You are on page 1of 8

Bimbang Tak Mampu Sedia Hantaran Kahwin Tinggi

APABILA terbaca beberapa siri penulisan dalam Jendela Hikmah mengenai


perkahwinan adalah ubat kepada cinta songsang di kalangan orang muda yang
membawa kepada zina, maka saya rasa terpanggil untuk menyahut cabaran itu.
Saya berniat mengahwini kekasih hati tetapi saya bimbang tidak mampu
memberikan hantaran tinggi kepada bakal isteri. Apakah sebenarnya nilai hantaran
yang paling minimum yang diwajibkan oleh Islam?

Mat bermotosikal

Klang, Selangor
Kebimbangan saudara itu memang ada asasnya. Bacaan saudara mengenai episod
perkahwinan membabitkan perbelanjaan besar, mas kahwin yang mahal dan
hantaran mewah itu menghantui pemikiran saudara.

Berapa ramai daripada masyarakat kita yang mampu berbuat demikian? Apakah
kayu ukur penentuan mahar dan mas kahwin dalam kehidupan masyarakat kita? 

Adakah kita secara tidak sedar mula menggunakan kayu ukur penentuan nilai wanita
dalam perkahwinan menggunakan laras penilaian artis barat yang menghabiskan
berjuta-juta dolar untuk berkahwin, kemudian bercerai tidak lama selepas itu.

Adakah kadar mahar dan hantaran yang mewah dan mahal itu menjamin
kebahagiaan dan kelangsungan perkahwinan?

Secara tidak langsung laporan berlebihan mengenai kemewahan mahar dan


hantaran perkahwinan membentuk beberapa persepsi baru yang negatif dalam
minda masyarakat ketika membuat persediaan mengadakan majlis perkahwinan dan
niat pasangan yang bakal berkahwin. 

Persepsi negatif itu antaranya:


l Untuk mendapat mahar dan hantaran tinggi mestilah menjadikan diri seorang yang
popular dan glamor, sedangkan ilmu dan akhlak tidak diambil kira.

l Lelaki berasa lebih terancam dan takut untuk berkahwin jika belum ‘kaya.’ Mereka
akan susah untuk berkahwin awal kerana takut dipaksa memberikan hantaran mahal
yang di luar kemampuan. Sehingga ada yang mencari jalan haram untuk
memuaskan nafsu seks mereka.

l Nilai wanita masa kini adalah berasaskan wang ringgit saja. Buktinya ialah saudara
kini (dan juga segelintir masyarakat) yang masih keliru antara 'mas kahwin' dan
'hantaran'. Sebenarnya ada perbezaan ketara antara keduanya. 

Mas kahwin disebut sebagai mahar adalah hak/harta isteri yang wajib suami
serahkan kepada isteri untuk menghalalkan pernikahan antara keduanya, sama ada
disebut ketika akad atau tidak disebut.

Firman Allah bermaksud: “Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin
mereka sebagai pemberian wajib.” (Surah an-Nisa’, ayat 4) Allah berfirman lagi
bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang
lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu
secara bernikah, bukan secara berzina.” (Surah an-Nisa’, ayat 24) 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun
sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Hadis riwayat Bukhari ) Mas kahwin
boleh diberikan dalam bentuk apa saja asalkan berfaedah, sama ada wang ringgit,
barang atau sesuatu yang bermanfaat. 

Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu
apapun untuk dijadikannya mas kahwin lalu Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki
itu: “Adakah kamu menghafaz sedikit daripada ayat al-Qur'an? Lelaki itu menjawab
dia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah SAW pun mengahwinkan lelaki
itu dengan mas kahwin surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi
isterinya. 
Mahar juga disebut sebagai ‘Sadoqathinna’ bagi menggambarkan kebenaran dan
kesungguhan keinginan untuk berkahwin daripada pihak yang memberi atau dengan
kata lain menunjukkan bahawa pihak suami benar-benar ingin berkahwin apabila dia
bersedia memberikan mas kahwin kepada isteri.

