You are on page 1of 22

Cabaran terhadap bahasa, budaya dan agama masyarakat Portugis: Satu analisis di

Perkampungan Portugis Melaka.

Pengenalan

Kajian ini merupakan kajian situasi semasa tentang bahasa dan budaya masyarakat

Portugis di Perkampungan Portugis Melaka. Kristang merupakan bahasa utama yang dituturkan

oleh masyarakat di sini manakala, budaya yang diamalkan oleh mereka sangat unik dan berlainan

dengan budaya penduduk majoriti di sekelilingnya. Kebanyakan daripada mereka pula

mengamalkan ajaran agama Kristian Katolik.

Sejak berpuluh-puluh tahun masyarakat berketurunan Portugis telah menetap di

Perkampungan ini. Oleh itu, berlaku proses pengaruh mempengaruhi antara masyarakat Portugis

dengan masyarakat sekitarnya dari pelbagai latar bangsa dan agama. Faktor sosial dan ekonomi

telah menggalakkan mereka untuk berinteraksi dengan penduduk berketurunan Melayu, Cina,

India dan lain-lain. Contohnya, dengan golongan berketurunan Cina bagi urusan jual beli dan

golongan Melayu untuk tujuan perbidanan dan pendidikan.

Latar belakang Komuniti Portugis

Pendudukan awal komuniti berketurunan Portugis di Melaka bermula selepas kejatuhan

Melaka pada tahun 1511. Bermula dari tarikh tersebut, sedikit demi sedikit orang-orang Portugis

membentuk komuniti mereka sendiri dan mengamalkan kahwin campur dengan penduduk

1
tempatan. Amalan ini diteruskan semasa pemerintahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah

Melayu.

Penempatan masyarakat berketurunan Portugis secara berkelompok mula dilaksanakan.

Perkampungan ini terletak di daerah Ujong Pasir iaitu kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar

Melaka. Idea penubuhan perkampungan ini sebenarnya telah dibangkitkan sejak tahun 1926 lagi.

Pada tahun 1933, 28 ekar tanah di daerah ini telah dibeli dengan tujuan memberi bantuan

membina rumah bagi masyarakat keturunan Portugis yang miskin serta mengekalkan warisan

budaya masyarakat Portugis. Tanah yang berpaya telah diterangkan dan sebanyak sepuluh rumah

kayu lantai tanah dan bumbung atap telah dibina.

Pada tahun 1934, perkampungan ini berjaya dibina sepenuhnya. Dua orang paderi

Katolik yang bertanggung jawab dalam usaha pembinaan perkampungan ini ialah Father Alvaro

Manuel Coraodo dan Father Jules Pierre Francois. Sebab itulah perkampungan ini juga dikenali

dengan nama Padre Sa Chang atau Tanah paderi. Perkampungan Portugis dahulunya dikenali

dengan nama Perkampungan St. John.

Pembinaan perkampungan ini juga adalah atas kesedaran kedua-dua paderi tersebut

supaya penganut agama Kristian ini tidak perlu berulang-alik terlalu jauh meredah sungai dan

laut untuk sampai ke gereja St. Peter. Mereka hanya pergi ke gereja yang berdekatan dengan

perkampungan ini. Kedua-dua paderi ini juga meminta bantuan daripada Governor British

Melaka untuk membeli tanah.

Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa penduduk Perkampungan Portugis telah dijalankan.

Dalam mesyuarat pertama tersebut, nama-nama jalan di perkampungan tersebut telah ditetapkan.

Selepas mesyuarat pertama tersebut, sedikit demi sedikit keluarga telah berjaya dipindahkan dan

pada tahun 1935 sebanyak 10 buah rumah telah dibina di sepanjang Jalan Texeira.

