You are on page 1of 18

1.

0 Pengenalan

Ahli profesional dalam semua bidang mempunyai pengaruh terhadap tamadun manusia. Oleh
itu, ahli profesional perlu mempunyai nilai moral yang tinggi, sikap yang positif, dan etika
profesional kerana hidup dan majunya negara bergantung pada mereka ( Ghazali Bujang,
1992 ). Dengan ini, setiap bidang profesional mempunyai kod etika sebagai garis panduan
bertingkah laku semasa menjalankan tugas.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (1995), etika ialah satu sistem dasar akhlak, adat
atau tingkah laku atau kesusilaan. Kamus Oxford (1994), pula memberi tafsiran etika sebagai
prinsip moral atau set prinsip moral. Pendek kata etika melibatkan perkara yang berkenaan
dengan moral. Perkara tersebut boleh mempunyai nilai yang baik atau buruk, dan perkara
yang betul atau salah. Oleh itu, dalam kehidupan seharian ahli masyarakat mengkategorikan
tingkah lau sebagai yang bermoral dan tidak bermoral. Namun begitu, etika ialah suatu
peradaban tingkah laku dan merupakan ilmu akhlak atau prinsip akhlak iaitu akhlak yang
baik. Selain itu juga, akhlak boleh didefinisikan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah
laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

Mengikut perspektif Islam pula, etika bukan hanya berasaskan pandangan ahli
masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku itu sama ada betul atau salah, tetapi turut berasakan
Al-Quran, iaitu sifat ketakwaan kepada Allah S.W.T. Islam telah menggariskan supaya
manusia bertingkah laku dengan berasakan kebenaran, iaitu bersih daripada kekotoran, yang
bersifat kekal, dan merentasi batasan ruang serta masa. Dalam apa jua keadaan, manusia
hendaklah mengamalkan sifat yang terpuji di sisi Allah yang bukan sahaja akan membawa
kebaikan di dunia malah berguna untuk akhirat jua.

Dalam bidang perguruan, etika perguruan yang digubal pada tahun 1970-an semasa
Skim Gaji Aziz telah diperkenalkan kepada kakitangan kerajaan. Etika perguruan ialah satu
set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan
sejawat, dan ibu bapa pelajar. Oleh itu, setiap guru hendaklah menjalankan tugas tanpa
melanggar etika ini. Walau bagaimanapun, para pendidik boleh merujuk Tatasusila
Perguruan Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam dan Etika Kerja Islam untuk dijadikan
panduan dalam perkhidmatan pendidikan.
2.0 Konsep Mengikut Pandangan Tokoh

Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”. Manakala perkataan ethic itu pula
dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah
laku sesuatu golongan. Ia terbahagi kepada dua:

            i) Normatic iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang
baik dan jahat.

          ii) Matacthic iaitu yang terbahagi kepada dua : analitic yang berfungsi menganalisis
semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik atau jahat dan critical yang berfungsi untuk
mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan
lagi etika. (Mustafa Haji Daud - Etika Pengurusan  1996)

            Menurut Abdul Rahman Md. Aroff- Teori Etika dan Amalan Moral (1999), Etika
merupakan displin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal
terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu.
Guru merupakan agen moral, kerana mereka terlibat dengan manusia yang mempunyai unsur
nilai iaitu nilai baik atau jahat. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara mempunyai
matlamat untuk memenuhi tuntutan “JERI” iaitu mewujudkan insan yang seimbang (holistik)
dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Keadaan ini sudah tentunya memerlukan satu
tatasusila/etika yang perlu diikuti oleh semua guru. Setiap organisasi perlu mempunyai kod
etika profesion sebagi panduan tingkah laku setiap ahli.

            Bidang pendidikan juga tidak dapat lari dari membina kod etikanya sendiri.
Kementerian Pendidikan Malaysia membina kod etika ini menggunakan istilah Tatasusila
Profesion Perguruan Malaysia. Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi
kepada pembentukan manusia. Guru sangat perlu bagi melahirkan insan yang seimbang dari
semua segi. Pembangunan insan harus diseimbangkan agar nilai-nilai moral masyarakat
supaya sentiasa terpelihara. Mahathir (1999), guru-guru dituntut agar mempunyai sahsiah dan
akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan masyarakat di samping menguasai pelbagai
ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat, bahasa dan
kemahiran berkomunikasi.
            Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak, sahsiah dan
moral pelajar. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah dengan watak yang
dapat dibanggakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan insan
cemerlang menjadi begitu penting sekali bagi negara yang akan menjadi negara maju pada
awal abad yang akan datang.

             Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi
amalan yang berpanjangan bagi setiap murid. Sepanjang hayatnya mereka akan ingat
bagaimana guru-guru menerap ilmu pengetahuan, budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai
murni dan jati diri sehingga sebati dalam jiwa. Dalam konteks ini guru merupakan manusia
yang telah diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman dan
bertakwa.

            Matalamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan memjadikan
Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini merupakan tanggungjawab semua
warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Jesteru itu satu, Etika Profesion Perguruan
Malaysia dan Etika Kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga
Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab, dan tahap
profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

            Berpandukan kepada kod etika profesion perguruan ini guru dapat menjalankan tugas
yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian
Pendidikan Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia. Etika ditakrifkan sebagai “satu
cabang ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan
kewajiban dan tanggungjawaj moral”.  (Harold Koontz & Heinz Weihrich - Pengurusan
terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar -DBP) 

            Etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam organisasi.
Walaubagaimana cekap sekalipun pengurusan, sememangnya tidak bererti jika tidak dibaluti
dan diikat dengan etika pengurusan yang sempurna. Etika akan melahirkan budaya kerja yang
cemerlang, perkhidmatan cemerlang dan barangan yang berkualiti. Etika ini akan bererti jika
ianya mematuhi nilai-nilai moral. “Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta
meningkatkan lagi mutu profesion, maka kod etika telah pun disediakan. Kod etika ini telah
pun disediakan dalam bentuk ikrar dan  lazimnya tercetak di halaman depan buku persediaan
mengajar guru”. (Ee Ah Meng  Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih 1989)
Setiap guru seharusnya mematuhi kod etika yang terdapat dalam Tatasusila Profesion
Keguruan seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
berada dalam golongan guru yang unggul. Antara kandungan yang terdapat dalam kod etika
perguruan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

1. Tanggungjawab terhadap pelajar


2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa
3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

1.      TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR.

          1.1    Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain.

                   Ciri ini adalah merupakan hasrat yang sepatutnya diamalkan. Tetapi adakah ciri
ini sebenarnya berlaku.  Realiti yang berlaku guru banyak mengajar displin mata pelajaran ke
arah mencapai kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi di mana akan berlaku
perubahan moral. Sepatutnya guru mengimbangi antara kecemerlangan akademi dengan
kebajikan dan keselamatan pelajar.  Etika sudah ada secara teori tetapi yang mempunyai
aspirasi tersendiri. Tetapi realiti sebenar yang berlaku di sekolah tidak seperti yang
diharapkan.

          1.2    Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

            Sepatutnya semua guru bersikap adil dan saksama ke atas semua pelanggang (pelajar)
dengan mengenepikan semua unsur-unsur lain. Tetapi apa yang realiti berlaku di sekolah di
mana kelas yang pandai biasanya diberi penekanan yang lebih supaya pelajar dapat perstasi
yang cemerlang manakala kelas yang terbelakang penekanan kurang dibuat.

            Pembelajaran dilakukan secara Mastery Learning untuk lulus dalam peperiksaan.
    1.3  Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.

           Menjaga kerashiaan dan mengambil langkah-langkah menyimpan kerahsiaan adalah


penting demi untuk menjaga maruah pelajar. Segala maklumat tidak boleh disebarkan kepada
pihak ke tiga kerana mungkin akan didedahkan kepada pihak yang lain pula dan dengan ini
kerahsiaan tidak akan terjamin. Apa yang realitinya berlaku di sekolah hanyalah Unit
Bimbingan dan Kaunseling sahaja yang memegang kepada kod etika ini manakala yang
lainnya menganggapkan perkara kerashiaan adalah perkara biasa.

    1.4  Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

           Sememangnya berlaku demikian di sekolah kerana guru telah mendapat gaji tetap
secara bulanan. Namu pun begitu sekiranya berlaku kelas tambahan maka biasanya guru-guru
di bayar elaun khas melalui Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG). PIBG memainkan
peranan memberi sedikit bayaran lain sebagai inesatif kepada guru-guru. Ee Ah Meng (1989)

          “Guru hendaklah mengelakkan diri daripada menerima sebarang hadiah dari ibubapa
pelajar dalam menjalankan tugas-tugas profesionalnya” 