Hantaran pula ialah hadiah daripada suami kepada isteri dan juga hadiah daripada
isteri kepada suami, iaitu saling bertukar hadiah sebagai tanda setuju dengan
perkahwinan itu. Hantaran tidak wajib tetapi hukum adat dan hukumnya
harus.Mengenai kadar mas kahwin, ulama berselisih pendapat dari segi kadar
minimum. Ulama sepakat mengatakan tiada had maksimum berdasarkan ayat 20
surah An-nisa' yang menyebut perkataan ‘qintor’ bermaksud emas yang sangat
banyak.

Menurut Ibn 'Abbas dan Mujahid, qintor bersamaan 70 mithqal, kata Abu Said emas
sepenuh belulang lembu. Namun, disunatkan kita tidak berlebihan dalam
memberikan hantaran menurut dalil di bawah:

Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya nikah


yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah (rendah) maharnya.”
(Hadis riwayat Al-Baihaqiy) Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Setengah daripada keberkatan wanita ialah mudah peminangannya dan mudah
maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)

Abu Hurairah berkata, “Adalah sodaq kami ketika zaman Rasulullah ada bersama
kami 10 waqyah.” (1 waqyah bersamaan 40 dirham)

Saidina Umar berkata: “Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas
kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di
dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah SAW orang
yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak.
Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah SAW berkahwin dengan mana-
mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih
daripada 12 waqyah.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi ) 
Mengenai kadar melampau batas, menurut Ibn Qudamah (Mazhab Hambali), tidak
digalakkan lebih daripada 500 dirham, iaitu kadar mahar isteri Rasulullah SAW,
begitu juga pendapat ulama Mazhab Syafie, Maliki, had melampau ialah kadar
melebihi kebiasaan orang ramai.

Hikmat mengelakkan daripada berlebih dalam membayar mahar adalah untuk


memudahkan pemuda berkahwin supaya tidak terpesong kepada perkara yang tidak
diingini seperti zina dan perkara yang membawa kepada buruk akhlak.

Saidina Umar berkata dalam khutbahnya: “Sesungguhnya lelaki yang berlebih dalam
memberi mahar perempuannya sehingga menjadikan perempuan itu permusuhan
dalam diri lelaki itu.” (Hadis riwayat an-Nasaie) 

Apa yang perlu kita utamakan ialah kesederhanaan, keberkatan dan kelangsungan
perkahwinan bakal dilalui pasangan pengantin itu. Bukan glamor dan menunjuk-
nunjuk yang membawa kepada riak serta unsur negatif dalam masyarakat yang
sebilangan besar tidak mampu mengadakan hantaran yang mahal.

Jawapan disediakan Prof Madya Maznah Daud dengan kerjasama Wanita JIM.
Persoalan dan jawapan boleh dilayari di http://www.bicarakalbu.blogspot.com 

diya:
Melihat kepada hal ini, saya teringat kepada majlis akad nikah yang ada secara
besar-besaran di Perlis baru² ini. Pasangan-pasangan ini perkahwinan mereka
ditaja. Dan wang untuk tajaan perkahwinan itu adalah wang zakat hinggakan ada
menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah orang kerana wang zakat dikeluarkan
untuk perbelanjaan perkahwinan secara besar²an itu.

Wallahualam

aye:
dah jd trend zaman sekarang....
myzul:
Similarly, why do the authority make it so hard for Muslims to get married? Let's not
talk about polygamy. Let's just talk about simple monogamous marriage. Why is it so
difficult to be married? People are having sex anyway so why make marriage so
difficult to attain? Wasn't marriage supposed to ward off zina?

