You are on page 1of 35

HADIS 41:

MENGIKUTI SYARIAT ALLAH, TIANG KEIMANAN

‫عن أبي محمد عبد هللا بن عمرو بن العاص رضى هللا عنهما قال‬:

‫ ال يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به‬:‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬.

Maksudnya:

Daripada Abu Muhammad Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas r.a. daripada Nabi s.a.w., baginda
bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kalangan kamu sehingga hawa nafsunya
mengikut apa yang aku bawa.”

Hadis ini adalah hadis hasan sahih, kami telah menyebutnya di dalam Kitab al-Hujjah dengan
isnad yang sahih.

Kitab al-Hujjah adalah kitab yang menerangkan aqidah ahli sunnah. Ia mengandungi perkara-
perkara asas dalam agama yang merupakan kaedah-kaedah ahli hadis. Nama penuhnya ialah al-
Hujjah ‘ala Taariki sulukil mahajjah. Menurut Ibnu Hajar al-Haitami, kitab ini adalah kitab yang
baik dan bermanfaat. Pengarangnya ialah Abul Fathi Nasr bin Ibrahim al-Maqdisi, seorang
ulama feqah mazhab Syafi’e yang zuhud. Beliau tinggal di Damsyik.

28
MAKSUD KALIMAH

﴿ ‫﴾ ال يؤمن‬ : Tidak beriman. Maksudnya, tidak sempurna atau tidak sah imannya.

﴿ ‫﴾ هواه‬ : Hawa nafsunya. Iaitu apa yang dia suka dan hatinya cenderung

kepadanya serta sesuai dengan tabiatnya.

﴿ ‫﴾ تبعا‬ : Mengikut. Iaitu menjadi pengikutnya sehingga menjadi kebiasaan

kepadanya.

﴿ ‫﴾ لما جئت به‬ : Apa yang aku bawa. Iaitu syariat sempurna yang diturunkan oleh Allah

s.w.t. kepada aku, yang mengandungi suruhan dan larangan yang dinaskan
oleh al-Quran atau di terangkan oleh as-Sunnah.

28
KANDUNGAN HADIS

1. Muslim adalah insan yang sempurna.

Muslim ialah insan sempurna yang mempunyai aspek-aspek keperibadian yang ideal. Tidak
berlaku percanggahan di antara perkataan dan perbuatannya, dan di antara tindakan dan
pemikirannya. Bahkan dia adalah insan yang mempunyai hati dan lidah yang serasi dengan
seluruh anggota badan yang lain. Begitu juga berlaku keserasian di antara akal, fikiran dan
perasaannya. Keseimbangan di antara ruh dan jasad tetap wujud. Lidahnya menuturkan
keyakinannya, manakala aqidahnya pula tercerna pada anggotanya. Perjalanan hidup dan tindak
tanduknya menjadi lurus. Syahwat tidak dapat menguasainya, bidaah tidak dapat menjadikannya
seorang yang melampaui batas dan begitu juga keseronokan duniawi tidak mampu
melalaikannya. Seluruh kehidupannya adalah berasaskan kepada syariat Allah s.w.t. yang
sedikitun tidak mengandungi kebatilan. Perkara inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.
ketika baginda meletakkan garis pemisah bagi seorang Muslim yang beriman di dalam sandanya
yang bermaksud:

“Tidak beriman seseorang daripada kalangan kamu, sehingga hawa nafsunya mengikut apa
yang aku bawa.”

2. Hakikat al-hawa (nafsu) dan jenis-jenisnya.

‘Al-Hawa’ boleh diertikan dengan kecenderungan hati kepada kebenaran, mencintai dan
menjunjunginya. Di antara penggunaan al-hawa dengan makna tersebut ialah kata-kata ‘Aisyah
r.a.:

“Aku tidak melihat Tuhanmu melainkan dia bersegera kepada ‘hawa’ kamu (kecenderungan
hatimu terhadap kebenaran.”

28
Kata-kata ini diucapkan ketika turunnya ayat 51, surah al-Ahzaab. Firman Allah s.w.t.:

         

Maksudnya: “Engkau boleh menangguhkan sesiapa Yang Engkau kehendaki dari mereka dan
Engkau boleh mendamping: sesiapa Yang Engkau kehendaki.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari)

Begitu juga kata-kata Sayyidina Umar r.a. di dalam kisah tawanan Badar:

“Rasulullah s.a.w. cenderung (yahwa-daripada perkataan al-hawa. pent.) kepada pendapat


Saidina Abu Bakar, dan tidak cenderung kepada pandanganku.”

‘Al-Hawa’ juga boleh diertikan dengan kecenderungan dan kecintaa. Termasuk di dalam
pengertian ini kecenderungan kepada kebenaran dan selainnya. Inilah makna yang dikehendaki
oleh hadis ini.

Ia juga boleh diertikan dengan memeuhi tuntutan tubuh badan dan keinginannya. Pengertian
ini adalah biasa digunakan untuk perkataan ‘al-hawa’. al-Hawa dengan pengertian inilah yang
banyak sekali dicela, diminta berhati-hati serta menjauhkan diri oleh nas-nas syarak kerana
kebiasaannya keinginan syahwat ialah cenderung kepada perkara yang bertentangan dengan
kebenaran dan memenuhi keinginan tabiatnya, bukannya tuntutan syarak. Oleh itu, ia membawa
kepada kesesatan dan kecelakaan. Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi Daud a.s. dalam surah
Shaad ayat 26:

       

Maksudnya: “Dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian itu akan
menyesatkanmu dari jalan Allah.”

3. Mengikut hawa nafsu: Punca maksiat, bidaah dan berpaling daripada kebenaran.

28
Sesiapa yang mengikut syahwat dan membiarkan dirinya dikuasai oleh hawa nafsu, maka ia
akan dipandu ke medan maksiat dan dosa serta diterjunkan ke lembah penyanggahan syariat
Allah s.w.t. Sebenarnya mereka yang melakukan penyelewengan dan bidaah, orang-orang kafir
dan fasik yang menolak kebenaran dan manhaj ini, mereka bertindak demikian bukan disebabkan
kaburnya kebenaran atau tidak berpuas hati terhadap kebenaran tersebut -sebagaimana dakwaan
mereka- kerana kebenaran adalah terlalu jelas dan kebatilan adalah samar dan kaku, tetapi
disebabkan dorongan hawa nafsu yang diikuti. Firman Allah s.w.t.:

          
       

Maksudnya: “Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (Wahai Muhammad),
maka ketahuilah, Sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada
Yang lebih sesat daripada orang Yang menurut hawa nafsunya Dengan tidak berdasarkan
hidayah petunjuk dari Allah.”

