Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
177Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Susunan Fizikal Bilik Darjah Yang Ideal

Susunan Fizikal Bilik Darjah Yang Ideal

Ratings: (0)|Views: 8,698 |Likes:
Published by Munirah Ilias

More info:

Published by: Munirah Ilias on Jan 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/16/2013

pdf

text

original

 
Susunan Fizikal Bilik Darjah Yang Ideal 
 Author: admin | Files under Pengurusan Bilik Darjah Tingkah Laku 
Share
 Susunan Fizikal
Bilik Darjah
Y
ang Ideal.1. 0 MUKADIMAHBilik darjah ialah sebuah tempat perjumpaan antara
guru
dengan
pelajar 
bagi melaksanakan sesipengajaran dan pembelajaran. Sebuah bilik darjah yang tidak formal boleh jadi diadakan di bawahsebatang pokok, di tepi padang, atau di pondok sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu.Kedatangan British telah memperkenalkan konsep pendidikan. Tujuannya adalah bagi menolonggolongan bangsawan dan memperkukuhkan penyerapan serta ajaran barat sendiri dalam kalanganmasyarakat Tanah Melayu pada ketika itu. British memperkenalkan sistem pendidikan vernakular ataupengasingan di mana terdapat sekolah aliran Inggeris, India, dan Cina pada masa itu. Hal ini bagimembentuk ketidaksefahaman dalam kalangan masyarakat dalam Tanah Melayu agar tidak berlakuperpaduan dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.Namun, tujuan pendidikan yang sebenar adalah pemindahan ilmu. Pemindahan ilmu yang berlakuantara golongan kaum ini sedikit sebanyak telah menyedarkan kaum-kaum yang berada di TanahMelayu supaya menuntut kebebasan daripada penjajah seperti yang diperjuangkan oleh PartiKomunis Malaya (PKM). Konsep pendidikan terus berkembang sehingga hari ini sejajar denganmatlamat Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan
(PIPP) yang berteraskan modal insan. Modal insanhanya dapat dilahirkan menerusi pendidikan dan latihan. (Asnarulkhadi Abu Samah, Berita Harian 25Jun 2007).Modal insan merupakan daya keupayaan manusia yang meliputi pengetahuan, kemahiran, dankecekapan yang diperoleh individu. Kepentingan pembangunan modal insan juga telah dinyatakandalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988, di mana ³
Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usahayang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
 
kemakmuran masyarakat dan negara´. Jelasnya bahawa modal insan ini dapat dilahirkan menerusiproses pengajaran guru yang menggunakan sebuah bilik darjah sebagai medium bagi menyampaikanpengetahuan dan kemahiran kepada murid. Justeru, susun atur bilik darjah merupakan tunjang utamadalam merealisasikan hasrat negara ini.
SUSUNAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG BERMASALAH
: SATU KAJIAN.2. 0 MASALAH SUSUNAN FIZIKAL BILIK DARJAHMengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984),
persekitaran fizikal bilik darjah
yang baik dapatmeningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini dapat menyumbang kepadapembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, danmenjamin keseronokan untuk belajar. Beliau juga menekankan aspek pengurusan bilik darjah yangkondusif melibatkan tugas seorang guru untuk menyusun organisasi kelas, menyusun tempat dudukmurid-murid dan menyusun alat-alat bantu mengajar. Oleh itu aspek-aspek yang terlibat dalampenyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus ditekankan. Antaranya adalah seperti wujudnya guru,sekumpulan pelajar, dan kemudahan-kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, alat bantumengajar, papan kenyataan, dan sudut pembelajaran murid perlulah ditekankan.Secara teorinya, jelas dapat dilihat bahawa susunan pelan bilik darjah seperti yang terdapat dilampiran A adalah tidak kondusif mengikut pembelajaran pada tahap Kurikulum Bersepadu SekolahRendah (KBSR). Ini bermakna pembelajaran tidak dapat dilakukan secara berkesan jika seseorangguru menggunakan sebuah bilik darjah berpandukan pelan fizikal tersebut.Gamba rajah berkenaan (Pelan A) menunjukkan sebuah kelas yang bermasalah dengan kedudukanfizikalnya. Pertamanya, meja guru tidak boleh membelakangkan murid. Sementara meja murid jugatidak wajar membelakangkan meja guru. Selain itu, masalah yang jelas kelihatan ialah padakedudukan kumpulan murid yang tidak seragam dari segi susunannya. Ada pula sebuah meja untukseorang individu sahaja di belakang kelas tersebut. Kedudukan tingkap pula dihalang oleh rak buku.Selain itu, kedudukan stesen komputer juga tidak strategik kerana berada di belakang kelas. Tempatuntuk mengasah pensel pula terlalu dekat dengan kedudukan murid.Begitu juga halnya dengan kedudukan bakul sampah yang berada di depan kelas akan mencacatkanpemandangan kelas. Kedudukan kumpulan kecil yang berada di tengah pula akan menghalangpandangan murid-murid lain yang berada pada kedudukan belakang kumpulan mereka. Susunankelas dalam pelan tersebut juga agak padat dan tidak terdapat ruangan aktiviti.
 
