You are on page 1of 26

PAPAN SUIS UTAMA

PERATURAN-PERATURAN
ELEKTRIK 1994
(AKTA 447)
PERATURAN 16
Suis, Fius Suis, Suis Fius, Pemutus Litar, Penyentuh, Fius dsb
1. Mana-mana suis, fius suis, suis fius, pemutus litar atau pengasing
rangkai hendaklah :-

a) dibina, ditempatkan atau dilindungi mengikut apa-apa cara bagi


mencegah bahaya;

b) dibina dan dilaraskan mengikut apa-apa cara bagi membuat dan


mengekalkan sentuhan berkesan;

c) disediakan gagang berkesan ditebat daripada sistem itu dan


disusun mengikut apa-apa cara supaya gagangnya tidak boleh
dengan tak sengaja tersentuh mana-mana bahagian hidup;
PERATURAN 16
Suis, Fius Suis, Suis Fius, Pemutus Litar, Penyentuh, Fius dsb
d) dibina dan disusun dengan apa-apa cara supaya ia tidak
boleh dengan tak sengaja tersentuh mana-mana bahagian
hidup konduktor apabila ditinggalkan dalam keadaan “off”.

e) dibina dalam apa-apa cara supaya ia tidak boleh dalam


keadaan sentuhan separa dengan mana-mana konduktor
hidup; dan

f) dibina dengan apa-apa cara supaya tidak terdapat arka


apabila digunakan untuk memutuskan litar berbeban.

2. Mana-mana pemutus litar dan penyentuh yang digunakan untuk


menukarkan sumber bekalan hendaklah mempunyai kutub-
kutub yang termasuk suatu kutub neutral.
PERATURAN 16
Suis, Fius Suis, Suis Fius, Pemutus Litar, Penyentuh, Fius dsb
3. Mana-mana fius atau pemutus litar hendaklah:-
a) dibina dan disusun dengan apa-apa cara supaya dapat
memutuskan arus apabila ia melebihi nilai yang diberikan
bagi masa yang mencukupi bagi mencegah bahaya; dan
b) dibina, dikawal atau ditempatkan dengan apa-apa cara supaya
dapat mencegah bahaya akibat terlampau panas, pengarkaan
atau daripada penyelerakan logam panas atau bahan lain.

4. Fius dalam subperaturan (3) hendaklah sama ada yang dibina


sedemikian rupa atau yang dilindungi dengan suis supaya bahagian
boleh lakurnya mudah diganti tanpa bahaya.
PERATURAN 18
Cara Pengasingan

Dalam suatu sistem elektrik, cara berkesan hendaklah


diadakan bagi :

a) mematikan setiap bahagian sistem;

b) melindungi setiap bahagian sistem daripada arus berlebihan;

c) mematikan setiap cawangan sistem agihan tanpa gangguan


bekalan kepada sistem yang selebihnya; dan

d) mematikan setiap sublitar sistem pendawaian tanpa gangguan


bekalan kepada sistem yang selebihnya.
PERATURAN 19
Susunan Papan Suis secara am
1) Susunan am papan suis hendaklah seperti berikut:

(a) semua bahagian yang mungkin dikehendaki dilaraskan atau


dikendalikan hendaklah mudah diakses.

(b) pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesan dan


gambarajah sambungan-sambungan yang dilukis dengan
jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan papan suis.

(c) sesuatu konduktor, tidak disusun untuk sambungan kepada


sistem yang sama, hendaklah diasingkan dengan baik dan
boleh dibezakan.

(d) sesuatu konduktor tak bersalut hendaklah ditempatkan atau


dilindungi bagi mencegah bahaya daripada sentuhan tak
sengaja.
PERATURAN 19
Susunan Papan Suis secara am

2) Alas getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklah


diletakkan di atas lantai di bahagian setiap papan suis untuk
mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseoang
pengendali.

3) Sesuatu papan suis yang mempunyai konduktor tak bersalut


yang terdedah sedemikian rupa sehingga mungkin tersentuh,
hendaklah, jika tidak terletak di suatu kawasan yang
berasingan bagi maksud itu, dipagar atau dikepung selainnya.