4. Hawa nafsu yang ditaati: Tuhan yang disembah selain daripada Allah s.w.t.

Ibadah adalah kepatuhan dan ketundukkan. Sesiapa yang memberikan kepatuhan dan
ketundukkan kepada hawa nafsu dan syahwatnya, sesungguhnya dia telah menjadi hamba kepada
kedua-duanya. Hawa nafsu dan syahwat sentiasa bersama-sama manusia sehinggalah ia dapat
menguasai manusia. Ketika itu segala tindakan yang diambil adalah mengikut kehendak kedua-
duanya. Mereka sentiasa menjunjung titah perintahnya sekalipun bertentangan dengan akal,
pemikiran dan ilmu pengetahuannya. Begitulah kita dapati para hamba hawa nafsu dan syahwat
memejamkan mata mereka daripada melihat kebenaran dan menulikan telingan dari
mendengarnya. Oleh itu mereka tidak mengetahui jalan yang betul dan tidak mendapat petunjuk.

Ibnu Abbas r.a. berkata:

“Hawa nafsu adalah Tuhan yang disembah di dunia.”

28
Kemudian beliau membaca firman Allah s.w.t.:

    

Maksudnya: “Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang Yang menjadikan


hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati?”

(Surah al-Furqaan: 43)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

﴿ ‫﴾ ما تحت ظل السماء إله يعبد اعظم عند هللا تعالى من هوى متبع‬

Maksudnya: “Tidak ada di bumi Tuhan yang disembah lebih besar dosanya di sisi Allah s.w.t.
selain daripada hawa nafsu yang ditaati.”

5. Mengikut hawa nafsu: Kelemahan yang tidak layak bagi manusia.

Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada manusia keistimewaan yang menjadikannya berbeza
dengan makhluk yang lain dan Allah juga memuliakannya. Allah s.w.t. berfirman:

        


       
 

Maksudnya: “Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah
beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah
memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan
mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.”

(Surah al-Israa’: 70)

28
Pemberian sebagai tanda kemuliaan itu adalah akal. Ia dapat memperlihatkan kebaikan dan
mendorong untuk melaksanakannya, memperlihatkan kejahatan serta menghalang daripada
mendekatinya. Allah s.w.t. berfirman:

       

Maksudnya: “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan
Yang sesuai Dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang
membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa.”

(Surah as-Syams: 7-8)

Jiwa manusia bersedia untuk menerima kebaikan dan kejahatan. Ia dibekalkan dengan
dorongan untuk melakukan kejahatan dan ketakwaan. Manusia dengan kekuatan akal yang
dikurniakan kepadanya, mampu untuk mengalahkan hawa nafsu dan dorongan kejahatan serta
menenggelamkannya. Dia mampu bermujahadah dan mempertingkatkan dirinya ke tingkat
kebaikan dan ketakwaan yang tinggi. Dengan itu dia akan menempatka dirinya pada kedudukan
yang layak sebagai manusia yang dimuliakan dan dilebihkan oleh Allah. Apabila dia
melaksanakan semua itu, maka tingkahlakunya merupakan lambang kepada kekuatan akalnya,
kemanusiaannya yang ideal dan sempurna. Sebaliknya apabila dia melutut di hadapan dorongan
kejahatan, menyerah diri, kepada hawa nafsu dan menjejaki jalan-jalan yang merosakkan akhlak,
maka di atelah menurunkan darjat kemanusiaan dan merosakkan kemuliaannya. Semua ini
merupakan lambang kebodohan dan kelemahannya. Allah s.w.t. berfirman:

         

Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih -
bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan); dan Sesungguhnya hampalah
orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya
(dengan sebab kekotoran maksiat).”

28
(Surah as-Syams: 9-10)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

﴿ ‫ والعاجز من اتبع نفسه هواها وتمنى على هللا األمانى‬،‫﴾ المجاهد من جاهد نفسه‬

Maksudnya: “Mujahid ialah orang yang berjihad melawan hawa nafsu. Orang yang lemah
ialah orang yang mengikut hawa nafsu dan mengharapkan daripada Allah s.w.t. dengan
berbagai harapan (tanpa berusaha).”

Baginda juga bersabda:

﴿ ‫ بئس العبد عبد هوى يضله‬،‫﴾ بئس العبد عبد طمع يقوده‬

Maksudnya: “Seburuk-buruk hamba ialah hamba yang dikuasai oleh perasaan tamak dan
seburuk-buruk hamba ialah hamba hawa nafsu yang menyebabkan sesat.”

Mujahadah melawan nafsu dan bebas daripada kongkongannya adalah hasil daripada
makrifah yang sebenar kepada Allah s.w.t., perasaan mengagungkan serta mensyukuri nikmat-
nikmat-Nya. Setiap hamba hendaklah sentiasa bermujahadah melawan nafsunya sehingga dia
dapat membebaskan dirinya secara keseluruhan daripada pengabdian yang ikhlas dan
sepenuhnya kepada Alla s.w.t., sehingga keimanannya menjadi sempurna dan keyakinannya
menjadi teguh. Dengan ini dia akan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Allah s.w.t.
berfirman:

           
  

28
Maksudnya: “Adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya,
(untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka
Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.”

(Surah an-Nazi’at: 40-41)

6. Mengikut hawa nafsu adalah kesesatan manakala bermujahadah adalah kejayaan.

Sesungguhnya mengikut dan tenggelam di dalam gelombang hawa nafsu dan syahwat serta
bertungkus lumus mencari kepuasan duniawi tanpa mengira halal dan haram adalah dikira
sebagai ubudiyah (perhambaan) kepada selain daripada Allah s.w.t. Ini adala kezaliman dan
pelampauan kerana ia termasuk dalam erti kata “lebih mengutamakan nikmat daripada Pemberi
nikmat”. Ia juga adalah kejahilan dan kesesatan kerana lebih mengutamakan perkara-perkara
yang tidak kekal (fana’) daripada perkara yang kekal (baqa’). Ia adalah jalan yang
mengakibatkan kehancuran dan kerugian (dunia dan akhirat) kerana ia mengandungi unsur-unsur
keangkuhan dan menganggap dirinya lebih utama dari yang lain, sehingga mengakibatkannya
berbuat sewenang-wenang dengan melakukan pelampauan dan memperhambakan orang lain.
Allah s.w.t. berfirman:

          
 

Maksudnya: “Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang Yang


melampau (perbuatan derhakanya); Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata,;
Maka Sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.”

