You are on page 1of 2

Definisi

Kemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas.

Kepentingan
Tanpa kemahiran mendengar yang baik, sukar bagi murid menguasai kemahiran berbahasa yang lain.

Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan.

Halangan Terdapat beberapa halangan yang mengganggu penguasaan kemahiran mendengar iaitu:

1. Gangguan fizikal murid.


2. Jantina - kanak-kanak perempuan lebih cepat menguasai kemahiran mendengar berbanding
kanak-kanak lelaki.
3. Status sosioekonomi - Kanak-kanak yang berada dalam lingkungan persekitaran sosioekonomi
yang baik lebih terdedah dengan pelbagai kemudahan yang membantu mereka untuk menguasai
kemahiran mendengar dengan lebih pantas begitu juga sebaliknya.
4. Gangguan bunyi.
5. Masalah mental.
6. Keliru dalam membezakan bunyi.
7. Kelemahan dalam memahami apa yang didengar.

Prinsip-prinsip umum kemahiran berbahasa (mendengar):

1. Guna bahasa standard - yang ditutur oleh penutur asli.


2. Haruslah berdasarkan pengajaran lisan - komunikasi dua hala anda guru dan murid. (speaker
and listener).
3. Mesti mengikut susunan iaitu bermula dengan mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Apa yang guru boleh laksanakan untuk aktiviti kemahiran mendengar?

 Memberi latihan mendengar dan memahami percakapan.


 Berikan latihan mendengar latihan, perintah atau suruhan.
 Mendengar rakaman dan radio.
 Aktiviti membaca bunyi.
 Aktiviti mengenal bunyi-bunyi.
 Main bunyi.
 Latihan mendengar dan memahami bacaan.
Peringkat-peringkat kemahiran mendengar.

Peringkat-peringkat kemahiran mendengar terbahagi kepada 3 iaitu peringkat awal, pertengahan dan
maju.

Awal

 Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.


 Mendengar, mengecam makna perkataan, rangkai kata, frasa dan ayat.
 Menjawab soalan-soalan yang mudah

Pertengahan

 Mengecam dan mengingat fakta.


 Mengenal informasi spesifik.
 Mengesan urutan.
 Proses mengenal sebab dan akibat.
 Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraki.
 Mengenal sikap dan perasaan orang yang sedang bercakap.

Maju

 Mengenal isi-isi penting.


 Mengenal peranan dan perhubungan.
 Mentafsir.
 Mencari jalan menyelesaikan masalah.
 Mengikut aliran dalam dialog.

You might also like