You are on page 1of 23

KAJIAN

TINDAKAN

2009
TAJUK KAJIAN
Meningkatkan kemahiran menambah dan
menolak nombor negatif di kalangan
pelajar tingkatan 2 Cerdik dengan
kaedah Jadual.
DISEDIAKAN OLEH

TN. HJ. HAMZAH BIN MOHD


ZIN

PANITIA MATEMATIK
MEN. RENDAH
ABSTRAK
 Pengalaman setelah mengajar Matematik
selama 30 tahun, memberikan suatu gambaran
yang jelas bahawa terdapat beberapa faktor
yang menyumbang kepada kegagalan pelajar
dalam mata pelajaran Matematik.
Antaranya ialah kelemahan dalam
penguasaan kemahiran tambah dan tolak bagi
suatu integer (integer positif dan integer
negatif)
Dalam tajuk nombor negatif, perkara yang
amat sukar untuk pelajar memahami ialah
menambah dan menolak integer.
Memandangkan menambah dan menolak
integer ini amat penting bagi menjawab soalan
objektif dan soalan subjektif dalam
peperiksaan dalaman dan peperiksaan PMR,
maka kemahiran ini, dapat membantu pelajar
mendapatkan markah yang lebih baik serta
dapat meningkatkan peratus kelulusan
Matematik.
Saya telah menjalankan kajian untuk meningkatkan
kemahiran menambah dan menolak nombor negatif bagi
pelajar Tingkatan 2 Cerdik, seramai 12 orang. Pelajar yang
dipilih merupakan pelajar yang mendapat markah kurang
daripada 30% semasa Ujian Post diberikan. Tinjauan awal
telah dibuat dengan menggunakan pemerhatian dari segi
perangai pelajar dan semakan buku latihan. Kemudian
pelajar terlibat diberi Ujian Post.
REFLEKSI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN LALU
 Sewaktu saya menanda kertas jawapan Ujian Selaras
bagi pelajar Tingkatan 2 Cerdik, saya dapati ada
beberapa orang pelajar yang keputusannya tidak
memuaskan, saya dapati kerja dan jawapan yang
diberikan semasa menambah dan menolak integer,
banyak yang silap. Sedikit sebanyak ini amat
membimbangkan diri saya kerana pelajar ini akan
menduduki peperiksaan PMR tahun depan. Saya
berpendapat masalah ini berlaku kerana pelajar ini
tidak memahami cara untuk menambah dan menolak
dengan jelas dan betul.
 Saya telah berusaha untuk
menerangkan kepada pelajar tetapi
masih ada yang membuat kesilapan.
Justeru itu, saya ingin mencuba
Kaedah Jadual. Harapan saya agar
Kaedah ini dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran menambah dan
menolak nombor nagetif di kalangan
pelajar saya yang lemah.
ISU/KEPERIHATINAN
YANG DIKAJI
. Pelajar saya mempunyai penguasaan
menambah dan menolak yang lemah bagi
nombor negatif.
. Bagi meningkatkan kemahiran menambah dan
menolak nombor negatif pelajar perlu
menentukan antara nombor positif dan
nombor negatif. Bilangan nombor positif dan
nombor negatif diletakkan dalam jadual
menggunakan simbol bulatan. Kemudian
jumlah yang sama simbol bulatan itu akan
dihapuskan. Maka tinggallah sama ada
nombor positif atau nombor negatif sahaja.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran


menambah dan menolak nombor positif dan negatif di kalangan
pelajar Tingkatan 2 Cerdik dengan Kaedah Jadual.

Objektif Khusus

1. Guru dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran


dalam kelas demi meningkatkan pencapaian pelajar.
2. Pelajar boleh menambah dan menolak sesuatu integer (positif
dan negatif) dengan tepat.
3. Pelajar dapat menggunakan Kaedah Jadual untuk mendapatkan
jawapan yang betul.
Kumpulan sasaran

 Kajian ini melibatkan Tingkatan 2 Cerdik


seramai 12 orang pelajar iaitu pelajar yang
telah dikenalpasti lemah dalam mata pelajaran
Matematik dan semasa Ujian Selaras , pelajar
ini hanya mendapat markah yang kurang
daripada 30%.
Pelaksanaan Kajian

Tinjauan Masalah

 Pemerhatian

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian semasa proses


pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian dilakukan terhadap tingkah
laku pelajar semasa pengajaran diajar. Pemerhatian juga dilakukan
apabila guru menyemak buku latihan pelajar.

 Ujian Pra

Ujian Pra dijalankan bagi menguji tahap kemahiran pelajar menambah


dan menolak nombor.Ujian yang dijalankan sebelum sesi bimbingan
dimulakan melibatkan nombor pelbagai iaitu nombor positif dan negatif.
 Ujian Pra

Seramai 12 orang pelajar telah menjalani Ujian Pra.Dan Jadual di bawah


menunjukkan bilangan pelajar yang telah menjawab dengan betul dan
salah.