2
Perkampungan Portugis ini diketuai oleh seorang Regedor atau Ketua kampung dan

beberapa orang anak buah yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi setiap folio yang

terlibat. Tugas Regedor sama seperti tugas sebagai seorang ketua kampung yang terdapat di

tempat-tempat lain di Malaysia. Mereka dibayar elaun oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada

masyarakat dan tanggungjawab yang dipikul.

Di Malaysia, jumlah keseluruhan penduduk berketurunan Portugis ialah seramai 25,000

termasuk Portuguese Eurasian. Mereka bukan sahaja tertumpu di negeri Melaka sahaja tetapi

terdapat juga di negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Negeri

Sembilan dan Johor selain negara Singapura. Bancian pada tahun 1960 mendapati bahawa

bilangan penduduk berketurunan Portugis ialah sebanyak 1500 orang. Menurut Baxter (1988:

29), terdapat lebih kurang 1300 orang yang terdapat di perkampungan ini.

Panggilan orang Portugis: Orang grago, serani, dan Eurasian

Orang Portugis dikenali sebagai orang Serani oleh penduduk setempat terutamanya orang

Melayu merujuk kepada agama Nasrani yang dianuti oleh orang Portugis. Gragoh pula

bermaksud geragau iaitu udang kecil yang biasa ditangkap oleh nelayan berketurunan Portugis.

Lama kelamaan nama gragoh ini sesuai dengan merujuk kepada penduduk berketurunan

Portugis.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa kesinambungan bahasa, agama dan

budaya golongan berketurunan Portugis ini berterusan semasa pemerintahan Belanda dan

Inggeris. Semasa pendudukan Inggeris, golongan ini mula dikenali sebagai “Eurasian”.

3
During the British rule, the Malay Portuguese community started being called Eurasians. The two
expressions are going to be used as synonyms because the Portuguese community had assimilated
the Dutch descendants who had accepted the Portuguese customs, the Catholic religion and the
Portuguese language. (Muzzi, 2002:43-44)

Daus (1989:19) juga mempunyai pendapat yang sama tentang istilah “Eurasian” dan

istilah ini lebih kerap digunakan berbanding dengan istilah Portugis.

It is not by accident that the name “Portuguese” is used less frequently in official statements
nowadays than the term “Eurasians of Portuguese origin”. The new term suggests not only a racial
mixture of Europe and Asia but also a special mixed culture which is the sum total of cultures
inherited from both continents.

Walaupun mereka mempunyai nama berbeza tetapi istilah tersebut merujuk kepada

masyarakat yang sama, iaitu keturunan Portugis yang mendapat taraf bumiputera di negara ini.

Objektif Kajian

1. Melihat pengaruh bahasa dan budaya Portugis dalam masyarakat Melayu

2. Mengupas pengaruh bahasa dan budaya Melayu terhadap bahasa dan budaya masyarakat

Portugis di sini

3. Mengenal pasti pengaruh bahasa dan budaya masyarakat lain dalam masyarakat

berketurunan Portugis

4
Soalan Kajian

1. Apakah unsur-unsur bahasa dan budaya Kristang yang terdapat dalam masyarakat

Melayu?

2. Apakah unsur-unsur bahasa dan budaya Melayu yang terdapat dalam masyarakat

berketurunan Portugis?

3. Adakah bahasa Kristang akan bertahan sebagai bahasa minoriti di negara ini

Sorotan Kajian

Kewujudan golongan minoriti berketurunan Portugis di Melaka telah menyebabkan

Melaka merupakan negeri yang unik berbanding dengan negeri-negeri yang lain di negara ini.

Keunikan ini terbukti kerana golongan minoriti ini masih masih bebas mengamalkan bahasa,

agama dan budaya mereka tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. Kajian tentang bahasa

Kristang secara serius telah dikaji oleh Baxter (1984) melalui tesis Phd beliau dan kemudian

diterbitkan pada tahun 1988 dengan tajuk “A grammar of Kristang”. Kajian menyeluruh

mengenai aspek tatabahasa Kristang termasuk sistem vokal dan konsonan bahasa ini telah dapat

dikenal pasti. Berdasarkan kajian beliau sebanyak 6 vokal dan 19 konsonan dalam bahasa

Kristang.