7. Tingkatkan Iman.

Apabila seorang Muslim mengucap dua kalimah syahadah dengan lisannya, dirinya tunduk
kepada syariat Allah s.w.t., berazam untuk beriltizam dengan segala perintah dan larangan-Nya,
maka wujudlah di dalam dirinya keimanan yang menempatkannya di tingkat iman yang paling

28
rendah dan memindahkannya dari lembah kekufuran kepada gerombolan mukminin. Juga
diharapkan menjadi penyelamat kepadanya di hari akhirat kelak. Rasulullah s.a.w. bersabda:

﴿ ‫﴾ من قال ال إله إال هللا مؤمنا بها قلبه دخل الجنه‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’ dalam keadaan hatinya
benar-benar beriman dengannya, dia akan masuk syurga.”

(Riwayat Bukhari dan lain-nya)

Apabila Muslim beriltizam dengan manhaj Allah s.w.t., berusaha mematuhinya di dalam
semua aspek kehidupan, sentiasa bergantung kepadanya, tidak melekukan sesuatu atau
meninggalkannya melainkan keran suruhan atau larangan-Nya, memutuskan semua urusan
berdasarkan kepadanya, cenderung kepada perkara yang disukai-Nya sebagaimana dia cenderung
kepada keinginannya sendiri, bahkan kehendak syarak sudah cukup baginya, dia menyukai apa
yang dibenarkan-Nya, benci apa yang dilarang-Nya, menghalalkan apa yang dihalalkan-Nya,
mengharamkan apa yang diharamkan-Nya, menjaga dirinya daripada perkara syubhat dan
memilih wara’ sebagai landasan kehidupannya dengan penuh senang hati tanpa merasa
kepayahan dan benci, maka sempurnalah imannya dan dia mancapai darjat keyakinan yang
tertinggi. Sekiranya dia masih belum mencapai darjat tersebut bermakna imannya belum
sempurna dan terdapat perkara yang meragukan.

Manakala mereka yang meninggalkan dan menolak hukum yang disyariatkan oleh Allah,
lebih meyakini hukum lain, tidak tunduk dan percaya kepadanya sebagaimana orang-orang yang
benar ikhlas imannya, maka mereka tidak mempunyai iman dan keislaman mereka belum sahih,
bahkan mereka termasuk di dalam golongan orang-orang kafir. Mereka kekal di dalam neraka
jahanam pada hari kiamat dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

8. Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.

28
Mencintai dan membenci apa yang dicintai dan dibenci oleh Allah merupakan suatu
kemestian untuk melahirkan keimanan dan mencapai darjat kesempurnaan. Kecintaan tersebut
ialah kecintaan yang membawa seseorang Muslim melaksanakan segala kewajipan dan perkara
yang disukai oleh Allah. Manakala kebencian pula ialah kebencian yang membawanya
meninggalkan segala larangan dan perkara makruh. Kecintaan dan kebencian ini tidak dapat
dicapai kecuali apabila kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya mengatasi segala-galanya. Allah
dan Rasul-Nya lebih diutamaan dan segala pengorbanan dilakukan lantaran kecintaan tersebut.
Allah s.w.t. berfirman:

       


      
          
        

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu,
dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga
kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan
merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi
perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad
untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab
seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik
(derhaka).”

(Surah at-Taubah: 24)

Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Anas r.a.:

Bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

﴿ ‫﴾ ال يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من نفسه وأهله والناس أجمعين‬

28
Maksudnya: “Tidak beriman seorang kamu sehingga aku menjadi orang yang lebih dicintai
daripada diri, anak dan keluarganya serta seluruh manusia.”

Oleh itu, masih belum boleh dikatakan seseorang itu beriman sehinggalah dia mengutamakan
kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w. melebihi kecintaannya kepada seluruh makhluk.
Kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. merupakan lanjutan kepada Pengutus Rasul iaitu Allah s.w.t.
Oleh sebab itu tidak akan lahir kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. kecuali apabila wujudnya
kecintaan kepada Allah s.w.t. sepertimana yang ditunjukkan oleh firman Allah s.w.t. di atas (at-
Taubah: 24) yang bermaksud:

“…lebih engkau cintai dari Allah dan Rasul-Nya…”

9. Ikut dan taat, tanda kecintaan.

Cinta sejati menuntut orang yang mencintai mengikut siapa yang dicintainya dan bersama-
sama dengannya dalam perkara yang disukai atau dibenci, sama ada dari segi perkataan,
perbuatan ataupun keyakinan. Barangsiapa yang mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan
cinta yang sejati, maka kecintaan tersebut akan melahirkan rasa cinta kepada apa yang dicintai
dan benci kepada apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya. Di antara rentetan daripada
kecintaan ini ialah seluruh anggota tubuh akan bertindak sesuai dengan kecintaan dan kebencian
tersebut. Dengan itu dia tidak akan melampaui batasan syarak, melaksanakan arahan dan
menjauhi larangan-Nya sesempurna mungkin sebagai bukti kepada kecintaan yang sejati dan
keimanan yang sahih. Firman Allah s.w.t.:

           
   

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

28
(Surah ali-Imran: 31)

Hassan al-Basri rahimahullah berkata:

“Para sahabat Nabi s.a.w. berkata: ‘Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat-amat
mencintai Allah.’ Kemudian Allah mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan
kepada-Nya. Dengan itu Allah menurunkan ayat di atas.”

Sesiapa yang meninggalkan apa yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan melakukan apa
yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya sedangkan dia mampu untuk melakukan yang
sebaliknya, maka ini menunjukkan bahawa imannya masih lagi ada kecacatan dan kekurangan
dan dia wajib berusaha untuk menyempurnakannya. Kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya
hanyalah dakwaan yang memerlukan kepada dalil dan bukti keterangan.

Sebahagian ulama berkata:

“Sesiapa yang mendakwa dirinya cinta kepada Allah, padahal perbuatannya tidak selari dengan
kehendak-Nya, maka pengakuannya itu batil. Sesiapa yang cinta kepada Allah tetapi tidak takut
kepada-Nya, dia adalah tertipu.”

Ada yang berkata:

“Sesiapa yang mendakwa cinta kepada Allah tetapi tidak memelihara batas-batas hukum-Nya,
dia adalah penipu.”

Semoga Allah memberi rahmat kepada penyair yang berkata:

Kamu mendakwa cintakan Allah sedangkan kamu bermaksiat kepada-Nya,

28
Inilah, demi Allah! Perbuatan yang terlalu hina.

Sekiranya cintamu cinta sejati sudah tentu kamu mentaati-Nya.

