You are on page 1of 3

Perancangan dan Persediaan Mengajar

1 Pengertian konsep pengajaran


Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang
hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal
dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan
merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian
yang berlaku terhadap anak dididik.

2 Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran


 Perancangan perlu dilakukan untuk
 memenuhi masa yang diperuntukan
 menepati kehendak objektif/matlamat
 berkesan sepanjang waktu pengajaran
 menarik perhatian dan tidak membosankan

3 Objektif pengajaran
Objektif boleh dalam bentuk
 Objektif implisit
 melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
o memahami
o atau mengetahui
o atau menghargai
o sesuatu yang telah diajar

 Objektif eksplisit
 melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat
seperti :
o menyenaraikan
o atau menjelaskan
o atau memberikan contoh
o atau menunjukkan cara yang betul
o terhadap apa yang telah diajarkan

4 Buku rekod mengajar

Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI


Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
Rancangan Pelajaran Tahunan
Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas
rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.

Butiran yang perlu ada ialah :


 Mata pelajaran
 Tingkatan
 Minggu
 Tajuk/isiObjektif
 Kemahiran
 Nilai dan
 bahan bantuan mengajar

Rancangan Pelajaran Harian


 Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
 Butiran yang perlu ada ialah :

 Hari dan tarikh


 Mata pelajaran dan tingkatan
 Masa
 Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
 Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak
 Sekolah
 PPD
 JPN
 dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah
sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja
tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.

Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuaii
dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan
penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta
apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

You might also like