Kajian tentang budaya masyarakat Portugis atau Kristang pula telah dikaji oleh

Sarkissian (1995) dan Nunes (2001) terutamanya berkaitan dengan lagu tradisi dan tarian

tradisional. Sarkissian (1995) menumpukan kepada identiti dan ciri-ciri etnik Portugis di

5
Perkampungan Portugis. Kajian beliau telah menunjukkan bahawa etnik minoriti ini masih

mengekalkan ciri-ciri budaya mereka yang tersendiri terutamanya melalui lagu yang popular

iaitu Jingkli Nona dan juga tarian. Tarian joget Melayu juga dikatakan mempunyai persamaan

dengan tarian branyo yang popular di kalangan orang Portugis di sini.

Metodologi kajian

Data yang diperolehi adalah berdasarkan kepada kajian lapangan yang telah dijalankan di

Perkampungan Portugis. Kajian lapangan dilakukan untuk mendapat data bahasa Kristang yang

berupa penyenaraian kata berdasarkan golongan kata tertentu.

Beberapa teknik telah digunakan dalam kajian ini, iaitu teknik pemerhatian, temu bual

dan rakaman. Berdasarkan teknik pemerhatian, rakaman berdasarkan perbualan di kalangan

penduduk setempat. Rakaman perbualan aktiviti-aktiviti seharian adalah seperti di pasar, di

restoran dan di muzium.

Teknik temu bual pula dilakukan dengan memilih informan di kalangan penduduk di sini.

Kemudian sebutan perkataan demi perkataan bagi setiap kata bahasa Kristang.

Bahasa, budaya dan agama masyarakat Portugis mempengaruhi masyarakat majoriti

Tiga bahasa utama yang digunakan oleh penduduk di sini ketika berkomunikasi, iaitu

Kristang atau Kreol Portugis Melaka (KPM), bahasa Inggeris (BI) dan bahasa Melayu (BM).

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, bahasa Kristang digunakan dalam urusan seharian seperti

dalam domain jual beli, perkerjaan, keluarga, kejiranan, persahabatan, hiburan dan keagamaan.

6
Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa asing terpenting menjadi lebih dominan dan merupakan

saingan bahasa Kristang. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara

digunakan semasa berkomunikasi dengan tetamu/pelawat, sahabat dan jiran tetangga.

Semenjak penjajahan Portugis pada abad ke-16 lagi, bahasa Kristang terus bertahan dan

mengalami beberapa persaingan daripada bahasa-bahasa lain. Terdapat tiga peringkat yang telah

dilalui oleh bahasa Kristang, iaitu peringkat pemeliharaan bahasa (language maintanence) di

mana penduduk di sini sejak pemerintahan Belanda dan British menggunakan bahasa ini ketika

berkomunikasi satu sama lain. Peringkat kedua ialah peringkat anjakan bahasa (language shift)

iaitu bahasa ini mengalami persaingan dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan

bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Inggeris sangat dominan terutamanya semasa pemerintahan

British dan ramai daripada mereka yang berpendidikan Inggeris.

Bahasa Kristang juga mengalami persaingan dari bahasa Melayu terutamanya selepas

merdeka. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, bahasa Inggeris kekal sebagai

bahasa rasmi. Penduduk Tanah Melayu selepas merdeka memerlukan satu bahasa yang dapat

menyatukan pelbagai etik, budaya dan bahasa. Jadi bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa

kebangsaan bagi memupuk identiti dan perpaduan kebangsaan di kalangan rakyat (Asmah Haji

Omar, 1979: 13). Penubuhan sekolah menengah aliran Melayu pada 1958 telah mengangkat

martabat bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah bermula pada

1960. Seterusnya, bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa pengantar, penyediaan kurikulum

dan peperiksaan awam di sekolah-sekolah (Gill, 2003:146). Peristiwa-peristiwa tersebut telah

menyebabkan ramai penduduk keturunan Portugis yang mempunyai pendidikan aliran Inggeris

dan Melayu dan dengan itu penggunaan bahasa Kristang mula berkurangan.