    1.5  Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

           Mohamad Sani Ibrahim (1994), berpandukan kehadiran guru-guru dalam kursus dalam
perkhidmatan, jumlah kecil kurang dari 1% daripada populasi keseluruhan. (Petikan Suara
Guru Jilid 20 No.2 Sept 1998). Walaupun perkara ini sangat penting dalam meningkatkan
mutu pendidikan tetapi penekanan kurang dibuat oleh Kementerian Pendidikan. Perancangan
tentang hal ini hanya berlaku pada tahun 1979-1980 apabila IAB ditubuhkan. Sebelum ini
tidak ada institusi khas yang ditubuhkan untuk memberi latihan semula kepada guru-guru
setelah meraka menamatkan pengajian. Kebanyakan guru-guru yang mengajar, mengajar
“on-the job”  di mana pengalaman didapati melalui kerja yang dilakukan. Kursus-kursus
profesional dan vokasional jangka panjang tidak banyak dilakukan.
          Kebanyakan guru-guru sibuk dengan tugas-tugas harian dan tidak mempunyai masa
untuk terlibat sepenuh masa dalam program-program di atas. Tanpa pengelibatan guru dalam
perkara di atas maka adalah sukar untuk melaksanakan program-program pembaharuan,
perubahan dan refomasi.            

         Sepatutnya guru-guru didedahkan dengan perkara ini supaya dapat membuat keputusan
yang bijak dan cepat, memenuhi keperluan dan selera pelajar, mengikut piawai dan kualiti
yang diiktiraf, kamampuan bertanding dan membuat penilaian berasaskan produktiviti dan
penyempurnakan sasaran dan objektif. Berasaskan kepada perkembangan Teknologi
Maklumat

         (IT) masa kini dan pengurusan dalam era teknologi maklumat masa kini maka
perancangan strategik perlu dilakukan supaya perubahan sikap dapat berlaku melalui faktor
ini.

  1.6  Menunjukkan suatu cara pakaian pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi
contoh yang baik kepada pelajar.              

          Ciri ini sememangnya amat dituntut kerana tingkahlaku guru akan menjadi ikutan
pelajar seperti kata pepatah “Jika guru kencing berdiri maka murid kencing berlari”  dan tidak
berlaku seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Segala bentuk perlakuan dan watak
guru biasanya akan diikuti oleh pelajar. Pada kebiasaannya guru mengamalkan perkara ini.     

          Guru mesti mempunyai pribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perwatakan yang baik. 
Guru hendaklah sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha
menyesuaikan dengan keadaan sekeliling kerana setiap perkembangan guru akan dinilai oleh
pelajar dan masyarakat.                     

        Ee Ah Meng (1989)  Dalam keadaan biasa guru lazimnya didewa-dewakan oleh kaum
pelajar. Dia dianggap sebagai individu yang yang idel, berstatus dan berkelayakan. Oleh itu
tingkah laku guru sentiasa dicontohi oleh pelajarnya. Situasi seperti ini yang menyebabkan
orang ramai menaruh harapan terhadap guru untuk menonjolkan tingkah laku yang unggul
bagi pelajarnya.
       Dalam keadaan ini:

           * Guru perlu menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang terbaik
sepanjang masa.

           *  Berusaha agar amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan kualiti yang
boleh menjadi sumber inspirasi kepada pelajar.

           *  Menampilkan diri sebagai orang yang dinamik, maju berdaya saing dan dapat
mendorong seseorang berkelakuan baik. 

2.  TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA.

      2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak merka.

            Sememangnya tanggungjawab utama mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab


ibubapa. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini terdapat ibubapa yang meletakkan
tanggungjawab utama ini kepada guru-guru. Lebih-lebih lagi jika anak-anak mereka belajar
di sekolah asrama sejak  tingkatan satu lagi, maka tanggungjawab ini lebih diberikan kepada
guru-guru.

     2.2  Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.

              Guru berusaha mewujudkan keadaan ini melalui Persatuan ibubapa dan guru-guru
dan aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah seperti mengadakan aktiviti gotong
royong Sambutan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Hari Keluarga, Hari Terbuka dan
lain-lain lagi. Namupun demikian bukannya semua guru dan   ibubapa  yang hadir. Keadaan
ini berlaku maka susahlah untuk diterapkan nilai moral secara menyeluruh.  

    2.3 Menggangap  semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada
sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya .

          Pada kebiasaanya di peringkat ini kerashiaan hanyalah diamalkan oleh konselor
sekolah manakala yang lainnya menggangapkan perkara ini suatu perkara yang biasa. 
    2.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara  teliti dan bijaksana.