4) Tiada siapa pun, kecuali orang kompeten atau orang yang


bertindak di bawah penyeliaan langsung orang kompeten,
boleh mendapat akses kepada mana-mana bahagian papan
suis.
PERATURAN 19
Susunan Papan Suis secara am

5) Sesuatu radas yang bersangkutan dengan suatu papan suis dan


menghendaki pengendalian hendaklah ditempatkan dan
disusun mengikut apa-apa cara supaya radas itu boleh
dikendalikan daripada pelantar kerja papan suis itu, dan mana-
mana peralatan penyukat dan penunjuk yang disambungkan
kepadanya hendaklah ditempatkan mengikut apa-apa cara
supaya radas itu boleh diperhatikan daripada pelantar kerja.

6) Jika radas, peralatan penyukat dan penunjuk yang disebut


dalam subperaturan (5) dikendalikan atau diperhatikan
daripada mana-mana tempat, langkah awasan yang mencukupi
hendaklah diambil bagi mencegah bahaya.
PERATURAN 20
Mengendalikan Papan Suis

Sebelum apa-apa kerja dimulakan pada papan suis:

a) papan suis itu hendaklah dimatikan dan setiap konduktor


dibumikan; atau

b) jika papan suis itu disusun mengikut apa-apa cara supaya


mana-mana konduktornya boleh dimatikan mengikut bahagian
dan diasingkan dengan pemisah atau pengadang kekal atau
boleh alih daripada bahagian yang bersebelahan yang
konduktornya hidup, bahagian yang padanya kerja akan dibuat
hendaklah dimatikan dan setiap konduktor dibumikan.
PERATURAN 34
Pembumian bahagian logam, poin neutral, dsb.
1) Mana-mana penyalut, tudung, gagang, peti cantuman, peti suis, peti
fius, bingkai gear suis yang berlogam dan rangka dan tapak logam
mana-mana janakuasa, penukar, rektifier dan motor, peti dan teras
berlogam bagi mana-mana pengubah, dan bingkai dan penutup
logam bagi mana-mana peti sejuk, dapur memasak dan kelengkapan
elektrik lain termasuklah apa-apa perkakas domestik, kecuali yang
digolongkan sebagai binaan kelas II, hendaklah dibumikan dengan
berkesan.

2) Mana-mana paip air yang disambungkan kepada sistem bekalan air


awam tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara membumi.

3) Mana-mana paip gas tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya


cara membumi.
PERATURAN 34
Pembumian bahagian logam, poin neutral, dsb
4) Poin neutral sistem arus ulang-alik atau poin tengah sistem arus
terus tidak boleh disambungkan ke bumi pada lebih daripada satu
poin, kecuali dengan kebenaran Suruhanjaya.

5) Jika poin neutral atau poin tengah sistem tidak dibumikan dengan
berkesan, peranti penunjuk dan pelindungan hendaklah dipasang
bagi mengelakkan bahaya yang disebabkan oleh kebocoran ke
bumi daripada konduktor hidup.

6) Jika kebenaran Ketua Pengarah telah diperolehi untuk


menggunakan konduktor neutral sebagai konduktor bumi untuk
membumikan rangka radas elektrik itu, konduktor neutral itu
tidak boleh digunakan sebagai konduktor balik untuk bekalan
fasa tunggal
PERATURAN 35
Kaedah pembumian

Dalam mana-mana pepasangan sistem pembumian


konduktor yang lengkap yang dibuat daripada bahan
yang boleh diterima dan mempunyai luas keratan
rentas yang mencukupi dengan satu atau lebih plat
bumi, paip atau rod hendaklah diadakan. Sistem
membumi itu hendaklah disambungkan ke bumi dan
disenggarakan dengan berkesan.
PERATURAN 36
Perlindungan terhadap arus kebocoran bumi
1) Bagi sesuatu pepasangan di tempat hiburan awam, perlindungan
terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana
litar akhir yang membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan
yang dimaksudkan untuk mengadakan perkhidmatan kepada orang
awam atau yang dimaksudkan boleh diakses, digunakan atau
dikendalikan oleh orang ramai dengan menggunakan peranti arus
baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi
10 miliampere.
2) Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan
akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik
yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi
hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir yang membekalkan
tenaga kepada sesuatu kelengkapan sama ada secara berasingan
atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai
arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere.
PERATURAN 36
Perlindungan terhadap arus kebocoran bumi

3) Bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau


perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau
berkemungkinan digunakan, perlindungan terhadap arus
kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir
sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan, dengan
peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki
terkadar tidak melebihi 30 miliampere.
PERATURAN 36
Perlindungan terhadap arus kebocoran bumi
Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang
disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3), perlindungan
terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-
mana litar akhir, sama ada secara individu atau dalam
kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus
kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 miliampere
melainkan-

a) atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk


mengadakan perlindungan itu; atau

b) adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan


perlindungan itu.
PERATURAN 37
Ruang bagi papan suis atau kelengkapan

Mana-mana bahagian sesuatu pepasangan papan suis atau


kelengkapan dipasang di dalam mana-mana premis:

a) hendaklah cukup terang, dialih udara dan sentiasa kering

b) hendaklah bebas daripada halangan bagi membolehkan papan


suis atau kelengkapan itu dikendalikan dengan selamat

c) hendaklah cukup dimensinya bagi mengadakan ruang yang


cukup bagi pengendalian atau penyenggaraan yang selamat;
dan

d) tidak boleh digunakan bagi apa-apa jenis penstoran.


PERATURAN 38
Notis

1) Suatu notis standard yang mempamerkan perkataan


“DILARANG MASUK” hendaklah diletakkan di luar tempat
yang mengandungi kelengkapan elektrik jika gangguan tanpa
kebenaran pada kelengkapan itu adalah dijangkakan dan jika
gangguan sedemikian adalah membahayakan.

2) Notis yang disebut dalam subperaturan (1) itu hendaklah


daripada bahan yang sesuai, 350 milimeter lebar dan 240
milimeter tinggi dengan huruf berwarna hitam di atas latar
belakang berwarna putih, dan perkataan "DILARANG
MASUK" hendaklah ditulis dengan huruf besar di tengah-
tengah, dengan tulisan berukuran 290 milimeter panjang dan
30 milimeter tinggi dan jarak hurufnya ialah 6 milimeter.
PERATURAN 38
Notis
3) Notis standard yang mempamerkan perkataan “BAHAYA”
hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat berdekatan
dengan papan suis.
4) Notis yang disebut dalam subperaturan (3) hendaklah daripada
bahan yang sesuai, berukuran 240 milimeter lebar dan 350
milimeter tinggi dengan huruf berwarna merah di atas latar
belakang berwarna putih, dan di atasnya hendaklah mempunyai
garisan tiga halilintar biasa yang setiapnya berukuran 80 milimeter
tinggi dan 6 milimeter lebar pada bahagian yang paling lebar, dan
di bawahnya perkataan "BAHAYA" hendaklah ditulis dengan
huruf besar, dengan tulisan 190 milimeter panjang dan 28
milimeter tinggi dan jarak hurufnya ialah 6 milimeter.
5) Notis-notis di bawah subperaturan (1) dan (3) hendaklah mudah
dibaca dan ditempatkan di tempat yang mudah dilihat.
PERATURAN 39
Arahan bagi rawatan renjatan elektrik

1) Arahan dalam bahasa kebangsaan tentang cara bagi yang


sesuai merawat orang terkena renjatan elektrik hendaklah
dilekatkan pada mana-mana pepasangan, selain daripada
pepasangan domestik, tempat orang biasanya diambil kerja
dan tempat elektrik dijanakan, diubah dan digunakan.