7
Peringkat ketiga ialah peringkat anjakan bahasa patah balik (riversing language shift) di

mana bahasa ini mengalami pemeliharaan semula (Asmah Haji Omar, 2006:17) Pemeliharaan ini

adalah atas kesedaran komuniti Portugis sendiri. Terdapat program-program pemeliharaan

bahasa Kristang yang dijalankan oleh mereka yang mahir dengan bahasa tersebut. Salah seorang

daripada mereka ialah Joan Margaret Marbeck yang cuba menghidupkan kembali penggunaan

bahasa ini di kalangan orang muda terutamanya pelajar. Beberapa sekolah telah dipilih ialah

SMK Convent Canossa, SMK St. Francis, Sekolah Menengah Padang Temu dan SMK Convent

Infant Jesus. Antara contoh aktiviti yang beliau lakukan ialah kelas bahasa, pertandingan

membaca puisi, drama, tarian dan sebagainya dengan kerjasama syarikat swasta. (New Straits

Time: Julai 2007).

Sesetengah nama tempat di Melaka mendapat merupakan pengaruh bahasa Kristang.

Contohnya ialah Tengkera, Banda Kaba, Bukit Senjuang dan Praya Lane. Tengkera dalam

bahasa Portugis Standard bermaksud kawasan yang selamat. Kawasan Tengkera yang ada

sekarang ini dahulunya merupakan pintu masuk bagi orang luar.

Pengaruh budaya Portugis

Masyarakat Portugis sentiasa ceria dan gembira dalam menjalani kehidupan seharian.

Kegembiraan mereka dapat diluahkan melalui tarian, muzik dan juga lagu-lagu yang

dinyanyikan. Berhubung dengan tarian Portugis, ia ada kaitan dengan sejarah pemerintahan

Portugis di sini. Pengaruh kuat tarian Portugis ini telah meresap ke dalam tarian Melayu seperti

yang dapat kita lihat dalam tarian Joget.

8
Pengaruh bahasa dan budaya Melayu ke atas masyarakat Portugis

Pengaruh bahasa

Pengaruh perkataan Melayu dalam bahasa Kristang dapat dikategorikan kepada beberapa

jenis kata seperti kata nama, kata sifat dan kata kerja dan kata supraayat (Lihat lampiran 1:

Senarai kata bahasa Melayu dalam bahasa Kristang).

1) Kata nama

Kata nama boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti kata nama kumpulan

(hiponim), kata nama ukuran dan kata nama gandaan.

a) Kata nama kumpulan seperti kumpulan binatang, buah, sayur-sayuran dan kenderaan

Kata nama binatang: blaŋkas (belangkas), ampeh (ampai-ampai), caciŋ (cacing), cica

(cicak),

Kata nama sayuran : botor (kacang botor), kaladi (keladi), ləŋkuas (lengkuas), kacaŋ

(kacang)

Kata nama buah: jambu (jambu), maŋga (mangga), rambutan (rambutan)

Kata nama badan: təngkoh (tengkuk), siku (siku), dagu (dagu), kətiyah (ketiak)

Kata nama kenderaan: toŋkaŋ (tongkang), praw (perahu)

b) Kata nama ukuran ialah seperti ganta (gantang), inci (inci), kati (kati)

c) Kata nama gandaan

9
Kata nama gandaan boleh merupakan kata gandaan seluruh kata, kata gandaan suku kata

pertama dan juga kata gandaan berima (Asmah Haji Omar, 2008:56). Walau bagaimanapun, kata

nama gandaan dalam bahasa Kristang lebih merujuk kepada makna jamak dari segi jumlah dan

jenisnya seperti albi-albi (pokok-pokok), macu-macu (budak-budak) dan galia-galia (ayam-

ayam). Kata guru-guru pula merujuk kepada bunyi guruh sabung menyabung. Selain itu, terdapat kata

gandaan yang sama seperti bahasa Melayu yang merujuk kepada binatang, iaitu laba-laba (labah-labah).