          Dalam hubungan ini segala maklumat seperti keputusan peperiksaan dalaman, aktiviti
ko-kurikulum perlulah dihantar kepada ibubapa supaya mereka juga dapat mengetahui
kedudukan anak-anak mereka di sekolah dan kadangkalanya perbincangan perlu dilakukan
dengan ibubapa/penjaga bagi mereka mengetahui kedudukan anak-anak mereka di sekolah
tetapi perkara ini jarang dilakukan di sekolah.

          Kesempatan ini patut digunakan oleh guru untuk mendapat latar belakang pelajar-
pelajar supaya boleh dijadikan panduan untuk mengatasi kelemahan pelajar.   

    2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosiol dan
ekonomi pelajar.

          Setiap pelajar adalah sama dan tidak perlu diberi keutamaan kepada mana-mana
pelajar. Di Jepun contohnya semua pelajar diberi makanan yang sama semasa rehat supaya
tahap pemakanan pelajar di sekolah adalah seimbang dan kecerdasan pelajar adalah sama.
Projek program susu sekolah yang dilancarkan oleh Kementrian Pendidikan Malaysia
mempunyai matlamat yang sama. Pelajar mestilah dilayani  sama rata. 

Pencapaian kanak-kanak di sekolah juga dipengaruhi oleh latar belakang keluarga. Faktor
latar belakang keluarga merangkumi unsur seperti harapan ibu bapa, kemodenan, kelebihan
kemudahan ibu bapa, status sosioekonomi, jarakdari sekolah dan daerah tempat tinggal. Ee
Ah Meng (1989)  Kajian keciciran telah menunjukkan bahawa keluarga yang miskin juga
merupakan keluarga yang kurang moden dan rendah pula motivasi pendidikannya.

        Dalam hubungan ini jika mereka tidak diberi layanan yang sama rata maka sudah
tentulah pencapaian mereka akan terjejas. Motovasi yang rendah memang akan menjejaskan
dorongan kanak-kanak untuk belajar dengan tekun dan dengan ini pencapaian persekolahan
akan juga terjejas.  
    2.6  Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka. Guru mestilah
bersifat neutral dan tidak boleh menghasut pelajar supaya membenci ibu bapanya. Sebagai
contoh apa yang berlaku sekarang ada dikalangan pelajar yang memberitahu ibu bapa mereka
supaya membenci kerajaan kerana dihasut oleh guru mereka. Keadaan seperti ini tidak
sepatutnya berlaku dikalangan guru-guru.  Ee Ah Meng (1989)

           Guru hendaklah menanamkan sikap baik di kalangan pelajar agar mereka membesar
menjadi warganegara yang berguna dan taat setia kepada keluarga dan negara.

     3.  TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA.   

           3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang boleh merosokkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan
Rukunnegara.

              Sepatutnya guru mendidik, mencorok, membimbing disamping memberi ilmu


supaya pelajar dapat berfungsi dalam masyarakat dengan penuh tanggungjawab dan
harmonis. Tetapi apa yang berlaku:

                  * Ada guru yang menerapkan nilai, kepercayaan dan fahaman mereka sendiri
seperti apa yang berlaku guru membawa bersama-sama pelajar dalam gerakan refomasi.

                 *  Mereka juga membentuk pelajar mengikut apa yang  mereka fikirkan betul.

                 *  Kadangkala terdapat fahaman guru berkonflik dengan hasrat dan aspirasi
Falsafah Pendidikan Negara atau Tatasusila Profesioan Perguruan Malaysia. Keadaan seperti
ini tidak sepatutnya wujud dikalangan guru-guru.

     3.2  Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai yang  boleh membantu dan
membimbing mereka menjadi warganegara yang yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna menghormati orang tuan dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan
dan agama. Perkara ini biasanya dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulum di sekolah, di mana
pelajar diasuh menghormati ketua.
          Kegiatan ko-kurikulum boleh membantu pelajar dalam menanam sikap suka tolong
menolong, melakukan amal kebajikan,menjauhi perkara keji,dan merupakan etika
yang  mulia yang dapat dilahirkan melalui kegiatan ko-kurikulum.

          Semua pelajar dari pelbagai kaum akan menyertai aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti
persatuan, unit beruniform, sukan dan olahraga. Dengan ini semangat bersama,
toleransi, bertimbang rasa akan dapat dipuput. Guru-guru dan pelajar memahami antara satu
sama lain dan dengan ini dapat memupuk semangat bersama di kalangan pelajar
berbilang kaum dan perpaduan akan dapat dipupuk. Apa yang realitinya           berlaku ada
dikalangan pelajar yang tidak menyertai kegiatan ini maka sukarlah untuk memupuk perkara
ini secara menyeluruh. Guru sepatutnya dapat membentuk pelajar menjadi warganegara yang
taat setia, berguna serta menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.          