3
. 0 CARA-CARA
MENGATASI MASALAH SUSUNAN FIZIKAL BILIK DARJAH
 Untuk mendapatkan kedudukan fizikal kelas yang ideal, kedudukan tersebut perlulah diubahsuai.Pertamanya meja guru tidak boleh membelakangkan murid. Meja guru perlu diletakkan di hadapankelas seperti yang terdapat di dalam lampiran B. Guru perlu berada sentiasa di hadapan kelas keranamurid-murid pada tahap KBSR amat memerlukan tunjuk ajar daripada seorang guru dalammenjalankan sesuatu aktiviti. Justeru, tidak wajarlah untuk guru berada di belakang kelas keranamurid tidak dapat untuk melihat dan meneladani tindak tanduk guru tersebut. Hal ini bersesuaiandengan ciri-ciri seorang guru yang ditekankan oleh Falsafah Pendidikan iaitu menjaga keterampilan.Pengajaran yang bercorak amali juga amat memerlukan tumpuan terhadap guru sebagai pemudahcara. Meja guru juga diletakkan di penjuru hadapan supaya tidak menggagu pergerakan aktiviti kelas.Di samping itu, guru dapat menggunakan papan tulis serta memberikan sepenuh perhatian terhadapsemua murid di dalam kelas.Masalah kedua yang dapat dilihat ialah pada kedudukan susun atur meja murid di dalam kelastersebut. Terdapat pelbagai bentuk susunan tempat duduk yang boleh dibentuk oleh guru. Antaranyaadalah susunan secara barisan, bulatan atau separuh bulat, klauster atau kelompok kumpulan, danbentuk ladam kuda (horse shoe). Namun, susunan kedudukan murid yang kondusif adalah dalambentuk berkumpulan. Hal ini bersesuaian dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yangmenekankan penyusunan meja murid secara berkumpulan seperti mana yang dinyatakan olehKamarudin Hj. Husin dalam bukunya Asas Pendidikan 1, Terbitan Longman Malaysia. Mengikut Gibb(1969) pula, pembelajaran berkumpulan bermaksud penukaran maklumat, kepakaran, dan keperluandalam kalangan ahli kumpulan.Sumbangan daripada setiap ahli kumpulan adalah matlamat utama dalam pembelajaran berkumpulansejajar dengan pendapat Jim Murphy dalam bukunya Teaching Practise Conversations. Beliaumenyatakan bahawa salah satu kaedah untuk mengekalkan tumpuan murid adalah denganmembahagikan murid kepada pasangan dan kumpulan kecil.Dalam konteks pengajaran bahasa, murid yang belajar secara kumpulan akan membentuk suatusuasana yang kondusif. Murid akan berani untuk mengeluarkan idea ataupun pendapat dalamkalangan sesama mereka. Mereka juga dapat mengembangkan bakat atau kebolehan yang sediaada. Pengajaran secara berkumpulan dapat menjadikan murid lebih aktif dan mempunyai semangatbelajar. Murid juga memperoleh kemahiran bersosialisasi hasil daripada perbincangan yang dilakukan

Activity (177)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
steafanie_oh liked this
Hasya NurAin liked this
Pija Ali liked this
Aizat Fikri liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->