You are on page 1of 1

NOTIS KEBAJIKAN

BIRO KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN PKPMI-CJ ░ JANUARI 2011

Belum sampai sebulan tahun 2011 ini, TIGA kejadian jenayah telah berlaku. Satu adalah jenayah
rompakan dan peras ugut serta dua lagi adalah jenayah ragut. Oleh itu kami meminta pelajar
mengamalkan sikap berhati-hati.
Antara tips keselamatan adalah:

1. Elakkan berjalan bersendirian terutamanya bagi pelajar perempuan.


2. Jaga tas tangan sebaiknya. Kebanyakan kes ragut berlaku ketika pelajar tidak sedar dan
kebanyakannya kerana kesempatan yang ada.
3. Elak menggunakan telefon bimbit ditepi jalan.
4. Jangan terpedaya dengan tawaran baik dari pihak tak dikenali seperti memberi tumpang kereta,
menawarkan tawaran hadiah melalui telefon dan pelbagai lagi.
5. Elakkan memberi maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tak dikenali.
6. Kunci pintu setiap kali anda berada atau keluar dari rumah.
7. Jangan benar orang yang tak dikenali masuk ke rumah. Bagi pelajar yang menginap di rumah
kosan, pastikan ibu kosan ada jika orang tak dikenali mahu melihat bilik.
8. Elakkan keluar malam tanpa urusan yang tidak perlu.
9. Simpan barang berharga anda ditempat yang selamat.

Jika berlaku jenayah, perkara yang perlu anda lakukan adalah:

1. Pastikan keselamatan anda terlebih dahulu. Jangan bertindak hingga boleh membahayakan
kesihatan.
2. Jerit meminta tolong kepada orang sekelilig (contoh: MALINGGGG!!). Penjenayah sangat takut
dengan penghakiman massa (dibelasah oleh warga awam).
3. Laporkan segera kepada Biro Kebajikan PKPMI-CJ:
Trisakti -Nadhira (087883933663)
Ukrida -Faiqah (081808235838)
Moestopo -Siti marhidayana (087877361452)
UI -Hazwani (087883075766)
UIN -Annurul hidayah (087882578386)
4. Telefon segera Bank untuk block kartu ATM. Nombor telefon bagi Bank CIMB NIAGA ialah
14041.
5. Laporkan kepada pihak polisi (dengan bantuan Biro Kebajikan/Senior).
6. Dalam laporan polisi, laporkan hal yang berlaku dan semua barang yang hilang. Perlu membawa
Pasport (jika ada) dan nombor rekening Bank.

KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA!


http://pkpmijakarta.blogspot.com

You might also like