You are on page 1of 8

Malaysia Dan Hubungan Serantau ASEAN

1. Pembentukan ASEAN bermula dengan pembentukan SWAFET (1959) tetapi gagal utk
mencapai persetujuan.
2. ASA dibentuk dan dianggotai Malaya,Thailand, dan Filipina (1961) tetapi matlamat ASA
tidak Berjaya disebabkan masalah konfrontasi Indonesia dan tuntutan Filipina ke atas
Sabah.
3. Malaysia, Indonesia dan Filipina berusaha lagi kearah persekutuan kukuh selepas
konfrontasi dengan melibatkan lebih banyak negara sebagai anggota dan menubuhkan
ASEAN pada 8 Ogos 1967 di bawah Deklarasi Bangkok.
4. ASEAN dianggotai negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Filipina,
Indonesia, Brunei Darulsalam (1984), Vietnam (1995), Laos dan Mynmar (1997) dan
Kemboja (1999).
5. Dua negara iaitu Timor Leste dan Papua New Guinea menjadi negara pemerhati untuk
menganggotai ASEAN.
6. Sekretariat tetap ASEAN terletak di Jakarta, Indonesia.

Matlamat ASEAN.

1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara anggota.


2. Menggalakan kerjasama dalam social, ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan
pentadbiran.
3. Meningkatkan keamanan dan kestabilan negara serantau.
4. Meningkatkan pengajian Asia Tenggara bagi mengadakan kerjasama dengan pertubuhan
global dan negara serantau.
5. Memajukan perdagangan, industri dan pertanaian.
6. Mengamalkan dasar berkecuali melalui ZOPFAN yang diistiharkan dalam Deklarasi
Kuala Lumpur 1971.

Kerjasama ASEAN.

1. Kerjasama ASEAN dilakukan oleh Menteri Luar Negara, Menteri Pelancongan, Menteri
Kesihatan, Menteri Pelajaran dan Menteri Ekonomi.
2. Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN dikenali ASEAN Economic Ministers Meeting
(AEMM) diadakan setiap dua tahun sekali.
3. Mesyuarat AMM (Annual Ministerial Meeting) dijalankan oleh Menter Luar ASEAN
untuk membincangkan perkara sosiobudaya dan membentuk Komuniti Asia Timur.
(a) Mengadakan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama dengan negara anggota pada
tahun 1976.
(b) Mengadakan Kerjasama tentang Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (1995).
(c) Mengadakan Kerjasama Asia Pasifik (APEC).
(d) Mengadakan Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) yang memainkan peranan penyelaras
antara negara Asia yang terlibat dalam proses dialog dengan Eropah, iaitu mesyuarat
pemimpin-pemimpin Asia di luar Mesyuarat Asia-Eropah Keenam (ASEM6).

Kerjasama Ekonomi ASEAN

Projek Perindustrian ASEAN

1. ASEAN telah membuat pengisytiharan Pakatan ASEAN pada 23-24 Febuari 1976 di
Bali, Indonesia.
2. Projek Perindustrian ASEAN dilaksanakan di negeri-negeri ASEAN seperti:
(a) Projek Baja ASEAN di Indonesia;
(b) Projek Perlombongan Potasium di Thailand;
(c) Projek Vaksin Hepatitis B dan Enjin Diesel di Singapura;
(d) Projek Pendidikan dan Urea di Bintulu, Malaysia;
(e) Projek Fabrikasi Tembaga di Filipina.
3. Perdagangan dua hala antara Malaysia dengan ASEAN pada tahun 2004 menguntungkan
negara dengan pencapaian sebanyak RM216.33 bilion.
4. Malaysia menggunakan 25.1% daripada jumlah eksport negara kepada negara-negara
ASEAN.
5. Jumlah bahan mentah Malaysia yang dieksport ke negara ASEAN ialah:
(a) Indonesia ---- sebanyak 44.3% atau RM3.59 bilion;
(b) Singapura ---- sebanyak 15% atau RM9.39 bilion;
(c) Thailand ---- sebanyak 30.9% atau RM5.42 bilion;
(d) Vietnam ---- sebanyak 37.9% atau RM1.19 bilion;
(e) Filipina ---- sebanyak 34.9% atau RM1.90 bilion.
6. Malaysia mengamalkan perdagangan antara rantau dalam ASEAN.