      3.3  Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat.

           Dalam setiap program sekolah sepatutnya masyarakat  setempat tidak dilupakan.
Tetapi apa yang berlaku di sekolah di mana pihak pentadbiran lebih kepada penunjulan diri di
peringkat jabatan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Pendidikan Daerah (PPD)
tanpa menjemput masyarakat setempat. Sepatutnya jika diadakan majlis rasmi sekolah seperti
Maulidul Rasul, Maal Hijrah, Hari Keluarga,           masyarakat setempat dijemput sama.

           Faktor lain yang menjadi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara ialah
mewujudkan kerjasama melalui PIBG, sepatutnya PIBG dan masyarakat sama-sama
memainkan peranan dalam memajukan sekolah . Walaubagaimanapun terdapat sekolah di
mana PIBG hanya wujud pada namanya sahaja tetapi semua perkara diuruskan oleh pihak
sekolah.

           Sebagai contoh sambutan Hari Guru setiap tahun ianya dijalankan sendiri oleh warga
pendidik. Sepatutnya pihak ibubapa harus terlibat sama bagi menghargai pengorbanan guru-
guru mendidik anak-anak sehingga berjaya. Walaupun perkara ini terdapat dalam etika
perguruan tetapi dari segi realitinya hanya pihak guru memainkan peranan tanpa sokongan
dari pihak lain.
        Guru sememangnya memainkan peranan cergas dalam meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat tetapi biasanya guru lebih bertindak bersendirian
dalam hal ini. Sebagai contoh masalah merokok yang semakin tinggi di kalangan pelajar
sekarang ini hanya pihak sekolah yang cuba mengatasinya dengan mengadakan hukuman
rotan, gantung persekolahan dan lebih berat lagi buang sekolah.

        Tetapi terdapat di kalangan ibubapa yang membenarkan anak-anak mereka meghisap
rokok di rumah.  Sekolah sepatutnya rapat dengan masyarakat dan dari masa ke semasa
sekolah sepatutnya memberi pertolongan kepada masyarakat dan sebaliknya. Ini adalah
kerana sekolah diwujudkan untuk kepentingan dan keperluan masyarakat, serta meyediakan
pelajaran secara formal kepada anak-anak ahli masyarakat dan melatih mereka untuk
melahirkan mereka rakyat yang berkemahiran untuk masyarakat dan negara. 

        Guru mestilah bertindak dan bertingkah laku yang sopan dan dapat diterima oleh
masyarakat kerana sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat yang membayangkan
matlamat dan hasrat serta aspirasi sesuatu masyarakat. Dalam hubungan ini segala tingkah
laku guru akan menjadi ikutan kepada masyarakat. Sekolah semestinya
memperlihatkan normal-normal, kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat.

         Pihak sekolah boleh menganjurkan berbagai-bagai kursus atau ceramah yang menarik
minat ahli-ahli masyarakat seperti tentang agama, akhlak, moral, penyakit-penyakit bahaya
dan lain-lain lagi. Perkara ini memberi pengetahuan dan matalamat kepada ahli-ahli 
masyarakat. Tetapi realitinya perkara ini tidak        diberi penekanan dalam pengurusan
sesebuah sekolah. Guru sepatutnya menjadi rujukan umum dan perlu berada dalam keadaan
yang boleh diterima oleh masyarakat.              

4. TANGGUNGJAWAB  TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESIOAN


PERGURUAN.

      4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu
yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Sebagai seorang yang profesional maka
sudah tentulah seseorang guru akan menjaga profesion perguruan dan maruah seseorang
guru. Mohd Najib (1996), Untuk mencapai hasrat kita ke arah mewujudkan word class
education dan seterusnya world class nation, kita memerlukan gabungan tenaga, pemikiran
dan daya kreatif dari setiap warga Kementerian.Warga Kementerian perlu visi dan nilai yang
dikungsi bersama.

           Oleh hal yang demikian kita perlu sama-sama menjaga  profesion perguruan supaya
pelanggang dan stakeholder kita berasa berpuas hati dan kehendak-kehendak mereka yang
sah dapat dipenuhi.  Apa yang masyarakat mahu ialah penghasilan kerja sama ada
perkhidmatan atau barangan dikeluarkan tanpa            cacat, tepat, dan boleh dipercayai.
Sehubungan dengan ini maka kita perlu menjaga profesion perguruan maruah seseorang
guru.               