2) Kata sifat

Kata sifat adalah subgolongan dari golongan kata karyaan dan mempunyai fungsi dalam

ayat yang sama denga kata kerja tak transitif, iaitu kedua-duanya tidak mengambil objek (Asmah

Haji Omar, 1993: 130). Kata sifat juga dikenali sebagai kata yang menerangkan kata nama

(Asmah Haji Omar, 2008: 112).

Antara contoh kata sifat yang berasal dari bahasa Melayu ialah kata sifat indera bau

seperti amis (hamis), kata sifat indera pandang seperti kacah (kacak), kata sifat indera sentuh

seperti tompol (tumpul), kata sifat kognisi seperti jinadu (jinak), kata sifat kuasa tenaga seperti

brani (berani) dan autu (hanyut).

3) Kata kerja

Kata kerja ialah kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat Subjek-Predikat-(Objek)-

(Ajung) (Asmah Haji Omar, 1993: 81). Kata kerja dalam bahasa Melayu mempunyai

kemungkinan untuk menjadi kata kerja berlapis dan kata kerja majmuk (Asmah Haji Omar,

2008:89).

10
Antara contoh kata kerja dapat dikenal pasti berasal dari bahasa Melayu ialah seperti

ʔaluh (halau, menghalau), cubah (cuba, mencuba) dan kətoh (ketuk, mengetuk).

4) Kata supraayat

Kata supraayat ialah kata yang penggunaannya hanya jelas dalam hubungan antara ayat

(Asmah Haji Omar, 1993: 148). Antara contoh kata supraayat bahasa Kristang yang berasal dari

bahasa Melayu yang dapat dikenal pasti ialah seperti pon (pun) dan seja (sahaja).

Pengaruh pantun Melayu

Pantun. Jika kita perhatikan struktur lagu dalam bahasa Kristang, lagu tersebut menyamai

pantun yang mempunyai rima akhir a,b,a,b. Ini menunjukkan bahawa penduduk keturunan

Portugis di sini sudah terdedah dengan irama pantun Melayu sejak dahulu lagi. Contohnya ialah

seperti lagu Jingkli Nona seperti di bawah (Lampiran 2 untuk lirik penuh):

Jingkli-nona, Jingkli-nona

yo kereh kazah (2x)

Kaza nteh porta

nteh kai logu pasah. (2x)

Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

Jingkli-nona, Jingkli-nona

yo kereh andah, (2x)

Raskundeh o mia nona

pra mandah kung yo santah. (2x)

Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

11
Walau bagaimanapun, orang-orang Portugis terutamanya orang tua-tua bijak berpantun

sama ada semasa menyanyi, pantun dondang sayang atau pantun dalam upacara merisik. Pantun

biasa digunakan semasa upacara merisik di mana pihak rombongan lelaki datang ke rumah pihak

perempuan untuk menyampaikan hajat meminang anak gadis. Pihak lelaki dan perempuan akan

berbalas-balas pantun. Jika tidak berpantun, mereka akan cuba berkias-kias.

Pengaruh budaya Melayu

Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, jururawat dari hospital akan datang untuk

memeriksa kesihatan bayi mungkin untuk beberapa minggu. Jika tidak ada apa-apa masalah,

selepas pantang pihak keluarga akan mencari bidan kampung yang dipanggil daya untuk

mengurut ibu-ibu, memakaikan bengkung, bedak dan sebagainya.