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN(AFTA)

1. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilancaran pada 1993.


2. Melaksanakan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) selama 15 tahun melalui
Skim Keutamaan Tarif Sama Rata.
3. Melalui Skim ini, barangan yang dijual mesti mengandungi 60% kompenan barangan
tempatan dan bebas daripada halangan tariff (NTB) dan pembukaan lebih luas sector
perkhidmatan.
4. Eksport negara dijalankan di bawah Skim Tarif Keutamaan Sama Rata (CEPT).
5. Barangan utama yang dieksport melalui skim ini ialah jentera, peralatan, elektrik, bahan
kimia, organik, besi, keluli dan artikel plastik.
6. Mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
7. Mengadakan kerjasama ASEAN + 3, iaitu ASEAN dengan Korea, Jepun dan China.
8. AFTA hanya akan melaksanakn penghapusan tarif sepenuhnya pada tahun 2010 dalam
kalangan enam negara asal ASEAN (ASEAN-6) dan pada tahun 2015 bagi Kemboja,
Laos, Mnymar dan Vietnam (CLMV) bagi mewujudkan liberalisasi perdagangan.

Isu antara Malaysia dengan Negara ASEAN

Negara Isu

Singapura 1. Perebutan Pulau Batu Putih


2. Tambak Batu
3. Jambatan menggantikan Tambak Johor
4. Bekalan air mentah

Thailand 1. Pencerobohan nelayan ke Perairan Malaysia


2. Keganasan ke selatan Thailand
3. Pendatang tanpa izin

Indonesia 1. Pendatang tanpa izin


2. Pertindihan sempadan

Filipina 1. Tuntutan ke atas Sabah


2. Pendatang tanpa izin

Vietnam Tuntutan keatas Kepulauan Spratly

Myammar Pekerja tanpa izin


Komuniti Ekonomi ASEAN(AEC) atau Pasaran Tunggal ASEAN

1. AEC dirangka untuk meningkatkan status ASEAN sebagai destinasi pelabur


2. Komuniti Ekonomi ASEAN dicadang akan dilancarkan pada tahun 2015
3. AEC merupakan langkah untuk menggembleng semua usaha kearah membentuk pasaran
tunggal ASEAN menjelang tahun 2015.
4. ASEAN berhadapan dengan risikohilang kedudukanya sebagai destinasi pelaburan
jikarangka ini dijalankan dengan cepat.
5. Anggota AEC terdiri daripada Malaysia,Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei dan
Filipina manakala kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam boleh menyertai AEc apabila
mereka bersedia.
6. Objektif AEC adalah untuk:
(a) Mengurangkan kemiskinan serta jurang pendapatan
(b) Membaiki kualiti hidup di serata rantau negara ASEAN
(c) Bersatu dalam menghadapi isu ekonomi antarabangsa.

Pertumbuhan Ekonomi Serantau Utara dan Selatan Malaysia

1. Melibatkan tiga buah negara ASEAN di bahagian utara dan selatan.


2. Di bahagian utara, hubungan ekonomi dijalankan antara Thailand, Malaysia dan
Indonesia.
3. Di bahagian selatan, hubungan ekonomi dijalankan antara Singapura, Malaysia dan
Indonesia.

