You are on page 1of 10

BMM 3106 KULIAH 1

PENDIDIKAN PEMULIHAN
Dalam konteks sekolah rendah, Pendidikan pemulihan merupakan tindakan
dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Definisi

Pringle (1966)
“pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid
yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan
belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan
mereka”.

Tansley (1967) :
“... satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar
teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan
tersusun”

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975) :


“... satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan
pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dalam
kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa”

Albertwhite (1977)
“pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-
kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi”.

Ishak Harun & Koh Boh Boon (1983 : 191)


“Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang
menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa” .

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983 : 371)


“satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid
yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah

JONG SOO CHIN / PISMP BM SEM 3


BMM 3106 KULIAH 1

biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan
yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus
oleh guru pemulihan.”

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) :


“ ... langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira ... hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat
dikesan dan ditentukan.”

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986) :


“... satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-
murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira, dibawah kelolaan guru-guru pemulihan yang
menerima latihan khas dalam bidang ini.”

Konsep
Program Pendidikan Pemulihan ialah satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi
masalah pembelajaran muridd-murid lemah di sekolah rendah. Program ini
ditumpukan kepada penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira;
dan dikendalikan oleh guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam
bidang ini.

Rasional
i. Dari sudut “Falsafah”
Pelaksanaan program pemulihan khas akan memenuhi keperluan setiap
murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam
kelas biasa. Oleh itu, ianya adalah selaras dengan konsep “ pendidikan
Untuk Semua”
ii. Dari sudut “Teori”
Pendekatan pengajaran seperi “Prescriptive-Diagnostic Teaching”,
“Precision Teaching”, dan Clinical teaching” telah terbukti berjaya. Oleh
itu, langkah-langkah dalam pendekatan di atas telah dijadikan asas
pelaksanaan program ini.

JONG SOO CHIN / PISMP BM SEM 3


BMM 3106 KULIAH 1

iii. Dari sudut “Pencegahan”


Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin
menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. Jadi pelaksanaan
program ini amatlah diperlukan bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Objektif Program Pemulihan


1. Membantu murid-murid mengatasi masalah-masalah dalam penguasaan
kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan
pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat
mereka.
2. Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran
mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara
satu dengan yang lain
3. Memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin
4. Meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolah
biasa
5. Membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap
positif terhadap pelajaran
6. Membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang
boleh menjejaskan pelajaran
7. Menyuburkan emosi, mental, sosial dan intelek terutama bagi murid-murid
yang datang daripada keluarga yang bermasalah
8. Memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan
merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

Jenis-jenis program
a. Pemulihan dalam kelas
i. Pemulihan KBSR yang dijalankan dalam kelas biasa untuk membantu
murid-murid yang lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran yang
telah dipelajari
ii. KIA2M
Program yang dikendalikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas 2 M.
Murid-murid yang gagal ujian penapisan akan dilatih khusus untuk

JONG SOO CHIN / PISMP BM SEM 3


BMM 3106 KULIAH 1

menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Murid-murid ini


dikenhendaki menduduki ujian Penapisan sebelum dilepaskan tetapi
bagi murid yang gagal ujian Pelepasan tiga, meeka akan dimasukkan
ke kelas pemulihan pada tahun berikutnya.
iii. PROTIM
Program pemulihan 3M yang dirancang untuk membantu murid tahun
enam menguasai kemahiran asas 3M. Program ini dijalankan selepas
murid tahun enam menduduki peperiksaan UPSR.

b. Pemulihan Khas
i. Sistem Penarikan keluar (withdrawl)
Murid pemulihan yang telah dikenal pasti akan datang ke kelas
pemulihan pada waktu-waktu yang ditentukan untuk belajar bahasa
melayu dan matematik sahaja. Mereka akan dihantar balik ke kelas
(tidak perlu datang lagi) apabila telah menguasai kemahiran asas yang
ditentukan.
ii. Kelas Khas
Murid pemulihan yang telah dikenal pasti akan ditempatkan dalam
kelas secara sepenuh masa. Mereka hanya akan dihantar balik ke
kelas biasa apabila dan mencapai tahap pretasi yang ditentukan atau
telah menguasai kemahiran asas 3M

Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Pendidikan Imbuhan 


 Walaupun pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan berkait rapat tetapi
ia tetap mempunyai perbezaan yang tertentu. 

 Menurut kamus lengkap,perkataan imbuhan bermaksud tambahan pada


barang-barang yang disukat,ditimbang dan lain-lain, manakala perkataan
permulihan pula bermaksud pulih,sembuh atau kembali seperti sedia kala. 

 Daripada pengertian yang diberikan di atas, nyatalah bahawa ‘imbuhan


‘membawa maksud keadaan kekurangan atau kerugian yang memerlukan
tambahan,manakala ‘pemulihan ‘ pula bermaksud suatu keadaan yang tidak
memuaskan yang memerlukan pembaikan. 

JONG SOO CHIN / PISMP BM SEM 3


BMM 3106 KULIAH 1

 Pendidikan imbuhan pada amnya bolehlah dianggap sebagai satu usaha atau
tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan. Ia
merupakan langkah-langkah yang rapi dan teliti yang diprogramkan untuk
mencegah berlakunya sebarang kelemahan di kalangan murid. 

 Pencegahan seperti ini dilakukan pada peringkat awal


pembelajaran.Biasanya pendidikan imbuhan melibatkan kanak-kanak yang
kurang bernasib baik yang sekiranya dibiarkan akan menyebabkan
berlakunya keciciran.