Sesungguhnya orang yang cinta pasti mentaati dan dicintai.

Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa di sana berlaku penentangan sikap pada mereka yang
memperlihatkan hati yang gementar ketika disebut nama Allah atau Rasul-Nya, air mata yang
berlinang, kepala yang tunduk menandakan khusyuk dan mengisytiharkan kecintaan mereka
kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat,
memakan riba, menipu, melakukan monopoli, tamak, bergaul bebas serta meninggalkan adab-
adab yang digariskan oleh syariat Allah s.w.t. Kita memohon agar Allah s.w.t. memberi hidayah
kepada kita dan mereka untuk berada di atas jalan yang lurus dan diredhai-Nya.

10. Kemanisan iman.

Iman mempunyai pengaruh dan kesan kepada jiwa dan hati orang-orang mukmin lebih
daripada kesan kesegaran yang dirasai oleh orang dahaga ketika meminum air sejuk yang segar.
Ia lebih manis daripada madu yang dimakan setelah begitu lama memakan benda-benda pahit.
Kecintaan dan kesannya ini tidak dapat dirasai kecuali oleh mereka yang sempurna iman dan
benar-benar mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lantas hasilnya dinikmati oleh seluruh
anggotanya. Ketika itu dia tidak mencintai atau membenci sesuatu kecuali kerana Allah dan tidak
memberi atau menerima kecuali kerana Allah semata-mata.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

﴿ ‫ثالث من كن فيه وجد حالوة اإليمان أن يكون هللا ورسوله أحب إليه مما سواهما وأن يحب‬

‫﴾ المرء ال يحبه إال هلل وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار‬

Maksudnya: “Tiga sifat apabila seseorang itu memilikinya, maka dia akan merasai kemanisan
iman iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada segala-galanya, dia tidak mencintai

28
seseorang kecuali kerana Allah dan dia takut kembali kepada kekufuran –setelah Allah
menyelamatkannya daripada kekufuran tersebut- sebagaiman dia takut dilemparka ke dalam api
neraka.”

Merasai kemanisan iman bermakna merasa betapa lazatnya melakukan ketaatan kepada
Allah.

Imam Nawawi berkata:

“Hadis ini adalah di antara hadis yang sangat besar nilainya. Ia merupakan salah satu
daripada asas Islam.”

11. Berhukum dengan syariat Allah dan redha dengan hukum-Nya.

Di antara tuntutan iman ialah seseorang Muslim mestilah berhukum dengan syariat Allah di
alam setiap masalah yang timbul. Dia tidak boleh mengambil selain daripadanya. Dia hendaklah
redha terhadap hukum allah yang diambil daripada dalil-dalil syarak yang muktabar iaitu al-
Quran, Sunnah dan hukum-hukum yang diistinbat daripada kedua-duanya serta furuknya. Setiap
Muslim hendaklah merasa senang hati menerima hukum yang ditetapkan sama ada ia membawa
keuntungan atau merugikannya, sesuai dengan keinginannya atau tidak. Allah s.w.t. telah
berfirman:

            
   

Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan -
apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus
mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang
tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan
kesesatan Yang jelas nyata.”

(Surah al-Ahzaab: 36)

28
Di dalam ayat lain Allah s.w.t. berfirman:

            
      

Maksudnya: “Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman
sehingga mereka menjadikan Engkau hakim Dalam mana-mana perselisihan Yang timbul di
antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa
Yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan sepenuhnya.”

(Surah an-Nisaa’: 65)

Menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai hakim selepas kewafatannya ialah dengan berhukum
denga syariat yang diturunkan kepada baginda dan Sunnah yang ditinggalkan.

12. Cinta kepada sesuatu yang dibenci oleh Allah dan sebaliknya adalah kufur dan
kesesatan.

Sebagaimana yang telah kita maklumi bahawa iman tidak wujud kecuali dengan mencintai
apa yang dicintai oleh Allah dan membenci apa yang dibenci-Nya. Kesempurnaan iman tidak
dapat dicapai kecuali dengan melaksanakan tuntutannya. Oleh itu sesiapa yang tidak memiliki
kecintaan tersebut bermakna imannya tidak ada. Jika yang sebaliknya berlaku iaitu dia mencintai
apa yang dibenci dan membenci apa yang dicintai oleh Allah, ini bermakna dia bertambah sesat,
kufur dan melampau. Dia adalah orang yang paling rugi di dunia juga di akhirat. Allah s.w.t.
berfirman:

      

        

Maksudnya: “Dan (sebaliknya) orang-orang Yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan
(Allah) mensia-siakan amal-amal mereka; Berlakunya Yang demikian, kerana Sesungguhnya
mereka tidak menyukai apa Yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran Tauhid dan hukum-

28
hukum Syarak Yang diterangkan di Dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal
mereka.”

(Surah Muhammad: 8-9)

Dalam ayat yang lain Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang Yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang
nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadaNya), Syaitanlah Yang
memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka;
Berlakunya Yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang Yang tidak
menyukai perkara Yang diturunkan oleh Allah: "Kami akan patuh kepada kamu pada setengah
perkara (yang berhubung Dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu"; sedang Allah
mengetahui Segala (perkataan dan perbuatan) Yang mereka sembunyikan; (Kalaulah mereka
terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka Bagaimanakah (Mereka dapat
menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan
punggung mereka?; (kematian mereka Dalam keadaan Yang buruk) itu, kerana mereka menurut
(serta melakukan) perkara-perkara Yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan mereka pula
membenci perkara-perkara Yang diredhaiNya; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka
(yang baik, Yang pernah mereka lakukan).

(Surah Muhammad: 25-28)

13. Contoh yang ideal.

Para sahabat Rasulullah s.a.w. mwrupakan contoh teladan yang ideal di alam kecintaan
mereka kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w., kecintaan mereka kepada apa yang diredhai,
kebencian kepada apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, mengutamakan kecintaan kepada
Allah dan Rasul-Nya daripada segala-galanya dan menyesuaikan kehendak dan tuntutan hawa
nafsu dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Sehingga sampai ke peringkat sanggup
mengorbankan jiwa raga, nyawa dan harta benda mereka, memerangi ayah-ayah mereka ayng

28
tidak beriman, meninggalkan keluarga dan kaum kerabat serta tanah air, kerana mereka adalah
orang yang paling mengetahui tentang keutamaan dan kelebihan Islam; ajaran yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. Lihatlah pendirian Umar ketika beliau berkata:

“Sungguh-sungguh engkau yang paling aku cintai daripada segalanya, kecuali diriku.”