Bidan Melayu yang mempunyai pengalaman bekerja sebagai jururawat biasanya akan

dipanggil dengan bayaran lebih kurang RM 120.00 seminggu. Ibu-ibu selepas bersalin perlu

berpantang. Oleh kerana bidan yang merawat ialah orang Melayu maka cara berpantang juga

adalah seperti adat orang Melayu. Cara mereka berpantang adalah sama seperti orang Melayu

seperti memakai bengkung, berpupuk, makan makanan yang berebus dan biasa meletakkan halia

dalam makanan untuk membuang angin dalam badan. Mereka pantang terkena air sejuk. Jadi,

hal-hal penjagaan anak seperti mandi akan diuruskan oleh orang lain seperti daya. Ibu, adik

beradik dan saudara terdekat hanya membantu urusan-urusan lain.

12
Kesimpulan

Secara amnya komuniti Portugis di Perkampungan Portugis yang telah dibincangkan di

atas dapat dijelaskan berdasarkan pengaruh bahasa dan budaya. Perbincangan tentang perkara-

perkara tersebut dapat memberikan kita pengetahuan tentang etnik Portugis di sini. Pengetahuan

ini penting dalam usaha untuk memahami penggunaan bahasa dan ciri-ciri kebahasaan di

perkampungan ini. Berdasarkan kajian pengaruh bahasa Melayu dalam bahasa Kristang,

sebanyak 107 patah perkataan telah dapat dikenal pasti.

Penerapan budaya dari luar seperti Melayu dan Cina telah mengakibatkan berlakunya

evolusi dalam budaya Portugis seperti yang tergambar dalam kelahiran, perkahwinan dan

kematian. Adanya organisasi dan hubungan sosial serta kesenian membolehkan tradisi, dan

identiti budaya Portugis dapat dikekalkan dan dipelihara. Penerimaan budaya Portugis Melaka

dalam budaya Melayu pula dapat kita lihat seperti yang tergambar dalam tarian Joget. Hubungan

budaya komuniti Portugis dengan budaya Melayu dan Cina menyebabkan berlakunya asimilasi

budaya.

Dalam upacara-upacara keagamaan, kepercayaan, adat, pantang larang, perayaan dan

pesta yang dijalankan di sini telah dapat memperlihatkan pengukuhan lambang etnik Portugis

sebagai penganut agama Kristian Katolik.

Dapat kita katakan bahawa penduduk di sini masih mengekalkan ciri-ciri semiotik iaitu

bahasa Portugis, budaya Portugis dan agama Kristian Katolik. Sistem semiotik seperti yang

13
dijelaskan oleh Asmah Hj. Omar (2006: 6) ialah “Sistem yang menggunakan lambang-lambang

dalam menggambarkan fikiran, kepercayaan, cita-cita dan cara hidup manusia”.

14
Rujukan

Asmah Haji Omar, 1979. Language planning for unity and efficiency: a study of the language
status and corpus planning of Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

______________, 2006. Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

______________, 2008. Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa Yang Baik Dan Betul, Kuala

Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Baxter, Alan. N, 1984. Kristang (Malacca Creole Portuguese). Tesis kedoktoran,

Australian National University.

_____________, 1988. A Grammar of Kristang (Malacca Creole Portuguese). Department of

Linguistics, Research School of Pacific Studies, Australian National University.

Daus, Ronald. 1989. Portuguese Eurasian Communities in Southeast Asia. Singapore: Institute
of Southeast Asian Studies.

Gill, Saran Kaur. 2003. “Medium-of-Instruction Policy in Higher Education in Malaysia:


Nationalism Versus Internationalization”, dalam Medium of Instruction Policies: Which
Agenda? Whose Agenda, TOLLEFSON, James, W., e TSUI, Amy, Lawrence Erlbaum
Associates Publishers, Mahwah, New Jersey, London, pp. 135-152.

Muzzi, Geraldo Alfonso. 2002. The Portuguese in the Malay land: a glossary of Portuguese
words in the Malay language. Malaysia: Geraldo Alfonso Muzzi Publisher.