Orang yang besar-besarkan perkara perkahwinan ni tertipu dengan syaitan. Buat


kenduri besar-besar. Hantaran puluhan ribu. Kenduri tiga hari tiga malam. Last-last
Erra dan Yusri bercerai jugeee. Ajai dan Nurul bercerai jugeee. Kita ni sibuk sangat
konon nak ikut Rasulullah SAW. Kononnya. Tapi tak juge..!!

Rasulullah SAW kata wanita yang baik itu yang murah mas kahwinnya. Kita ikut
juga, mas kahwin 24 ringgit. Atau 90 ringgit. Atau 70 ringgit. Tapi hantaran, mak oi
kalau kat Kedah tu 1/3 dari gaji aku sebulan. Itu baru hantaran. Belum belanja
hangus, belanja terbakar, belanja rentung lagi. On the bride side. On the groom side
lagi.

Jadi kalau ikut Rasulullah SAW, kiasannya wanita yang kurang baik tu yang terlalu
tinggi maskahwinnya. Whether you like it or not, believe it or not, hantaran tu
termasuk dari maskahwin tu. Because that is the amount you need to come up with
in order to call that woman your wife..correct me if im wrong..

NurWahidaFauzi:
sederhana jer la...
perkahwinan tue bukan unutk memberatkan pihak mane2...
dan apa pun satu keberkatan dalam ikatan yang di ikatkan tue...
diredhai ALLAH...sentiase...
Maskahwin

Maskahwin disebut juga sebagai Mahar dalam bahasa Arab adalah satu bentuk
pemberian daripada bakal suami kepada bakal isterinya dengan sebab perkahwinan.

"pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami
kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang
yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran
atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang”.
Mankala ‘Pemberian’ ditafsirkan sebagai “pemberian sama ada dalam bentuk wang
atau barang-barang yang diberi oleh seorang suami kepada seorang isteri pada
masa perkahwinan”. - seksyen 2(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003

Diulang sebanyak enam kali di dalam Surah Al-Baqarah dan Surah An-Nisaa’ dan
sekali pada Surah Al-Mumtahanah dengan sebutan yang berbeza antaranya
‘sadaq’bererti kebenaran, ‘nihlah’ pemberian wajib, ‘Atiah’ pemberian, ‘qintaran’
harta yang banyak, ‘faridhah’ maskahwin, ‘Ajrun’ kebaikan, disebut dalam firman
Allah SWT yang memberi maksud seperti berikut:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka


sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah
(gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik
kesudahannya”.[An-Nisaa: 4]

“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya


setelah ia menjadi isteri kamu, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya
dengan sempurna sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan tiadalah
kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh
kamu suami isteri, sesudah ditetapkan maskahwin itu tentang cara dan kadar
pembayarannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. [An-
Nisaa: 24]
Hantaran

Hantaran pula lebih menjurus kepada adat resam sahaja, ia bergantung kepada
bangsa, gaya berbelanja, budaya dan keturunan wanita yang dikahwini. Kelaziman
masyarakat Malaysia yang hampir tidak meninggalkan amalan hantaran
perkahwinan menjadikannya sebagai kewajipan yang tidak tertulis selari dengan
maskahwin yang diwajibkan syarak dan dikuatkuasakan melalui undang-undang
keluarga Islam setiap negeri dan wilayah.

Dimaksudkan dengan hantaran oleh kamus dewan edisi keempat adalah:

“wang yang dihantar oleh pihak lelaki kepada bakal mertua untuk perbelanjaan
perkahwinan, belanja hangus”. “(dalam majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah
(berupa makanan, pakaian dan sebagainya) yang dibawa bersama wang hantaran:
pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang”.

Beza Maskahwin dan Hantaran

Maskahwin merupakan hak isteri yang berkaitan dengan pernikahannya


manakala hantaran bebas dibelanjakan samada oleh isteri, ibu bapanya atau
sesiapa sahaja yang diberi keizinan oleh adat atau si isteri itu sendiri. Tiada
sebarang nas yang bersandarkan kepada hukum syarak menyebabkan kadar dan
penyediaan hantaran semasa majlis perkahwinan kadangkala membawa beban
kepada kedua-dua belah pihak.