Rasulullah s.a.w. manjawab:

“Tidak! Demi Allah yang diriku berada dalam genggaman-Nya, sehingga aku menjadi orang
yang paling kau cintai walaupun terhadap dirimu sendiri.”

Umar terdiam sejenak , dia memahami bahawa hak Rasulullah s.a.w. lebih penting daripada
yang selainnya, lebih utama dari seluruh makhluk termasuk jiwanya sendiri yang wajib
dikorbankan demi Rasulullah, kerana beliaulah yang telah menyelamatkan jiwanya daripada api
neraka. Akhirnya Umar berkata:

“Sekarang, demi Allah! Sesungguhnya engkaulah yang paling aku cintai walaupun terhadap
diriku sendiri.”

Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Sekarang, wahai Umar!”

Maksud sabda Rasulullah s.a.w. “Sekarang, wahai Umar!” ialah sekarang barulah sempurna
imanmu.

Oleh sebab itulah, generasi iman yang pertama ini layak mendapat pujian yang abadi
daripada Allah s.w.t. di dalam firman-Nya:

28
      
          
        

Maksudnya: “Dan orang-orang Yang terdahulu - Yang mula-mula (berhijrah dan memberi
bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang Yang menurut (jejak
langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula
reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar.”

(Surah at-Taubah: 100)

14. Pengajaran hadis.

i. Setiap Muslim wajib menjadikan al-Kitab dan as-Sunnah sebagai neraca kepada semua
tindak tanduknya serta berusaha supaya sesuai dengan kehendak kedua-duanya.

ii. Sesiapa yang hatinya membenarkan syariat Allah dan diikrar dengan lisan, tetapi
perbuatannya bertentangan dengan syariat tersebut, maka dia termasuk di kalangan
orangorang yang fasik. Sesiapa yang amalannya selari dengan syariat tetapi iktiqad dan
pemikirannya menyanggahi syariat, maka dia tergolong di kalangan orang-orang yang
munafik. Manakala mereka yang selalu berubah-ubah pendiriannya berdasarka kepada
keadaan, maka mereka adalah orang-orang zindik yang keluar dari agama.

iii. Di antara tuntutan iman ialah membela dan mempertahankan Sunnah Rasulullah s.a.w.
serta syariat yang dibawanya.1

1
Dr. Mustafa al-Bugha dan Muhyiddin Misto, Syarah Hadis 40 Imam Nawawi, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 1998,
halaman 516- 528.

28
HADITH 41

‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه‬:‫عن أبي محمد عبد هللا بن عمرو بن العاص رضى هللا عنهما قال‬
‫ رويناه في كتاب الحجه‬.‫ حديث صحيح‬.‫ ال يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به‬:‫وسلم‬
‫بإسناد صحيحز‬

TRANSLATION:

Abu Muhammad ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As (radiyallahuanhuma) reported that the
Messenger of Allah (sallallahu ‘alayhi wassalam) said: “No one of you (truly) believes until his
desire follows that with which I have come.”

[It is an excellent Hadith, and a genuine one, which we have related from the Kitab al-Hujjah,
with a genuine isnad. (Kitab al-Hujjah is the work of Abu al-Qasim Isma’il bin Muhammad bin
al-Fadl al-Asfahani, who was a Faqih and pious and much devoted to Allah. This work discusses
i’tiqad or doctrine of Ahl al-Sunnah).]

NOTE:

1. The faith is clear and its practice was made into an example by the Prophet sallallahu
‘alayhi wassalam. It is the duty of the faithful to follow the Sunnah of the Prophet intrue
spirit, and not to distort the teaching of the Quran or the Sunnah of the Prophet to suit
their own desires, appetites and ambitions. And its behoves not a believing man or a

28
believing woman, when Allah and His Messenger have decided an affair, to exercise a
choice in the matter. And whoever disobeys Allah and His Messenger, he surely strays off
to manifest error (33:36).2

2
Imam Nawawi’s Collection of Forty Hadith: Text, Translation and Notes, Islamic Book Trust, Kuala Lumpur, 1996,
halaman 76.

28
HADIS 41

‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه‬:‫عن أبي محمد عبد هللا بن عمرو بن العاص رضى هللا عنهما قال‬
‫ رويناه في كتاب الحجه‬.‫ حديث صحيح‬.‫ ال يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به‬:‫وسلم‬
‫بإسناد صحيح‬.

TERJEMAHANNYA:

Dari Abi Muhammad ‘Abdillah bin ‘Amru bin al-As radiyallahu ‘anhuma katanya: Rasulullah
sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Tidak beriman seorang kamu sehingga adalah hawanya
(kemahuannya atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.

Hadith hasan lagi sahih, kami riwayatkannya dalam Kitab al-Hujjah denga isnad yang sahih.

SYARAHANNYA:

Hadis ini diriwayatkan dari Abi Muhammad ‘Abdillah bin ‘Amru bin al-As, seorang alim
agama yang tekun beribadat dan salah seorang dari kalangan sahabat yang utama dalam jurusan
ilmu dan riwayat. Abu Hurayrah berkata:

“Selain aku, maka beliaulah orang yang banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah. Beliau
-katanya- boleh menulis, sedang aku tiada boleh menulis.”

Hadis yang diriwayatkannya ada sebanyak tujuh ratus hadis dan tujuh belas hadis
daripadanya dipersetujui bersama oleh Bukhari dan Muslim.

28
NILAIANNYA:

Hadis ini memperkatakan nilai iman bagi seorang yang mengaku beriman. Penilaian yang
menentukan benar tidaknya keimanan itu sewaktu menghadapi suatu perintah dan larangan
Rasulullah. Seorang dapat menentukan nilai imannya sendiri menurut sebagaimana yang
dikatakan Rasulullah dalam hadis ini.

PERKARA KEIMANAN KEPADA SUATU YANG DIBAWA.

1. MENDAHULUI IMAN.

Rasulullah telah menerangkan pada hadisnya yang tersebut perkara keimanan kepada suatu
yang dibawanya. Kerana dalam menghadapi perkara ini seorang itu selalu diganggu atau
dihalangi oleh bisikan hawa nafsunya, dan terjadilah pertentangan terhadap keimanan sehingga
perintah atau larangan yang terang dari Allah dan Rasul-Nya ditinggalkan atau ditolak nya
langsung kerana dipengaruhi oleh keinginan hati dan hawa nafsu. Hal mana amatlah berlawanan
dengan tabiat dan jiwa serta akhlak orang yang beriman sebagaimana yang telah dikatakan
Rasulullah, iaitu:

“Bahawa tidak beriman seorang kamu hingga adalah hawanya mengikut kepada apa yang aku
bawa dengan dia.”