    4.2  Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru. 

           Guru sepatutnya berusaha meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing. Guru


dilarang daripada terlibat dalam aktiviti lain seperti berniaga, ejen insuran, ejen jualan
langsung kegiatan politik, dan kegiatan luar yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
seorang guru. 

               Tetapi apa yang berlaku sekarang ada dikalangan guru yang berniaga di pasar
malam, memandu kereta sewa hingga larut malam untuk menambahkan pendapatan.
Walaupun mereka mengetahui hal ini tetapi perkara ini terpaksa dilakukan kerana keadaan
ekonomi yang terdesak berbuat demikian.

            Akibatnya mereka hadir  ke sekolah sebagai memenuhi syarat perkhidmatan dan


mengajar memenuhi masa yang  diperuntukkan sahaja. Jiwa dan raga tidak komited kerana
ada agenda lain yang lebih menguntungkan sedang menanti. Kalau diperincikan lagi tentang
hal ini makla sudah tentulah banyak lagi tindakan tata tertib yang boleh diambil kepada guru
kerana ianya jelas melanggar akta perjanjian sebagai seorang guru.

    4.3  Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.  

           Berusaha dengan sepenuhnya adalah sangat dituntut supaya peningkatan


kecemerlangan dalam semua segi dapat dicapai.  Dalam hubungan ini guru perlu
menyediakan perancangan pelajaran yang kemas dan teratur, objektif pelajaran jelas,
memastikan minat serta pengetahuan sedia ada pelajar diambil kira dalam merancang
pelajaran, set induksi yang baik dan dapat menarik minat pelajar, langkah di peringkat           
perkembangan pelajaran disusun mengikut prinsip dari mudah kepada kompleks dan
seterusnya menyediakan penutup yang sesuai sama ada penutut sosial atau kognatif pelajar.
Tetapi apa yang realitinya berlaku biasanya perkara ini diberikan penekanan semasa latihan
mengajar kemudian selepas itu tiada penambahbaikan dibuat.

            Dalam hubungan ini ke arah persediaan memasuki alaf baru, maka kita perlu melihat
kembali struktur dan mekanisme pelaksanaan secara total ke arah mewujudkan
sistem pendidikan yang efisyen, efektif dan bertaraf dunia.

    4.4  Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan.

            Salah satu perkara yang sering ditimbulkan oleh guru-guru ialah biasanya pengetua,
guru besar, guru penolong kanan dan  guru-guru kanan banyak menghadiri mesyuarat,
menghadiri kursus dalam perkhidmatan, seminar dan guru-guru baru kurang didedahkan
tentang perkara ini. Tetapi malangnya selepas mengikutinya tidak diadakan pula kursus
dalaman bagi mendedahkan kepada guru-guru lain terutamanya guru-guru baru. Pendek kata
sistem komunikasi guru perlu diperkemaskan di semua peringkat: dari peringkat atasan iaitu

            Kementerian sehinggalah ke peringkat negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah


hingga kepada guru-guru dan kakitangan. Sepatutnya mereka saring membantu antara satu
sama lain, sebaliknya tedapat jurang atau gap antara mereka dan menyebabkan susah untuk
menolong antara satu sama lain. Kita perlu bantu membantu antara satu sama lain
supaya sistem pengajaran dan pembelajaran kita bukan sekadar    berkesan tetapi mampu
memenuhi keperluan sebenar untuk membentuk masyarakat yang berdaya cipta dan mampu
menyumbang kepada peradaban dunia.         

    4.5  Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.

           Sebagai seorang yang profesional maka guru hendaklah tidak melakukan sesuatu yang
boleh mencemarkan nama baik profesion perguruan. Dalam keadaan politik sekarang ini
nampaknya terdapat dikalangan guru yang gagal untuk mengatasi diri dari terlibat dalam
gerakan refomasi dengan membawa pelajar sama terlibat. Keadaan ini boleh mencemarkan
nama baik profesion perguruan. Segala tingkah laku guru  mestilah dijaga kerana ianya
menjadi ikutan orang lain.

    4.6  Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

           Walaupun perkara ini termasuk dalam etika perguruan, tetapi bilangan guru yang
terlibat dalam sesebuah pertubuhan guru adalah kecil. Guru mempunyai beberapa pertubuhan
yang besar untuk menjaga kebajikan mereka serta meninggikan mutu profesion perguruan.
Jika timbul rasa ketidakadilan, maka           pertubuhan akan berusaha mengatasinya. Antara
kesatuan guru ialah National Union Of Teaching Profession (NUTP), Kesatuan Guru-guru
Malaysia Barat (KGMMB). Sekarang ini banyak koperasi guru ditubuhkan untuk membantu
guru seperti Yayasan Guru Malaysia Berhad tetapi bilngan yang menyertainya amat sedikit. 