SOALAN BIL. BIL.


JAWAB JAWAB
BETUL SALAH
1 5 7
2 7 5
3 9 3
4 4 8
5 7 5
 Ujian Post

Seramai 12 orang pelajar telah menjalani Ujian Post. Dan Jadual di


bawah menunjukkan bilangan pelajar yang telah menjawab dengan betul
dan salah.

SOALAN BIL. BIL.


JAWAB JAWAB
BETUL SALAH
1 12 0
2 12 0
3 11 1
4 5 7
5 10 2
Tindakan Yang Dijalankan

Sebanyak 3 aktiviti yang telah dijalankan melibatkan


pelajar,supaya pelajar memahami dengan jelas
penambahan dan penolakan nombor positif dan
negatif.

Aktiviti pemerhatian dan menyemak buku latihan


pelajar.
Aktiviti 2 set Ujian.
Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian

 Pelaksanaan Aktiviti 1

Huraian cara pelaksanaannya.

i. Pemerhatian

Dapatan dari pemerhatian menunjukkan pelajar tidak


memahami dengan jelas cara/kaedah untuk
menambah dan menolak sesuatu nombor. Kesilapan
yang selalu dilakukan ialah pelajar tidak dapat
membezakan di antara nombor positif dan nombor
negatif. Maka guru mesti selalu memberikan
penekanan kepada pelajar untuk mengasingkan di
antara nombor positif dan nombor negatif.
ii. Refleksi

Lebih daripada 70% pelajar yang berminat dan cuba


menyelesaikan soalan yang diberikan dalam buku
latihan. Tetapi lebih 30% pelajar yang suka meniru
hasil kerja pelajar lain.
 Pelaksanaan Aktiviti 2

Huraian cara pelaksanaannya.

i. Pemerhatian

Ujian Pra yang dijalankan ke atas 12 orang pelajar


menunjukkan, soalan pertama 5 (41.7%) , soalan
kedua 7 (58.3%), soalan ketiga 9 (75%), soalan
keempat 4 (33.3%) dan soalan kelima 7 (41.7%) dapat
menjawab dengan betul. Soalan keempat merupakan
soalan yang paling rendah dijawab dengan betul oleh
pelajar. Jika dilihat dari segi menjawab soalan, semua
pelajar cuba menjawab semua soalan yang diberikan.
ii. Refleksi

Semua soalan menambah dan menolak suatu


nombor adalah berlainan. Soalan kedua, ketiga dan
kelima,dapat dijawab dengan baik oleh pelajar kerana
peratusnya lebih daripada 50%.Tetapi soalan pertama
dan keempat peratusnya kurang daripada 50%. Oleh
itu adakalanya soalan yang nampak mudah tetapi
sukar untuk dijawab oleh pelajar. Contohnya soalan
keempat nampak mudah tetapi ramai pelajar membuat
kesilapan semasa nombor negatif dengan nombor
negatif. Dengan kaedah Jadual yang telah diterangkan,
pelajar boleh menyelesaikan soalan ini, tetapi ada juga
pelajar yang telah membuat kesilapan.
Refleksi Kajian

Semasa pemerhatian yang dilakukan pada awalnya


pelajar rasa sukar untuk memahami dan menyelesaikan
latihan yang diberikan.Kemudian setelah diberi tunjuk ajar
dengan sabar dan secara perlahan-lahan maka lebih dari
separuh pelajar ini boleh menyelesaikan soalan yang
diberikan. Dan pelajar ini rasa seronok dengan Kaedah
Jadual yang digunakan.
Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Peningkatan pencapaian pelajar hanya dapat dilihat dikalangan
beberapa orang pelajar sahaja. Proses pengajaran dan
pembelajaran perlu berterusan dan tidak hanya bertumpu kepada
usaha guru sahaja. Pelajar juga perlu memainkan peranan utama
untuk menjayakan pojek kajian ini. Kejayaan dalam pengajaran
dan pembelajaran bergantung kepada kedua-dua belah pihak.

Dari segi guru, proses pengajaran dan pembelajaran yang


berkesan memerlukan kepelbagaian kaedah dan aktiviti. Jadi untuk
meningkatkan kemahiran menambah dan menolak suatu nombor,
boleh menggunakan kaedah lain seperti Kaedah Bergambar,
supaya gambaran awal semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dapat diterima pelajar dengan lebih jelas dan terus
melekat dalam otak pelajar.
MENAMBAH DAN MENOLAK SUATU
NOMBOR
MENGGUNAKAN
KAEDAH JADUAL
1. 5 + (-2) = 3

+ OOOOO

- OO
2. -4 + 2 = -2

+ oo
- oooo

You might also like