Jelaslah bahawa mengikut Rasulullah, iaitu mengikut Quran dan Sunnah yang telah
dibawanya, adalah dasar tuntutan iman. Seorang mukmin –menurut kata Imam Nawawi- wajib
menyesuaikan amalan-amalannya dengan kitab (Quran) dan Sunnah dan menyalahi hawa
nafsunya dan mengikuti apa yang dibawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam.

Inilah kewajipan mutlak atas tiap-tiap orang yang beriman dan ini pula yang menjadi
tuntutan asas atas tiap-tiap orang Islam, kerana antara iman dan Islam tidak ada perbezaan
hakikat. Kedua-duanya tidak mungkin dipisah dari peribadi seorang insan yang menyedari

28
wujudnya kebesaran Ilahi yang Maha Pencipta, kerana kedua-duanya adalah satu pengertian
dalam memusatkan keseluruhan hidup kepada hukumnya.

Sesungguhnya amatlah tepat pendapat Imam Abu Hanifah yang menegaskan:

﴿ ،‫ فمن طريق اللغة فرق بين األيمان واإلسالم‬،‫واإلسالم هو التسليم واإلنقياد ألوامر هللا تعالى‬

‫ والدين اسم‬،‫ وهما كالظهر مع البطن‬،‫ وال يوجد إسالم بال إيمان‬،‫ولكن اليكون إيمان بال إسالم‬
‫﴾ واقع على اإليمان واإلسالم والشرائع كلها‬

Maksudnya: “Dan Islam itu ialah penyerahan dan kepatuhan kepada perintah-perintah Allah
Taala. Dari segi bahasa terdapat perbezaan antara iman dan Islam. Akan tetapi tiada iman
dengan tiada Islam dan tiada didapati Islam dengan tiada iman. Kedua-duanya seperti belakang
(seorang manusia) serta perutnya (yang tiada boleh dipisahkan). Dan agama itu adalah nama
yang meliputi iman, Islam dan sekalian hukum syarak.”

Maka nyatalah bahawa mengikut Rasulullah dalam masalah yang ditegaskan hukumnya
adalah dari tuntutan agama, dan tidak boleh bagi seorang yang beriman mencuaikannya dengan
tidak mahu mengerjakannya atau meninggalkannya dengan alasan ada pendapat yang lain yang
lebih sesuai atau lebih banyak disetujui oleh orang ramai ataupun telah berabad-abad lamanya
diamalkan orang.

Memang sukar melawan hawa nafsu kerana mengikut Sunnah Rasulullah atau menurut
pengajaran agama. Tetapi bagi seorang yang beriman, dalam usahanya untuk menunjukkan
keimanan dan kecintaan atau kasih sayangnya terhadap agama Allah dan Rasul-Nya, wajiblah
menunduk kemahuannya dan memimpin peribadinya untuk menerima petunjuk dan perintah
Rasul. Kerana inilah erti cinta sejati yang bertalian dengan iman hakiki yang mesti diutamakan
dan didahulukan dari kecintaan kepada yang lain sesuai dengan hadis Rasulullah dalam kitab
Sahih Bukhari dan Muslim, iaitu:

﴿ ‫ والناس أجمعين‬.‫﴾ ال يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من نفسه وولده وأهله‬

28
Maksudnya: “Tiada beriman seorang kamu hingga adalah aku lebih cinta kepadanya daripada
dirinya dan anaknya dan isterinya dan manusia sekeliannya.”

Kalau tidak demikian, maka cinta itu adalah palsu dan dusta. Kerana apakah ertinya cinta itu
kalau seorang masih mengutamakan hawa nafsu dirinya dan anak-pinaknya dan menuruti
kehendak manusia dan masyarakatnya dengan membelakangi perintah agama dan petunjuk
Rasul? Seterusnya, apalah erti iman itu seandainya seorang sedang juga melayani syahwatnya
yang bermacam-macam untuk mengerjakan suatu yang ditegah Rasul? Sungguh amatlah sukar
mengikutinya dalam segala larangan dan perintahnya, dan kerana kesukaran inilah maka
ditegaskan pada hadisnya yang tersebut untuk menjadi panduan pengukuran iman.

2. MENDAHULUI HAWA NAFSU.

Bahawa terlaksana segala kebaikan yang diperintah agama serta terjauhnya segala kejahatan
yang dilarang adalah disebabkan mendahului iman dari kemahuan hawa nafsu. Sebaliknya
dengan mendahului hawa nafsu, maka segala kebaikan tidak akan berlaku, kerana hawa nafsu
tidak pernah bersetuju dengan suatu yang dikehendaki iman.

Hawa nafsu adalah punca segala kejahatan. Mendahulukannya menyebabkan keruntuhan


iman, akhlak dan kesejahteraan hidup. Rasulullah mengatakan:

“Tiada beriman seorang kamu sehingga hawanya mengikut apa yang aku bawa.”

Tetapi yang dibawanya tidak dapat diterima oleh hawa nafsu seorang begitu sahaja dengan
cara yang mudah dengan lasan yang bermacam-macam ragam. Inilah sebabnya Allah telah
mensifatkan mereka ialah sebagaimana yang diterangkan pada firman-Nya ini:

          
             


28
Maksudnya: “Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (Wahai Muhammad),
maka ketahuilah, Sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada
Yang lebih sesat daripada orang Yang menurut hawa nafsunya Dengan tidak berdasarkan
hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum Yang
zalim (yang berdegil Dalam keingkarannya).”

(Surah al-Qasas: 50)

Juga hawa nafsulah yang menimbulkan bermacam-macam perkara yang merosak i’tiqad dan
ibadat, dan kerananya timbullah orang-orang yang sengaja mengada-adakan kepercayaan yang
bukan-bukan yng keluar dari kepercayaan yang benar, banyak pula orang-orang yang membuat
bid’ah dalam agama, terjadilah segala macam maksiat yang lama dan baharu, meluaslah persaan
benci membenci di antara sesame sendiri. Ramailah orang yang memihak dan menyokong prkara
yang tidak benar, sedikitlah orang yang mahu dan bersetuju dengan yang benar. Demikianlah
seterusnya akibat dari mendahului hawa nafsu dari menurut agama dan petunjuk atau Sunnah
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam.