Kerjasama Politik ASEAN

Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

1. ASEAN merupakan gabungan negara Asia Tenggara yang mengamalkan dasar


berkecuali.
2. ASEAN dianggap sebagai zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)
dengan cirri-ciri tidak memiliki, meletak atau menggunakan senjata nuklear di Asia
Tenggara.
3. ASEAN ingin mewujudkan kawasan yang aman dan sejahtera, bebas dan berkecuali.
4. Dalam Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 19711, Menteri Luar negara ASEAN
telah mengumumkan konsep ZOFPAN bagi tujuan menjaga keamanan dan kesejahteraan
ranatu Asia.
5. Konsep ini memastikan bahawa:
a. Negara kuasa besar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China harus menghormati
dan menjaga kepentingan negara Asia Tenggara;
b. Negara kuasa besar tidak menceroboh Kedaulatan negara ASEAN;
c. Negara kuasa besar tidak boleh menggunakannegara ASEAN sebagai pusat pengujian
senjata nuclear atau membina pusat ketenteraan mereka;
d. Kerjasam negara ASEAN dapat dikukuhkan tanpa campur tangan kuasa luar dan pada
masa yang sama bebas daripada kuasa asing.
6. Kebaikan konsep ZOFPAN ialah:
a. Melalui konsep ini, negara ASEAN tidak akan dijajah;
b. Konsep ini menjadikan Asia Tenggara sebagai satu rantau yang aman;
c. ZOFPAN dapat mewujudkan Blok Pengukuran Kepercayaan untuk mengadakan
dialog melalui proses PMC dan ASEAN Regional Forum (ARF).

Komuniti ASEAN

Terdapat beberapa agenda dijalankan untuk merealisasikan hubungan ASEAN dengan negara
lain.

Komuniti Asia Timur

1. Ditubuhkan dalam siding kemuncak Asia Timur (EAS) pada tahun 2005.
2. ASEAN berusaha untuk mengadakan hubungan dengan negara Asia Timur.
3. Kerjasama Asia TImur bagi jangka panjang adalah berasaskan tiga tongga, iaitu
Komuniti Ekonomi Asia Timur, Komuniti Keselamatan Asia Timur dan Komuniti
Sosiobudaya Asia Timur.
4. Komuniti Asia Timur diperkukuhkan bagi memastikan gagasan ASEAN+3 mencapai
matlamatnya.
5. Mengadakan kerjasama kewangan, bantuan pakar dan pindaan teknologi dari negara Asia
Timur.

Program Tindakan Vientiane (VAP)

1. Dilulusakan dalam Persidangan Kemuncak ASEAN ke-9 di laos pada tahun 2004.
2. Program Tindakan Vientiane diwujudkan untuk mencapai keamanan, kerjasama dan
persefahaman.
3. Meningkatkan kerjasama perniagaan dan projek antarabangsa.
4. Melalui program ini, negara ASEAN dapat mencapai matlamatnya.
Hubungan ASEAN dengan negara Lain

1. ASEAN mengadakan hubungan dengan Rusia melalui Sidang Kemuncak ASEAN-


RUSIA Pertama.
2. ASEAN mengadakan hubungan dengan India melalui Sidang Kemuncak AEAN-INDIA
ke-4.
3. ASEAN mengadakan hubungan dengan Korea Selatan melalui Sidang Kemuncak
AEEAN-KOREA SELATAN ke-9.
4. AEAN mengadakan hubungan dengan Jepun melalui Sidang Kemuncak ASEAN-JEPUN
ke-9.

Sosial dan Kebudayaan

1. Budaya
(a) Aktiviti kebudayaan dan sukan diadakan untuk mengeratkan hubungan persahabatan
dan kerjasama antara negeri ASEAN.
(b) Melaksanakan beberapa aktiviti seperti:
(i) Sukan SEA;
(ii) Pesta Filem ASEAN dan lagu ASEAN;
(iii) Pertukaran program televisyen seperti drama negara ASEAN dan rancangan
radio;
(iv) Rombongan kebudayaan dan pertukaran lawatan serta menubuhkan Majlis
Bahasa Brunei Darulsalam (MABBIM) dan menggalakkan kerjasama
pengetahuan.
2. Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
(a) Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) telah ditubuhkan pada
bulan November 1965 di Bangkok.
(b) SEAMEO menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan sains dan budaya
seperti:
(i) INNOTECT di Filipina;
(ii) Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC);
(iii) Pusat Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik (RESCAM), di Pulau
Pinang.
(iv) Menubuhkan Majlis Bahasa Brunei Darulsalam, Malaysia dan Indonesia bagi
mengembangkan bahasa Melayu dan menyelaras istilah serta sebutan.
3. Perairan
(a) Menubuhkan Badan Penasihat Perkapalan ASEAN dan Persatuan Nasihat Pemilik
Kapal bagi mengelak monopoli sesebuah syarikat perkapalan.
(b) Malaysia, Indonesia dan Singapura memberikan kerjasama yang berkesan dalam
mengurangkan aktiviti lanun di Selat Melaka.
Sains dan Teknologi

