You are on page 1of 20

PENGENALAN

Kepentingan bahasa tidak dapat dinafikan. Manusia tidak boleh hidup berseorangan
dan tanpa bahasa, manusia akan benar-benar kesunyian dan terasing daripada
masyarakat sekeliling.

Bahasa ialah kemahiran yang paling penting untuk dipelajari manusia. Bahasa
membantu kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita. Seorang
kanak-kanak mula berinteraksi sebelum dia bertutur. Fikirkan seorang bayi yang
menangis kelaparan atau senyum gembira melihat ibunya. Pada peringkat ini awal
perkembangan yang normal, kanak-kanak yang sedang membesar akan mula
menggunakan perkataan-perkataan yang digabungkan dengan gerak isyarat tanpa
bahasa untuk berkomunikasi.

Seseorang kanak-kanak itu mula menggunakan bahasa untuk berkomunikasi


setelah dia mula memahami dan mengelola dunia di sekelilingnya. Tahap pengelolaan
dan kefahaman kanak-kanak itu terhadap dunianya akan dicerminkan melalui
penggunaan bahasanya. Bahasa juga digunakan untuk menerangkan sesuatu kepada
kanak-kanak dan untuk mendapatkan dan mengekalkan tumpuan dan perhatiannya.
Bahasa membantu kanak-kanak mengimbas semula pengalaman-pengalaman mereka
akan menggalakkan mereka berfikir untuk diri sendiri. Kanak-kanak belajar melalui
bahasa. Mereka perlu memahami apa yang anda katakan kepada mereka.

Berbeza dengan kanak-kanak normal, kanak-kanak khas bermasalah


pembelajaran mengalami lambat pertumbuhan dalam perkembangan bahasa.
Perkembangan bahasa yang lewat akan menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak
tersebut di mana mereka akan mengalami kesukaran dalam mengikuti pelajaran dan
kekangan untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, strategi dan
kaedah pembelajaran Bahasa Melayu perlu untuk membantu kanak-kanak bermasalah
pembelajaran.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 1


DEFINISI BAHASA

KEMAHIRAN BAHASA
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 2
'w
TU
B
N
IR
H
A
M
E
iogpK
betul(kansr),jdh-ym
1) KEMAHIRAN LISAN

2) KEMAHIRAN MEMBACA
.
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 3
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 4
3) KEMAHIRAN MENULIS

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 5


vfG
o.)PM
eustypr,cbh-w
PENGAJARAN MIKRO
digalknm
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 6
Konsep
Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran untuk
membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan
kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya.
Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro bilangan pelajar dan peruntukan
masa dikurangkan.
dikurangkan.

Tujuan
Pelaksanaan pengajaran mikro akan ;
-membekalkan situasi pengajaran yang realistik kepada guru pelatih
-mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar
-memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan teori pembelajaran
-meningkat dan mengembangkan pengalaman pengajaran
-menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran dan menilai kemahiran
spesifik

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 7


Pelaksanaan Pengajaran Mikro
Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina satu rancangan mengajar yang
singkat
5 – 20 minit berdasarkan bidang kepakarannya , membuat objektif spesifik dan
mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain.
Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian atau pencerapan dilakukan untuk
mengesan kelemahan Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia,
rakan-rakan dan kendiri. .
Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan.

Microteaching
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 8


Kelas : Kelas 4
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 1 Ogos 2010
Masa : 9.30 a.m – 10.00 a.m
Tajuk : Suku kata – al, il
Kemahiran : Kemahiran Lisan
Bilangan Murid : 6 orang
Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengenal huruf
Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat :-
1) Membunyikan suku kata dengan tepat
2) Menyebut dan menulis perkataan yang dibina daripada suku kata

Penggabungjalinan isi kandungan :


6.2.1 huruf, suku kata dan perkataan

Penyerapan nilai : mendengar arahan, sabar, berani dan yakin diri


Unsur terapi : Terapi pertuturan
Resos : kad huruf, kad suku kata, lembaran kerja

Langkah Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan Catatan


pembelajaran
Set Induksi 1. Pandang sebut 1. Murid diminta 1. Terapi : fisio

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 9


( 5 minit ) (huruf A hingga Z) mengenalpasti huruf 2. Nilai : peka
yang dipilih oleh guru. 3. Resos :
permainan
puzzle huruf

Langkah 1 1. Kad suku kata 1. Murid ditunjukkan 1. Terapi


( 10 minit ) dengan kad suku kata. pendengaran,
al il
2. Murid menyebut pertuturan dan
2. Perkataan bermakna selepas guru penglihatan.
almari menyebut. 2. Nilai :
3. Mencantumkan suku mendengar
kapal kata ‘al’ dan ‘il’ dengan dengan
suku kata lain. baik,mengikut
epal
4. Murid membunyikan arahan
Kancil selepas guru 3. Resos : kad

Katil menyebutnya. suku kata.