3.0 Isu-isu Berkaitan Dengan Etika Keguruan

Isu 1: Guru menyaman bekas guru besar

Seperti yang diketahui umum, sejak akhir-akhir ini kita sering kali dikejutkan dengan isu-isu
yang berkaitan guru menyaman guru. Hal ini telah menyebabkan profesion perguruan telah
dipandang serong oleh sesetengah masyarakat. Profesion perguruan yang selama ini
dianggap sebagai satu bidang yang dipandang mulia telah tercemar dengan isu-isu terbabit .
Hal ini dapat dibuktikan dengan merujuk kenyataan akhbar Berita Harian pada 25 Januari
2010 halaman 10, memaparkan isu yang berkaitan dengan “ suami isteri menyaman bekas
guru besar” .

Kejadian ini terjadi kerana suami isteri yang juga guru mendakwa bahawa mereka
telah dianiaya sehingga menghadapi tekanan mental yang sangat dasyat sehingga boleh
menjejaskan kehidupan mereka kira-kira enam tahun yang lalu. Pihak yang terlibat dalam
masalah ini ialah sepasang suami isteri dengan tiga orang defenden yang terdiri daripada dua
dua orang guru besar dan seorang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri. Dakwaan ini dibuat
kerana wujudnya konspirasi antara ketiga-tiga defenden untuk menyebebkan tekanan dan
penderaan mentel kerana ketidakpuasan hati terhadap pasangan suami isteri terbabit.
Hal ini sama sekali bercanggah dengan kod etika perguruan yang telah digariskan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu dari segi aspek tanggungjawab terhadap rakan
sejawatan dan profesion perguruan. Menurut isu yang dinyatakan di atas,jelaslah
menunjukkan bahawa ketiga-tiga defenden telah mengkhianati pasangan tersebut sedangkan
di bawah aspek tanggungjawab terhadap rakan sejawatan ada menyatakan bahawa setiap
guru yang lebih lama menceburi bidang ini haruslah sentiasa bersedia membantu rakan
sejawatan terutamanya mereka yang baru menceburi profesion perguruan ini dan bukannya
menindas mereka.

Menurut Mohd Najib (1996), untuk mencapai hasrat ke arah mewujudkan word class
education dan seterusnya world class nation, kita memerlukan gabungan tenaga ,pemikiran,
dan daya kreatif dari setiap warga kementerian. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
setiap guru haruslah bekerjasama antara satu sama lain dan bukannya tindas-menindas antara
sejawatan. Dengan semangat seperti inilah maka tercetusnya guru yang unggul.
Sesungguhnya guru yang unggul itu adalah guru yang mengikuti semua garis panduan yang
ditetapkan dalam kod etika keguruan.

Isu 2: Diskriminasi dan keadilan dalam pendidikan

Diskriminasi secara ringkasnya dapat dianggap telah berlaku apabila seseoarang pelaajar atau
individu dilayan dengan cara yang kurang menyenangkan daripada orang lain dalam situasi
yang sama. Dalam konteks pendidikan di negara ini, salah satu prinsip etika perguruan
menyarankan tingkah laku profesional yang perlu ditunjukkan oleh seorang guru adalah
seperti berikut:

“Dia (guru) haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
murid tidak kira bangsa ,warna ,jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat
asal, intlek dan status-status yang lain.”

Menurut prinsip di atas, adalah jelas kepada kita bahawa mengamalkan keadilan dan
mewujudkan peluang pengajaran serta pembelajaran yang sama kepada semua pelajar
merupakan perkara yang amat penting dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di
negara ini. Isu keadilan dan kesamaan kini sudah melampaui faktor gender dan kaum.
Contohnya perkara yang begitu ketara yang dapat dilihat pada masa ini iaitu sistem
pengelasan kelas yang dilakukan di sekolah berpandukan pencapaian akademik pelajar. Jika
dilihat dengan pandangan kasar, sistem ini tidaklah menyalahi kod etika tersebut tetapi akan
menjadi masalah sekiranya terdapat sesetengah guru yang menyalahgunakan sistem ini untuk
kepentingan diri sendiri. Apabila pengelasan kelas ini dilakukan, maka sudah tentu kelas
yang cemerlang diberi penekanan yang lebih berbanding kelas yang terkebelakang.

