You are on page 1of 2

Pendekatan Mengajar Bacaan

Pada amnya ada dua pendekatan yang besar untuk menyampaikan pelajaran
membaca:
 Pendekatan membina
 Pendekatan cerakinan

Pendekatan membina
Cara ini ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau
dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda
yang besar. Misalnya dalam mmengajarkan ayat; “Nina ada baju merah’.
- Perkenalkan huruf : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
- Perkenalkan suku kata : ba, ni, na, ju, rah, me, da
- Perkenalkan perkataan : baju, Nina, ada, merah
- Perkenalkan rangkai kata : baju merah, Nina ada
- Perkenalakn ayat : Nina ada baju merah.
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan
kaedah suku kata.

Pendekatan Cerakinan
Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya denagn cara
sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan
lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang
kecil. Misalnya dalam mengajarkan ayat ‘Nina ada baju baru’.
- Perkenalakn ayat : Nina ada baju merah.
- Perkenalkan rangkai kata : baju merah, Nina ada
- Perkenalkan perkataan : baju, Nina, ada, merah
- Perkenalkan suku kata : ba, ni, na, ju, rah, me, da, a
- Perkenalkan huruf : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai
kata, kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut.
Pendidik dan pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua cara tadi
berpendapat bahawa cara-cara ini masih juga tidak membawa kepada hasil yang baik
dan memuaskan. Maka dengan hal demikian, telah terbit satu cara lain yang dipercayai
dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Cara ini ialah cara elektik atau lebih
dikenal dengan nama cara campuran.

Pendekatan Elektik
 Cara elektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah
campuran daripada dua cara yang besar iaitu mengajar bacaan dengan
menggunakan cara membina dan cara cerakinan
 Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata
 Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan
kaedah ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.

Cara Mengajar
Tujuannya ialah untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat yang
pendek, mengenal huruf, suku kata dan memahami isinya.
Bentuk huruf: Jangan diajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu. Huruf-
huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya;
a – ayam p – payung i - ikan
Bentuk bahasa:
- Suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya;
ba – bakul, bawang, barang
- Menggunakan warna; a (merah), i (hijau), u (biru), e (kuning), dan o (coklat).
- Menggunakan gambar.

Alat mengajar: kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad rangkai kata, kad suku
kata dan sebagainya bolehlah digunakan. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga
dapat dilihat oleh semua murid.

You might also like