Langkah 2 1. Mencantumkan suku 1. Murid mencantumkan 1. Terapi fisio dan


(10 minit ) kata suku kata berdasarkan pertuturan.
perkataan yang 2. Nilai : semangat

al ma ri disebut oleh guru. berani


2. Murid menyebut mencuba, dan
ka pal perkataan yang dibina. yakin.
3. Resos : kad
e pal
suku kata
kan cil

ka til

Langkah 3 1. Menulis suku kata ‘al’ 1. Murid menulis suku 1. Terapi motor
( 10 minit ) dan ‘il’ kata ‘al’ dan ‘il’ untuk halus,pertuturan
Almari melengkapkan 2. Mematuhi
katil perkataan. arahan, yakin.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 10


2. Lembaran kerja 2. Murid menyebut 3. Resos :
perkataan yang lembaran kerja.
mempunyai suku kata
‘al’ dan ‘il’ selepas
guru menyebut.
3. Murid diberi latihan
pada lembaran kerja..
Penutup 1. Menyebut perkataan 1. Murid menyebut 1. Terapi
( 5 minit ) Contoh : semula perkataan pertuturan.
almari yang dipelajari hari ini. 2. Nilai : mematuhi
katil 2. Bermain permainan arahan.
‘puzzle huruf’

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
melaksanakan tugasan bagi subjek Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu pada masa yang telah ditetapkan, iaitu pada 22 September 2010 dengan
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 11
jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan istimewa kepada pensyarah saya iaitu Puan
Jariyati bt Jahri, selaku pensyarah bimbingan kerana banyak memberi tunjuk ajar
sepanjang saya menyiapkan Rancangan Pembelajaran Harian bagi sesi ‘microteaching’
di dalam bilik darjah. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan PBS saya yang memberi
kerjasama penuh dalam menyiapkan tugasan ini serta tidak putus-putus mencurahkan
idea dan pendapat bagi menghasilkan microteaching yang menarik. Ribuan terima
kasih juga buat semua pihak yang telibat secara langsung dan tidak langsung.

Bagi tugasan kerja kursus kali ini, saya beserta ahli kumpulan dikehendaki merancang
aktiviti pembelajaran untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di
sekolah tempat kami melaksanakan PBS. Dengan bantuan daripada rakan yang lain,
saya akhirnya berjaya melaksanakan ‘Microteaching’. Melalui artikel yang saya jumpai
di laman sesawang serta beberapa maklumat lain dari pelbagai sumber berbeza, dapat
saya rumuskan bahawa Micro teaching adalah suatu tindakan atau kegiatan latihan
belajar-mengajar dalam situasi laboratoris (Sardirman, Interaksi Motivasi Belajar
Mengajar). Jumlah pelajar adalah sedikit iaitu sekitar 5-10 orang dan waktu mengajar
agak terbatas iaitu dalam sekitar 10 minit. Komponen mengajar yang dikembangkan
juga terbatas. Bagi sesi microteaching, saya telah menggunakan kaedah pandang
sebut di mana murid-murid dapat mengenalpasti dan menyebut gambar yang
ditunjukkan kepada mereka.

Untuk sesi microteaching, saya memilih untuk mengajar subjek bahasa Melayu di
bawah tajuk mengenal suku kata. Murid-murid diajar untuk menyebut dan menulis suku
kata ‘al’ dan ‘il’. Murid juga disuruh untuk mencantumkan suku kata hingga membentuk
perkataan. Beberapa helai lembaran kerja tutut dibekalkan untuk menguji sejauh mana
kefahaman mereka terhadap sesi P&P yang dijalankan. Hasil pembelajaran ternyata
berjaya kerana murid akhirnya dapat menyebut suku kata dan berupaya mencantumkan
suku kata tersebut sehingga membentuk perkataan.

