Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
8Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Kerajaan Patani

Sejarah Kerajaan Patani

Ratings: (0)|Views: 1,678|Likes:
Published by patanifaktadanopini

More info:

categoriesTopics, Art & Design
Published by: patanifaktadanopini on Jan 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/09/2013

pdf

text

original

 
 
Sejarah Kerajaan Patani
 
Pesanan Dari Mr. Ibrahim Syukri
 
Jika lahirnya buku
Sejarah Kerajaan Melayu Patani 
yang sekecilini menjadi satu daripada amal-amal soleh yang kekal, maka amal-amal itu saya hadiahkan kepada arwah raja-raja Melayu, panglima-panglima Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu dan orang-orang Melayu Patani yang telah terkorban di medan perjuangankerana mempertahankan kemerdekaan, bangsa dan nusa.Semenjak dari beberapa abad yang lampau hingga sekarangarwah-arwah meraka yang berjasa itu telah selamat menemui Allahmaka dipohonkan kepada Allah kurniakan balasan yang baik ataspengorbanan mereka yang suci murni itu. Diharap dia akan tetapmenjadi simbol kepada pemuda-pemuda Patani supayamemperingati jasa pengorbanan mereka yang tak mudah dilupaidalam sejarah perjuangan merebut kemerdekaan negeri Pataniyang sudah berbilang abad itu. Mungkin akhirnya menciptakankebahagiaan dan kemualiaan tahah air. Allah selamatkanlah negeriPatani.Pendahuluan Adapun pekerjaan mengatur dan menyusun buku,
Sejarah Kerajaan Melayu Patani 
ini ialah suatupekerjaan yang sangat sukar dan payah serta telah menggunakan masa yang sangat lanjut bagimendapatkan keterangan atau kenyataan yang sah dan betul dengan kejadian yang sebanar. Sekalipunada juga orang-orang tua dalam Patani yang telah menuliskan cerita-cerita dongeng yang tidakmunasabah atau percakapan yang tiada berguna dan tiada mustahak untuk dijadikan tawarikh yangkekal. Dalam hal itu pun mereka sangat sayang hingga naskhah-naskhah tulisan tangan itu disimpandengan kemasnya serta tidak suka memberitahu kepada siapa-siap pun. Akan tetapi penulis telahberusaha dengan bersusah payah mengumpul cerita-cerita itu sama ada dipinjam ataupun disewadaripada tuan-tuannya. Maka di antaranya penulis telah dapati adalah sebuah naskhah tulisan tanganyang lebih hampir dengan kebenaran dan boleh dibuat panduan dalam usaha menyusun buku ini.Kepada tuan punya naskhah tersebut penulis mengucapkan ribuan terima kasih. Kemudian penulis mulaimenyelidik dan membandingkan semula dengan halusi dan dengan menyaksikan bekas-bekas ataukesan-kesan lama yang masih ada bertaburan dalam Patani pada hari ini. Penulis telah menggunakanusaha yang besar dan masa yang lama mencari keterangan-keterangan yang lanjut dalam buku tawarikhyang ditulis dalam bahasa asing serta pergi mencari dalam gedung perpustakaan mereka denganbeberapa lamanya. akhirnya ditapis itu hingga jadilah ia sebuah buku yang kecil seperti yang ada dalamtangan tuan-tuan pembaca ini.Dengan hal itu pun penulis percaya juga bahawa susunan dan isi cerita dalam buku ini tiada akanmelengkapi semua kejadian dan perubahan yang berlaku dalam masa beratus-ratus tahun semenjak dariabad pembangunan Kerajaan Melayu Patani. Istimewa penulis khuatir kalau ada juga ternyata kesalahanriwayat atau pendapatan seperti yagn ditulis dalam buku ini. Tetepi penulis cuba juga menyusunnyakerana didapati hari ini belum lagi ada buku-buku tawarikh atau sejarah yang ditulis dalam BahasaMelayu berkenaan dengan hal ehwal dan sejarah yang mengenai riwayat pembangunan KerajaanMelayu Patani itu. Hingga banyak pula di antara orang-orang Melayu Patani hari ini tiada mengetahui
 
 
akan hal ehwal yang mengenai dengan kerajaan mereka pada zaman purbakala iaitu pada masaKerajaan Melayu Patani sedang berdaulat dan berkuasaan penuh dahulu. mudah-mudahan dengan bukuyang kecil ini dapatlah mereka mengetahui dengan sedikit sebanyak serta mengambil tahu hal ehwaldatuk nenek mereka yang telah meninggal beberapa lamanya itu. Istimewa diharap buku ini akanmenjadi pusaka yang kekal kepada anak-anak cucu mereka yang akan lahir di belakang hari sertamenggalakkan mereka itu pada menyiasat dan menyusun buku yang seumpama ini dengan lebihlengkap lagi.Sekiranya tuan-tuan pembaca dapati kesalahan dalam susunan penulis ini maka besarlah harapanpenulis mendapat maaf dan teguran secara membina supaya boleh dibetulkan semula serta penulismengucapkan berbanyak-banyak terima kasih jua. Wassalam.Maaf dan salam dari penulisMr. Ibrahim Syukri.
 
 
B
ab 1:Tanah Melayu Pada Zaman Purbakala
Tanah Melayu
Ialah suatu Semenanjung yang mengajur ke arah selatan dan duduknya di pihak tenggara benua Asiadengan mempunayi kawasan yang luas iaitu di utaranya mulai dari Segenting Kra hingga kepada TanahMelayu serta pulau Singapura di selatannya.Di utara semenanjung ini bersambung dengan tanah Siam yang terletak di tengah-tengah antaradua buah kerajaan iaitu di kirinya kerajaan Burma dan di kanannya kerajaan Annam yang dipanggil Indo-China Perancis, kerajaan- kerajaan Siam, Annam dan Burma ini adalah terletak di dalamSemenanjung yang besar iaitu Semenanjung Indochina.Yang demikian Semenanjung Tanah Melayu ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian utaradan selatan, adapun bahagian utaranya mulai dari Segenting Kra hingga kepada sempadan jajahanSentul Singgora, Yala dan Bangnara, sekarang jajahan-jajahan ini telah termasuk di bawah taklukkerajaan Siam atau Thailand. Sebilangan banyak penduduk-penduduk dalam bahagain utaraSemenanjung ini ialah orang Siam-Thai kecuali didalam eanm buan jajahan sahaja iaitu Sentul, Cenak,Tiba, Patani, Yala dan Bangnara kerana pendudul-penduduk yang banyak sekali didalam jajahan ± jajahan ini ialah orang-orang Melayu. Adapaun bahagian selatan Semenanjung ini. Mulai dari sempadan jajahan-jajahan Siam-Thaiyang tersebut itu hingga sampai kepada hujung Tanah Melayu termasuk pulau Singapura. Dalambahagian inlah terdirinya beberapa buah kerajaan Melayu pada hari ini iaitu Kedah, Perlis, Kelantan,Terengganu, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pulau Pinang, dan SingapuraSungguhpun semenanjung ini telah dinamakan Tanah Melayu tetapi bukanlah orang-orangMelayu itu bangsal yang awal mendudukinya. Kerana orang-orang Melayu itu bangsa yang akhir sekalidatang menduduki dan mendiami di dalamnya setelah didiami oleh beberapa yang lain lebih dahulu.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->