You are on page 1of 5

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN KELANA JAYA 2

Tarikh : 29 Oktober 2010


Hari : Jumaat
Masa : 3.45 petang – 6.30 petang
Tempat : Dewan Gemilang, SK Kelana Jaya.

1. OBJEKTIF

(a) Menyemai semangat muhibbah dalam kalangan warga sekolah yang terdiri daripada
pelbagai etnik, budaya, bangsa dan agama.
(b) Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
(c) Mencungkil bakat terpendam dalam diri murid-murid melalui persembahan yang
diadakan.
(d) Menanam keyakinan dalam diri murid-murid untuk berdepan dengan khalayak ramai
(e) Mewujudkan persekitaran yang harmoni dan ceria dalam kawasan sekolah bagi
mencetuskan semangat untuk belajar.

2. SASARAN

Semua murid dan guru.

3. JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA KERJA

Sila rujuk lampiran 1

4. ATURCARA MAJLIS

3.45 petang : Murid berkumpul di tapak perhimpunan

4.00 petang : Murid beredar ke Dewan Gemilang


Bacaan Doa
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu
Sekolah
Ucapan oleh Pn. Azizah binti Md. Lajim ( Penolong Kanan )

4.20 petang : Persembahan Murid

5.00 petang : Penyampaian Hadiah

5.30 petang : Agihan makanan kepada semua murid

6.30 petang : Bersurai

5. LAPORAN

1
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak 2010 peringkat sekolah telah dilaksanakan dengan
baik dan lancar seperti yang telah dirancang. Program ini telah mendapat kerjasama yang amat
baik daripada semua pihak seperti pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid
serta ibu bapa.

Majlis ini bermula pada jam 4.00 petang dan telah dipengerusikan oleh Puan Halimah
binti Ahmad. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mustafa bin
Ahmad dan diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu
Sekolah. Seterusnya, ucapan daripada Puan Azizah binti Md. Lajim selaku Penolong Kanan SK
Kelana Jaya 2 mewakili Puan Toh Chwee Gnoh, Guru Besar SK Kelana Jaya 2 yang tidak dapat
hadir kerana urusan kerja yang lain.

Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak pada tahun ini telah diserikan dengan enam buah
persembahan daripada murid-murid sekolah ini. Persembahan yang pertama ialah choral
speaking bertajuk “A Visit To The Earth” yang diwakili oleh murid-murid Tahun Lima
Wawasan. Murid-murid ini telah dibimbing oleh Puan Siti Jamilah binti Yasin. Persembahan
kedua ialah sebuah lakonan daripada murid-murid Tahun Enam, Tahun Tiga dan Tahun Dua yang
bertajuk “Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Sebuah Bandaraya”. Mereka telah dibimbing
oleh Puan Rashidah binti Abdul Wahid, Cik Shuhailah binti Zainal Abidin dan Encik Mustafa bin
Ahmad.

Murid-murid Tahun Tiga Wawasan pula telah mempersembahkan sebuah Tarian


Multiracial yang dibimbing oleh Cik Mariana bt Mohamad, Puan Tillay Yaadi A/P Ganesan dan
Puan Bathmasree A/P Nagendrarao. Tarian ini menggabungkan Tarian Melayu, Cina dan India.
Persembahan seterusnya ialah sebuah lakonan daripada murid-murid Tahun Enam dan Tahun
Satu yang bertajuk “Bila Aku Dewasa”. Mereka telah dibimbing oleh Puan Mona Liza binti
Noordin, Puan Zoriati binti Osman dan Puan Aduni binti Ramali.

Persembahan kelima ialah sebuah tarian zapin yang ditarikan oleh murid-murid Tahun
Lima dan Tahun Enam. Mereka telah dilatih oleh Cik Nora binti Zahidin, Encik Faris Irwan bin
Shafpii dan Puan Rosmawati binti Hassan. Persembahan pentomim bertajuk “Anak Derhaka”
oleh murid-murid Tahun Empat mengakhiri persembahan pada Hari Kanak-kanak pada tahun ini.
Mereka telah dibimbing oleh Puan Norsaadah binti Mhd. Othman, Puan Nazirah binti Awang,
Puan Suhana binti Mamat dan Puan Rafqah binti Bahazan.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada murid-murid yang


mendapat Anugerah Nilam 2010 mengikut kelas. Berikut adalah nama-nama murid yang
mendapat anugerah :

Tahun 1 Wawasan – 1. Nurul Izzah binti Ashari


2. Dhaniyah Aisyah binti Mohamed Nadzir
3. Ain Nurul Shahidah binti Halim
Tahun 2 Wawasan – 1. Farah Adiba binti Mohd. Pran
2. Allysa Farini binti Zairil Hisham
3. Ayu Aleesya Sofea binti Mohd. Faizar