Maskahwin datangnya daripada duit suami manakala hantaran boleh dibiayai


oleh sesiapa sahaja yang berniat untuk memeriahkan lagi walimah yang diaturkan
oleh kedua belah pihak, maka tidak hairanlah jumlah maskahwin lebih rendah
daripada belanja hantaran secara umumnya.

Bagi masyarakat Islam di Malaysia, sekiranya belanja perkahwinan dikira


daripada kadar maskahwin sahaja nescaya kadar perkahwinan pada usia muda
dapat ditingkatkan dan ruang maksiat dapat ditutup dalam usia nafsu lelaki dan
wanita yang sedang bergejolak.

Antara perbezaan lain antara keduanya adalah, maskahwin dalam bentuk


matawang atau dinar emas yang semakin popular digunakan datangnya dari
pengantin lelaki sahaja manakala hantaran dalam bentuk benda atau
perkakasan akan datang dari kedua-dua belah pihak dengan kaedah balasan, pihak
yang mendatang akan memberi hantaran dalam jumlah kiraan dulang yang ganjil
dan akan dibalas oleh pihak yang menyambut dalam jumlah yang ganjil dengan
bilangan yang lebih daripada pihak tetamu. 

Ketiadaan kekangan agama ini disalah erti oleh sesetengah pihak yang
mengenakan kadar hantaran yang tinggi sehingga membebankan malah boleh
dikategorikan sebagai zalim apabila pihak pengantin terpaksa berhutang semata-
mata memenuhi kehendak pihak penentu hantaran, bukannya dari penerima mutlak
yaitu pengantin perempuan itu sendiri.

Kita boleh berhujah menggunakan kaedah qawaid fiqhiyah dikenali sebagai ‘Al-Adah


Muhakamah’ yang bermaksud setiap adat yang tidak melanggar hukum syarak
boleh diamalkan, namun pembaziran atas sesuatu yang tidak perlu atas nama
adat boleh ditinggalkan, kerana ‘pelaku pembaziran adalah saudara
syaitan’ ditambah pula dengan niat untuk menunjuk-nunjuk yang dikhuatiri
membawa sifat riak dan taajub dengan diri sendiri.

Dalam takrifan umum hantaran berasaskan kepada adat, manakala maskahwin


ditetap dan wajibkan oleh syarak, walaupun tiada kadar minimumnya, seharusnya
pihak lelaki memberi pihak perempuan dengan jumlah tidak kurang dari 10 dirham
dan tidak lebih dari 500 dirham, jika tidak disebut dalam akad mahupun perjanjian
perkahwinan maka kadar maskahwin akan diberikan dengan kadar seimbang
dengan keadaan dan kedudukan perempuan dan keluarganya dalam masyarakat,
mengikut adat jumlahnya ditetapkan oleh bapa pengantin perempuan. Ini berbeza
diantara negeri-negeri yang lain, sebagai kemudahan umat Islam maklumat tentang
kadar maskahwin setiap negeri boleh didapati dari laman web JAKIM.

Berapapun jumlah maskahwin ataupun hantaran yang ditentukan samada oleh adat
atau keturunan seseorang, akhirnya kita perlu kembali kepadasebaik-baik jumlah
yang disarankan oleh baginda Rasulullah SAW terjemahannya
berbunyi: “Sebaik-baik maskahwin itu adalah yang paling senang atau paling
rendah” [Abu Dawud] 

Atau sekiranya tidak berkemampuan langsung maka sabda rasul lagi; Carikanlah


(sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mas kahwin) walaupun sebentuk cincin dari
besi. [Bukhari dan Muslim]

"hantaran bukan jaminan kebahagiaan"

p/s: just another thought dat should comes into our senses..

You might also like