PETUNJUKNYA:

Di antara yang ditunjukinya oleh hadis ini ialah:

i. Menunjukkan bahawa orang yang sempurna iman ialah orang yang hawa nafsu mengikuti
apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam; dan bahawa orang yang
tiada beriman (kafir) ialah orang yang menolak sama sekali apa yang dibawanya; dan
bahawa orang yang fasiq ialah orang yang mengikuti iman yang dibawanya tetapi
meninggalkan yang lainnya; dan bahawa orang yang munafiq ialah orang yang
menempatkan amalan yang dibawa Rasulullah, tetapi batinnya atau hatinya tetap
menolak iman itu pada keseluruhannya.

ii. Menunjukkan bahawa hawa nafsu adalah halangan yang terbesar sekali untuk mengikuti
jalan yang benar, jalan yang ditunjukki Rasulullah, sehingga orang yang beriman tidak

28
mungkin mencapai darjat kesempurnaan imannya selagi dia dipengaruhi oleh hawa
nafsunya. Oleh yang demikian, maka wajiblah ia berusaha menunduk dan menguasainya,
dan ini adalah satu perjuangan yang utama.

Pada suatu masa pernah ditanya orang kepada Rasulullah apakah perjuangan yang afdal?
Jawabnya:

﴿ ‫﴾ جهادك هواك‬

Maksudnya: “Perjuangan engkau terhadap hawa engkau.”3

3
Mustafa ‘Abdul Rahman, Hadith 40: Terjemahan dan Syarahannya, Dewan Pustaka Fajar, Selangor, 2008,
halaman 427-432.

28
HADIS 41:

MENGIKUT SYARI’AT RASULULLAH S.A.W. MERUPAKAN ASAS KEIMANAN

‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه‬:‫عن أبي محمد عبد هللا بن عمرو بن العاص رضى هللا عنهما قال‬
‫ رويناه في كتاب الحجه‬.‫ حديث صحيح‬.‫ ال يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به‬:‫وسلم‬
‫بإسناد صحيح‬.

Telah diriwayatkan daripada Abu Muhammad Abdullah bin Amr bin As r.a. maka katanya:
Bahawasanya telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Tiadalah beriman salah seorang daripada
kamu hingga hawa nafsunya mengikut apa-apa yang aku datang dengannya.”

[Hadis ini sahih yang telah kami riwayatkan pada kitab hujjah dengan isnad yang sahih pula.]

Keterangan:

Sabda Nabi s.a.w.: “Laa yu’minu…”, maka wajiblah atas tiap-tiap seorang
memperbandingkan amalannya dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah serta wajib pula
haluan hawa nafsunya yang menyalahinya. Tiadalah sepatutnya bagi orang-orang beriman
melakukan pekerjaan menurut hawa nafsunya kalau bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.4

4
Asbiran Yaaqub, Hadith Empat Puluh, Perniagaan Jahabersa, Johor Baru, 2007, halaman 105.

28
HADIS 41:

‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه‬:‫عن أبي محمد عبد هللا بن عمرو بن العاص رضى هللا عنهما قال‬
‫ رويناه في كتاب الحجه‬.‫ حديث صحيح‬.‫ ال يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به‬:‫وسلم‬
‫بإسناد صحيح‬.

Abu Muhammad 'Abdullah bin Amr bin al-'As, radiyallahu 'anhu, reported that the Messenger
of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"None of you (truly) believes until his desire or inclination is in accordance with
what I have brought or subservient to what I came with."

[A fine and genuine hadith which was related by al-Maqdidsi in his Book of Hujjah]

BACKGROUND

Imam Nawawi stated that the sanad (chain of authorities) of this hadith is authentic.
However, many other scholars, including Ibn Rajab, stated that there are many defects in the
chain of authorities. Sometimes the scholars consider a hadith as weak but this does not mean
that what is stated in the hadith is weak. The meaning of this hadith has been emphasised in the
Qur'an and strengthened by other hadiths. Allah says in Surah al-Nisa' Ayah 65:

“But no, by your Lord, they can have no Faith, until they make you (O
Muhammad, sallallahu 'alayhi wasallam) judge in all disputes between them, and
find in themselves no resistance against your decisions, and accept them with full
submission.”

28
In Surah al-Ahzab Ayah 36, Allah says:

“It is not for a believer, man or woman, when Allah and His Messenger have
decreed a matter that they should have any option in their decision.”

Ustaz Jamaludin Zarabozo points out that there are sufficient authentic and acceptable
evidences to prove what this hadith states. The main point that this hadith makes is that a
believer will not be considered as fulfilling the obligatory level of faith or iman until he follows
what the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, has said - i.e. he loves what the Prophet,
sallallahu 'alayhi wasallam, commanded him to do and hates what the Prophet, sallallahu
'alayhi wasallam, prohibited or made illegal.

LESSONS

It is an obligation on every single believer to love what Allah loves and to hate what Allah
hates to a degree that will motivate them to fulfill his or her obligations. If that love is increased
above the level which will lead to fulfilling the preferable acts (mandoub), this is considered an
additional preferable level. At the same time, he should hate or dislike what Allah hates or
dislikes to the extent that will lead him to avoid all the prohibitions. If that level leads him to
avoid what needs to be avoided, then that is an additional level that Allah will reward him for.

In the two Sahihs of Al-Bukhari and Muslim it is related that the Prophet, sallallahu 'alayhi
wasallam, said: "None of you will be truly a believer until I become more beloved to him than
himself, his children, his family, and all the people." The true love necessitates that one has to
follow whatever has been commanded by Allah and the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, as
stated in Surah al-Imran Ayah 31-32:

“Say (O Muhammad sallallahu 'alayhi wasallam): "If you (really) love Allah then
follow me, Allah will love you and forgive your sins. And Allah is Oft-Forgiving,
Most Merciful." Say (O Muhammad sallallahu 'alayhi wasallam): "Obey Allah

28
and the Messenger." But if they turn away, then Allah does not like the
disbelievers.”

The true believer is one who loves Allah and the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, truly
and sincerely from his or her heart, and loves whatever Allah loves and whatever the Prophet,
sallallahu 'alayhi wasallam, loves, and hates whatever Allah hates and whatever the Prophet,
sallallahu 'alayhi wasallam, hates or dislikes. This love will lead him to act in accordance with
these likes and dislikes. If someone acts in a different way, the obligatory love to Allah and the
Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, is not complete and has a defect. In this case, he has to
repent and do his best to fulfill all the obligatory levels to achieve complete love to Allah and
towards His Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam.

All the sins or disobedience that take place as a result of desires happen because self-desire is
given a higher degree or outweighs the love of Allah and the love of the Prophet, sallallahu
'alayhi wasallam. Allah attributes this in the Qur'an to the disbelievers. In Surah al-Qasas Ayah
50, Allah says:

“But if they answer you not, then know that they only follow their own lusts. And
who is more astray than the one who follows his own lusts, without guidance from
Allah?”

