You are on page 1of 2

Peraturan ini hendaklah ditampal pada setiap makmal - Tampalkan pada kertas tebal dan

balut dengan plastik cerah .

PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR 

a) Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun


dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.

B. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh
dibawa keluar tanpa kebenaran guru.

C. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanaya boleh digunakan atas
arahan dan panduan guru. 

D. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan
hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.

E. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

F. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.

G. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan


segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.

H. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam


makmal.

I. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain
tanpa kebenaran guru.

J. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal


hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.

K. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.

L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan
sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

M. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak
boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.

N. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

O. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.


P. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.

Q. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.

R. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

A. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa bahan
kimia yang akan digunakan itu betul.

B. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit
bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah
mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia.

C. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari
tangan.

D. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah
diambil bahannya.

E. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa
sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

AMARAN 

Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak
diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan
tersebut di atas.

You might also like