Pengisian dalam pengajaran saya rasakan agak mencukupi dan mencakupi kehendak
soalan di mana saya selitkan aktiviti bermain sambil belajar tentang suku kata.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 12


Contohnya, di awal sesi pembelajaran iaitu semasa di set induksi, murid diberi puzzle
huruf dan mereka dikehendaki untuk melengkapkan puzzle tersebut. Usai bermain, sesi
soal jawab tentang permainan tersebut dilakukan bagi memastikan tahap kefahaman
murid dan dari situ saya dapat menilai tahap kognitif murid-murid apabila mereka dapat
menjawab atau tidak soalan yang diajukan. Pada langkah 1,2, dan 3 pula, murid mula
diajar tentang suku kata dan menggabung suku kata. Pada sesi penutup, murid-murid
diberi sekali lagi permainan puzzle huruf kerana mereka kelihatan begitu seronok
apabila bermain permainan tersebut. Saya telah menggunakan pendekatan deduktif
iaitu umum kepada khusus. Sebagai contohnya, saya terlebih dahulu memperkenalkan
suku kata al dan il. Apabila murid sudah menguasai suku kata tersebut, saya beralih
pula kepada bahagian yang lebih sukar iaitu menggabung suku kata dan membentuk
perkataan melalui suku kata yang diberi. Saya dapati sumber yang saya gunakan untuk
proses P&P tidak begitu mampu merangsang minat murid untuk menumpukan
sepenuh tumpuan sepanjang proses P&P berlangsung. Sebaliknya tumpuan mereka
mudah terganggu apabila rakan sekelas mereka yang lain datang mengacau. Saya juga
dapati mereka cepat berasa bosan apabila diajar terus menerus dalam jangka masa
yang panjang. Perkara ini mungkin terjadi kerana saya tidak masukkan selingan muzik
ataupun bahan yang berunsur media grafik. Saya yakin sekiranya ada video nyanyian
ataupun bahan lain yang bersifat interaktif, mereka akan lebih memberi tumpuan dan
tidak membuat bising di dalam kelas. Saya lihat nilai yang diterapkan dalam sesi
pengajaran ini adalah seperti patuh pada arahan, bertolak ansur, berkeyakinan dan
berani mencuba. Unsur terapi pertuturan dapat dipertingkatkan apabila saya menyuruh
murid menyebut kembali perkataan yang disebut oleh saya. Saya juga membuat
pengulangan sebanyak 3 kali sebutan agar murid dapat menyebut dengan jelas dan
tepat.

Dari segi pelaksanaan, pada permulaannya, saya berpendapat sesi perbincangan atau
soal jawab yang dilakukan oleh saya agak sesuai kerana murid dapat berfikir dan
mencuba untuk mencari jawapan untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya.
Apa yang perlu ditambah adalah soalan-soalan yang lebih bersesuaian dan mampu
mencabar minda murid untuk menyelesaikannya. Pada peringkat perkembangan

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 13


pengajaran, saya berpendapat murid dapat menerima suatu pelajaran itu dengan baik,
tetapi murid kelihatan agak bosan kerana disuruh menyebut sesuatu perkataan itu
berulang kali. Dari segi komunikasi, saya melihat komunikasi antara saya dan murid
berjalan lancar. Saya juga mencuba untuk tidak bercakap sembarangan dan
menggunakan perkataan yang kasar bagi mengelakkan mereka terpengaruh. Perasaan
malu dan gugup tetap ada namun semuanya dapat saya atasi kerana keyakinan yang
ada dalam diri saya. Segala kekurangan pada diri saya akan diperbaiki agar saya tidak
akan merasa kekok lagi untuk mengajar.

Di akhir pembelajaran, saya dapati objektif saya tercapai kerana murid dapat mengenal
dan menyebut suku kata serta berupaya menggabungkan suku kata berkenaan
sehingga membentuk perkataan.

RUJUKAN

Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.


Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 14


En.Abdul Rahim bin Talib. (2007). Kaedah Pembelajaran Khas Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

Choong Lean Keow PhD. (2009). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

http://www.informaworld.com/smpp/content~content=a922093424~db=all~jumpty
pe=rss. Dilayari pada 18 Sept 2010, pada pukul 3.00 petang.

http://www.ehow.com/list_6586367_ideas-micro-teaching.html. Dilayari pada 18


Sept 2010, pada pukul 3.05 petang.

http://findarticles.com/p/articles/mi_qa3673/is_4_121/ai_n28860296/. Dilayari pada


18 Sept 2010, pada pukul 3.05 petang.

http://www.scribd.com/doc/12404624/PENGAJARAN-MIKRO. Dilayari pada 18


Sept 2010, pada pukul 3.30 petang.

http://sosiolinguistik.blogspot.com/2007/07/maklumat-penting-12-julai-2007.html. Dilayari pada 18