Sarkissian, Margaret. 1995. Press"Sinhalese Girl" Meets "Aunty Annie": Competing Expressions

of Ethnic Identity in thePortuguese Settlement, Melaka, Malaysia, in Asian Music, Vol.

27, No. 1 (Autumn, 1995 - Winter, 1996), pp. 37-62, University of Texas Press.

15
Nunes, Mario. 2001. Portuguese folklore sung by Malaccan kristang groups and the issue of

decreolization, in Jurnal Bahasa Moden, Volume 13.

Rujukan Akhbar

New Straits Time: Julai 2007

16
Lampiran 1

Senarai kata bahasa Kristang dalam bahasa Melayu mengikut golongan kata

Kata nama

ama hama

amoku amok

ampas hampas

ampeh ampai-ampai

bakah baka

bangsal bangsal

běndi bendi

bibingka bingka

bisol bisul

blacan belacan

blaŋkas belangkas

bokaras buah keras

botor kacang botor

buyaŋ buyong

caciŋ cacing

chaŋkol cangkul

cica cicak

cincaloh cencalok

cincaw cincau

cinchorot cencurut

cubeh cubit

17
cupa cupak

dabi dawai

dagu dagu

damar damar

daya dayah inang/pengasuh

dodol dodol

duyoŋ duyung

gala galah

ganta gantang

gayoŋ gayung

gəlaŋ gelang

goni guni

gragoh geragau

gudang gudang

guru-guru guruh sabung menyabung

ikal ikal

inci inci

jambu jambu

jantung jantung pisang

kacaŋ kacang

kajaŋ kajang (tikar)

kaladi keladi

kandaŋ kandang

kati kati

18
kraŋ kerang

kətiah ketiak

kuwaci kuaci

kudidi kedidi

kutaŋ kutang

laba-laba labah-labah

laŋ helang

laoh lauk

laras laras

ləŋkuwas lengkuas

maŋga mangga

masa-masa masak-masak, bermain masak-masak

pagar pagar

paraŋ parang

piŋga pinggang

piriŋ piring

praw perahu

pulut pulut

rabana rebana

rəbaŋ reban

saroŋ sarung

səŋat sengat

səreh serai

siku siku

19
siput siput

siseh sisir

suwasa suasa

suku suku

surami serambi

təŋkoh tengkuk

tete tetek

toŋ tong

toŋkah tongkat

toŋkaŋ tongkang

tontoŋ tuntung

Kata sifat

amis hamis

brani berani

jinadu jinak

kacah kacak

kosoŋ kosong

tompol tumpul

Kata kerja

aluh halau (menghalau)

caŋkol mencangkul

cubah cuba (mencuba)

20
cubeh cubit (mencubit)

elah elak (mengelak)

iris hiris (menghiris)

jadi jadi (menjadi)

kacoh kacau (mengacau)

kətoh ketuk (mengetuk)

koreh korek (mengorek)

kukus kukus (mengukus)

kunyal kunyah (mengunyah)

laŋgah langgar (melanggar)

latah latah

leeh lenyek (melenyek)

rabah raba (meraba)

tampal tampal (menampal)

tolah tolak (menolak)

Kata partikel

lah lah

Kata supraayat

pon pun

seja sahaja

Lampiran 2

21
Jingkli-nona, Jingkli-nona
Jingkli-nona, Jingkli-nona
yo kereh kazah (2x)
Kaza nteh porta
nteh kai logu pasah. (2x)
Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

Jingkli-nona, Jingkli-nona
yo kereh andah, (2x)
Raskundeh o mia nona
pra mandah kung yo santah. (2x)
Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

Jingkli-nona, Jingkli-nona
yo podi saportah, (2x)
Kontu bibeh kung lembransa
fasal bida logu pasah. (2x)
Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

Jingkli-nona, Jingkli-nona
nang fikah midu, (2x)
Yo kuntenti mutu
nang podi fikah saltadu. (2x)
Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

22

You might also like