2) Pemunya, pengurusan, pemegang lesen atau pihak berkuasa


bekalan sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang
berkenaan, hendaklah memastikan bahawa mana-mana orang
diambil kerja di tempat itu memahami dan tahu mengenai
arahan itu.
PERATURAN 40
Alat pemadam api

Alat pemadam api hendaklah disediakan oleh


pemunya, pengurusan, pemegang lesen atau pihak
berkuasa bekalan sesuatu pepasangan, selain daripada
pepasangan domestik, dan alat pemadam itu
hendaklah disimpan di premis itu untuk digunakan
pada bila-bila masa.
PERATURAN 64
Orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, dsb.

1) Tiada papan suis, gear suis atau kelengkapan, kecuali mana-


mana perkakas elektrik, perlengkapan atau radas elektrik yang
direkabentuk untuk disambungkan kepada soket aliran keluar
elektrik melalui palam, boleh disambungkan pada sesuatu
pepasangan bagi maksud menerima tenaga melainkan jika
sambungan itu dijalankan oleh atau di bawah kawalan orang
kompeten
PERATURAN 112
Langkah awasan keselamatan yang mencukupi hendaklah
diambil semasa kerja

1) Orang kompeten hendaklah mengambil langkah awasan yang


mencukupi untuk mencegah mana-mana pepasangan atau
kelengkapan daripada terhidup secara tidak sengaja semasa
orang sedang bekerja.

2) Mana-mana orang yang terlibat dalam kerja yang berkaitan


dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan hendaklah
dilindungi secukupnya daripada bahaya, dan tanggungjawab
bagi perlindungan itu hendaklah terletak pada pemegang lesen
atau pihak berkuasa bekalan, pemunya, pengurusan atau
penghuni pepasangan itu, pengkhidmat atau ejennya, mengikut
mana-mana yang berkenaan.
PERATURAN 112
Langkah awasan keselamatan yang mencukupi hendaklah
diambil semasa kerja

3) Jika mana-mana orang terlibat dalam kerja pada suatu litar


yang dikawal dengan suis yang tidak berada di bawah seliaan
langsungnya, suis itu hendaklah dikunci dalam kedudukan
“OFF” sehingga kerja itu selesai, dan :-

 a) dalam hal kerja talian aerial, notis hendaklah digantung


pada suis dan tiang pembumi bagi mengadakan
pembumian hendaklah dilekapkan pada jarak yang boleh
dilihat,

 b) dalam kerja memasang kabel bawah tanah, notis


hendaklah digantung pada suis dan suis itu tidak boleh
ditutup.
PERATURAN 112
Langkah awasan keselamatan yang mencukupi hendaklah
diambil semasa kerja

4) Jika litar dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat


tinggi, suis dalam subperaturan (3) hendaklah dikunci pada
kedudukan “OFF” oleh orang kompeten.

5) Tiada orang kompeten atau orang yang di bawah kawalan


orang kompeten boleh menghidupkan semula mana-mana suis
sehingga dia pasti bahawa semua orang sudah tiada pada litar
berkenaan dan telah diberi amaran bahawa litar itu akan
dihidupkan.
PERATURAN 112
Langkah awasan keselamatan yang mencukupi hendaklah
diambil semasa kerja

6) Tiada seorang pun boleh menggagalkan, membuang atau


merosakkan sesuatu peranti keselamatan yang dipasang
berkaitan dengan atau untuk digunakan dengan mana-mana
pepasangan atau kelengkapan.

7) Walau apa pun subperaturan (1), (3), (4) dan (5) jika orang
kompeten berpuashati bahawa kerja hidup pada mana-mana
pepasangan, kelengkapan atau litar, mengikut mana-mana
yang berkenaan adalah selamat, adalah tidak menyalahi
undang-undang bagi mana-mana orang untuk melibatkan diri
dalam kerja sedemikian.
PERATURAN 113
Orang kompeten hendaklah mengeluarkan arahan bertulis

Tiada kerja atau pengendalian di bawah


kawalan orang kompeten boleh
dimulakan sehingga arahan bertulis telah
keluarkan oleh orang kompeten itu
kepada orang di bawah kawalannya.

You might also like