You are on page 1of 3

Novel : Kapten Hassan Wira Bangsa

TEMA : Perjuangan menentang musuh negara


Huraian tema:
 Perjuangan yang dilakukan oleh anggota pasukan keselamatan terhadap Jepun, Bintang Tiga dan
juga pengganas komunis yang mengancam negara. Selepas Jepun menyerah kalah, British
mengambil alih pemerintahan negara.
 Kumpulan-kumpulan tertentu tidak berpuas hati dan mahu merampas kuasa pemerintahan
daripada Inggeris seperti pengganas komunis yang diasaskan oleh Chin Peng.
 Fokus perjuangan rakyat tempatan adalah berkisar kepada Rejimen Askar Melayu, dan juga watak
Hassan iaitu seorang pemuda Melayu yang berjuang menentang pengganas.
 Hassan memperoleh kejayaan dalam perjuangannya iaitu dari prebet biasa sehingga menjawat
jawatan yang tinggi dalam perkhidmatan tentera kerana jasanya yang besar dalam usaha
menentang musuh negara.

PERSOALAN
1. Tanggungjawab mempertahankan negara
- Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah diberi tugas mempertahankan negara.
Pasukan-pasukan keselamatan negara lain seperti polis turut bertanggungjawab mempertahankan
negara. Mereka mempbuat gerakan di hutan untuk menghapuskan pengganas komunis.

2. Kezaliman musuh
- Kumpulan Bintang Tiga bertindak sewenang-wenangnya terhadap rakyat seperti yang dilakukan ke
atas keluarga Hassan, Sir Henry Gurney dan juga pengurus ladang di Sungai Siput yang dibunuh
dengan kejam.

3. Kepentingan disiplin
- Hassan mementingkan disiplin dalam tugasnya. Beliau selalu menasihati anggota platunnya agar
mengutamakan disiplin dalam tugas supaya kerjaya dan pasukan tentera dihormati.

4. Dendam
- Hassan berdendam kerana ahli keluarganya telah dibunuh dan datuknya telah ditangkap oleh
Bintang Tiga dan dia berazam untuk menuntut bela atas kekejaman tersebut.

5. Kerjamasa dalam perjuangan


- Pelbagai pihak seperti Rejimen Askar Melayu, polis, pasukan pengawal kampung dan orang awam
telah bekerjasama untuk menangani masalah pengganas komunis.

WATAK UTAMA : Hassan


PERWATAKAN:-
1. Seorang yang gigih – Hassan gigih dalam tugas yang dipikulnya sebagai anggota tentera sehingga
mendapat kenaikan pangkat daripada seorang prebet menjadi kapten.
2. Seorang yang penyayang – Hassan begitu menyayangi ahli keluarganya sehingga sanggup
menuntut bela atas kematian ahli keluarganya.
3. Seorang yang mematuhi arahan – Hassan sangat patuh pada arahan pihak atasan seperti arahan
mencari bangkai pesawat ayng terhempas walaupun pada masa yang sama dia sibuk menduduki
ujian kenaikan pangkat.
4. Seorang yang pintar – Hassan bijak menangani masalah yang dihadapinya seperti percubaan Ah
Kiew atau Ah Moi yang cuba menggodanya.
5. Seorang yang berdisiplin – Hassan mempunyai disiplin yang tinggi ketika bertugas dan tidak suka
anggota platunnya yang melanggar disiplin.

1
WATAK SAMPINGAN DAN PERWATAKAN
1. Penghulu Ismail
- Datuk kepada Hassan
- Merupakan Penghulu di Kampung Pantai
- Seorang yang penyayang terhadap keluarganya
- Seorang yang mementingkan agama iaitu dengan menghantar Hassan belajar di sekolah pondok.
- Ditangkap pihak Bintang Tiga.

2. Haji Osman
- Ayah kepada Hassan
- Mempunyai empat orang anak yang lain iaitu Sailan, Mohd Tahir, Habsah dan Zaharah.
- Seorang yang alim dan berpendidikan tinggi dalam agama
- Pandai dalam ilmu kebatinan dan ilmu mempertahankan diri
- Seorang yang daif dan hidup dalam kemiskinan

LATAR TEMPAT
1. Batu 8, Jalan Jelebu – tempat tinggal mertua Hassan dan tempat tinggal Hassan setelah berkahwin
2. Ulu Terip – merupakan tempat perkhemahan Kumpulan Bintang Tiga.
3. Ulu Sungai Geliau – kawasan pergerakan gerombolan pengganas yang aktif tetapi berjaya di
patahkan oleh Leftenan Hassan.
4. Port Dickson – tempat Hassan menjalani latihan ketenteraan selama 6 bulan.
5. Kem Tapah – tempat Sarjan Hassan bertugas dan di sini dia digoda oleh Ah Kiew atau Ah Moi
tetapi tidak berjaya.