1. Menubuhkan Pusat Serantau Sains di Asia.


2. India dan Jepun hari ini mendatangani memorandum persefahaman (MOU) dalam
Pembangunan Sains dan Teknologi (S&T) yang dijangka akan member manfaat kepada
pembangunan di rantau ASEAN.
3. Bekerjasama dan berkongsi data makulmat, pembangunan teknoilogi nano, pertukaran
dan pembangunan teknologi makulmatdan komunikasi (ICT), pengurusan bencana
(tsunami) dan pembangunan sumber manusia dengan ASEAN.

Lain-lain

1. Penerbangan awam---persetujuan untuk memudahkan pendaratan kapal terbang Negara


asing.
2. Perdagangan----menubuhkan Persekutuan Dewan Perdagangan dan Perusahaan ASEAN.
3. Pelancongan----mengadakan tahun melawat negara ASEAN, contohnya Tahun melawat
Malaysia 1990, Tahun Melawat Indonesia 1991.

Cabaran Asean dan Pengaruh Globalisasi

Globalisasi

1. Malaysia menyokong penyaluran pelaburan dari negara maju tanpa halangan.


2. Menjalankan perdagangan adil di rantau ASEAN dan bukan perdagangan tanpa batas.
3. Melakukan pemindahan teknologi, mengurangkan jurang digital antara negara ASEAN.
4. Mengamalkan dasar memakmurkan jiran secara perkongsian pintar dengan negara
ASEAN bagi menguntungkan semua negara.
Cabaran ASEAN

1. Sosial dan Agama

(a) Masalah perkauman dan agama yang berlaku di beberapa buah negara ASEAN
seperti selatan Thailand di mana sebanyak 87 orang Muslim terbunuh manakala di
selatan Filipina berlaku pemberontakan pelampau untuk membentuk negara sendiri.
(b) Masalah dadah, penyeludupan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadi
cabaran besar dalam kalangan negara ASEAN. Kerajaan Malaysia misalnya terpaksa
berkompromidengan negara jiran disebabkan perjanjian persahabatan ASEAN.
(c) Masalah pembekalan dan pembayaran kos air antara Singapura dengan Malaysia.

2. Politik

(a) Masalah pengganas yang menyerang kerajaan untuk mendapatkan kemerdekaan


seperti GAM di Indonesia, Abu Sayyaf, Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan
Kumpulan Militan Malaysia (KMM).
(b) Isu berpanjangan tentang pertahanan Aung San Sui Kyi di Myanmar dan kritikan
kesatuan Eropah terhadap ASEAN dalam pembangunan politik ASEAN.

3. Ekonomi

(a) Penempatan askar Amerika Syarikat di Singapura mencabar kewibawaan ZOPFAN.


(b) Masalah Kepulauan Spartly dan blok minyak di perairan Selat Melaka dan Laut
China Selatan dengan Indonesia.
(c) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang member bantuan kewangan bagi tujuan
mempengaruhi negara ASEAN semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1987-1988.
(d) Malaysia Berjaya membebaskan diri daripada menjadi mangsa penyangak mata wang
yang menyebabkan nilai mata wang negara jatuh semasa kegawatan ekonomi Asia
pada tahun 1997-1999.

You might also like