Tahun 3 Wawasan – 1. Nur Aneesha binti Rosli


2. Nur Aisyah binti Abdul Latif
3. Mohd. Firdaus bin Rozi

Tahun 4 Wawasan – 1. Nur Batrisya Qurratu Ain binti Mustafa Kamal

2
2. Nur Farah Liyana binti Norhishamudin
3. Tunku Aifa binti Tunku Ata

Tahun 4 Bijaksana – 1. Kumaran Guru Paran A/L Muruga


2. Noor Rizwan bin Mohamed Atham
3. Farah Faridah binti Ismail

Tahun 5 Wawasan – 1. Mayang Sarilawanti binti Amran


2. Sharifah Batrisyia binti Sayyid Zainul Asri
3. Muhammad Syafiq bin Azlan

Tahun 5 Bijaksana – 1. Muhammad Syafiq bin Jaafar


2. Mohamed Irman bin Ibrahim
3. Muhammad Faiz Azahari bin Abdul Halim

Tahun 6 Wawasan – 1. Siti Nur Filzah


2. Tharenee A/P Murugiah
3. Minisha A/P Rajendran

Tahun 6 Bijaksana – 1. Muhammad Afif Azhan bin Mohd. Azmi


2. Nor Syahirah binti Anuar
3. Rubini A/P Sanker

Seterusnya penyampaian Anugerah Murid Berwibawa 2010 mengikut kelas masing-


masing. Berikut adalah senarai nama murid yang menerima anugerah :

Tahun 1 Wawasan – Dhaniyah Aisyah binti Mohamed Nadzir

Tahun 2 Wawasan – Khairunnasul Fikri bin Khairul Zaki

Tahun 3 Wawasan – Nur Nas Nilia binti Nasri

Tahun 4 Wawasan – Nur Nadine binti Mohamad Adam

Tahun 4 Bijaksana – Yashini A/P Chandran

Tahun 5 Wawasan – Mohd. Shauqee bin Ismail Salimi

Tahun 5 Bijaksana – Muhammad Faiz Azahari bin Abdul Halim

Tahun 6 Wawasan – Marsya Adriana binti Asri

Tahun 6 Bijaksana – Anis Nadhirah binti Che Nasaruddin.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sempena Bulan ICT 2010 kepada para
pemenang. Senarai nama pemenang adalah seperti berikut :

1) Pelajar Terbaik ICTL

Tahun 1 Wawasan - Dhaniyah Aisyah binti Mohamed Nadzir

3
Tahun 2 Wawasan – Muhammad Ali bin Ismaizam

Tahun 3 Wawasan – Thaneesh A/L SP Gunasekaran

Tahun 4 Wawasan – Fatin Nabihah binti Zurin Azlan

Tahun 4 Bijaksana – Yashini A/P Chandran

2) Pertandingan Menaip

Tahun 5 Wawasan – 1. Nur Nafisah binti Ridhuwan


2. Khairunnasul Fahmi bin Khairul Zaki

Tahun 5 Bijaksana – 1. Mohamed Irman bin Ibrahim


2. Exmirol Azwal bin Kamarul Exmal

3) Pertandingan Kuiz ICT

Tempat pertama – Vimalan A/L Ravindran

Tempat kedua – Mohamed Irman bin Ibrahim

4) Pertandingan Power Point

Tempat pertama – Adam Izham b Mohd. Yusof &


Muhd Hazique bin Zairill Hisham

Tempat kedua – Khairunnasul Fahmi b Khairul Zaki &


Muhammad Syafiq b Azlan

Tempat ketiga – Pravinash A/L Anbalagan

Bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2010, kelas yang telah berjaya
merangkul Anugerah Kelas Paling Bersih dan Paling Ceria Tahun 2010 bagi Tahap Satu ialah
Tahun 3 Wawasan dan bagi Tahap Dua pula ialah Tahun 5 Wawasan.

Majlis diakhiri dengan pengumuman Persembahan Terbaik sempena Sambutan Hari


Kanak-kanak 2010. Persembahan Terbaik dirangkul oleh murid Tahun Empat yang telah
mempersembahkan sebuah pentomim bertajuk “Anak Derhaka”.

Murid-murid telah dijemput ke kantin untuk mengambil makanan masing-masing diiringi


oleh guru yang mengajar pada waktu tersebut. Selain pizza, murid-murid juga diberi sebuah buku
nota sebagai cenderamata. Majlis berakhir pada jam 6.30 petang.

6. LAPORAN KEWANGAN
Sila rujuk lampiran 2

7. GAMBAR KENANGAN SEKITAR BERLANGSUNGNYA MAJLIS


Sila rujuk Lampiran 3

4
8. PANDANGAN DAN PENILAIAN

Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak 2010 peringkat sekolah telah dilaksanakan dengan
lancar dan jayanya. Semua pihak yang terlibat iaitu pentadbir, guru-guru dan murid-murid telah
berusaha dan memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini. Tak lupa juga, kepada
ibu bapa yang turut membantu dengan memberi sokongan serta galakan kepada anak masing-masing.
Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang sebagai tanda penghargaan
kepada kanak-kanak.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

........................................ ....................................
(NAZIRAH BINTI AWANG) (ADUNI BIN RAMALI)
Jawatankuasa Dokumentasi, Penyelaras,
Sambutan Hari kanak-kanak 2010, Sambutan hari Kanak-kanak 2010
SK Kelana Jaya 2. SK Kelana Jaya 2.

Disahkan oleh : Diluluskan oleh :

............................ ...........................
(RELA BINTI TAHIR) (TOH CHWEE GNOH)
Penolong Kanan HEM, Guru Besar,
SK Kelana Jaya 2. SK Kelana Jaya 2.

You might also like