengannyaakan membantu memperkuatkan Islam. Termasuk juga dalam golongan ini ialah merekayang baru memeluk Islam, yang kehilangan harta benda dan saufaramara mereka yanglampau, oleh itu memerlukan bantuan dan sokongan. Bantuan kewanganberkemungkinan membantu memperkuatkan iman mereka dan melahirkan rasakebersamaan (
sense of belonging 
) dalam umat Islam. Termasuk juga dalam golonganini mereka yang sangat kuat menentang Islam, tetapi pemberian wang mampumelembutkan mereka. Hasil zakat boleh diberikan kepada golongan ini walaupunmereka kaya.5. ‘
Riqab
’ – membebaskan hamba.6. ‘
Gharim
’, - mereka yang berhutang. Terbahagi kepada dua jenis:i. Orang yang berhutang untuk menyempurnakan keperluan mereka,ii. Orang yang berhutang kerana membantu orang lain.7. ‘
Fi-sabilillah’ 
, - kerana jalan Allah, bermaksud segala perbuatan yang dilakukan demiuntuk menegakkan agama Allah (Islam) di dunia. Yang paling ekstrim adalah ‘
 jihad 
(
Islamic war 
).8. ‘
Ibn al-Sabil’ 
, - musafir. Musafir ini berkemungkinan kaya di negara asal mereka, tetapimungkin menghadapi masalah dan memerlukan pertolongan di tempat lain. Dana zakatboleh digunakan untuk membantu mereka.
9
The Prophet (
 saw
) said: “Miskeen is he who does not have enough to suffice his needs but is not recognized as poor so that he can be helped, and does not stand to ask for help”. (Bukhari, Muslim). Opinions vary as to thedefinition of faqir and miskin . Some say that they carry the same meaning, and some others say that these twoare different. But this is immaterial for the purpose of zakat. These include all those people who who requireothers’ help whether it might be permanent in nature or temporary.5
Jelas di sini bahawa lapan asnaf zakat merangkumi pelbagai golongan yang memerlukanbantuan kewangan. Golongan berpendapatan rendah dan memerlukan, sementara ataupun kekal,semuanya dilindungi oleh zakat. Sebahagian besar dari zakat akan diagihkan kepada mereka yangberpendapatan rendah dalam ekonomi. Oleh itu, wang yang dipungut dari golongan berpendapatantinggi dalam masyarakat akan dipindahkan kepada golongan yang berpendapatan rendah melaluiinstitusi zakat, mempunyai kesan agihan semula yang berkesan dalam masyarakat (Sadeq, AHM.1991).Zakat juga bertujuan untuk membantu ahli-ahli lain dalam msayarakat yang tidak miskin darisegi material dan kewangan pada asalnya, sebaliknya menghadapi masalah kewangan dan materialtanpa dijangka, seperti menghadapi masalah kewangan dalam perjalanan. Zakat juga meringankanbebanan orang-orang yang tidak mampu menyelesaikan hutang. Peranan zakat juga sangat pentingdalam membantu mereka yang berjuang menegakkan agama Allah (
fi-sabilillah
).

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Yukhib Sazu liked this
Amir Nasution liked this
Shinichi Conan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->