You are on page 1of 7

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

PENGENALAN

Bola Tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895. Orang pertama yang

mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang Pengarah Sukan

YMCA di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Peraturan rasmi yang pertama

hanya diperkenalkan pada tahun 1916.

Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan

negeri China pada tahun 1930-an. Permainan ini dikawal oleh Kesatuan Bola

Tampar amatur Malaysia (MAVA-Malaysian Amatuer Volleyball Association) yang

ditubuhkan pada tahun 1959.

Permainan ini dimainkan oleh sepasukan 6 orang di dalam gelanggang yang

berukuran 18mX19m dan jaring setinggi 2.5m. Pertandingan bola tampar di kawal

oleh 2 orang referi. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi

wisel referi. Permainan boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana

bahagian badannya.

Kemahiran Asas Bola Tampar

i) Menyangga
ii) Servis

iii) Merejam

iv) Menghadang

v) Mengumpan

MENGHADANG

Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak

lawan. Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bolamati dalam gelanggang

pihak yang membuat rejaman.

Cara-cara Menghadang

a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas

b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan


MEREJAM

Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau

mata dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan.

Anda perlu bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang

akan dihantar oleh rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun,

anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk

memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah

seperti smesyi dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya bola

tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai

dalam gelanggang.

Mengumpan

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain

'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada

rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk memperolehi

mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan

perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang

tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang

dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam
kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa

dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain

mengucup

Hantaran Servis

Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola

dihantar dari kawasan servis oleh seorangb pemain yang memegang giliran untuk

melakukan untuk melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang

terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya

ialah:

(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada

dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang

memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan

mengekalkan servis.

(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu,

pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar
olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah

daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan

seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

Menyangga

Sebelum anda mahir dalam permainan bola tampar anda perlu menguasai

kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai

cara menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai

hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan

yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan

merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar.

Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan

lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan

hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk

menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila


pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak

membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima

hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.

Teknik-teknik Menyangga:

 Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

 Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.

 Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan

ke hadapan.

 Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut

dibengkokkan untuk menerima hantaran.

 Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran

sebelum bermain bola.

 Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.

 Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.

 Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.

 Kendurkan bahagian atas tubuh.


 Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan

baik oleh ahli pasukan yang lain.

You might also like