SISTEMSISTEMPENGURUSAN FAIL PENGURUSAN FAIL UNIT BIMBINGAN &UNIT BIMBINGAN &KAUNSELINGKAUNSELINGSEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGORSEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR
1.PENDAHULUAN
Sistem Fail adalah sebahagian daripada Pengurusan Rekod yang melibatkan urusan penyusunan dan penyimpanan mengikut klasifikasi rekod supaya mudah dikesan dandiperoleh dengan cepat apabila dikehendaki.Setiap organisasi sama ada berbentuk perniagaan atau profesional, kecil atau besar adalah memerlukan penyimpanan rekod yang baik untuk rujukan di kemudian hari. Faktor-faktor penting mengenai produk, data statistik, maklumat mengenai pekerja dan klien bolehdidapatkan melalui fail-fail yang disimpan secara sistematik.
2.APAKAH SISTEM FAIL
Satu proses klasifikasi penyusunan dan penyimpanan rekod supaya ianya dapat diperolehdengan segera apabila dikehendaki. Pengetahuan yang mendalam mengenai Sistem Failadalah penting kepada seseorang kakitangan untuk kecekapan sesuatu jabatan. SeorangPengurus pula hendaklah sentiasa mengetahui teknik penyimpanan fail, rekod-rekod pentadbiran dan juga perlu menentukan apakah sistem penyimpanan rekod yang pautudiamalkan, peralatan yang patut diberi dan personal yang dikehendaki bagimenyelenggarakan sistem fail.
3.LATAR BELAKANG SISTEM FAIL DI SEKOLAH-SEKOLAH
3.1Setiap sekolah mempunyai sistem fail sendiri. Ianya berbeza di antara sebuahsekolah dengan yang lain. Di antara kelainan-kelainan ini adalah seperti berikut:-
o
Cara mengelaskan tajuk-tajuk besar dan pecahan tajuk kecil.
o
Nombor fail untuk satu-satu perkara (tajuk) berbeza di antara sekolah.
o
Perkara-perkara yang boleh digolongkan dalam satu tajuk besar diasingkandan kesannya jadi bercampur aduk.
o
Kulit fail dan cara penulisan fail berbeza. Kulit fail mungkin daripada failtegak, lipat, spring dan sebagainya.
o
Sukar hendak mengesan / mencari satu-satu fail.
o
Adalah kecenderungan menambah nombor fail baru kepada nombor yangtelah ada. Ini dibuat jika timbul sesuatu perkara / tajuk baru. Contohnya jikasesebuah sekolah mempunyai 100 buah fail, ianya akan menambah kepadanombor 101, 102 dan seterusnya tanpa mengambil kira tajuk / perkaratersebut.
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tinggi Klang ________________________
1