Sept 2010, pada pukul 3.35 petang.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 15


ARTIKEL 1
Using microteaching to enhance teacher
efficacy in pre-service teachers 
Authors: Amanda G. Merglera; D. Tangena

Abstract

This study examined pre-service teachers' efficacy in relation to the utilisation of microteaching

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 16


as an assessment tool for postgraduate education students in Australia. Three hundred and fifteen
pre-service teachers completed the teacher efficacy survey and additional qualitative questions at
Time 1 and 208 completed the survey and questions at Time 2. A principal components analysis
conducted on the Time 1 survey data revealed teacher efficacy to be comprised of two
components: 'teacher efficacy in classroom management' and 'personal teacher efficacy'.
Repeated measures ANOVAs conducted on the 208 participants who completed the survey at
Time 1 and 2 revealed that efficacy on both components increased significantly over time, and
that internet students had higher efficacy levels than internal students. The qualitative data
revealed that pre-service teachers enter teaching in order to positively impact on children, yet are
concerned about behaviour management in the classroom. In addition, this data highlighted the
positive impact that microteaching had on their developing teacher identity.
Keywords: educational psychology; microteaching; pre-service teachers; post-graduate
education; teacher efficacy

ARTIKEL 2
Ideas for Micro Teaching
By Sarah Tidwell, eHow Contributor

updated: June 4, 2010

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 17


1.

Micro teaching is a practice teaching session.

Micro teaching is a term used to describe a session of practice teaching that is videotaped for
the teacher to watch following the session. Potential, new, and existing teachers use this
method to review their teaching techniques and receive feedback from fellow teachers and
administrators, and make corrections to their teaching style accordingly. Micro teaching
sessions are often held before the school year starts so teachers are comfortable and confident
with their material delivery strategies.

Employ Other Teachers

2. Using peer teachers in the place of students during a micro teaching session allows the fellow
teachers to see the teacher through the eyes of the students. Encourage the peer teachers to
ask, respond and react to the teacher's questions and lessons the way they feel a student of that
age would respond. This technique enables the teachers who are sitting in for students to have
the opportunity to experience the teacher in a live situation, which in turn provokes helpful
feedback and criticism. During the videotape review process, the peer teachers can pause
certain sections to give pointers on better response techniques or show examples of a
satisfactory behavior.

Select Students

3. Selecting students that are close in age to the full time students the teacher instructs provides a
real-life teaching scenario for the micro teaching activity. This technique enables critiquing
teachers and administrators to gauge the teacher's material delivery methods and reactions
more accurately than if the students were represented by fellow teachers. The disadvantage of
using students is that they do not have the appropriate knowledge to provide a large amount of
helpful feedback unless they are asked specific questions by administrators or teachers to which
they can then respond with their thoughts.

Use Various Recording Times

4. Using various practice session times, no matter if teachers sit in as students or actual students
are used, helps administrators gain a better understanding of a teacher's skill package. Start
with one, five-minute micro teaching session where the teacher presents and lectures on a
single concept, and conduct one, fifteen-minute practice session where the teacher delivers an
entire lesson. The longer micro teaching approach displays class beginning and ending

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 18


capabilities, speaking skills, topic transition abilities, organization, and various learning style
competence. This scenario is also beneficial for the teacher because she can fine-tune the
various aspects of an entire lesson to provide optimal teaching practices and meet the needs of
a large student demographic.

ARTIKEL 3

The Microteaching Experience: Student


Perspectives

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 19


Education, Summer, 2001 by Jodi Benton-Kupper

Over the past several decades, various activities and strategies have been implemented into
Teacher Education methods courses in an attempt to increase the effectiveness of the courses, as
well as the education programs overall. While some may have come and gone, incorporating
microteaching experiences into pre-service teacher education programs is still alive and strong in
the 21st Century.

As Allen and Ryan (1969:1) stated, microteaching is "a training concept that can be applied at
various pre-service and in-service stages in the professional development of teachers." It
provides teachers with opportunities to practice in an instructional setting in which the normal
complexities of the classroom are limited and in which they can receive feedback on their
performances. As universities continued the implementation, a number of studies were
conducted that provided evidence that microteaching is an effective means of improving pre-
service teachers' teaching skills (Borg, Kallenbach, Morris, & Friebel, 1969: Davis & Smoot,
1970: McDonald & Allen, 1967; Morse & Davis, 1970; Yeany, 1978).

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU |PKB 3104 20

You might also like