Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
1Activity
P. 1
RENUNGAN RAMADHAN - Ke Arah Ramadhan Yang Lebih Bermakna

RENUNGAN RAMADHAN - Ke Arah Ramadhan Yang Lebih Bermakna

Ratings: (0)|Views: 61 |Likes:
Published by Ir Hazidi

More info:

Published by: Ir Hazidi on Jan 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/12/2011

pdf

text

original

 
 1
 
RENUNGAN RAMADHAN
Ke Arah Ramadhan Yang Lebih Bermakna
 Dr. Hj. Omar bin Yaakob
…cebisan tazkirah menyelami rahsia Ramadhanuntuk bacaan setiap malam
 
 2
 
Renungan Ramadhan– Muqaddimah
Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnyamaghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.Umumnya Ramadhan disambut meriah di Malaysia. Masjid dan surau akan dibanjirioleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atauceramah pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia akanmenjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah bermaksud:
“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman”
(Surah
 Azzariyat: 57)
Dan firman-Nya lagi:
“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecualiorang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengankebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(Surah Al-Asr: 1-3)Walaupun begitu, di sana terdapat masalah dari segi kurangnya sumber untuk renungan.Risalah kecil ini salah satu usaha kerdil untuk memenuhi hasrat ini. Cebisan-cebisanrenungan ini cuba merangkumi pelbagai aspek dari penghayatan Ramadhan. Seberapadaya, kami berusaha memastikan kenyataan yang dibuat disertakan dengan hujjah dandalil yang terbukti kuat dan dinyatakan sumbernya yang sah.Semoga risalah ini dapat membantu kita dalam mengharungi lautan keberkatan danrahmah Allah di bulan Ramadhan.
 AlFaqir Ilallah,
Omar YaakobJohor Bahru
 
 3
 
Renungan Ramadhan 1
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkanusia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan :
“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih,salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan. Semoga Allahmemanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan danmengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih.Saudara-saudari yang dirahmati Allah,Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan bermaksud:
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan keatas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka danditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya diarugi.”(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnyaRamadhan.Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwayang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnyayang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini. Adalah rugi kiranyakita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasatetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luasterbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arahdosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya. Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada malam pertama ini. Mahukah kitamenerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yangmendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaanlebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita?

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->