Allah also commanded one of his Prophets not to follow his desires. In Surah Saad Ayah 26,
Allah says:

“And follow not your desire, for it will mislead you from the Path of Allah.”

Allah has made restraining desires one of the conditions to be fulfilled in order to enter Paradise.
Allah says in Surah al-Nazi'at Ayah 40-41:

28
“But as for him who feared standing before his Lord, and restrained himself from
impure evil desires and lusts. Verily, Paradise will be his abode.”

Anyone who does anything that contradicts with the Message that Allah sent His Prophet,
sallallahu 'alayhi wasallam, with and violates any of the instructions or prohibitions, is a person
who is following his own desires. It should be noted that desire has to do with likes and dislikes.
Likes and dislikes are not the main goal. Scholars say that the main point here is not to be
influenced by those likes or dislikes. If someone likes something that violates the shari'ah, this
person is following his own desires. If that person is influenced by those likes or dislikes, this
will lead to an act. The act will lead to forms of actions which either pleases or displeases Allah.
In both cases, the person has full responsibility and accountability. The responsibility and
accountability are not for the likes or dislikes. They are for what the likes or dislikes lead him to.

It is known that following the desires is the reason behind many evil acts and it is also the
basis for bid'ah (heresy). When someone follows his desires without evidence or truth, this will
lead him to fall into bid'ah easily. And those who are misled by their desires are the first to
follow misconceptions, as stated by many scholars. Whenever there is a misconception they
easily fall into problems or troubles.

There are signs of following desires. One of the signs is neglecting or turning away from
seeking beneficial 'ilm (the needed knowledge of Islam). Another sign of following desires is
turning one's back from the guidance that the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, has come
with.

Al-Imam Al-Shatibi, in his book Al-Muwafaqat, volume number 2, p. 168, mentions that the
objective of shari'ah is to keep Muslims away from desires so that the believer will be a servant
to Allah willingly and become an honest servant of Allah. He also states that following one's
desires with regard to the rulings of shari'ah is a problematic issue where a person might use
tricks to fulfill his desires, using deception in order to evade the rulings of shari'ah.

28
With regards to how one can control and deal with one's desires, firstly Al-Imam Al-Shatibi
says that the main thing is to make the law of shari'ah and its rulings as a judging authority that
every Muslim should respect, appreciate, and comply with. Secondly, some other scholars
mention feeling Allah's presence, seeking knowledge, and the continuance remembrance of
Allah are the ways of controlling self-desires. Thirdly, Imam Ibn Qayyim mentions about 50
ways of dealing with self-desires. Even those who are already influenced by self-desire can use
any of these ways to get rid of their self-desires. He mentions this in his book Rawdat al-
Muhebin (Garden of Lovers). The following are 15 selected ways:

1. Strong resolution.
2. Patience.

3. Self-courage.

4. Considering consequences.

5. Reflecting that Muslims have been created for a great mission which cannot be fulfilled
except by controlling one's desires.

6. Not to be enslaved by self-desires.

7. To know that Satan is the enemy that gets through the servants of Allah. Satan uses
desires to influence people.

8. To know that following self-desires will lead to someone's destruction and punishment by
Allah.

9. To know that fighting desires by making an effort in order not to be influenced by the
desires is one of the greatest forms of jihad. Fighting desires is the essential message of
Islam. Muslims are required to make every effort to adhere to the teachings of the Qur'an
and Sunnah.

10. To know that the one who lets the desires take over and lead him will spoil his
intellectual opinion.

28
11. To know that following desires will weaken the eagerness for performing good deeds.
The opposite is also true in this case - that is, not following desires leads to strengthening
one's motivation to perform good deeds.

12. To know that not being misled by desires will lead to the honour in this life and the
Hereafter.

13. To know that following desires is the main cause of the spiritual heart disease and the
remedy of the disease is to not follow desires. We have to make jihad to fight desires
otherwise we will not be able to fight our enemies.

14. To know that seeking knowledge and feeding it by performing the preferable acts will
strengthen one's faith.

15. To know that we need to be enlightened by the Qur'an and Sunnah. This requires us to
make the effort to recite the Qur'an in order to know the meaning and the wisdom behind
the ayahs.

CONCLUSION

Though this hadith is considered a weak hadith, it states a very important meaning: in order
to fulfill one's faith, one has to make a continuous effort to control his or her self-desires and to
like what Allah and the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, like, and to dislike what Allah and
the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, dislikes. This is actually a very important task which
we are required to do in order to adhere to the path of Allah. The result will be attaining Allah's
pleasure and being honoured in this life and the Hereafter by being a truly honest, sincere servant
of Allah.

Muslims must be sincere in their efforts to fight self-desires. The issue is not to like or dislike
but what the result of this likes or dislikes is. For instance, if someone is sleeping before dawn in
the early morning and then he hears the call for Fajr prayer but is too lazy or sleepy to wake up
to perform the salah, this is considered following his self-desires. Everyone likes to sleep but the
problem is the result of this leads us to delay or miss the Fajr prayer ( a wajibat).

28
Another example is food. There are many things that we can eat but if they are not halal, we
have to refrain from consuming them. A third example is the love of money. To like money is
one thing but to be misled by money is a problem because this will lead the heart to be enslaved
to money and the worldly life. This explains why the scholars say that committing sins is
actually a result of desires.

We should make the shari'ah as the judging authority for everything we do. Before we do
something, we should ask ourselves: Is this act based on a sound reason? If the answer is not,
then we are following the desires. This is why Allah labels the Qur'an as Al-Furqan or as the
criterion that distinguishes what is right and what is wrong.5



KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan syarah hadis ini ialah kita mestilah meningkatkan
keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya dan mengikuti syariat yang telah ditetapkan oleh-
Nya. Dengan ini kita dapat mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan perkara yang dilarang
oleh Allah s.w.t. kerana hawa nafsu yang mendorong manusia untuk melakukan sesuatu perkara.
Jika ia dikawal dengan baik, maka baiklah ia dan begitu juga sebaliknya. Kita juga patut
mencontohi akhlak dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan contoh yang ideal
sepanjang zaman. Barangsiapa yang tidak mengikuti syariat Allah yang telah disampaikan oleh
Rasulullah s.a.w. maka tidak sempurna imannya dan dengan itu, dia tidak akan dapat merasakan
halawatul iman di dalam dirinya.

5
fortyhadith.com.iiu.edu.my/hadith41.htm (3 September 2009)

28

You might also like