Mengikut pandangan guru ini, pelajar yang pintar seharusnya didedahkan dengan
pelbagai aspek kerana daya pemikiran mereka adalah berbeza sama sekali dengan pelajar
yang terkebelakang dalam pembelajaran. Pelajar yang pandai juga akan diberi keistimewaan
yang sewajarnya dalam pendidikan berbanding dengan pelajar yang lemah kerana guru
menganggap bahawa pelajar yang cemerlang inilah yang akan menaikkan martabat sekolah
mereka pada tahap yang lebih baik. Maka kita akan dapat melihat bagaimana pelajar-pelajar
yang lemah dari segi akademik akan diabaikan oleh guru tersebut. Hal ini jelas menunjukkan
guru yang berkenaan telah melanggar kod etika perguruan yang telah digariskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia yang menggesa seseorang guru bersikap adil terhadap setiap
pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, ekonomi, politik, sosial, keturunan atau
agama.

Isu ini sangat bercanggah dengan perkara yang perlu ada pada guru menurut
perspektif Islam. Menurut Abdul Halim (1990), beliau mengutarakan beberapa sifat yang
wajib ada pada seorang guru iaitu salah satunya guru itu haruslah mempunyai sifat zuhud.
Mengenai sifat ini guru sebenarnya mendidik anak didiknya hanya kerana keredaan Allah
S.W.T dan tidak kerana hal-hal yang yang memberi keuntungan duniawi atau mencari nama
sperti yang ditegaskan dalam isu di atas semata-mata.

Isu 3: Ganguan Seksual di Institusi Pendidikan

Ganguan seksual boleh diertikan sebagai apa jua perbuatan, kelakuan, atau pertuturan
berunsur seks yang disengajakan atau berulang-ulang, yang tidak diingini dan jelas yang
digangu, tidak mengundang, tidak suka, dan tidak melayani kelakuan itu. Berdasarkan
pengertian diatas, dapat dirumuskan bahawa terdapat dua kategori ganguan seksual seperti
berikut. Ganguan seksual bebbentuk ugutan (sexual coercion) dan ganguan seksual berbentuk
ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance ). Kedua-dua jenis ganguan ini
perlu diberikan perhatian oleh semua warga sekolah khususnya pihak pentadbir dan guru.
Ganguan seksual yang berbentuk ugutandidapati lebih serius dan perlu diberikan perhatian
yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggunjawab. Namun ini tidak bererti bahawa ganguan
seksual yang mengancam ketenteraman peribadi seseorang harus diabaikan. Dalam konteks
kod amalan yang dikemukakan oleh pihak Kementerian Sumber Manusia, ganguan seksual
di tempat kerja juga termasuk ganguan seksual yang berlaku diluar tempat kerja yang timbul
daripada hubungan dan tangungjawab yang berkaitan dengan pekerjaan seperti berikut:

 Majlis sosial berhibung dengan pekerjaan

 Semasa menjalankan tugas diluar tempat kerja

 Sesi persidangan atau latihan berkaitan dengan pekerjaan

 Semasa perjalanan berkaitan dengan tugas

 Melalui telefon

 Melalui media elektronik

Sejak kebelakangan ini, kita sering kali mendengar masalah ganguan seksual terhadap
pelajar. Ganguan ini dilakukan oleh rakan itu sendiri mahupun guru-guru mereka yang tidak
bermoral. Dalam hal ini,yang menjadi mangsa adalah pelajar itu sendiri kerana masa depan
mereka akan hancur disebabkan pengalaman yang telah mereka lalui itu. Seperti yang kita
sedia maklum, ada sesetengah pelajar yang mengalami masalah ganguan seksual tidak akan
menyuarakan atau melaporkan kepada penjaga mereka tentang perkara ini. Hal ini kerana
pelajar tersebut mungkin akan berasa malu dan sebagainya. Ada guru yang sanggup
memuaskan nafsu mereka dengan memaksa pelajarnya melakukan seks tanpa kerelaan pelajar
tersebut. Sekiranya pelajar tidak mengikuti kehendak guru terbabit maka pelajar tersebut akan
dimarahi oleh guru berkenaan. Mahu ttidak mahu pelajar yang mengalami ganguan seksual
ini perlulah mengikuti kehendak gurunya itu.

Hal ini telah bertentangan dengan kod etika keguruan yang digariskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) supaya menunjukkan tingkahlaku yang dapat memberi contoh
yang baik kepada pelajar itu sendiri.

You might also like