Pendidikan Imbuhan Menitik Beratkan Perkara Berikut. 


1. Pendidikan imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal,iaitu pada peringkat
awal pembelajaran. 
2.Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan.
Pangajaran disusun dengan rapi dan teliti. 
3. Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan
khusus. 
4.Guru hendaklah boleh mengubahsuai bahan-bahan kurkulum dan kaedah
pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan. 
5. Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan
badan-badan lain yang boleh membantu meningkatkan prestasi murid. 

® Dalam membentuk strategi pendidikan imbuhan ,satu program menyeluruh yang


melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan .Program ini juga
harus meliputi program untuk kesihatan yang sempurna, makanan dan
pemakanan. 

® Pendidikan pemulihan pula adalah sebahagian daripada pendidikan imbuhan.


Pendidikan pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid
yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Dalam pendidikan
pemulihan,murid ini biasanya di tempatkan dalam kelas khas di sekolah. 

® Aktiviti pemulihan biasanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek dan
ditumpukan kepada usaha untuk mengatasai kelemahan dalam kemahiran-

JONG SOO CHIN / PISMP BM SEM 3


BMM 3106 KULIAH 1

kemahiran asas. Grafik Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan


Imbuhan. Pendidikan Pemulihan Dalan KBSR Dan KBSM 

Gambar : Perbezaan pendidikan pemulihan dan pendidikan Imbuhan

® Pelajar-pelajar di dalam kelas KBSR adalah berbeza dari segi minat, bakat dan
kebolehan.Begitu juga pelajar-pelajar di kelas KBSM. Oleh sebab kebolehan
pelajar-pelajar adalah berbeza, maka kadar pembelajaran juga berbeza. 

®Dalam suatu tempoh masa yang tertentu,terdapat pelajar yang masih belum
menguasai sesuatu kemahiran. Dengan itu,pendidikan pemulihan adalah
diperlukan bagi pelajar KBSR dan KBSM, 

JONG SOO CHIN / PISMP BM SEM 3


BMM 3106 KULIAH 1

Murid Pendidikan Pemulihan

Murid pemulihan terdiri daripada mereka yang belum menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira. Murid-murid pemulihan tidak mengalami sebarang
kecacatan tetapi memperlihatkan ciri-ciri khusus yang berbeza daripada murid biasa
yang lemah, murid bermasalah pembelajaran, dan murid bermasalah pembelajaran
spesifik disleksia.

Perkembangan kanak-kanak pendidikan pemulihan


Perkembangan kanak-kanak pendidikan pemulihan dipengaruhi oleh faktor-faktor
yang berikut :
i. Rencatan akal
ii. Kurang peluang
iii. Tersekat budaya / ekonomi ( cultural / economic disadvantage)
iv. Gangguan emosi
v. Kurang upaya sensori
vi. Bermasalah dalam pembelajaran secara khusus

Ciri-ciri kanak-kanak pendidikan pemulihan

i. Lemah
Daya ingatan
Tumpuan ingatan
Pengamatan
Kemahiran asas
Pertuturan

ii. Kurang
Keyakinan diri / minat dan ketekunan belajar
Perbendaharaan kata
Daya cipta (kreativiti)
Pengalaman

JONG SOO CHIN / PISMP BM SEM 3


BMM 3106 KULIAH 1

iii. Sukar
Sukar mengawal emosi
Menerima konsep
Mendiskriminasi dan membezakan
Memahami perkaitan

iv. Seringkali
Terganggu kesihatan
Tidak hadir / ponteng sekolah
Bermasalah tingkah laku
Menyendiri
Bersikap egosentirk

Ciri-ciri pelajar lemban atau pemulihan

DEFINISI:
Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah
biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah /
objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya
pengamatan yang lemah / rendah.

Ciri - ciri:
- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
- Pendiam / tidak aktif / tidak banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun

JONG SOO CHIN / PISMP BM SEM 3


BMM 3106 KULIAH 1

- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah


- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Punca:
-Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir
- Ubat semasa mengandung
- Kemalangan
- Sosio
- ekonomi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:


- Temubual
- Merujuk kepada pegawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai& menyeronokkan
- Senang ke susah
- Konkrit ke abstrak
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera

JONG SOO CHIN / PISMP BM SEM 3


BMM 3106 KULIAH 1

- Banyakan pengukuhan dan latihtubi


- Jauhkan dendaan yang negatif
Guru Pendidikan Pemulihan

Ciri-ciri guru pendidikan pemulihan


Chua & Koh (1992) memetik syor Haigh (1977) mengenai ciri-ciri yang patut ada
pada seorang guru pendidikan pemulihan ialah :
i. Mempunyai peribadi yang stabil dan mantap
ii. Luas bacaan dan cerdas
iii. Tidak takut disisihkan
iv. Mesti mempunyai atau sentiasa ingin belajar, kecekapan pengajaran dan
pentaksiran yang menjadi ciri utama pengajaran pemulihan

Peranan Guru Biasa dalam pelaksanaan pemulihan dalam kelas biasa

Pengenalpastian murid

Penganalisisan masalah

Perancangan

Pengajaran

Tindakan susulan

Peranan Guru Khas dalam pelaksanaan pemulihan dalam kelas khas

Pencalonan

Ujian Saringan

Ujian Diagnostik

Perancangan Pengajaran
dan Pembelajaran

Pengajaran dan
Pembelajaran

Penilaian
JONG SOO CHIN / PISMP BM SEM 3

Tindakan susulan

You might also like