LATAR MASA
1. Zaman sebelum darurat - 1940 : Hassan belajar di sekolah pondok Kg Sega.
1942 : Belia Melayu dikerah bekerja oleh Jepun membuat landasan
keretapi
1945 : Kumpulan Bintang Tiga mengganas
21 Dis 1946 : Hassan memasuki angkatan tentera

2. Zaman darurat - 16 Jun 1948 : Kerajaan mengistihar darurat


16 Nov 1953 : Hassan terlibat dalam operasi di hutan Pahang
17 Ogos 1957 : Hassan terlibat dalam operasi di Tanjung Malim, Perak.
20-21 Ogos 1957 : Hassan terlibat dengan operasi di Ladang Getah Waterfall,
Rawang.

3. Zaman selepas darurat – 15 Okt 1961 : Leftenan Hassan terlibat dalam gerakan mencari bangkai
pesawat di hutan Bukit Tinggi
05 Ogos 1962 : Perkhidmatan Hassan ditamatkan kerana gagal dalam
ujian kenaikan pangkat
06 Ogos 1962 : Hassan kembali ke kampung halamannya
Penghujung 1962 : Hassan berkhidmat semula.
30 April 1991 – Hassan meninggal dunia di Hospital Seremban.

LATAR MASYARAKAT
1. Kategori masyarakat – masyarakat kampung, bandar dan yang bergerak dalam hutan
2. Pekerjaan – Pelbagai jenis pekerjaan seperti tentera, polis, penghulu, guru agama, pengganas dan
lain-lain.
2
3. Golongan masyarakat – golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan orang tua.
4. Kepelbagaian bangsa dan agama – melibatkan bangsa Melayu, Cina, Jepun dan Inggeris dan
agama yang diketengahkan ialah agama Islam, Kristian dan Buddha.
5. Corak hidup – memaparkan masyarakat yang hidup bekerjasama dan kehidupan yang kucar-kacir
semasa kedatangan Jepun, Kumpulan Bintang Tiga dan komunis.

GAYA BAHASA
1. Bahasa Inggeris – Contoh : box office, Quarter Master, Browning dan lain-lain lagi
2. Bahasa Jepun – Contoh : aiho, kabotai dan lain-lain lagi
3. Bahasa Arab – Contoh : al-Quran, zikirullah, Alllahyarham dan syariah.
4. Sinkof – Ah Moi pernah menyatakan kepada Hassan, “ Saya tak menyangka askar macam awak ni
baik. Dulu kalau saya ternampak askar, saya terus lari.”
5. Simile – …Bagi mereka, orang-orang kampung mukim Pantai pada ketika itu ibarat harimau yang
tidak bertaring dan tidak berkuku yang boleh mendengus sahaja.
6. Metafora – Keberanian Koperal Hassan mara secara sendirian dalam hujan peluru komunis telah
mendapat perhatian daripada pegawai pemerintahnya,…
7. Peribahasa – membanting tulang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,
buah mulut.

NILAI
1. Keberanian – Semangat keberanian yang ditunjukkan oleh Hassan mempertahankan maruah
negara.
2. Tanggungjawab – Pasukan keselamatan bertanggungjawab menjaga keamanan negara.
3. Taat setia – Taat setia terhadap pihak atasan ditunjukkan oleh Hassan apabila menerima pelbagai
tugasan walaupun sibuk.
4. Kerjasama – Pasukan polis dan tentera bekerjasama membanteras pengganas.
5. Bersyukur – Berterima kasih kepada Tuhan yang telah menyelamatkan nyawa.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersatu padu – Pasukan keselamatan bersatu padu dalam menjalankan tugas
mempertahankan negara.
2. Kita janganlah bertindak zalim – Tindakan Kumpulan Bintang Tiga membunuh keluarga Hassan
adalah zalim danmesti dihindari.
3. Kita mestilah berdisiplin – Hassan mementingkan disiplin semasa menjalankan tugas.
4. Kita mestilah menghormati ketua – Hassan sentiasa mematuhi dan mendengar nasihat yang
diberikan oleh ketuanya.
5. Kita mestilah mengenang jasa – Pihak tertentu mestilah memberi penghargaan atas jasa yang
dicurahkan kepada negara.

You might also like